Quantcast
Channel: Blog Adianiez
Viewing all 1120 articles
Browse latest View live
↧

Rindu Makan Cakoi | UNIKEB Bangi

$
0
0
assalamualaikum 😊.

selamat pagi.
apa khabar semua?
hari ni saya bersemangat masuk ofis.
tiada apa-apa yg penting, just nak rasa 'wow' bila melangkah masuk bilik baru ni.Β 
nak berkemas skit.
bersihkan bilik. wangi kan bilik. letak perhiasan serba sedikit. then baru ada 'jiwa' kan.

tadi, sebelum jejak kaki ke ofis, sempat beli nasi lemak bungkus.
utk sarapan.
bila dinner awal, gini la jadik nyer, lapar awal.
sedang tunggu nasi lemak dibungkus, terpandangkan cakoi di atas meja penjual.
tetiba...
terimbau kenangan makan cakoi di UNIKEB, bangi.
mujur lah korek-korek phone, ada snap gambarnya.

Rindu Makan Cakoi | UNIKEB Bangi
comel lote cakoi nyer... senang nak makan.
ni cakoi original - 5 pcs RM2. saya biasa beli RM4.
beli dan makan panas-panas dlm kereta, on the balik Melaka. kenyang!

Rindu Makan Cakoi | UNIKEB Bangi
UNIKEB. org bangi surely familiar sgt lah building ni.
di luar UKM. saya memang biasa sarapan & lunch kat sini sepanjang 22 bulan belajar di UKM.

Rindu Makan Cakoi | UNIKEB Bangi
senarai harga.
nak snap molek-molek tak sempat, beratur panjang di tghari πŸ˜….

Rindu Makan Cakoi | UNIKEB Bangi
cakoi cheese. cakoi coklat. cakoi coklat cheese pun ada tau 😍.

kalau takde hal, takkan la jejak lagi ke sini.
nearly end of the year, in shaa Allah, konvo, nak terjah beli seplastik dua.
saya sejenis yg prefer makanan-makanan melayu gini. berbandinglah dgn nugget tu kan.
better la saya belikan anak-anak cakoi ni.
ringan.
rangup.
sedap.
panas-panas πŸ˜‹.

itulah kisah kerinduan di pagi hari.
moga berjumpa lagi lah wahai cakoi UNIKEB.
hi hi hi hi πŸ˜„...
↧

Resepi Biskut Raya Simple | Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina

$
0
0
assalamualaikum 😊

Jumaat menjelma. penghulu segala hari.
jgn lupa baca surah Yassin & al-Kahfi.
di masa terluang ye. jgn pula korbankan kerja hakiki πŸ˜…, karang bos berbunyi plak.
terutama surah al-Kahfi, 110 ayat. boleh la dibaca sedikit-sedikit.
menjelang asar nanti, boleh selesai membacanya. in shaa Allah...
Jumaat pertama di ofis baru. selesa. tenang.
hari ni masih dlm proses belajar tentang kerja. starts with membaca prosedur kerja di MS ISO.
what first. what next. how?
mudah bila kita ada MS ISO di mana semua gerak kerja didokumenkan.
ada la gambaran hala tuju. ikut. sebab bila silap langkah, kelak di odit = NCR.
bakal melompatlah para bos. mereka melompat, kita? πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ situasi yg saya tak nak berada di situ.

pagi ni, senaman jari-jemari jap di ruangan blog. sharing...
lama sudah gambar-gambar ni dlm draft folder.
hendah bercerita, tapi tiada masa.
maka, setelah habis raya... biskut rangup ni pun dah habis licin... ni hah baru sempat buat karangan khas.
ni la dia biskut raya yg berjaya saya buat utk raya lepas.
plan nyer byk biskut nak buat, tapi yg menjadik hanya dua - biskut ni dan cornflakes madu.

saya memilih resepi cikgu Azlina Ina. wajib mention nama cikgu lah kan, kredit pada dia πŸ˜„.
resepi yg paling mudah. bahan2 semua ada kat rumah.
saya tukang timbang, adun... kak Nurin & Syuhada yg tolong bentuk utk dibakar.

Resepi Biskut Raya Simple | Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina
kejadian sebelum dibakar.

Resepi Biskut Raya Simple | Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina
Resepi Biskut Raya Simple | Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina
tadaaaaaaaa... siap!

Resepi Biskut Raya Simple | Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina
ni hah asal-usul resepi.

πŸ‘‰ Β bahan A :
  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sdk esen vanilla
  • skit garam halus
adunkan semua, guna whisk.
takde whisk, guna je senduk. sebatikan bahan A.

πŸ‘‰ Β bahan B yang mesti di ayak ye :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung susu
  • 1 sdk tepung beras
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk soda bicarbonat
πŸ‘‰ Β 1 cawan cornflakes, dikisar.

cara-cara :
  1. campurkan cornflakes ke dalam bahan A.
  2. then perlahan-lahan masukkan pula bahan B. kacau dgn senduk hingga sebati.
  3. masukkan adunan biskut ke dalam peti ais selama 20 minit.
  4. then, boleh la bentukkan adunan dan gaulkan dengan adunan yg telah dibentuk dgn cornflakes da diramas kasar.
  5. bakar dlm oven selama 20 minit pada suhu lebih kurang 170'c.
jarakkan ye adunan biskut yg telah dibentuk tu.
ia akan mengembang. tgk jer lah gambar saya πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†.
kembang setaman πŸ˜ƒ.

Resepi Biskut Raya Simple | Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina
lebih dari 50 keping juga la seadunan cikgu Azlina Ina ni.
alhamdulillah... rangup!
rupa tak brape cantik, tapi rasa nyer ok ok la... sedap!

rasa best bila first time buat biskut raya dgn anak-anak.
dgn bangganya diorang berkata, "ni kitorang buat tau".
kos pun sgt la jimat. memang tak sampai pun rm20 utk kesemua biskut ni. alhamdulillah.

tahun depan, in shaa Allah, nak buat lebih dari 2 biskut.
mesti lebih dari thn ni kan πŸ˜†. biskut coklat chip ke, biskut famous amos ke, almond london ke...
wah! besar nyer cita-cita saya.
angan-angan tak salah, kan... in shaa Allah.

nowadays, tetamu dtg, takkan cukup dgn kuih raya je. mesti nak jamu dgn makanan berat.
baru la complete, bagi saya la.
terkecuali la di saat-saat kehadiran tetamu tak dijangka. kuih raya penyelamat keadaan.
buatkan seteko air panas πŸ˜‹.

tapi, bila difikir-fikirkan balik, biskut ni tak semestinya buat time raya, kan?
bila dah tau buat ni, boleh la buat biskut ni utk kudapan seharian.
jimat.
sedap.
ok la tu πŸ‘.

😌😌
moga kita dipanjangkan umur bertemu Ramadhan thn depan, kan.
in shaa Allah.
↧
↧

Wordless Saturday Morning | Nurin & Syuhada

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜„
nak share gambar lama...
gambar thn lepas kot ni hi hi hi hi πŸ˜….


