Quantcast
Channel: Blog Adianiez
Viewing all 1120 articles
Browse latest View live

Kecil Tapi Sangat Terang | USB Led Light

$
0
0
assalamualaikum 😊

bersiaran dari ofis ye. sesungguhnya kami sekeluarga menjalani hari mcm biasa.
tidak bercuti 😄😄😄. simpan cuti utk acara lain yg lebih penting di kemudian hari.
cuti saya pun tak byk, kan...
kpd friends yg bercuti panjang, sempena esok pertabalan Agong baru kita, selamat bercuti.
moga yg indah-indah saje ye utk korang.
kebetulan, saya dan mr.asben, both of us ada keje ofis yg wajib diselesaikan ari ni.
tak le terasa terkilan sgt tak bercuti.
Izzat pun mcm biasa ke skola. takde pe pe yg tidak lancar pepagi tadi.
💪💪💪

maka, nak la share something beri manfaat and idea kpd org lain di pagi Isnin yg marveles ni.
nak share satu lagi benda kecil yg sungguh praktikal ---  USB Led Light.
beli di mr.D.I.Y jer. murah... dah lama ye beli ni. mencari lagi satu nak beli, dah xde jual dah!
sedih. frust!
sesungguhnya saya sgt suka me'review' sesuatu tu setelah saya gunakan dan ia bertahan lama.
barulah boleh recommend pada semua.
barulah berbaloi - alah membeli, menang memakai.

matlamat asal, USB led light ni saya beli utk diletakkan di tepi desktop.
sedia maklum la juga kan bahawa saya bergelumang dgn assignments selama 22 bulan (sept 2017 - jun 2019). alhamdulillah, da tamat dah pengajian 28 jun yg lepas.
waktu yg sgt ideal utk saya membaca buku, research secara online, menaip merangka ayat demi memenuhi kriteria 7000 perkataan - tgh malam membawa ke awal pagi.
siang hari otak saya semcm kurang aktif berfungsi utk belajar dan membaca buku.
otak saya lebih nak fikirkan nak masak apa, lipat baju, kemas dapur, amik anta anak skola,...
sgt sgt occupied otak saya ni time siang hari.
maka, di tgh malam lah (iaitu selepas jam 11 mlm) saya mula bersendirian dan mengarang.
tempat terletaknya desktop saya, lighting nyer kurang cerah. sakit mata bila mengadap cahaya dari skrin komputer semata-mata.
bertambah pula saya yg sedia rabun ni, aduhai 😖😞😓😓 seksa pemandangan.
sebab tu la, saya mencari benda begini yg sememangnya byk membantu saya 👍.

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
mudah. cucuk jer di slot usb tu.

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
tadaaaaaa... nampak kan betapa terangnya persekitaran desktop saya.
sgt membantu menerangi pemandangan saya.

then... nak la dijadikan cerita.
satu mlm tu Izzat nak buat homework di ruang tonton tv. biasanya, saya suruh dia buat homework di yg satu lagi. lampu di situ cukup terang.
side tonton tv sini, pencahayaan nyer kelam jer. malap jer buku Izzat.
😒  😕😕   tak puas hati lah!

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
mr.asben's idea - cucukkan di powerbank saya 👌  😃. semua pink!

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
terang, kan? 😃

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
pastikan powerbank bernyawa lagi lah kan.
mudah. portable 😍.

👇👇👇

now, di rumah baru, benda ni terus berbakti dgn jayanya.
ia menjadi lampu tidur di bilik kami. 
cahayanya menerangi seluruh bilik.
tak perlu lah beli lampu tidur yg spesifik. jimat duit. jimat ruang 👌👌.

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
hanya menggunakan pineng extension socket hijau saya 👍.

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
tadaaaaaaa... menerangi bilik di waktu mlm. alhamdulillah 👌.

kalau ke mr.D.I.Y, ada byk jenis lagi benda gini.
tepuk dada, tanya selera.
yg ini menarik perhatian saya kerana :
  1. ada 10 led light yg jelas.
  2. flexible!!! ni best. mudah nak sesuaikan dgn tempat dan kawasan yg perlukan pencahayaan tambahan.
  3. sesuatu yg praktikal bagi saya krn mudah dibawa dan mudahalih. contoh, nak update blog dlm kereta (mlm) 😃 --- laptop, this ohsem USB led light & internet.
  4. tak perlukan byk ruang 👍.


harga yg saya beli, sgt la dah lupa.
seingatnya, not more than RM20. ni la akibat bila excited sgt, buka kotak brg terus buang.
dah la bila nak buat review gini, details brg pun takde 😆 ha ha ha ha...
di LAZADA dan SHOPEE pun ada menjualnya. belas-belas harganya.
aneka jenis USB led light. yg kecil. yg besar. terpulang kpd kita, nak yg bagaimana.

👌👌👌

Blogger Challenge No 5 | A letter to someone. Anyone.

$
0
0
assalamualaikum, Tun M...

ni surat kedua saya utk Tun.

Tun dan isteri, sungguh sweet!
bersemut sgt. rasa kagum & hormat saya kpd Tun, masih utuh.

Blogger Challenge No 5 | A letter to someone. Anyone.
💗💗  💗💗💗  💗💗   💗💗  💗💗💗  💗💗

namun...

sudah lebih setahun...
sudah masuk tahun kedua.
komen saya kalau org tanya tentang regim baru memerintah negara, "... masih tiada apa utk saya...".
bukan spesifik kpd Tun lah kan.
kpd team yg diketuai oleh Tun pastinya. 
Tun ibarat nakhoda kapal, berlayar terus kah, atau karam di tgh lautan?

yes, Tun.
saya bersyukur kerana Malaysia masih aman.

yes, Tun.
saya masih mengikuti updates on perbicaraan DSN. dan masih menunggu pendakwaan utk lain-lain 😟😟😟. byk kot 'kes' org dulu. tapi, lom ada bunyi siasatan selesai ke tak. 

yes, Tun.
saya masih berharap kakitangan awam dpt sebulan bonus utk 2019. saya berkata gini krn saya merupakan kakitangan kerajaan yg layak dpt bonus. saya bekerja utk negara. kerja saya boleh dibuktikan. org lain? i reserved my comments.

yes, Tun.
saya juga berharap thn ni prestasi TH mencanak-canak. sesungguhnya saya tak withdraw walau sesen pun, Tun.

yes, Tun.
saya akan tunggu hasil siasatan terhadap TNB yg sehari ke sehari telinga saya mendgr kisah "bil elektrik naik menggila"...

yes. Tun.
saya akan tunggu tika dan saatnya silibus pendidikan negara ni jadik stabil. tak bertukar-tukar ikut tukarnya pegawai di kementerian. kejap gitu. kejap gini. anak bongsu saya now darjah 1. moga saya bersabarlah. jgn la jadikan anak saya dan anak-anak yg lain bahan ujikaji para pegawai Tun.

yes, Tun.
harga brg naik dulu kala bukan sebab GST. dulu-kala saya dah inform org awam. saya ni bila berckp pasal GST je, semua org pandang senget, "ni tali barut kerajaan ni!". tapi apakan daya, saya tahu hakikat bahawa masa tu GST bukan penyumbang harga brg naik. GST penyumbang hasil negara. boleh beri byk subsidi, beri bantuan kpd B40, beri bonus pd govt servant. namun akhirnya, GST dihapuskan agar harga brg turun, kata nyer lah... maka, bila agaknya ekonomi rakyat mcm saya ni hah, M40, dpt Tun perbaiki? harga semakin mencanak-canak naiknya meskipun GST da berbulan-bulan dihapuskan. aduhai, Tun. kasihanilah kami... M40 ni lah tukang byr cukai. dan M40 ni lah yg paling byk 'sakit' sekarang, Tun.

yes, Tun.
saya akan beri peluang kpd Tun utk settle kan kisah 'seks di luar tabi'i' itu. geli lah dgn kes sebegitu dikaitkan sekali lagi dgn org dlm kabinet Tun. kiranya ia satu cara menjatuhkan Tun secara politiknya, maka, cepat la Tun tamatkan kisah ni 😔😔😔. sebagai negara Islam, ini tidak harus terus dijadikan warisan. kemudian, si dia yg mengaku tu, kononnya mulia, bersih lagi dijamin hidupnya, tak dihukum. yg dituduh (now masih belum dibuktikan bersalah) pula kini dihina, disuruh resign, diaibkan... aarghh! bosan!!! geliiiii!!!

akhir sekali, Tun M, paling penting.
saya pohon agar Tun menjaga nama baik agama Islam sewajarnya. angkat ia di satu tahap di mana tiada yg boleh mengkotak-katikkannya. Malaysia tidak melarang agama lain utk diamalkan secara bebas. Malaysia tidak mengamalkan paksaan dlm beragama. maka, tiada agama yg layak dihina! kerana Malaysia adalah negara Islam, maka, kehormatan agama Islam adalah menjadi priority rakyat Malaysia, tidak mengira agama, bangsa dan budaya. sila la Tun jgn ambil remeh segala isu berkaitan agama Islam.

