Quantcast
Channel: Blog Adianiez
Viewing all 1120 articles
Browse latest View live
↧

Blogger Challenge No 13 | Three things that cross your mind a lot!

$
0
0
assalamualaikum 😊😊😊

short short update blog, bersiaran dari rumah mak mertua. πŸ˜ƒ esok raya!
utk esok, ...
  1. ketupat sedang direbus. ready. kena biar semalaman, baru sok pagi potong cantik molek. tak byk.
  2. ayam 2 ekor dah garam kunyit. dok diam-diam dlm peti ais. sok akan jadi ayam masak merah.
  3. daging 1kg done potong kekecik. mlm ni nak merendang. no worries, pressure cooker da standby utk menjalankan tugas.
  4. sok lepas subuh baru akan kukus 1kg ketupat palas.
  5. sok lepas subuh pun nak buat kuah lodeh. skit jer lah nak buat nyer. pelbagaikan menu pagi raya.
saya sekeluarga pakat puasa sunat Arafah hari ni. in shaa Allah.
alang-alang cuti. alang-alang sama-sama bersemangat. hari yg baik di bulan yg baik, grab lah ibadah puasa sunat hari ni.

many many things that cross my mind mind a lot!
cannot stop thinking. ada jer perkara dlm fikiran...
perempuan.
bekerja.
anak.
isteri.
ibu.
adik.
kakak.
itulah saya.
belum lagi involve social life dgn kawan-kawan.
rasa-rasanya, brape kah perkara yg melintas lalu-lalang di fikiran saya? πŸ˜„

but, utk challenge ni, saya simplify 3 main things that cross my mind a lot everyday πŸ‘‰ are :
  1. nak masak apa???!
  2. bila lah nak lipat baju ni???! saya akan kerap basuh baju. tak boleh tgk baju tak berbasuh bertimbun. namun, bab kerap melipat tu memang fail! sangkut. terus iron. ada yg baju terus pakai jer πŸ˜†.
  3. nak kena buat pe jap lagi???! ni akan berlaku kalau ada kat rumah. sebelum nak rehat or melelapkan mata, ni lah yg terfikir. nak nilai πŸ‘‰ layakkah diri sendiri berehat πŸ˜†. kekadang, belasah jer 😴😴😴.
standard kan 3 perkara ni dgn mak-mak yg lain? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

tak moh citer panjang lah...
perkara standard kan...Β  Β ha ha ha ah ha...

bye!


Blogger Challenge No 13 | Three things that cross your mind a lot!
↧

Blogger Challenge No 14 | Do you love your job?

$
0
0
assalamualaikum 😌😌😌

saya adalah seorang penjawat awam.
thn ni, usia perkhidmatan saya bakal genap 10 thn, Disember nanti. in shaa Allah.
sgt syg kerja saya. kerana saya yg pilih utk menjadi seorang penjawat awam.
tak pernah tak syg...

Blogger Challenge No 14 | Do you love your job?
profile pic whatsapp saya πŸ˜‰.

sesungguhnya saya bekerja ye hari ni πŸ˜„.
tak sambung cuti raya.
so, ni la bukti saya syg kan pekerjaan saya 😍 hi hi hi...