Wordless Saturday Morning | Nurin & Syuhada

Wordless Saturday Morning | Nurin & Syuhada

tu la dia bila phone ibu kena hack dek anak-anak πŸ’—. yg molek-molek aje ibu share ye. ibu sayang korang ketat-ketat.

↧

Taman @ Kebun Mini Di Tepi Rumah | Izzat Rajin Menyiram Pokok Di Laman

$
0
0
assalamualaikum.
salam sejahtera...
selamatlah utk kita semua menjalani hari ini 😍.
berjaya dgn apa jua yg diusahakan.

dah pun separuh hari di hari Sabtu yg ceria.
pagi-pagi ni kak Nurin bertuisyen dan Syuhada ada skola tambahan UPSR.
ibu & Izzat di rumah saje.
done masak tumis berempah ayam. masukkan kubis dlm tu sekali.
ada juga masak sayur campur.
cukuplah utk kami berlima hingga ke dinner πŸ˜ƒ.

satu lagi kegembiraan saya di rumah baru ni, cita-cita tercapai, adalah dpt mewujudkan satu taman @ kebun mini di tepi rumah.
ruang tanah di tepi rumah kami tak begitu luas, tak dpt lah nak menanam pokok mangga ke, pokok jambu air ke, apatah lagi pokok manggis atau rambutan.
tidak sesuai. hanya ada lebar 14' x panjang 70'. tu pun termasuk beranda rumah di tepi tu kan.

laman tepi di sebelah belakang sudah saya simenkan sepenuhnya.
sekarang jadi ruang menyidai baju.
sudah ada perancangan utk ruang tu. bajet sedang dijana utk merealisasikannya 😎.
in shaa Allah.

da apply dgn mr.asben agar berikan ruang sejemput di tepi beranda rumah utk saya bercucuk tanam (gitewwww!). application diluluskan!
perancangannya, bila buka je sliding door, nampaklah pokok-pokok hijau dan bunga-bunga penyeri mata.
thinking of nak beli pokok kenanga. biar harum semerbak 😍.

Hobi Baru Izzat | Menyiram Pokok Di Laman

Hobi Baru Izzat | Menyiram Pokok Di Laman

Hobi Baru Izzat | Menyiram Pokok Di Laman

pantanglah tgk saya memegang bekas penyiram pokok tu.
dia nak jugak. so, saya akan beri peluang kat Izzat. boleh la menjadi pembantu πŸ˜„.
siap-siap Izzat akan bagi report, "ibu, pokok ni da tambah bunga",Β "ibu, pokok ni da beranak", "ibu, pokok ni da tinggi"...
πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

setakat hari ni, semua pokok hidup segar.
disiram setiap hari.
dibubuh baja sebaiknya ikut sukatan dan waktu yg disarankan.
ada pokok berbunga dan juga pokok sayur / makanan.
baru nak mencuba menanam-nanam. tiada pengalaman. ntah kan tangan panas ke tangan sejuk πŸ˜„.
now, hunting for pokok bendi dan ulam raja.
masih belum jumpa di few nursery berdekatan. nanti nak kena spend masa ke pasar besar Melaka tu.
pasti ada.
tanam yg biasa guna di dapur.
tanam yg memang utk makan fresh.
as for serai, daun bawang dan daun sup, akan try tunaskan dulu di dapur.
3 ni pun penting, kan. pewangi makanan dan penyedap rasa 😍.

Hobi Baru Izzat | Menyiram Pokok Di Laman
sedikit ruang tanah di bahagian hadapan. bersebelahan garaj kereta.
kosong. dibersihkan dari semasa ke semasa.
sudah ada perancangan masa depan πŸ‘Œ.

menjadi pekerjaan sampingan la saya mencabut rumput-rumput liar.
sikit-sikit melayan rumput. bersihkan. agar tak semak!!!
menjadi senaman juga tau. boleh la keluarkan peluh... πŸ˜„
doakan misi taman @ kebun mini saya sukses ye, kawan-kawan.
jgn lah hangat-hangat tahi ayam kan πŸ˜† ha ha ha ha ha...

πŸ‘‹
↧

Makan Durian Musang Queen | Sedap & Murah

$
0
0
assalamualaikum 😊
bersiaran di mlm Isnin. esok da start keje.
anak-anak skola.
Syuhada akan bermula peperiksaan percubaan UPSR esok.
tu hah dia sedang membaca santai buku kompilasi karangan BM.

siang tadi, alhamdulillah, dimurahkan rezeki, dpt lah kami sekeluarga makan durian.
sebelum ni saya da makan, mr.asben da makan, tapi tanpa anak-anak.
hmmmm sgt tak best bila mana kami makan sedap, diorang tak dpt merasa.
sgt tak best!
diorang bukan la pemakan durian sgt pun sebenarnya. tapi, hati saya tak keruan jugak.
saya cadangkan, before hantar kak Nurin balik asrama, singgah la jap makan durian πŸ˜€.
tq mr.asben yg meluluskan cadangan saya.

gerai kampung je.
di jalan dari Bkt Katil nak ke Tehel.
kami pun tak mencari durian yg berjenama πŸ˜…. durian kampung pun kami on jer.

Makan Durian Musang Queen | Sedap & Murah
hmmmm bergambar bukan main happy.
tapi seulas pun Izzat tak makan. dia tak nak merasa pun.

Makan Durian Musang Queen | Sedap & Murah
ni durian cincin nama diberi.
kami beli 2 biji. rupa tak brape nak anggun, comot aje kan rupa paras isinya.
tapi sgt sedap πŸ‘. rasa sgt la tak mengecewakan. byk plak tu, kecil-kecil. puas makan.

Makan Durian Musang Queen | Sedap & Murah
hah ni la dia durian musang queen.
beli 2 biji juga. kecil-kecil jer buah nyer tapi isi πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹.
isi nyer tebal. biji nyer kesep-kesep. puas makan. kenyang!!!
sehinggakan kak Nurin & Syuhada surrender - tak nak lagi dah πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

Makan Durian Musang Queen | Sedap & Murah
ni musang queen tapi kekuningan isinya light skit.
tapi ketebalan isi dan kekesepan biji masih sama. terbaik πŸ˜‹.

pelbagai dah nama durian. hari ni kami makan durian cincin & musang queen.
durian pun ada king nyer, queen nyer πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.
tak tanya plak kenapa nama gitu. kami ngap jer lah. yg pasti durian is rasa durian.
jgn durian rasa epal dah ler kan...

😍 puas hati.
4 biji durian yg sedap dan 3 gelas air kelapa yg sungguh menyamankan = RM63.
nikmat pe lagi yg nak kami dustakan 😌😌😌.
kalau ada rezeki, next Sunday pun kami nak lepak makan durian sini lagi. berbaloi!
keluar dari gerai tu dgn senyuman yg amat lebar.