Malaysia aman makmur.
Malaysia gembira.
Malaysia gemilang.
kekalkannya, Tun M. jgn biar Allah murka.


ikhlas dari saya,
rakyat marhaen yg semakin hari semakin tak tau pe halatuju manifesto Tun dulu 😄😄😄.
moga tahun kedua ni, semua berubah menjadi terbaik 👍👍👍.

Blogger Challenge No 6 | Everyday makeup look. A picture of you

$
0
0
assalamualaikum 😉

Blogger Challenge No 6 | Everyday makeup look. A picture of you
makeup cara saya 👇👇👇.

Blogger Challenge No 6 | Everyday makeup look. A picture of you
everyday makeup look.
😒😒😒 "mana makeup nyer, Aida oii???"😄😄😄

yg kaler hanya lipstik jer. tu pun mcm tak nampak kaler, kan? ha ha ha ha ha...
makeup bagi diri saya :
  1. start dgn foundation. wajiblah tutup pe patut. nampaklah siap sikit muka tu.
  2. dah ratakan foundation dgn puff, baru la amik berus dan layang-layangkan loose powder serba sedikit. 
  3. mcm dah ok, rata, lawa dari sebelum nyer 😝, terus sapu lipbalm kat bibir. ni wajib. bibir saya sejenis yg cepat kering!
  4. then lipstik yg mcm tak nampak tu. letak la lebih kurang... tak suka warna terang sgt. 
  5. then, lipliner. ni tak wajib. kalau rajin.
  6. last sekali --- wajib --- eyeliner, dlm bahawa kampung nyer, celak. tanpa celak ni, saya rasa muka saya tak siap! tak keluar rumah pun, lipbalm dan celak wajib pakai.
done... good to go!


Blogger Challenge No 7 | Best advice you've ever got.

$
0
0
assalamualaikum 😊

seharian cuti, lepak rumah. mcm biasa lah :
  1. masak.
  2. lipat baju.
  3. kemas laman, membelai pokok.
hari bersama keluarga. cuma kak Nurin jer missing --- di asrama.
cuti di tgh minggu, nanti much lah kan yg boleh dirancang 😃.

best advice i've ever got 👇👇👇
"... jgn tgk org yg senang. tgk org yg takde apa kita ada..."

Blogger Challenge No 7 | Best advice you've ever got.

tu salah satu prinsip hidup saya sekarang.
saya terima byk nasihat dari byk org lain.
but, nasihat di atas adalah yg terbaik dan saya apply dlm kehidupan saya kini.
ia jadi satu pemangkin utk saya berasa insaf dan bersyukur dgn apa yg saya ada.
dan tak berasa kufur nikmat Allah.
dan nasihat ni lah yg sering kali saya berikan kpd anak-anak.

tak nak anak-anak bersikap materialistik.
murah, tak semestinya tak berkualiti.
mahal, tak semestinya dpt tahan lama!
ia bergantung kpd camne kita gunakannya...

bukan sebab duit kita tak byk.
bukan sebab kita tak berduit.
tapi... adakah kita perlukan ia?
yg dah ada ni, tak berguna ke?

bila kita melihat org yg kurang, then baru kita rasa gembira dgn apa yg kita ada.
bersyukur kpd Allah.
jgn persoalkan kenapa org tu boleh dpt semua benda / perkara dlm dunia.
fikirkanlah, kalau kita takde apa yg kita ada sekarang... camne😳?

😌😌😌 alhamdulillah...


Wordless Wednesday | Happy Birthday Izzat

$
0
0
assalamualaikum 😃

Wordless Wednesday | Happy Birthday Izzat
Muhammad Izzat | 7 tahun
D.O.B : 28.7.2012

Wordless Wednesday | Happy Birthday Izzat

"semoga Izzat membesar dgn sempurna dan kelak menjadi seseorang yg kuat agama, berilmu dan berjasa.
ayah, ibu dan kakak-kakak sayang Izzat ketat-ketat."

Bulan Zulhijjah | Bulan Haji

$
0
0
assalamualaikum 😌
salam dihulur di hari Jumaat nan indah.
alhamdulillah... 
😃😃😃.

antara bulan Islam yg kita raikan kedatangannya.
bulan Haji. bulan yg menggembirakan kita di mana bulan ni lah kita dijemput menjadi tetamu Allah di tanah haram.
salah satu kewajipan kita sebagai org Islam yang mampu.
setiap hari, terdapat bingkisan cerita dan berita tentang ibadah Haji di tv. 
seronok mendengarnya...

sabda Nabi Muhammad s.a.w, "Tiada amalan soleh pada mana-mana hari yg lebih afdhal daripada hari-hari ini iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah." para sahabat bertanya, "Hatta jihad di jalan Allah?" baginda menjawab, "ya, hatta jihad di jalan Allah. kecuali orang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya, dan tidak kembali dengan sesuatupun yakni mati syahid."
(Riwayat Al-Bukhari)

Bulan Zulhijjah | Bulan Haji

Bulan Zulhijjah | Bulan Haji
amin...

amalan harian yg baik kita amalkan selagi hayat dikandung badan.
  • belajar sesuatu yg baru : sesungguhnya setiap hari kita bakal bertemu dgn satu ilmu baru. apakah itu? jom kita mencari. sbg contoh, diri saya, tadi, dari sekolah kak Nurin, singgah di nursery berdekatan. memang sedang mencari anak pokok bendi. alhamdulillah bertemu lah akhirnya. anak pokok bendi yg sgt baby lagi, satu polybeg RM4. kalau beli 4 polybeg, semua RM10 je. hmmmmmm... beli la saya 2 anak pokok bendi dan 2 anak pokok terung. ilmu yg baru saya belajar ialah.... "oh gini ye pokok peria....""oh gini ye cara semai pokok cili bara..." and terjumpa plak pokok limau bali, yg limaunya sebesar limau sunkist 😃. letih juga la adik nursery tu menjawab pertanyaan saya ha ha ha ha 😄...
  • senyum : simple. senang. bermanis muka, kan... org yg kita jumpa pun pasti akan senyum bila kita sedang senyum memandang ke arah dia.
  • sedekah : not necessary kena sedekah secara wang ringgit. bagi makan kucing. belikan kuih utk minum ptg dan letakkan di pantri. in shaa Allah...
semoga bermanfaat.

selamat berhujung minggu uolls 👌👌👌.

Perjumpaan MakcikKepoh Pasca Aidilfitri | Makan Seafood Lambak Di Rumah

$
0
0
assalamualaikum 😃

lewat mlm baru dpt nak blogging.
siang td dpt publish entri simple jer.
jumaat kan. waktu bekerja singkat!
tak sempat nak sentuh perkara lain selain dari keje hakiki.
tghari, heboh deal dgn perihal anak-anak. hmmm sempat plak menjengah nursery tau! 😄😄😄
berjaya membeli anak pokok bendi, terung dan ulam raya. alhamdulillah...
bakal complete lah my kebun mini. in shaa Allah...

nak kongsi cerita. wajib kongsi di blog.
last weekend, rumah saya jadi tempat berkumpul geng MakcikKepoh.
geng MakcikKepoh ni pantang berjumpa, mesti nak makan-makan.
kebetulan Sabtutu, kami ada jemputan kenduri kawin oleh ex-ofismet.
terus-menerus lah kami plan utk gathering.
saya jemput la semua org dtg rumah saya. tidur rumah saya.
rumah baru kan... wajiblah bff dtg jengah dan rasmikan. kami bff dan seumpama adik-beradik.
kebetulan Aidilfitri thn ni, kami tak sempat gathering.

hidangan utama gathering kali ni...

nasib baik stok plastik pembalut buku masih ada. menjadik lah membalut meja makan.
nak "shell out" lah kata kan.
"shell out" or dlm bahasa melayu, saya terjemahkan sendiri as seafood lambak. lebih sesuai kot.
sotong mana ada shell??! 😂
yg jelas dan nyata ber shell adalah kupang kot. 
moreover, perkataan "shell out" tu kan dah di'trademark'kan ejaan & sebutannya.
maka, secara tulisan di sini, saya tekankan ia more to seafood lambak atas meja makan.
kita jgn biasakan la guna perkataan yg di'trademark'kan tu...