penjawat awam ni tak mudah kena buang kerja. hakikat.
sebab tu most of penjawat awam ni culas dlm bekerja.
saya tak kata saya ni bagus sgt. but, always bila nak buat something, saya fikirkan gaji.
gaji saya ambil tiap bulan utk diri sendiri dan keluarga.
gaji mesti berkat. agar hidup kita ni berkat sentiasa. dlm lindungan Allah sentiasa.
nanti akan ada satu rasa muka ni seakan-akan kena tepuk πŸ˜–πŸ˜–πŸ˜–!
2 prinsip kerja saya :
  1. kerja mesti siap. da siap, make sure ia betul. then free time, buat je la pe pun. bila keje kita tip top, ada ke org nak persoalkan?
  2. always available utk bosses. always say 'yes' meskipun mcm 'no' jer. cuba dulu lah...
  3. jgn susahkan org lain. berbalik kpd prinsip no 1 saya. kerja yg siap mesti betul. if not, bakal menyusahkan org lain. tak pepasal bos akan bad mood. kena plak bos yg naik angin, satu ofis kena marah. tu contoh la... contoh satu lagi, kerja kita siap tapi tak betul, beri efek kpd pekerja yg lain. pekerja lain kena potong gaji, pekerja lain kena surat tunjuk sebab, pekerja lain kena buang kerja!!! o.m.g 😳😳😳.
then, ok.
selebihnya, sendiri kena tambah la bagi meningkatkan prestasi kerja memasing.
kalau kerja swasta, tau la korang. buat salah, terus kena buang kerja. tapi tidak sebagai penjawat awam.

bila bekerja, semua tak siap. semua lambat. semua "nanti ye, Puan""kejap ye, Puan".
tapi kat fb, wah. berniaga 24 jam. update brg jualan 24 jam.
tak cukup tu, 24 jam update whatsapp status. wah wah wah...
siap boleh gi pos brg, boleh c.o.d brg... wah wah wah πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’.
so, nilai lah ye perkhidmatan sendiri. mungkin lumayan di dunia. akhirat? ni berbalik kpd prinsip saya no 3 πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†.

"aik? waktu kerja update blog ni. byk masa terluang ke?"
hello... i takde kerja tertunggak ye. so...?
😊😊😊 hi hi hi...

πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ


↧
↧

Allah Selamatkan Kamuuuuu | Kek Cheese Bertulisan Khat

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜€

bila sebut perkataan 'raya', da jadi satu kemestian utk adik-beradik saya berkumpul.
kemestian.
kewajipan.
seharusnya berkumpul la sementara abah emak masih ada ni.
and, kebiasaannya kami dah plan dah 1 occasion utk diraikan.
utk tambah bermakna la gathering kami-kami ni.
kali ni, sekali lagi, sabtu (mlm) tu complete kami 6 beradik ada kat umah abah emak.

Allah Selamatkan Kamuuuuu | Kek Cheese Bertulisan Khat
specially made by Mak Long. carrot cheese cake πŸ˜‹.
adik ipar saya, seorang Ustaz, meluangkan masa menulis khat di atas kek dan semua cheese tart.

kami meraikan July babies.
birthday Mak Long, Mak Ngah dan Paklang. semuanya masing-masing kelahiran Julai 1967, 1969 dan 1970.
dan paling junior, Izzat, 23.7.2012.

Allah Selamatkan Kamuuuuu | Kek Cheese Bertulisan Khat
setiap cheese tart dituliskan nama setiap ahli keluarga, tulisan jawi.
terasa bermakna. lain dari yg lain...

Allah Selamatkan Kamuuuuu | Kek Cheese Bertulisan Khat

memang happening lah mlm tu.
dari ptg kami nak heboh dgn masak-memasak.
anak-anak dah reunion, masing-masing dah excited berjumpa ramai. team kecil dgn team kecil, kakak-kakak dgn team kakak-kakak.
sekejapan semua cheese tart abis. bila buat sendiri, cheese nyer sgt cheesy dan lemak berkrim!Β 
puas makan...