πŸ˜‰
↧
↧

Penebusan Yang Berbaloi | Pineng Extension Socket With 4 USB Ports

$
0
0
assalamualaikum...
salam sejahtera.

letih nyer badan ni hah, seharian on the road.
sebelum subuh bertolak dari Melaka. kini saya dah pun berada di bumi Langkawi 😊.
alhamdulillah...
berbengkel selama 3 hari mulai esok. moga semua berjalan dgn jayanya...

update ringkas ptg ni.
sambil-sambil tu ada la berfikir - "nak tambah koleksi correlle tak?"πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜† ha ha ha ha...
oh tidak lah kot. "hmmmm tidak kah?"πŸ˜‰.
langkawi ni kat sinonim dgn shopping pinggan mangkuk periuk belanga.
langkawi. correlle. langkawi. corningware. langkawi, tefal... hu hu hu hu pening aaahhhh!

back to tajuk πŸ˜…, nak bercerita lah tentang extension socket ijau kami ni. da lebih setahun dah ia bersama kami, digunakan setiap hari.
points Bonuslink ribu-ribu masa tu. and got few hundreds points akan expired.
hmmmmm dgn points yg sejemput, sgt limited item yg boleh saya redeem di Maybank πŸ˜’.
electrical items semua dah ada kat rumah, kan.
perhiasan? tak berkenan plak nak redeem.
belek punyer belek, timbang punyer timbang antara kehendak dan keperluan, saya redeem this item lah.

Penebusan Yang Berbaloi | Pineng Extension Socket With 4 USB Ports

considering yg kami mempunyai byk gajet, bila travel menjadi satu kepayahan nak kena bwk charger yg berasingan.
then, time nak balik, ada je tertinggal! hu hu hu hu... sgt bengang sebab semua charger original kan πŸ˜’πŸ˜“πŸ˜“.
pernah la berniat nak beli di lazada time sales. tapi, lom sampai rezeki kot nak membeli...
maka, alang-alang dah wajib redeem apa-apa bagi mengelakkan points expired dgn sia-sia, mendptlah extension socket ni.
sememangnya redemption ni sgt la berbaloi. sgt membantu πŸ‘.
memang ke mana pun, akan dibawa. hanya perlu satu socket di dinding je utk caj gajet yg byk.
tu la sebab baru sekarang review extension socket ni, bukan dulu sewaktu baru-baru redeem πŸ˜‰. nak tau ketahanannya, praktikalnya, ok ke tak, kan... baru la boleh cerita utk kongsi...

Penebusan Yang Berbaloi | Pineng Extension Socket With 4 USB Ports
for home & travel, just charge πŸ’™πŸ’™ Β perfect for both!

dah guna lama.
ia tahan lama.
senang nak dibawa.Β 

Penebusan Yang Berbaloi | Pineng Extension Socket With 4 USB Ports

Penebusan Yang Berbaloi | Pineng Extension Socket With 4 USB Ports
saje je saya panjangkan wayar hijau adapter tu.
nak tunjuk camne panjang nyer 😊.

Penebusan Yang Berbaloi | Pineng Extension Socket With 4 USB Ports
tadaaaaaaaa πŸ˜€... berderet uolls!

Penebusan Yang Berbaloi | Pineng Extension Socket With 4 USB Ports

Penebusan Yang Berbaloi | Pineng Extension Socket With 4 USB Ports
nak panjang? nak pendekkan? terserah πŸ˜‰. mudah. praktikal.

recommended lah benda ni.
bagi yg family members ramai, 4 usb ports ni memang akan save space bila mana sekaligus semua nak caj gajet masing-masing πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

πŸ‘ŒπŸ‘Œ
↧

Taman @ Kebun Mini Di Tepi Rumah | Mudahkan Izzat Nak Menyiram Pokok

$
0
0
assalamualaikum 😊
selamat pagi readers yg baik hati...
selamat pagi langkawi... chewah! πŸ˜†

aduhai! sehari semlm jauh dari rumah - amat menyeksakan jiwa!
minggu ke-2 bekerja dah pun bertugas jauh nun di utara negara.
sesungguhnya saya yg menjalankan amanah.
mlm tadi, jam 9:45 mlm, call anak-anak, Izzat takde mood nak berckp.
slow je suaranya πŸ˜’.
kita dah la rindu sgt nak dgr suara ceria dia, dia takde mood.
then, Syuhada kata, "ibu, Izzat menangis"😳
on the spot, saya terus tukar ke video call.Β 
aduhai anak boy ibu.
nampaklah jugak butir-butir air mata kat tepi mata Izzat.
Allahu... jgn la uji ibu, darling oii...
bertabah la ye tanpa ibu utk 4 mlm.
bila dah naik keje ni, memang akan kerap bertugas luar Melaka.
moga nanti Izzat terbiasa ye.
maklumlah... 22 bulan ibu depan mata. tak ke mana pun kalau tak dpt nak bw anak-anak.

maka, nak share lah gambar anak boy yg manja sorang ni.
gambar ni saya snap hari Ahad yg lepas, dlm jam 2 ptg.
kisahnya... tghari tu bw anak-anak berbelanja di Family Store. kak Nurin nak beli brg nak bw balik ke asrama.
sedang membelek-belek segala mcm benda di Family Store, ternampak penyiram air cute ni hah.
offer kat Izzat, "Ijat nak tak penyiram kecik ni? ringan je nanti Ijat nak siram pokok ibu".
"boleh jugak la. penyiram ibu berat sgt kalau air penuh...".

Taman @ Kebun Mini Di Tepi Rumah | Mudahkan Izzat Nak Menyiram Pokok

Taman @ Kebun Mini Di Tepi Rumah | Mudahkan Izzat Nak Menyiram Pokok

Taman @ Kebun Mini Di Tepi Rumah | Mudahkan Izzat Nak Menyiram Pokok

itu yg sampai je rumah, terus nak menyiram pokok.
jenuh jugak la dia dok ulang-alik mengisi tong kecik tu, sekali isi utk menyiram 1 pokok.
how cute πŸ˜„...
ok la. mengisi masa dia dgn something new.
yg dulunya tak pernah ada aktiviti di laman sebegini πŸ˜€.

Taman @ Kebun Mini Di Tepi Rumah | Mudahkan Izzat Nak Menyiram Pokok
lepas tu, sedang ibu sibuk di area lain, sekuntum bunga dipetiknya.
Izzat kata, "satu je Ijat nak..."πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’. anak bertuah betul!

πŸ˜…πŸ˜…
↧

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !

$
0
0
assalamualaikum 😊😊😊

bersiaran dari rumah dah.
kelmarin da selamat sampai Melaka, lebih kurang jam 11 mlm.
hu hu hu seharian perjalanan dari langkawi. 8 pagi da mulakan perjalanan. hampir 15 jam perjalanan!!!!
akibatnya, semlm demam urat!!! dpt la MC sehari. seharian la semlm berehat, makan ubat ikut time.

belek-belek blog jap. terfikir apa la nak dibebelkan dlm blog kecik molek ni.
hmmmmmm jom la share jap pasal makanan korea yg pedas teramat nih!
lama dah kot viral pasal ramen pedas teramat ni!
hinggakan sana sini ada challenge makan ramen hu hu hu hu...
hmmmmm saya ni sgt la tak berminat nak mencuba.
masih kolot dgn maggi kari tu hah...

sehinggalah baru-baru ni, kak Nurin dan Syuhada yg membawa masuk samyang ramen ni ke rumah πŸ˜….
sungguh kuat la penangan kpop ni. diorang beli di 7eleven.
bukan setakat drama nyer, lagu nyer... mee segera nyer pun anak-anak saya berjaya pengaruhi si ibu kolot ni membeli.
diorang bercerita, kawan-kawan ada yg bawa ramen ni ke sekolah.
ramai-ramai share makan. hmmmmm...

mahal!!!Β tak patut betul harga gitu. adakah sebab ia diimport jauh dari korea? mungkin...
ikutkan hati, tak payah la beli anak-anak oiiii...
harga nyer lebih mahal dari harga sepinggan nasi ayam! tak berbaloi!!!
tapi beli la jugak kerana kehendak anak-anak dara berdua tu lah...


Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !
first try, diorang beli packaging hitam (hot chicken) dan kuning (ada flavour cheese).

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !

ia adalah seumpama mee segera yg lain-lain.Β 
lembutkan mee segera, toskan dan campurkan dgn serbuk perisa. gaul sebati.
just yg saya nampak perbezaan, mee segera nyer tu kenyal! tebal! tak lembik...

tapi ya Allah, pedasnya. memang berpeluhlah dahi. pedas semcm lah πŸ˜–.
cannot go! bila terlalu pedas, saya tak dpt nak menikmati sgt kesedapannya.
boleh dikatakan sedap lah. perisa yg unik.
terutama yg ada rasa cheese tu kan. perisa yg unik. tapi pedas!!!

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !
last week, mr.asben beli yg packaging merah ni.
hot chicken 2x pedas 😳😳😳. saya tgk perkataan tu pun da terasa panas lidah ni.

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !

memang la pedas ooiii 😩😩...
saya sanggup 2 kali suap jer. hu hu hu hu hu not my taste lah pedas teramat gini.
lebih rela makan maggi kari potong cili padi, dari makan samyang ramen ni.
takde nikmat nyer kalau dah pedas sgt 😭😭😭.

tapi tu la. my πŸ’™ mr.asben selamba jer makan packaging merah ni.
dia makan relax. tak minum air walaupun seteguk. muka dia aman jer dari start makan hingga la ke suapan terakhir.
πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’ power betul lah anak nismilan ni ekk.

dipendekkan cerita, pendapat saya :

  1. mesti cuba.Β 
  2. berbaloi mencuba (tapi tak nak repeat dah la 😩)
  3. mahal sgt!!!
😏😏😏 sekian laporan dari korea lah sangaaaattt πŸ˜„.
selamat berhujung minggu ye.
↧

Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi

$
0
0
assalamualaikum 😊

hari ni sungguh indah dan tenang.
cuaca cerah dari pagi membawa ke ptg...
saya dlm tempoh menyihatkan badan.
telan ubat, terus mata ni mengantuk yg amat mengantuk. aduhai...
separuh hari diri ni tak dpt nak berfungsi.
tapi sempat la gorengkan 2 bungkus mee - mee goreng, utk seisi rumah lunch.
sib baik la mr.asben dan anak-anak jenis tak memilih makan. pe pun yg terhidang, makan.
alhamdulillah...

dlm jam 5 ptg td baru la dpt bangun, mula la buat keje rumah yg tertangguh sejak pagi.
usik sana sikit. usik sini sikit.
dlm jam 6 ptg tadi hingga lebih kurang menghampiri jam 7 ptg, saya, kak Nurin dan Syuhada mencabut rumput di laman.
kemas-kemas pokok. siram. buh baja...
belai-belai mana-mana yg patut kan.
dari Isnin hingga Jumaat tak berbela pokok-pokok. tuan nyer ke Langkawi πŸ˜….

😍😍😍 nak imbau skit kenangan perjalanan naik bas gi balik Langkawi.
penat nyer menang lah tak terkata.
Isnin tu ke Langkawi, jam 5.15 pagi tayar bas da bergolek dari Melaka.
kami tiba di jeti Kuala Perlis, naik feri jam 5.30 ptg.
menghampiri jam 7.00 ptg baru la selamat tiba di bumi Langkawi. aduhai...
mlm tu berehat jer. tak ke mana-mana.

saya share di sini skit pemandangan negeri Kedah yg sempat saya snap sepanjang perjalanan pergi ke Langkawi 😊  😍.
Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi

Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi
ni saya percaya adalah track laluan ets.

Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi

last melalui jalan ni ialah time nak ke Hatyai ari tu.
tak pernah jemu lihat pemandangan sawah padi yg terbentang luas ni.
kalau di selatan tanahair, tak brape byk pemandangan sebegini di laluan biasa saya.
maka bila di sini, tak lupa la nak merakamkan gambar sekeping dua.

di Langkawi, kami dah disiapkan asrama. tak bermlm di hotel lah kan...
kalau nak berjalan, ada bas yg sememangnya pihak pengurusan sediakan setiap kali peserta kursus hadir ke sini.

Selasa.
pagi nyer kami berkursus. tepat jam 5 ptg, tayar bas dah pun bergolek keluar dari asrama, kami berjalan di bandar Kuah.
mana lagi, kami terus mejunu ke kompleks HIG yg terkenal seluruh Langkawi.
shopping skit skit jer lah saya πŸ˜ƒ. yg pasti, coklat.
ada jugak ofismet yg mengirim belikan coklat. boleh la... yg lain-lain (mangkuk periuk pinggan) saya tak amik order lah.
malas nak angkut bwk balik nanti.
sebelah mlm nyer, lepas dinner di asrama, kami sambung berjalan ke Pantai Chenang.
nasib baiklah ada yg sudi melayan kami-kami ni nak berjalan, kan πŸ˜….

Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi

sgt membangunlah Pantai Chenang sekarang.
semakin byk hotel didirikan. semakin byk mall yg dah ada utk shopping.
tak kurang jugak kedai-kedai menjual souvenir.
kedai makan? hmmmmm... kedai makanan thailand, arab, western food,... pilih aje ikut selera tekak lah.
mlm tu kami tak makan-makan pun. just jalan-jalan beli souvenir utk anak-anak.

Rabu.
sekali lagi, jam 5 ptg selepas selesai berkursus seharian, kami gerak ke bandar Kuah lagi.
hari ni kami singgah sekejap di Idaman Suri.
then terus jalan-jalan di pasar mlm bandar Kuah. makan-makan lagi πŸ˜†.

Khamis.
jam 8 pagi tayar bas dah bergolek, menghantar kami ke jeti Kuala Perlis.
kami naik feri jam 9 pagi. kali ni ok skit, tak ramai org dlm feri. santai sikit lah... sempat la saya 😴 ha ha ha ha...

Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi
selfie di lobby jeti Kuala Perlis nan indah...

Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi
sebelum gerak ke Melaka, kami tak lupa merasa laksa Kuala Perlis di tepi bendang nan indah.

Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi
πŸ˜‹

gitu gini... jam 11 mlm baru tiba Melaka.
hu hu hu letih badan.Β 
saya dah pun demam. tekak perit. hidung da tak boleh bernafas dgn betul πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“.
penangan perjalanan dlm bas yg sgt lama!!!

singkat sgt kali ni kami di Langkawi.
biasalah, urusan kerja. bukan nyer holiday, kan...
balik nanti, kerja berkaitan kursus ni dah menunggu... tak boleh ler memain.
namun, nice jugak bila berkursus sambil shopping πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. di tgh bulan plak tu ha ha ha ha ha...
sape pun, yg dtg berkursus di Langkawi, pasti diari bekerja nyer diselangi dgn shopping.
wajib!
tak sah kalau tak jejak bandar Kuah tu, kompleks HIG, Ram's, Idaman Suri, beli minyak gamat,...
kan? πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

tapi tu lah, tak nak la kursus jejauh lagi. kalau boleh laaa...
sian kan anak bujang saya tu, video call dia Rabu, mlm nyer tu, meleleh-leleh air mata.
hu hu hu hu hu ibu tak kuat Ijat oii!
rela bekerja mereput di Melaka berbanding nak bekerja sambil holiday di mana-mana...

πŸ˜‰πŸ˜‰ 😊
↧
↧

Make Today Magical | Isnin Mula Kerja

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜€πŸ˜Š

Make Today Magical | Isnin Mula Kerja

seminggu tiada di ofis, hari ni bermula kembali bersiaran dari ofis.
da sihat.
just skit skit sakit tekak ni ada saki-bakinya.

"MAKETODAYMAGICAL"

in shaa Allah.
begitu la harapan saya.
tak tahu apa yg menanti di hadapan.
tapi ia haruslah di lalui dgn penuh semangat.
bagi sentuhan magis dlm pe pun yg kita buat.
bukan nak bodek bos.
bukan nak menunjuk-nunjuk.
tapi, "wahai Aida, sila buat keje utk diri sendiri. kerja itu amanah. mesti ikhlas. nanti yg baik-baik akan dtg kembali kpd kita"...

πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰ Β  Aida : baik lah. in shaa Allah  😏 Β   😊😊.
↧

First Giveaway by Anis & Beeha

$
0
0
First Giveaway by Anis & Beeha

jom sama-sama memeriahkan giveaway Anis & Beeha 😊.
↧

Pickupline Dakwah | Apakah Persamaan Iman & Duit ?

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜‰
hari ni sgt terganggu dek batuk yg sgt menyakitkan dada!
aduhai πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”.
da selesai 1.5 liter air putih diminum sejak awal pagi.
tapi masih lah tidak berkurangan.
ubat hisap yg doktor preskrib Jumaat lepas dah pun abis. aduhai... lelah rasa nafas nih!
pe pun, masih tegak berdiri di ofis. life goes on, kan 😎.

nak la kongsi, dlm pada saya meneruskan kerja di ofis, ada satu naskhah bacaan di atas meja.
bosan ngadap desktop, ia diambil utk hilangkan rasa bosan tu.
'Pickupline Dakwah' by Adnin Roslan - pinjam dari library skola kak Nurin.
kak Nurin bw balik ke rumah, saya terpikat dgn buku ni 😏😍.
recommended utk korang cari di bookstore or di library. kita kongsi sama-sama.
sebar sama-sama.
kutip pahala sepanjang jalan bersama-sama πŸ‘.

"jika kau buat pickupline untuk dpt cinta dia,
Aku buat pickupline untuk kau dpt cinta Dia."
- by Adnin Roslan -

"apakah persamaan iman dan duit?"
kena kerja keras utk dua-dua tu.
tanpa usaha, tanpa kerja keras, camne nak dptkan duit?
camne lah duit kita yg sikit ni nak bertambah?
cari kerja yg baik... cari customer utk jual brg... cari ruang utk besarkan bisnes... kan?
tanpa duit?
hidup kita susah!
Pickupline Dakwah | Apakah Persamaan Iman & Duit ?

sama la jugak dgn iman, kena usaha utk memantapkan lagi iman kita.
kita lahir sebagai seorang Muslim. sekitar kita adalah kehidupan sebagai seorang Muslim.
tak kah kita tertanya, kenapa kena tutup aurat?
dlm keadaan apakah kita boleh sentuh anjing? kenapa makan babi itu haram?
kenapa dilarang bersentuhan lelaki dan perempuan yg bukan muhrim?
apakah asas kehidupan kita?
"carilah ilmu hingga ke negara China". aduhai, jauhnya!!!
kenapa?
kerana ilmu Allah ni luas. banyak. lebih-lebih lagi dgn peredaran arus masa yg semakin moden.
lagilah kita perlu mencari ilmu yg sememangnya di hujung jari kita.
ramai sekarang ni bekerja dari rumah.
mencari duit hanya dari rumah. keluar hanya bila perlu.
mencari pelanggan tak lagi wajib keluar rumah, berbaju kemas, mak-up bagi menarik perhatian pelanggan.
di rumah, atas katil, berbaju tidur pun boleh uruskan pertanyaan pelanggan, kan? πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Pickupline Dakwah | Apakah Persamaan Iman & Duit ?
sama la dgn iman.
tiada batasan waktu. tiada batasan tempat.Β 

frankly speaking, saya byk follow fb page para Ustaz / penceramah bebas.
setiap hari akan ada di uploadkan ceramah-ceramah mereka. di situ... dari situ... saya menambah ilmu.
nak ke surau? nak ke masjid? saya bagi ruang kpd mr.asben utk itu dan moga pahala kami kongsi bersama-sama.
lebih elok kita perempuan di rumah je kan? uruskan anak-anak.Β 
takkan saya tinggalkan Ijat kat rumah mlm hari, Maghrib membawa ke Isya'πŸ˜….
satu lagi, sumber ilmu saya ialah ---- kak Nurin 😌.
terima kasih ya Allah krn murahkan rezeki anak sulung saya ni dan masuk ke skola agama.
dia la yg byk share dgn saya tentang apa yg dia dpt di skola. terutama tentang agama.
dlm hati saya, "kerdil nyer lah ibu ni, wahai kak Win. ilmu awak lebih byk dari ibu...".
tapi buat pe saya nak malu, kan... takpe kot yg tua belajar dari yg muda.Β 

sahabat-sahabat yg menganuti agama lain, boleh juga la masukkan konteks 'iman' saya ni ke dlm agama yg korang anuti.
ia membawa maksud kita mendalami agama kita tu demi mendapat reward di akhirat kan.
setiap apa yg kita lakukan, surelu kita nakkan reward, secara tak langsung lah kan.
😌😌😌

begitulah duit penting dlm kehidupan seharian kita, sebegitulah pentingnya iman dlm diri kita.
semakin lama, mesti semakin byk. semakinlah hidup kita ni bertambah seri dan manfaatnya.
πŸ‘πŸ‘πŸ‘
↧

Menu Makan Malam | Sardin, Ikan Bilis & Timun

$
0
0
assalamualaikum 😊

hu hu hu jam dah pun kul 12:21 pagi.
mata ni hah da ngantuk, tapi batuk terok nih!
sampai terasa nak terkucil tiap kali batuk πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜ž. aduhai... stress!
adakah esok nak kena gi klinik semula???
aduhai...

hmmmmm kongsi lah pe yg saya masak tadi utk dinner.
sampai rumah lebih kurang jam 5:30 ptg.
dalam kereta siap-siap dah bagi arahan kat anak-anak berdua tu.