Perjumpaan MakCikKepoh Pasca Aidilfitri | Makan Seafood Lambak Di Rumah
memang puas hati bila buat sendiri 😋.

kami bertujuh ni, geng MakcikKepoh, memang ada kutipan yuran bulanan.
so, apa-apa program kami, memang sepenuhnya menggunakan duit tabung lah.
so, bila duit dah ada, program pun berjalan dgn lancar, kan.

kuah sambalnya tu, one of us yg da siap-siap buat dari KL - the beautiful Nadia.
anak dara yg pandai masak. kalah lah kami mak-mak dara. so, normally, pe pe pun, dia yg akan masak.
kami-kami tukang prepare bahan.
seafood semua tu dibeli oleh the comel lote Liza. segar-segar seafood nyer uolls!
manis.
besar-besar plak tu udang dan kupang. tak payah makan nasi, ratah seafood jer saya mlm tu, dah kenyang teramat. alhamdulillah...

sambal dah ada. cukup rasa.
seafood tu kami ramai-ramai bersihkan di dapur kecil saya.
seronok bila ramai-ramai bekerja, kecoh!
saya biarkan aje diorang handle dapur seselesa diorang 😃.
saya mencukupkan peralatan dari semasa ke semasa bila diorang memerlukan.
bab membersihkan seafood, memang saya kurang arif.
lagipun, karang siang udang 2-3 ekor, siang ketam sekor, jari-jemari saya dah gatal tumbuh biji-biji merah!!! hu hu hu h hu...
serah la kat Liza utk uruskan.

Perjumpaan MakCikKepoh Pasca Aidilfitri | Makan Seafood Lambak Di Rumah
meja tepi...
buah-buahan, ayam goreng, keropok, biskut...

Perjumpaan MakCikKepoh Pasca Aidilfitri | Makan Seafood Lambak Di Rumah
air wajib MakcikKepoh - soda herbs.

complete set of MakcikKepoh bertujuh.
dari kiri : saya, Nadia, Suriana, Tini (aduhai, muka terlindung dek siku Hariz!), Mahira (tudung hitam, belakang tu anak Mahira), Laila dan Liza.

Perjumpaan MakCikKepoh Pasca Aidilfitri | Makan Seafood Lambak Di Rumah
selesai...... 😅

then, sempat lah celebrate birthday Izzat.
sempat ke? 😄😄😄
Izzat bad mood. langsung tak nak dok tepi kek.
lilin bunga api tu menyala sendiri jer, tanpa tuan kpd kek tu hu hu hu...
dah waktu tidur masa tu, so, dia memang tak nak layan ibu & the geng nak celebrate birthday dia.

Perjumpaan MakCikKepoh Pasca Aidilfitri | Makan Seafood Lambak Di Rumah

esoknya, tghari Ahad, seorang sahabat lain menjemput kami makan lunch ke rumahnya, di Jasin.
saya gi dgn Izzat je. kak Nurin nak dok rumah, tak nak ikut 😄.
Syuhada tuisyen.
sib baik ada Izzat jadi co-pilot ibu.
sebelum geng MakcikKepoh bersurai, sempatlah bergambar di depan pintu pagar rumah saya.
dok berborak, dah nak balik baru teringat nak bergambar ha ha ha ha...
lagi 3 org dah bersurai lebih awal hu hu hu...

Perjumpaan MakCikKepoh Pasca Aidilfitri | Makan Seafood Lambak Di Rumah
dari kiri : Nadia, saya dan Laila.

Perjumpaan MakCikKepoh Pasca Aidilfitri | Makan Seafood Lambak Di Rumah
dari kiri : Tini, Laila dan saya.

Perjumpaan MakCikKepoh Pasca Aidilfitri | Makan Seafood Lambak Di Rumah
di bukan di rumah saya... rumah sahabat di Jasin tu lah 😄.

Perjumpaan MakCikKepoh Pasca Aidilfitri | Makan Seafood Lambak Di Rumah
sahabat saya ni, Huda, bertudung biru, suami nyer rajin berkebun.
kami-kami buat tour lah sekitar rumah dia.
dpt la saya benih pokok daun selasih. yg Laila pegang tu, bayam brazil.

sakan la kami bff berjumpa.
mcm2 kisah yg kami borakkan. mostly citer yg positif la.
kami tak brape suka nak citer hal org lain ha ha ha ha 😄.
yg best, topik kami yg hot ialah perihal diet. wow!!!
perempuan dan diet, mana kan boleh dipisahkan. meskipun, diet nyer ke laut jer 😂😂😂.

next... ntah la bila. tak mudah nak berjumpa.
ketujuh-tujuh kami tidak lagi di bawah bumbung ofis yg sama, meskipun satu jabatan.
jabatan kami ada di kesemua negeri. naik pangkat, pindah. naik pangkat, pindah...
resmi org keje kerajaan kan...

😉😉😉
weekend ni, time to spend with anak-anak plak.
in shaa Allah...

Kebun Mini Di Tepi Rumah | Mari Menuai Hasil Untuk Masak Tengahari Ni

$
0
0
assalamualaikum 😃
selamat pagi...
happy.
pagi ni, selepas subuh, terus cek result final semester ari tu.
alhamdulillah 😀😀😀. another A dlm genggaman. final A. legaaaaa...
alhamdulillah...
maka, sekarang menunggu hari nak konvo jer lah November nanti, in shaa Allah 😌😌😌.
mr.asben keluar menghantar kak Nurin tuisyen.
mr.asben terus hiking di bkt beruang, mcm biasa, hobi dia setiap pagi weekend.
saya plak?
pepagi dah membelek taman @ kebun mini di tepi rumah.
cabut-cabut rumput skit.
siram-siram skit...
hmmmmm teruslah menuai hasil yg patut-patut, kan.

Kebun Mini Di Tepi Rumah | Mari Menuai Hasil Untuk Masak Tengahari Ni

  1. daun kesum : kali kedua dah ni dpt hasil. byk plak tu. besar-besar dan segar-segar daunnya. and again, maaf, terlupa nak snap gambar sebelum amik daun-daun tu 😄. harum lah baunya. feveret!
  2. daun pandan : hmmmmm segar hijau daunnya. namun, kekecik 😞. tak memberansangkan saya sgt. agak-agaknya perlukah dialihkan dan ditanam atas tanah? now, saya tanam dlm pasu besar. ruang tanah tak brape besar, kan. tau jer lah, daun pandan ni kan merimbun. dlm pasu, kurang skit lah rimbunan nyer kelak. hu hu hu hu... dlm dilema nyer!
  3. cili padi : byk tapi kekecik lagi. tu yg saya amik mcm dah ok ok kan. pernah biarkan je, konon pada saya nak la cili padi nyer besar skit, muai nak makan. tapi, bila dia besar skit dari tu, kecut! hu hu hu rugi. so, byk tu lah rezeki saya pagi ni 👍.
  4. limau kasturi : ha ha ha ha sebiji jer yg boleh diambil. yg ada di pokok, masih kecik 4-5 biji. lambat la plak pokok limau kasturi saya ni! stress menunggu. selasa lepas baru je spray dgn racun organik utk ulat bulu. pokok ni diserang ulat bulu!!!membuatkan buahnya lambat nak ada... ni dah 3-4 hari, takde nampak sekor pun ulat bulu yg melekat!
suka hati saya pagi ni.
rasa segar.
rasa ceria.
rasa complete...

ptg ni nanti, nak menanam 3 pokok --- ulam raja, bendi dan terung panjang.
in shaa Allah...

😌😌😌 alhamdulillah!


Murid Darjah 1 Belajar Topik Pecahan | Izzat Buat & Bakar Biskut Pecahan

$
0
0
assalamualaikum 😉

selamat ptg.
moga hari ni menjadi hari yg terbaik buat kita semua 💪. aminnnn...
settle dah masak --- asam pedas kaki ayam, telur dadar, timun jepun.
stok sayur da abis 😅. esok pagi2 nak kena shopping brg dapur dah...
settle dah makan. alhamdulillah...
marilah rehat jap. lepak depan tv. sambil exercise jari-jemari jap hi hi hi... update blog.
suka nak bercerita tentang aktiviti terbaru Izzat di sekolah, khamis lepas.
byk aktiviti yg menarik dilaksanakan oleh pihak sekolah, tak pernah tak menarik.
tq to Muallimah & Muallim Izzat yg selalu share gambar.
tapi yg ni sgt dekat di hati saya --- buat biskut 😍.
aktiviti yg sgt comel!

Murid Darjah 1 Belajar Topik Pecahan | Izzat Buat & Bakar Biskut Pecahan
amboi Izzat, suka la tu dpt menggentel doh biskut 😂.

Murid Darjah 1 Belajar Topik Pecahan | Izzat Buat & Bakar Biskut Pecahan

Murid Darjah 1 Belajar Topik Pecahan | Izzat Buat & Bakar Biskut Pecahan

Murid Darjah 1 Belajar Topik Pecahan | Izzat Buat & Bakar Biskut Pecahan
1/2
1/4
👍

Murid Darjah 1 Belajar Topik Pecahan | Izzat Buat & Bakar Biskut Pecahan
tadaaaaa... dah siap bakar, biskut boleh dimakan lah 😍.

Murid Darjah 1 Belajar Topik Pecahan | Izzat Buat & Bakar Biskut Pecahan

sejak 1-2 minggu kebelakangan ni, sememangnya Izzat apply apa yg diajar di skola.
bila dilihat saya sedang potong telur dadar, "ini satu perdua, bu... ini satu perempat pulak, bu".
then, semlm kami sekeluarga dinner di luar.
saya perhatikan, bila Izzat dpt lempeng nyer utk dicicah sambal, dia berckp sendirian perlahan-lahan sambil buat gaya sedang memotong lempeng tu, "... satu perdua... satu perempat... perlima..."😃.

al-maklumlah, sekarang ni silibus anak-anak kita sudah semakin tinggi tahapnya.
para guru dah kena kreatif bagi nak beri kefahaman awal yg mantap.
anak-anak darjah 1, tak boleh nak serius sgt dgn diorang ni 😀. 
kena beri gambaran jelas tentang ilmu akademik dgn cara yg tidak membosankan.

saya pun di rumah, buat homework dgn Izzat, kena bercerita. walaupun sedang ajar matematik 😆.
baru dpt tarik perhatian dia rapat-rapat ke buku tau.
nak tarik minat dia utk faham bebetul pe yg dia sedang buat.

😊😊😊
pepun, tq la kpd cikgu-cikgu yg bertungkus-lumus ajar anak-anak sedunia.
satu profesion yg sgt murni, kan...
now, utk anak-anak darjah 6, cikgu sedang bersungguh-sungguh ulangkaji lastkopek utk anak-anak.
tiap hari ada je update dlm grup whatsapp kelas darjah 6.
yg negatif.
yg positif.
semua khas agar anak-anak dpt cemerlang kelak.
semua khas utk ibubapa turut tahu pe'el, kerenah dan perangai anak-anak di skola. mudahlah ibubapa nak follow up di rumah.

tq cikgu-cikgu semua 💗💗💗.
 

Anak & Ibu Lepak Makan Sushi di Food Court

$
0
0
assalamualaikum 😊

pagi-pagi Ahad ni, biasa lah kan, firstly, saya akan cek dulu baju2 sekolah anak-anak --- dah cuci? dah sidai?
terutama kak Nurin's. lewat ptg nanti nak balik asrama. maka, tghari ni, wajib dia settle iron semua baju2 dia.
secondly, saya mesti akan buka tutup peti ais 😅.
keluarkan bahan dari freezer. kemas peti ais, sisihkan apa patut, susun apa patut.
tghari ni dah ada bahan dah nak dimasak utk lunch.
  1. bendi goreng bercili
  2. sambal sotong
  3. ikan tenggiri masak kicap
in shaa Allah...
finally, akan cek laman. pe khabar taman @ kebun mini saya kat luar tu 😎.
mr.asben akan siramkan dulu pepagi tadi. spend masa la saya pula mencabut rumput liar.
hu huhu hu tu pun dah berpeluh! tak lama pun, spent tadi dlm 30 minit je. alhamdulillah...

now. 
relaks jap atas kerusi. bawah kipas. tarik nafas. hembus nafas...
tarik nafas. hembus nafas... rehatkan badan.
😆
sambil layan Borak Kopitiam di TV3.
jari-jemari pula tak la direhatkan. marilah update blog jap.

Anak & Ibu Lepak Makan Sushi di Food Court
kisah sushi yg dibeli Jumaat lepas 👌
sushi kekecik tu dah biasa kami beli. sedap 😋.
then, saje-saje beli Inari Prawn Ebikko Aburi tu. nak merasa.

cek-cek gallery phone semlm, ada plak gambar sushi ni.
terkenang Jumaat lepas, saya & kak Nurin lepak Aeon Ayer Keroh, sementara Syuhada ada bengkel English di rumah cikgunya.
jam 8 - 10 mlm. hmmmmm takkan nak balik rumah kan.
saya ajaklah kak Nurin ke Aeon, sebab memang ada brg nak cari di Mr.D.I.Y.

then, berjalan-jalanlah kami berdua mlm tu. santai-santai...
lalu pula depan tempat jual sushi ni.
ibu : "kak, nak tak beli sushi? lama tak makan, kan?"
Nurin : "boleh jugak"😃

Anak & Ibu Lepak Makan Sushi di Food Court

Anak & Ibu Lepak Makan Sushi di Food Court
beras sushi. kat luar tu mcm kulit tauhu.
sedap jugak. saya makan share dgn kak Nurin. besar! amatlah kenyang hu hu hu hu...

Anak & Ibu Lepak Makan Sushi di Food Court
yg ni, sgt sedap!
mayonis, udang, telur ikan... 😋

ada 2 ketul. alhamdulillah... cukup la utk kami berdua.
spent masa dlm 30 minit jugak la kami berdua lepak, chit chat di food court Aeon tu.
borak anak. borak ibu. borak kami berdua...
💙     💚     💛     💜

saya start suka makan sushi ni di lewat usia 30-an.
sebelum tu saya memang tak suka sushi, try pun tak nak! yg saya imagine dlm kepala sushi is seafood mentah 😖.
but, sejak sekali tu, ofismet di seremban buat sendiri dan bawa ke ofis. potluck. saya try... terus jatuh cinta!!!
sebab dia buat sendiri masa tu, saya beranikan diri mencuba lah.
now, most of the time kalau ke Aeon, sure akan beli skit.

pernah sekali juga, belanja geng MakcikKepoh lepak makan di Sushi King, Aeon Ayer Keroh.
masa tu tak pasti sebab apa belanja --- naik pangkat atau sebab dpt pindah balik Melaka.
saje ajak diorang. semata-mata nak ada experience makan di Sushi King lah.
nak gi sendiri, mcm kekok 😀. segan...

orait...
sampai sini jer coretan sushi saya ekk...
ada satu lagi kedai jual sushi yg saya da try, di Mydin Ayer Keroh.
pernah beli skali, tapi sedap sgt, tak snap gambar 😆. next, saya beli, saya share ye.

bye...

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?

$
0
0
assalamualaikum 😃
pagi Isnin.
say no no no to monday blues ekk 😄. tak payah nak blues sgt la ye...

nak la kongsi satu isu --- bila kita bekerja, anak-anak nak kita transitkan di tempat yg dekat dgn ofis kita atau rumah?
ni isu yg dibangkitkan oleh sorang ofismet saya di fb.
dia dlm dillema. 
minta pendapat kawan-kawan di fb.