"kak Syuhada, sampai rumah nanti awak solat Asar dulu. then terus tolong ibu angkat baju kat ampai. settle tu, tolong ibu siram pokok kat laman ye."

"Ijat. sampai rumah terus gi kencing dulu tau. lepas tu tolong kak Syuhada siram pokok. boleh?"

diorang ye kan aje arahan saya.
mana kan boleh ingkar... hi hi hi hi πŸ˜€...
saya pulak nak terus memasak. Asar pun lom solat lagi 😩  😟.

da tau dah pe nak dibuat.
masuk jer rumah, terus saya meluru ke dapur. keluar kan pe patut...
few minutes lepas tu, mr.asben pun sampai dgn motor legend nyer.
and, dia pantau lah anak-anak di laman 😊. bantu saya jugak angkat baju di ampai .πŸ’œπŸ’œπŸ’œ

Menu Makan Malam | Sardin, Ikan Bilis & Timun
sardin goreng jer uolls...
nak di highlight kan bahawasanya cili padi tu adalah cili padi dari laman saya tau 😍.
da tanam, nak masak, petik jer dari pokok brape yg perlu. i like!

Menu Makan Malam | Sardin, Ikan Bilis & Timun
sambal goreng ikan bilis.
hu hu hu mesti ada yg kata, "ya Allah 😳 😳 😳, byk nyer minyak!!!".
saya sejenis yg tak boleh guna minyak sikit bila buat sambal.
kalau tak nampak minyak terbit dgn cantik, sambal warna merah menyala, saya rasa sambal saya tak menjadik.
moreover, saya memang akan masak lama dgn api yg perlahan agar sambal ni tahan for 2-3 hari.
nak kena bebetul masak.

Menu Makan Malam | Sardin, Ikan Bilis & Timun
ulam timun jer...

ikan bilis utk sambal tu, saya goreng guna air fryer.
suhu 180 dan masa ialah 15 minit. rangup cantik!

selesai masak lebih kurang jam 6:20 ptg.
alhamdulillah.
syukur atas nikmat masa dan ruang boleh masak utk famili.
usaha utk masak tiap hari, if takde pe aral melintang.
tiba time tak sempat or tak brape rajin, beli aje kat kedai hi hi hi hi...

πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰
↧
↧

Happiness Comes In Waves | 15 Tahun 11 Bulan

$
0
0
 assalamualaikum 😊

Happiness Comes In Waves | 15 Tahun 11 Bulan

sementara kerja belum menerjah pintu, boleh la blogging.
lom lagi ada dateline.
lom lagi ada meeting berderet-deret.
kelak nanti dah gitu, bakal sepi lah laman ni kot πŸ˜….

23 Julai2019.
genap dah usia perkahwinan saya 15 tahun 11 bulan.
anniversary nyer next month - 16 tahun 😲. alhamdulillah...
dikurniakan 3 org anak yg sihat sempurna akal & fizikal.
kecukupan segalanya di dunia ni - hati senang.

happiness comes in waves... 100% betul.
terkenangkan fenomena tsunami. ombak yg dtg setinggi bangunan 3 tingkat!
sekali dia membelasah bumi, habis segalanya disedut diambil...
muka bumi menjadi rata... sepi... sunyi... kosong...
kemudian, dipulihkan semula. melengkapkan apa yg harus dilengkapkan...

gembira...
tetiba sedih.
bahagia...
tetiba sepi.
indah...
tetiba kecewa.
standard lah kan. kaya atau miskin, alam perkahwinan memang gitu. duit takkan meletakkan bahagia melekat kekal di situ.
diuji dgn mcm2 perkara.
tapi at the end, kembali happy. tak la selesai mana pun masalah / ujian tu...
tapi dilupakan tanpa diselesaikan πŸ˜„. life goes on.
lebih byk perkara penting yg perlu kita handle sebagai org dewasa, sebagai ibu / ayah.

Happiness Comes In Waves | 15 Tahun 11 Bulan
gambar candid raya terbaik πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

takde tips pun! ha ha ha ha...
lalui jer hari-hari tu dgn biasa-biasa je, jgn fikir byk2. apa yg dtg tu, kita redah.
tak boleh tidak, kan. tak boleh elak.
tu yg ada org, menangguhkan perkahwinan. "tidak sekarang, nanti..."
"bila?"
"ntah... in shaa Allah..."
ada la tu yg difikirkan. ada la tu yg diinginkan terlebih dahulu. ada la tu yg nak diselesaikan dahulu.
"takut dgn alam perkahwinan?"
tak lah pada saya. "kenapa nak takut? berkahwin tu sunnah rasulullah..."
cuma kesediaan tu belum ada. bertangguh bukan membawa maksud tidak mahu πŸ˜‰.

Happiness Comes In Waves | 15 Tahun 11 Bulan

pada saya, berkahwin ni sesuatu yg melengkapkan kita.
ada pasangan. ada zuriat.Β 
menjauhi maksiat semestinya...
lain-lain hikmah tu, along the way, kita cari la slowly.

😌😌😌
↧

Blogger Challenge No 1 | Introduction and your recent photo

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜‰

apa lah yg nak di introduction kan?
dari rupa paras blog ni dah tau lah kot...
ok ok ok... in short ye πŸ˜ƒ.

  1. telah menaip di blog ni selama 10 tahun 3 bulan. tercetusnya Blog Adianiez ni adalah kerana pada masa tu, si penaip ni hah dilanda kebosanan tahap maksima di pejabat. masa tu bekerja dgn syarikat swasta, kerja byk hanya kadang-kadang. bila kerja tu dtg, 3-4 hari ngadap lah satu-satu fail tu. then 1-2 minggu free and easy. kebetulan masa tu ekonomi pun not so good lah... kot lah kan. tapi bukan lah blogger yg aktif. ikut mood. ikut masa. ikut peluang dan ruang.Β 
  2. menetap di Melaka ye. so, blogger Melaka, kindly tinggal jejak di kotak komen πŸ‘Œ. sape2 dtg Melaka, roger lah ye. mana la tau boleh coffee coffee di rumah kecil saya di pinggir bandar Melaka. in shaa Allah...
  3. adianiez tu hanya nama blog, nama glamer lah. nama sebenar Aida. 4 words only...
  4. umur? ha ha ha ha dah nak masuk 41 uolls. hakaq la sgt iolls ni ye. ibu kpd 2 org puteri jelita, 14 thn & 12 thn. tak ketinggalan putera bongsu yg handsome, Ijat the comel, 7 thn.
  5. yes, saya ibu yg bekerja 8-5 weekdays.
selebihnya, korang boleh la spend masa skit klik klik klik klik link entri yg lepas-lepas ye.