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
ni la soalan, survey or dillema sahabat saya ni...

sebelum saya reply dgn pendapat, saya baca setiap satu pendapat sahabat yg lain-lainnya.
itu la saya, sebelum reply, kena tahu juga komen yg lain. menghormati gitewwww...
and semua pendapat ada asasnya.
ia bergantung kpd keselesaan masing-masing dan yg paling utama nature of kerja suami/isteri.
all the comments memang bernas dan membantu org yg dlm dillema.

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
jawapan / pendapat saya 😎  PEJABAT

👉  sekolah rendah utk kak Nurin dan Syuhada, dekat dgn rumah dan ofis mr.asben. Bukit Katil.
sekolah agama (ptg) pun, kami pilih berdekatan dgn ofis mr.asben, tapi jauh dari rumah skit lah.
alhamdulillah la sebab memang mr.asben dpt ofis yg sgt dekat dgn rumah.
kerana tempat keje saya jauh dan berubah-ubah.  tak boleh nak dekat dgn ofis saya.
kejap di Banda Hilir. kejap di Ayer Keroh. kejap di Batu Berendam. 
ada juga satu masa tu di Kuala Linggi...
then, 2 thn saya keje di Seremban - iaitu dari Mei 2015 hingga Disember 2017 😓.
so, biar dekatlah dgn ayah diorang. pe pe hal senang nak amik anta.

👉  tadika Izzat pun masa tu, depan ofis mr.asben 😄.
naik motor, dlm 2-3 minit jer.

👉  now, kami dah pun berpindah ke Durian Tunggal, Izzat darjah 1, tetap bersekolah di Bukit Katil.
tetap dekat dgn pejabat mr.asben, pilihan kami. 
perjalanan dari rumah ke sekolah anak-anak lebih kurang 25 minit.
tak la lama sgt pun sebenarnya. namun, pada saya dari segi perjalanan, still lama 😄😄😄! 
bertahun-tahun kot rumah dan sekolah dekat 10 minit jer kan.
saya plak, rezeki bekerja di Bukit Baru je sekarang ni. dekat jugak dgn sekolah anak-anak.

kesimpulannya, saya selesa bila anak-anak dekat dgn ofis.
senang hantar.
senang ambil. kalau ada kerja yg perlu lebih masa, tak risau. rempit jap amik diorang, letak dlm ofis tu hah. belikan makanan 😀.
kalau apa2 hal kecemasan berkaitan diorang di sekolah, sekejap je saya / mr.asben boleh sampai ke sekolah diorang.
diorang tak perlu menunggu lama! berseorangan di sekolah. tiada penjagaan sewajarnya.
itu merisaukan kami! 😓

😃😃😃  jom kita tgk pendapat sahabat yg lain 👇👇👇

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
jawapan / pendapat : RUMAH

ini pun ok. saya terima.
sebab ada sorang lagi anak (baby) di rumah pengasuh.
wajarlah pilih sekolah si abang/kakak dekat dgn rumah pengasuh, iaitu yg berdekatan dgn rumah.
kalau si adik di tadika, cari yg ada servis transit utk si abang/kakak sekaligus 👍.
tak bagus dari segi logistik if anak-anak di tempatkan di tempat yg berbeza.
sukar kita nak uruskan.
ayah. ibu. adik. kakak. abang. semua di tempat yg berbeza, tak bagus!

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
jawapan / pendapat : PEJABAT

satu lagi pendapat, ada 3 points di situ dan katanya :
  1. kalau sekolah dekat dgn rumah, anak akan ke sekolah terlalu awal.
  2. kalau dekat dgn sekolah, apa-apa hal senang.
  3. pergi balik, dlm kereta, ibu / ayah berteman, boleh borak😀.
saya sgt sokong point ke-3 tu. tu la apa yg saya lalui sekarang ni.
sgt saya suka. sgt saya sokong. dlm kereta la antara waktu kita boleh spend dgn anak-anak.

terutama waktu balik.
Izzat akan bercerita la tentang apa yg berlaku di sekolah. dia akan nyanyi lagu zikir yg dia baru belajar.
gelak-gelak 😆😆.
sama la jugak dgn kakak-kakak, dlm kereta memang havoc lah kami-kami.
seronok tau.
sedia maklumlah kan, kalau balik asing-asing, lom tentu sampai rumah ibu, ayah dan anak-anak dpt dok gelak-gelak borak-borak.
sometimes, dinner time pun tak dpt nak berborak sgt, concentration more to eating, kan...
then, dah kelam-kabut anak-anak buat homeworks. kul 10 mlm, tido dah diorang.

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
jawapan / pendapat : RUMAH

last but not least, tak kurang penting juga pendapat sahabat saya sorang ni 👆👆👆.
byk betulnya komen dia tu.
sekolah anak di pejabat ibu / ayah, jauh dari rumah --- kalau-kalau ibu / ayah kena gi kursus. alamak aiiii, camne???
yes. ni pun kena amik kira jugak ye korang dlm nak tentukan sekolah anak-anak.
kena fikirkan sebab nanti-nanti bila kena time nyer, kelam-kabut lah.

pengalaman saya, semua ni memang kerap berlaku. saya dan mr.asben akan awal-awal inform each other. 
salah sorang kena uruskan anak-anak. byk urusan sebab involve sekolah pagi dan sekolah agama (ptg).
tak menjadi masalah besar kalau bebetul kita buat arrangement.
sewaktu saya bekerja di Johor Bahru dan Seremban, mr.asben berkorban utk tidak berkursus di luar Melaka pun.
kalau sampai turn mr.asben out-station plak, saya akan uruskan anak-anak.
takde lagi lah anak-anak terabai dan terpaksa dipontengkan sekolah.
tiba-tiba, ibu/ayah tak sihat, demam ke, cirit-birit ke,... anak-anak sape nak anta ke sekolah?
moga dielakkanlah perkara gini kan. kita mesti memikirkan yg baik-baik je.
namun pada saya, again, ibu dan ayah kena kerjasama.



mari layan cerita bergambar plak ye 😀.
22 bulan si ibu bercuti dari bekerja. anak-anak dara berdua ni, kak Nurin & Syuhada berdondang-dendang lah.
ke mana pun takde masalah.
now, ibu back to work, kena la biasakan diri berangkut ke sana, berangkut ke sini.

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
transit di ofis ibu sebelum proceed ke sekolah agama 😀.
siap-siap dah ibu bekalkan 2 bekas nasi putih, asam pedas ayam & kicap.
langkah penjimatan duit dan tak bazir lauk semlm hi hi hi hi...

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
sementara tunggu waktu, sila lah buat kerja ye, Syuhada.

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
ni kak Nurin, Jumaat lepas.
dari jam 2.45 hingga 4.30 ptg, transit di ofis ibu.
jgn buang masa, sila buat homework ye.
lewat ptg, saya ada meeting, tinggallah kak Nurin dlm bilik tu dgn selamat....

sure ada yg kata, "wah, bwk anak ke ofis, boleh ke? ganggu kerja la nanti...".
pada saya, sendiri kena fikir lah. camne. bagaimana. kesannya.
memang tidak boleh bwk anak ke ofis setiap hari dari pagi ke ptg. ofis bukan taska/tadika.
sehinggakan kerja terganggu. nak mesyuarat tak boleh, itu dan ini... membawa kpd masalah plak.
ibu/ayah kena berfikiran rasional lah ye.

kena tgk jadual kerja. jgn sampai terganggu.
kena tgk surrounding - sesuai atau tak?
kebanyakan ofis ada surau. maka, situ mungkin anak-anak boleh duduk sementara menunggu ibu/ayah.

anak-anak saya ni, dah besar (14 dan 12 thn). tau bwk diri. takde kes berlari-larian di kawasan ofis 😅.
tidak mengganggu saya mahupun pegawai lain.
thn depan, moga ada rezeki Syuhada, masuk asrama bersama kak Nurin. aminnnn...
masa tu, takde lagi dah saya dan mr.asben kecoh hal anta amik anak sekolah dah.
waktu persekolahan Izzat adalah 7.30 am - 5 pm, takde masalah di waktu bekerja.
rindu lah nanti rutin kelam-kabut gi balik gi balik sekolah ni 😍😍😍.
dulu time diorang kecik, kecemasan saje saya akan bwk ke ofis. demam la biasanya. 
saya tak dpt bercuti atas sebab-sebab yg penting. anak demam, takkan nak dihantar ke pengasuh / taska. terpaksa la bw ke ofis.
tq to my bosses dulu yg memahami.

sebab tu lah kan, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, last year menyarankan pejabat kerajaan mewujudkan satu pusat penjagaan anak-anak.
mudah utk ibu bapa yg bekerja.
senang hati bila bekerja. anak berada dekat dan memudahkan pergi dan balik kerja kan.
and kami-kami org kerajaan ni mengalu-alukan saranan ni.
penjagaan anak-anak umur 6 thn ke bawah dan kalau boleh sekaligus dgn transit anak-anak sekolah.