Blogger Challenge No 1 | Introduction and your recent photo
ni lah saya. phone canggih, so jadik la flawless ye wajah nyer. hakikat? hu hu hu hu πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.
gambar paling baru lah ni hah... pagi khamis minggu lepas.
jumpa sawah padi, jakun sekejap! indah......


😊😊😊
↧

Blogger Challenge No 2 | Your current relationship

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜‰

hari ni lambat bersiaran di blog kecil ni.
kena dahulukan kerja hakiki. dok belek-belek fail yg baru diterima.
dok belek-belek website rasmi. klik sana klik sini. practice before the real task dtg.
takde la terkial-kial.

hmmm my current relationship? sememangnya, bukan lagi rahsia dan tidak pernah dirahsiakan.
tidak menjadi sesuatu yg dirahsiakan sebab suka nak hebahkan.
tidak complicated langsung --- direct gitewww.

this coming 23 Ogos 2019 (Jumaat), bakal genap 16 thn hidup bersama dgn si dia.
less than a month kan.
adakah si dia ingat tarikh ulangtahun ke-16 ni? hmmmmm πŸ˜’Β  Β  Β  Β πŸ˜„.
dah 15 kali kot... faham lah sgt ha ha ha ha... si dia ingat dgn cara dia yg tersendiri πŸ’—.

Blogger Challenge No 2 | Your current relationship
gambar di 1 Syawal lepas πŸ’—.

as at now, we have no problem at all.
seharian dilalui dgn cara biasa-biasa je.
normal couple.
normal parents.
normal person.
serba sederhana, tapi lengkap.

saya tak suka bila si dia jauh di mata.Β 
kursus ke. gi hiking ke. satu perasaan yg tak best. seboleh2nya ke mana pun sama-sama sekeluarga.
bila dia depan mata, yes, rasa lengkap. rasa selamat.Β 
ada byk lagi impian kami sama-sama lom ditunaikan. in shaa Allah, on the way 😌...


πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„
↧

Menu Makan Malam | Petik Daun Kesum Tepi Laman

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜€

excited nak kongsi cerita.
semlm buat asam pedas ayam. pokok daun kesum di laman segar bugar!
maka, semlm pertama kali menggunakan daunnya utk masak.
alhamdulillah. sgt sedap bila dimakan. rangup!
kembang rasa hati bila berjaya menjaga pokoknyer hingga boleh dimakan πŸ˜€.

Menu Makan Malam | Petik  Daun Kesum Tepi Laman

Menu Makan Malam | Petik  Daun Kesum Tepi Laman
ni hah asam pedas ayam, lauk semlm,Β Rabu.
resepinya dah ada diΒ SINI.

gambar pokok daun kesumnya di laman lom la snap lagi.
nak tunggu bebetul rimbun semula, then baru la ditayangkan.
masih diperingkat awal utk dia beraksi di blog πŸ˜„.

asam pedas saya, mesti letak bendi.
mr.asben suka.
anak-anak suka.
saya sure la suka juga.
tapi tu la, semlm ptg dah keletihan, malas dah nak stop memana kedai membeli bendi.
maka, tu yg diletakkan 2 biji tomato peneman si drummet.
if not, togel rasanya asam pedas ku...




selingan cerita, lauk hari Selasa (kelmarin) πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.
ada skit baki sambal semlm nyer kan. perit memikirkan lauk, kita gorengkan aje ikan tenggiri tu.
selesai...

Menu Makan Malam | Petik  Daun Kesum Tepi Laman
ikan tenggiri goreng

Menu Makan Malam | Petik  Daun Kesum Tepi Laman
sup suhun ada telur & kentang

hari ni? ntah la...
haiwan yg bakal dimasak ialah sotong dan ikan cencaru.



nak usaha lagi mencari anak pokok bendi.
3-4 nursery mencari, lom lagi berjumpa.
lom sempat nak ke pasar besar Melaka nun... sana in shaa Allah ada.
ada la satu nursery ni, menjual biji benih bendi. hu hu hu hu tidak la saya nak membelinya πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.
tak pandai!
beli anak pokok, anak pokok yg besar skit.
lebih mahal, tapi senang, dah besar h aha ha ha ha... kejap je lah kita nak tuai hasil nya...
daripada nak menunggu dari biji benih. aduhai... ntah kan hidup, ntah kan tak πŸ˜†  😜.




ok. nak sarapan jap. laparrrrrrr!!!
pagi ni bwk bekal coklat langkawi πŸ˜„πŸ˜„. malas plak tadi nak stop memana beli nasi lemak ke, karipap ke...
lepas anta anak2 ke skola memasing, terus meluncur laju ke ofis jer.
tghari plak, da siap-siap bwk bekal nasi putih dan asam pedas 😍.
makan sama-sama dgn Syuhada nanti, dia bakal transit lagi kat ofis saya ni.

selamat bekerja ye uolls...
πŸ‘‹πŸ‘‹
↧
↧

Decoupage Giveaway by Mummy Ayu

$
0
0
assalamualaikum friends & mummy ayu πŸ’—

Decoupage Giveaway by Mummy Ayu
moga ada la rezeki aida dpt handmade by mummy ayu ni 😍.
↧

Blogger Challenge No. 3 | Picture of your handwriting

$
0
0
assalamualaikum 😊

salam dihulur di ptgJumaat nan indah.
alhamdulillah berada di hari yg mulia ni. penuh barokah, in shaa Allah.

done?
  1. surah Yassin.
  1. surah al-Kahfi.
sekadar mengingatkan diri sendiri. di samping tu, kawan-kawan juga...
kekadang sendiri lupa dek krn kekangan tugas di sepanjang hari.
sebelum azan Asar ni, boleh la dilangsaikan, kiranya berkesempatan 😌😌😌.

my handwriting?
terkenang dulu kala, masa tu saya sekolah rendah.
sgt takut nak buat homework skola depan abah.
akan cuba siapkan homework kat skola. sebab, abah akan ketuk jari kalau-kalau tulisan saya tak betul.
bukannya tak elok tulisan, tau. abah saya menitikberatkan cara satu-satu huruf tu ditulis.
aduhai πŸ˜….
dari bawah ke atas dan baru la ketepi... atau dari atas ke bawah dulu.
seksa!!!
baik menulis perkataan, mahupun nombor. abah akan peratikan jer bila saya buat homework.