Sekolah Anak-Anak | Dekat Dengan Pejabat atau Rumah?
entri panjang ni saya akhiri dgn gambar kami bertiga Jumaat 2 minggu lepas di perkarangan ofis saya...

👋👋

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

$
0
0
assalamualaikum 😊

ptg ni hah baru la dpt siapkan entri ni.
hu hu hu hu throwback sungguh, kan 😄.
yes lah, si ibu nyer sgt la ralit memilih puluhan gambar yg para Muallimah wasap dlm grup kelas.
nak belek sesatu gambar yg boleh dikongsi.
ada masa skit, edit gambar and upload dlm draft folder blogger.
ada masa skit lagi, karangkan ayat-ayat nyer plak. save lagi dlm draft folder.
gitu lah... lebih sebulan jadik nyer entri perap dlm draft folder 😅😅😅.

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 SRITI An-Najah, sekolah Izzat ni dah dilaksanakan dan sempurna anak-anak gi pada 29.6.2019 (Sabtu).
program kembara ni adalah wajib disertai oleh anak-anak tahun 1.
utk saya dan mr.asben, anak-anak kami sememangnya tak pernah tak pergi apa-apa lawatan / rombongan yg diadakan pihak tadika & sekolah sejak dulu lagi.
memang kami izinkan, meskipun, ada skit rasa risau lah dlm hati, kan 😅. 
anak kecik nak dilepaskan berjalan dgn cikgu, sape la tak risau kan...
paling risau, bab kencing berak nyer lah kan hi hi hi hi... seboleh2nya tak nak menyukarkan dan menyulitkan para guru.
alhamdulillah... setakat kini, semua anak-anak kami terbaik 👌. takde kes time lawatan / rombongan.

👉   aturcara Kembara Ilmu :
  • 9 pagi : sarapan pagi di KL
  • 9.30 pagi : lawatan ke Muzium Negara
  • 10.30 pagi : lawatan ke Planetarium Negara
  • 11.30 pagi : lawtan ke Muzium PDRM
  • 12.30 tghari : makan tghari & solat di Masjid Negara
  • 2.00 ptg : lawatan ke Pusat Sains Negara
  • 5 ptg : bertolak balik ke Melaka (berhenti solat di R&R)
begitula seadanya aturcara lawatan yg telah ditetapkan.
skit lebih kurang lah kan bab masa tu. tak mudah nak handle lebih dari 30 org anak-anak yg aktif 😄.

terima kasih kepada Muallimah & Muallim yg sporting upload gambar anak-anak sepanjang Kembara Ilmu tu.
kami di rumah, sgt la lega bila tgk gambar, Izzat was so excited!
nampak sgt happy dia...
jom layan gambar-gambar 👇👇👇...

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan
molek jer anak-anak ni makan. tertib 👍.

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan
beratur plak utk solat Zohor 👍...

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan
alhamdulillah... sepanjang hari lawatan anak-anak, cuaca sgt baik 😎.

gambar-gambar dlm entri saya ni tak ikut turutan yg betul.
ini adalah kerana saya sendiri kurang pasti lokasi gambar-gambar tu.
ia telah dikongsi oleh Muallimah dlm grup secara kolektif, kan...
saya tak expect para Muallimah & Muallim nyatakan dlm wasap secara spesifik keberadaan mereka.
Muallimah & Muallim sibuk menguruskan anak-anak all the time kan, tu lebih penting 😃👍.

yg kelakar, bila saya tanya Izzat pasal gambar-gambar dia, "ni kat mana, Ijat?".
jawapan cute dia, "ntah la. Ijat pun tak tau... tanya la Muallimah...". 😄😄😄
memang da jangka dah jawapan dia gitu.
aduhai Izzat ku sayang...
tapi dia cerita la dlm setiap gambar dia buat pe dgn happy nyer 😄. lokasi tak tau ha ha ha ha...

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan 

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan
teringat statement Izzat tentang gambar ni, "Izzat pegangn tulang, bu..."😂.

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan
sgt jelas keseronokan Izzat dlm gambar-gambar ni.
Izzat memang extra excited in apapun yg dia buat 😂 boleh bayangkan gelak besar dia tu.

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan

Kembara Ilmu Tahun 1 | Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan-Kawan
amboi Izzat. da semakin hensem bila bergambar 😄.

happy for Izzat. satu lagi pendedahan yg amat positif utk dia.
saya sgt suka bila anak-anak saya ni didedahkan dgn pelbagai aktiviti dan diberi peluang utk turut serta dlm pe juga program.
tak mahu diorang jadi tak tahu, tak berani, tak mahir,... dan sebagainya.
dlm masa yg sama, menerusi aktiviti luar gini, hubungan dia dan Muallimah / Muallim akan jadi lebih rapat dan santai.
yg garang dlm kelas, bila berjalan gini, akan jadi ceria.
so, anak-anak ni akan lebih kenal Muallimah / Muallim nyer 😍.

nampak ia sgt ringan. santai. releks.
tapi kepentingan sertai lawatan / rombongan gini amat berat, serius, penting dan bermakna.
tambah ilmu.
tambah berani.
tambah berdikari 👍.

😊

Blogger Challenge No 8 | Something for your kids to know

$
0
0
assalamualaikum 😉
amik masa skit utk update blog, challenge no 8. 
baru 8??? hi h hi hi hi...



"byk dah kot ilmu korang tahu.
semua dlm buku. pe lagi Bu nak kasik tahu? baca jer lah buku tu.
ilmu korang setakat ni pun dah tinggi dari Bu seusia korang dulu kala..."



👇👇👇
"... bersyukurlah kerana masih ada ibu utk 24 jam bebel bila korang buat salah. brot bret brot bretlah ibu ni, korang dengar jer lah 😄. dan bersyukurlah kerana masih ada ayah utk marah bila korang buat silap. bila ibu gagal settle satu2 masalah tu, 😏 ibu terpaksalah serah kat ayah. semua tu tanda ibu ayah sayang, ambil tahu, peduli... takkan lah 24 jam nak belai, bobok, peluk, cium kan. salah tetap salah! esok-esok, ibu ayah dah takde, confirm korang rinduuuuuuuu. dan masa tu, sedekahkan al-fatihah sebagai pelepas rindu..." 

kekadang anak-anak ni, bila kita dok marah, mungkin dlm hati dia terdetik, "ibu tak syg aku...".
maka, timbullah keinginan nak cari keseronokan di luar rumah.
mulalah nak layan gajet utk lari dari suasana rumah...
timbul lah gejala-gejala tak baik, masalah-masalah sosial.
or... anak-anak akan jadi tak bermotivasi, kurang keyakinan dan tak bersemangat menjalani hidup.
"ibu tak syg aku...".

tanda ibu ayah tak syg anak 👉 tu hah, byk kejadian buang bayi, tu tanda ibu ayah tak sayang, tak bertanggungjawab!
👉 tu hah, biarkan anak main basikal lajak kul 2 pagi. tak amik tahu anak pergi balik sekolah kul brape. dera anak sendiri. bunuh. rogol. Allahu Akbar 😓   😔😔😔.

Blogger Challenge No 8 | Something for your kids to know
💛💛💛 a small happy family 💛💛💛

tu jer lah nak anak-anak saya tahu 👌👌. simple...
"kenapa Bu marah?" diorang sendiri tahu lah jawapan nyer...

Blogger Challenge No 8 | Something for your kids to know

Blogger Challenge No 9 | How you stay positive

$
0
0
assalamualaikum 😏

terus-terang saya mengaku, sukar utk stay positif.
susah. 
bila saya down, sometimes, ambil masa few days utk 'bangun' semula.
most of the time, org tak tahu, termasuk my love mr.asben.
byk lagi kot perkara dia nak fikir, nape nak susahkan dia?
sebab saya ni sejenis perempuan yg sensitif. mudah terasa!

tapi sgt perlu menjadi positif, kan...
saya jalani hidup ni mcm biasa. hidup mesti diteruskan...
trying hard everyday utk positif.
bagaimana?
  1. fikirkan dosa & pahala.
  2. fikirkan tentang keikhlasan dan keberkatan.
sebab, perkara yg buat kita jadi negatif ni ada byk faktor.
keluarga?
kerja?
kawan-kawan?
hati terusik skit, dah jadi problem, kan...
so, camne saya merawat diri. back to 2 tips 👆👆 lah.
pada saya, menjadi positif ni bukan bermakna kita nak perkara tu menjadi ok, sebagaimana yg saya nak.
tapi, ia lebih kepada saya merawat diri saya sendiri menjadi ok, tak kisah la samada perkara tu menjadi ok ke tak.

👇👇👇
"staying positive does not mean that things will turn out okay. rather, it is knowing that you will be okay no matter how things turn out."

pe pun hal dunia ni, kena fikirkan akhirat.
then, baru kita rasa dahi sendiri mcm kena tepuk!!! adus 😖!!!
pohon pada Allah agar permudahkan kesulitan kita tu dan beri ketenangan sewajarnya.

Blogger Challenge No 9 | How you stay positive

👌👌👌



Giveaway-01 by Ema @ ematunz.blogspot.com

$
0
0
assalamualaikum 😌😌😌

Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . 
Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). 
Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.

Klik gambar dibawah untuk join:


Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada.
Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat. Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.






Blogger Challenge No 10 | If your could have any job in the world, what would it be?

$
0
0
assalamualaikum 😏
byk tugasan selesai hari ni.
alhamdulillah. legaaaa...
seumpama sesak nafas di dada da hilang.
boleh bernafas dgn sempurna je. releks je...

if your could have any job in the world, what would it be?
sesungguhnya, saya nak jadi seorang technology entrepreneur.
zaman sekarang is all about technology.
internet. websites. apps. machines. accessories. tools. computers.
saya nak cipta satu technology yg confirm akan digunakan seantero dunia. 
semakin hari, semakin dunia nak cepat buat semua perkara.
semakin hari, semakin semua kerja nak humanless and paperless. semua lah nak less.

Blogger Challenge No 10 | If your could have any job in the world, what would it be?
dunia tanpa sempadan.
dgn satu button, kita boleh kuasai kesemuanya.

kalau kita work hard, dgn satu technology ciptaan kita, kita boleh jana pendapatan di situ.
pendapatan yg takde limit bilangan angkanya.
indahkan 😎😎😎.

....if lah 😅😅😅.
saya tiada kepakaran tu. so tak lah kan...
berkongsi angan-angan tu tak salah...
saya ada 3 org anak yg mungkin akan merealisasikan angan-angan saya tu.
saya boleh inject modal utk diorang hi hi hi hi hi...

💪   👌👌👌    😉

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

$
0
0
assalamualaikum 😊
selamat pagi.

now nak kongsi satu lagi kisah baling belakang - 15.4.2019.
berbulan-bulan baling belakang nyer nih 😅. 
dek kekangan masa pada waktu tu nak update blog.
busy belajar ler katakan 😄. final semester, dgn assignments yg nak kena disiapkan.
now, slowly nak transfer gambar ke hard disk, baru la teringat yg kisah ni lom update dlm blog hi hi hi...

15.4.2019 kan cuti umum di Melaka. sempena sambutan Melaka Bersejarah.
maka, saya awal-awal dah anak mr.asben bwk anak-anak ke Putrajaya.
bukan semata-mata nak berjalan, atas urusan kerja masa tu. seawal jam 8 pagi dah ada di building SPA.
mlm sebelum tu, kami tidur di rumah mak mertua saya, Seremban.
so, dekat skit lah perjalanan pepagi tu nak ke Putrajaya. siap2 sarapan kat rumah dulu.

so, selesai jer collect surat dari SPA, terus ajak mr.asben ke Masjid Putra.
saya tak pernah jejak masuk ke Masjid Putra ni. sebab tu lah aim nak ke situ je.
sebelum ni hanya berjalan di sekitar luar masjid saje.

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra
cuaca pagi tu amatlah baik.

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra
ada replika tangan ni di sekitar roundabout Masjid Putra. unik...

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra
Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra
zoom in 😄😄😄...

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra
beri maklumat pada anak-anak, "ni ofis Perdana Menteri kita...".
"wah, besarnya... boleh jumpa Perdana Menteri sekarang ke?".
"tak boleh anak-anakku. nak buat apoinmen pun lom tentu boleh. ni kan plak nak jumpa...". 😅😅😅

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra
berlatarbelakangkan Masjid Putra nan indah...

seawal 9 pagi, persekitaran Masjid Putra dah pun ramai pengunjung.
lebih dari 5 buah bas da turunkan pengunjung.
menjadi satu tempat persinggahan para pelancong luar negara. indah. senibina moden.
pengunjung bukan Islam atau yg tidak menutup aurat, dikehendaki menyarungkan jubah yg disediakan.
dan dibenarkan bergambar di mana-mana pelusuk masjid yg dibenarkan masuk.
namun, saya ada perhatikan... ada pengunjung yg bergambar tidak sopan.
hmmmmm saya terasa gayanya tak sesuai dgn tempat ibadat.
dan pemerhatian saya tu adalah benar bila petugas masjid cepat-cepat menegur secara baik pengunjung tu.
memberitahu bahawa gaya itu tidak sesuai.
saya mencari-cari juga pemandu pelancong yg membaca mereka ke situ. sepatutnya mereka dimaklumkan terlebih awal, kan.
other than that, everything was fine. perfect 👍👍👍.

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra
seperti biasa, saya akan cadangkan kat anak-anak, "sila lah baca maklumat yg dipamerkan".
mudah utk mereka buat karangan di sekolah, jika perlu.

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra
ini ruangan solat utk muslimah. kami menunggu ayah yg solat di bahagian lain.

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra
ruang utk muslimah bersiap selepas solat amat indah. selesa.

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra
ni pandangan dari masjid ke arah entrance utama.
para pengunjung dah mula berkumpul utk kembali ke bas masing-masing.

indah...
memang terbaiklah Putrajaya.
lain kali kami singgah lagi ye. have to say goodbye.
matahari pun dah terik masa tu. nak amik gambar pun, mata masing-masing tak dpt nak buka 😄.
mana kan boleh lawan terik matahari ha ha ha ha ha...
perut pun dah lapar balik. sarapan sgt awal kan...

tak lengah-lengah lagi, kami terus menuju ke Restoran Nasi Dulang Daun Pisang di Sg. Ramal, Kajang.
saya dan anak-anak da pernah makan sini. now, nak la ajak my beloved mr.asben merasa kan.
baru la complete perasaan tu.

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

Sepagi di Putrajaya | Dhuha di Masjid Putra

ptg tu juga kami balik ke Melaka.
tak dpt lah nak berjalan ke mana-mana lagi.
esoknya, hari bekerja kan.
puas hati dgn perjalanan kami setengah hari ke Putrajaya.
kerja selesai. dpt jalan-jalan. dan dpt makan best kat sg. ramal ni 😋.