pernah sekali saya buat homework di ruang tamu, meja makan.
tiba-tiba abah balik rumah πŸ˜–. tak pepasal saya kena ketuk jari-jemari ni.
saya pun tak ingat huruf /Β  nombor apa yg saya tulis tak ikut citarasa abah πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

frankly speaking, tulisan saya cantik dulu πŸ˜„. duluuuuuu lah... kerana didikan abah.
bukan saya je. adik-beradik saya semua mempunyai tulisan yg cantik.
abang saya, amik engineering, now a lecturer di satu IPTA di negara kita --- tulisan dia sebiji-biji, kotak-kotak dan sgt kemas.
paling cantik --- kakak saya yg kedua. tulisan sambung dia mcm ditaip-taip.
dia doktor. tapi tulisan cantik. saya sgt admire tulisan dia.
maka, perlu tahu lah ye, tulisan doktor bukan tak cantik.
mereka menulis shortform yg hanya mereka dan nurses tahu apakah itu 😊😊😊.
adik lelaki saya, saya tak pernah plak tgk tulisan dia πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’ hmmmmm... nak kena cek ni.

dlm apa keadaan sekalipun, meskipun nak cepat, tetap tulisan saya boleh dibaca oleh org lain dgn sempurna.
semungkin boleh saya maintain tulisan.
sedia maklumkan, 6 tahun di Uni, law student.
bila exam jer, 2 soalan diberikan hanya 2 jam waktu utk menjawab.
tak munasabah!!! maka kami kena berlumba --- jari dan otak. seiring sehati dan sejiwa.
terlalu byk nak cerita (meskipun kebanyakan ntah relevan ntah kan tidakπŸ˜†), tapi most of the time, jari tak selaju otak.

da abis degree di Uni, merdekaaaaaa... no more tulisan tgn.
bekerja more to menaip, kan.
then dari tahun 2002 (tahun saya grad) sehingga tahun 2017 (tahun saya sambung master in law), korang pun tahu betapa cepatnya teknologi kita berkembang.
semua di hujung jari.
phone kecik... besar pulak... then trend phone kecik kembali. now, phone besar semula.
phone pun dah mcm komputer kan sekarang ni...

so, 1st semester master ari tu, 1st exam for that semester...
korang boleh bayangkan tak keadaan di mana --- jari-jemari saya cramp during exam 2 jam tu!!! 😩😩😩
rasa mcm nak menjerit jer dlm exam hall masa tu!!!
for about 10 minutes saya tak boleh menulis. dok exercise jari-jemari yg montok ni.
lebih kurang 15 tahun tak menulis byk-byk dan cepat-cepat. itu la bahana nyer...
baru la saya tahu, jari-jemari ni pun nak kena warm-up. boleh cramp tuh! πŸ˜₯

😳😳😳 amboi, Aida.
panjang nyer mukadimah πŸ˜ƒπŸ˜†πŸ˜†.
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ picture of my handwriting.

salin resepi dari mana ntah πŸ˜….
ni tulisan yg kerap dilihat lah ye.
dlm list nak shopping brg dapur, list nak suruh anak-anak buat apa-apa,...

Blogger Challenge No. 3 | Picture of your handwriting
selain dari blog, yg umpama diari maya saya...
saya seseorang yg mencatitkan semua di diari rasmi.
mudah kemudian-kemudian nak refer keberadaan saya, jika perlu.
tulisan saya versi yg rasmi.

Blogger Challenge No. 3 | Picture of your handwriting
lastly, tulisan saya pagi tadi.
skit jer lah saya dpt paparkan ye. rahsia pekerjaan! πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
sambil bos berckp, mata tgk dia tapi tgn menari-nari tulis pe yg disampaikan.
sebolehnya nak salin pe yg kuar dari mulut dia sepenuhnya. namun, x mungkin lah kan...
tu yg digantikan dgn anak panah, sempang, tanda soal... tanda seru pun ada πŸ˜‚.

yes. tulisan saya kecik-kecik jer.
kalau besar, tgn saya penat! ha ha ha ha ha...

↧

Blogger Challenge No. 4 | Describe your partner or someone you have feelings for

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜ƒ

di pagi yg cantik ni, awal-awal update blog.
selepas ni nak berkemas. nanti mlm ada kawan-kawan nak dtg, bermlm di sini πŸ˜ƒ.
1 mlm pelepasan from husbands memasing, reunion pasca-Aidilfitri.
so, sehingga esok ptg, tak dpt lah nak log in blogger.com kot hi hi hi hi...

my partner seumur hidup, hingga ke jannah in shaa Allah.
semestinya, my mr.asben lah kan.
hmmmm sgt jarang bercerita pasal dia secara spesifik dlm blog ni.
mcm nak berahsia lah konon πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ ha ha ha ha...
tak lah... dia sama je mcm para suami yg dicintai seluruh alam yg lain.
special nyer hati dlm hati kita, kan... cia cia cia...

share skit skit jer lah, in general, bagi korang-korang yg baru jumpa dia. camne kah dia?
bagi kami keluarga, kawan-kawan sepejabat, childhood friends... ada pendapat dari sisi yg berbeza lah kan...
  1. raut wajahnya serius. tapi tak sombong langsung. bila senyum, sgt manisss πŸ˜„.
  2. tak suka ckp byk. tapi boleh je join borak-borak kosong coffee table. provided, jgn la bergossip pasal artis (penyanyi / pelakon), borak politik, berckp pasal org yg takde di situ... yg tu dia akan tidak berminat nak dgr, apatah lagi berckp.
  3. sgt suka bersukan. sejak dulu-kala. antara sukan yg dia sgt suka --- pingpong, tennis. ajak la dia, sure dia akan segan silu nak tolak! hi hi hi hi... now, dah masuk 40-an ni, gemar hiking. so, ni topik yg buat dia take part kalau berborak.
  4. anime. english movie. dia sgt update lah. tapi, jgn tanya dia tentang movie melayu or drama melayu yg trending πŸ˜…. sure dia akan blurrrr. dia tak berminat.
  5. simple bab makan. tak byk makanan yg dia tak makan πŸ˜ƒ. pendek kata, kalau gi jemputan open house, kenduri-kendara, makan-makan kat hotel, tiada masalah kelaparan bila balik rumah. sebab tak byk pantang larang dlm makan. dan memudahkan tuan rumah, tak payah la prepare makanan byk jenis πŸ˜….

so, tak la tempek gambar my mr.asben kat sini.
saya tempek gambar anak lelaki dia yg sorang ni πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.
sama jugak mcm ayah dia, tak cerewet makan. selagi ianya adalah nasi dan lauk-pauk, dia ngap.
paling digemarinya ialah ayam goreng & pedas (sambal laπŸ˜ƒ). yg penting, warnanya merah hi hi hi hi...

Blogger Challenge No. 4 | Describe your partner or someone you have feelings for
terbaru. gemar makan lempeng.
pasti nyer cicah dgn sambal πŸ˜‹πŸ˜.

↧
Viewing all 1120 articles
Browse latest View live