👌

Blogger Challenge No 11 | Share : A difficult time in your life

$
0
0
assalamualaikum 😃

hari Khamis.
dah nak sampai ke penghujung hari ni. 
alhamdulillah, hari ni berjalan dgn baik-baik je.

esok Jumaat. hari yg saya tunggu setiap minggu.
bukan sebab esok nyer tu weekend. sebab, Jumaat tghari gi amik kak Nurin dari asrama.
pe yg boleh buat saya gembira selain dari anak bertiga ada depan mata.

setiap org ada saat-saat sukar yg amat sukar dlm kehidupan dia.
mesti ada.
cuma tahap kesukaran tu berbeza antara satu sama lain lah kan.
sesungguhnya Allah tu Maha Adil.
dia uji seseorang tu semampunya. tidak lebih. tidak kurang.

saya ada satu. 
hanya satu. itulah satu the most difficult time in my life 😔.
namun tak dpt nak diceritakan. dikongsikan.
sebab tak brape nak cantik kalau dikongsi.
ia melekat dlm hati dan minda.
ia ibarat luka. da lama. tetap ada parutnya...
kalau nak diberikan skala, tahap difficult saya tu adalah 10/10.
hanya Allah je tempat saya mengadu waktu tu agar semua dipermudahkan.

namun, ia sekadar diingat, tidak dikenang.
ia sekadar dilupakan, tidak terlupa.
life goes on.
jgn toleh belakang dah. ia hanya satu kisah perit yg Allah beri utk menguji.
sudah berlaku.
takkan boleh diubah. ia tetap di situ. sejarah.

yg kita ada ialah saat ni. sekarang. maka, beri perhatian.
esok ntah ye ntah tak milik kita. bahagia ke susah ke esok, usah difikirkan.
apa yg kita ada sekarang, hargai lah.

"People change, stuff happens, things go wrong.... After all, life goes on."

😉😉😉

Stress ? Happy? Sedih? Pizza Hut Lah Jawapannya...

$
0
0
assalamualaikum 😊
salam pagi Jumaat. 
alhamdulillah...
  1. tghari nanti amik kak Nurin.
  2. anak-anak last sekolah hari ni, bakal cuti seminggu, rehat di rumah...
  3. weekend ni Aidil'Adha. best. family gathering 💚💚💚.
in shaa Allah...
so got few task nak diselesaikan nih. moga semua dipermudahkanlah...

nak kongsi pendapat lah. borak-borak pagi Jumaat...
sesungguhnya makanan ni ubat segala ubat, kan?
pada saya, makanan ni sumber kegembiraan.
lelebih lagi dpt makan ramai-ramai dgn kawan-kawan or family. wah, heaven nyer rasa.
tak kisah la di rumah, di kedai, di ofis, di tepi laut, di tebing sungai or di tepi highway 😅.

saya kerap bwk anak-anak makan luar.
kekerapan tu dlm 2 minggu sekali lah. kerap lah tu kan.
tak kira la makan luar secara emergency saya tak sempat masak dinner! 😄😄😄
tu tak nak kira lah... makan kedai mamak or restoran tomyam depan rumah. tak special.
ni kiranya, maksud saya, gi makan plan punyer.
makan plak kat restoran pilihan kita. order plak makanan yg memang tak makan 1-2 minggu tu.
lain dari makanan kat rumah la kiranya.

salah satu tempat feveret saya & mr.asben 👉 Pizza Hut.
meskipun now da semakin mahal tapi kualiti makanan down skit dari dulu kala, still a nice place to go bwk anak-anak lah.
ada aneka makanan utk diorang pilih.


Stress ? Happy? Sedih? Pizza Hut Lah Jawapannya...
molten lava chocolate cake ni hampir wajib di order.
gabungan ice cream dan chocolate kek yg marbeles!
bila ia singgah di lidah, dah satu nikmat... beli ia lalu di tekak, lebih nikmatnya!
1 set tu pun dah kenyang kami sekeluarga. sharing is caring kan...
hilang segala stress... sedih... pilu... muka akan ukir senyum.

Stress ? Happy? Sedih? Pizza Hut Lah Jawapannya...
then dpt plak pizza yg cheese nyer overloaded!
aduhai... nikmat mana yg saya nak dustakan? alhamdulillah...
kami biasa order pizza yg simple, tak terlalu overload dgn toppings.
sebab, anak-anak akan sisihkan few toppings yg diorang tak brape nak makan. bazir!!!
but, penting nyer, cheese mesti extra.

Stress ? Happy? Sedih? Pizza Hut Lah Jawapannya...
saya akan up skit harga utk tukar kps pumpkin soup. sedap nyer lah uolls.
wajib try ni. at first, anak-anak saya tak nak mencuba.
mcm biasa, saya akan paksa diorang cuba sesudu.
rasa tetap kena rasa. then only u decide to eat it or not. baru lah tak rugi...
rasa nyer just nice. tak lebih. tak kurang 😋.

Stress ? Happy? Sedih? Pizza Hut Lah Jawapannya...
.... selesai!
jarang kami makan tak habis tau 😅.
takkan takeaway punyer lah. sebab nanti sampai rumah dah tak sedap!

lepas makan, semua akan senyum. kekenyangan... perut plak overloaded dgn makanan 😄.
alhamdulillah... 
sesekali makan mahal pe la salahnya.

saya cukup pantang bila kita sedang happy depan makanan, tetiba ada insan yg sebut pasal 'diet'😡.
"ni byk kalori ni!"
"ni lemak berlebihan ni!"
"ni tak boleh ni, gemuk!"
"saya tak makan ni, pantang!"
kemon lah! nak diet kat rumah ye. 
ni happy time, please lah hormat!
org nak jamu selera. org lain nak bersedekah. org lain nak buat org lain happy. jgn la potong steam!
tak nak makan byk, jamah la skit. kita faham. mulut tu diam-diam, boleh tak?

saya suka share tips dari Kevin Zahri👉 bahawasanya kita perlu ada cheat day, 1-2 hari.
why?
utk meningkatkan semula metabolisme kita. then, dalaman badan kita ni akan aktif semula, start burning calories semula.
if asyik diet tanpa ada cheat day, badan kita akan sampai satu tahap pasif. di situ, berat kita akan stagnant.
so, dlm 7 hari tu, 5-6 hari kita amalkan diet rendah kalori. 1-2 hari je kita makan dan makan dan makan. 
tak ler sampai terlebih kalori 😅. still eat clean, tapi amaun nyer up la skit. amik skit air manis menghilangkan kempunan.

sesungguhnya, makanan tak salah!
yg salah nyer ialah cara kita makan.
👌👌👌   😉

Blogger Challenge No. 12 | Tell Me : Are you a sensitive person?

$
0
0
assalamualaikum 😉

yes, i am!
mengaku jer lah 😄😄😄...

mudah terasa hati.
mudah terusi perasaan.
mudah rapuh.

kalau tgk citer hindustan, 10 kali tgk citer yg sama, 10 kali lah air mata berderai-derai keluar membasahi pipi.
hingga tersedu-sedu pun ada.
tersumbat segala sel-sel hidung!
hmmmm nanti kak Nurin dan Syuhada suka la gelakkam saya.
"ibu nangis. ibu nangis...". kurang asam gelugor punyer anak 😄.
bukan citer hindustan jer.
pe citer pun lah... most of the time, confirm saya sedih sebak pilu terharu.

then, saya tak boleh dgr certain lagu, zikir...
surely tetiba dada ni jadi sebu nyer. perasaan jadi sebak. 
there and then, terus air mata bergenang... tak boleh ditahan-tahan semua tu.
ntah la knape???
kekadang tak berkait pun tau. aduhai...
hati tisu betul lah!

Blogger Challenge No. 12 | Tell Me : Are you a sensitive person?
😄😄😄

kalau berkaitan hubungan dgn manusia, yes... sensitive jugak.
cuma, most of the time, sensitive saya tu tak terpancar di muka.
dlm hati.
cover jer di luaran... Allah je Maha Tahu.
ada time, saya tunjuk.
ada time, saya ok sendiri je lepas tu.

apa yg pasti, kalau bebetul saya rasa kecik hati, saya akan diam.
diam.
diam.
buat kerja.
diam.
diam.
bukan minta dipujuk. dibelai. bukan minta org minta maaf pun.
ia hanya satu tindakan berdiam diri agar saya tidak bertindak di luar jangkaan, perbuatan ataupun kata-kata.
benda ni, suami, anak-anak dan adik-beradik saya faham.
diorang akan biarkan saya 'sejuk' sendiri.

😉😉😉

Blogger Challenge No. 12 | Tell Me : Are you a sensitive person?
Viewing all 1120 articles
Browse latest View live