kenapa plak kek bertulisan khat?
πŸ‘‰ Β lately kan hot isu berkaitan pengajaran tulisan khat / jawi di sekolah.
ada ramai guru, pengajar dan pensyarah dlm keluarga kami. kami ada juga la diskus hal ni.
secara profesionalnya, kami tiada masalah dgn hal ini. malah menggalakkan seni tulisan bangsa lain turut diajar kepada anak bangsa.
belajar bahasa lain atau seni tulisan bangsa lain tidak akan mengurangkan semangat or jati diri kita sendiri.
mendalami agama lain takkan menjadikan kita kurang beragama. malah mungkin kita dpt menilai semua aspek dgn lebih baik dan teliti.
πŸ‘‰ Β Malaysia mengamalkan kebebasan dlm pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat.
maka, kenapa isu pengajaran tulisan khat / jawi ini hendak dibesar-besarkan?
ia telah dirancang sejak 2-4 thn yg lalu. kenapa bila diumumkan kini, ia dibantah?
πŸ‘‰ Β pada saya, bukan setakat seni tulisan bangsa lain yg digalakkan diajar.
kalau-kalau la dpt ditambah silibus Bahasa Hindustan, Bahasa Jepun, Bahasa Peranchis atau Bahasa Korea di sekolah, yg bersifat optional, lebih baik pada saya.
bahasa komunikasi negara lain, seronok jugak, kan?
setuju tak?
πŸ˜„ Β  πŸ˜„ Β  πŸ˜„

terkenang dulu kala, sewaktu saya masih di sekolah rendah sehingga sekolah menengah.
bff saya ramai berbangsa Cina dan India.
saya selamba jer belajar Mandarin dgn dia. saya ingat lagi, saya kerap ke rumah mereka, lepas sekolah dan juga di hujung minggu.
saya pernah pegang bible dan membaca isi kandungannya. pernah juga belajar menulis. menirulah tulisan diorang. susah πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.
bff saya tu juga tahu tentang agama Islam. pernah belajar menyebut Bismillah, Alhamdulillah...
tapi, pada tahun-tahun tersebut, tak pernah ada pun isu sebegini.
belajar, mengetahui, mendalami, mengkaji... apa salahnya. menambah ilmu, positif kan?

kesimpulannya, pada saya, usahlah dipolitikkan perkara kecil sebegini.
fikirlah di luar kotak.
hargailah keharmonian dan kebebasan yg kita ada di Malaysia ni. consideration. tingkatkan nilai persefahaman di antara semua bangsa, budaya dan agama.
maka, jom lakarkan tulisan khat di atas kek hari jadi anda.
martabatkan tulisan jawi setinggi-tingginya seperti zaman dulu kala πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€.Β 

Allah Selamatkan Kamuuuuu | Kek Cheese Bertulisan Khat
Nurin

Allah Selamatkan Kamuuuuu | Kek Cheese Bertulisan KhatAin Syuhada

Allah Selamatkan Kamuuuuu | Kek Cheese Bertulisan Khat
Muhammad Izzat
(dia dah makan keliling cheese tart. bila tgk kakak-kakak snap gambar, dia pun heboh lah nak snap gambar cheese tart dia yg dah ada kesan gigi ni πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†)

 😌😌😌

πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
↧

BoboiBoy The Movie 2 | Done Tonton 9.8.2019 & Menyumbang Kepada Kutipan RM9.9 Juta

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜ƒ

cuti hari ni. cuti raya. cuti raya.
cuti sekolah plak tu.
confirm masih ramai yg berada di kampung, kan.
berkumpul ramai-ramai sekeluarga. moment yg paling best, kan.

nak kongsi dgn excited nyer, kami dah tonton BoboiBoy The Movie 2, Jumaat (malam) lepas 😍.
kak Nurin lah, amik dia di asrama tghari Jumaat tu.Β 
kereta ibu nyer ni belum lagi keluar sekolah dia, dia dah ckp, "ibu, kita kena tgk BoboiBoy mlm ni!".
hmmmmm... ingatkan Ijat yg excited.
rupanya kakak sulung Ijat yg over-excited! hi hi hi hi hi...
demi nak penuhi impian kakak-kakak, mr.asben pun gigihlah gi beli tiket wayang selepas settle solat Jumaat.
yes. show mlm tu (9.20 mlm) tak brape ramai org. dpt la tiket dan seat yg cantik utk view layar.

BoboiBoy The Movie 2 | Done Tonton 9.8.2019 & Menyumbang Kepada Kutipan RM9.9 Juta

BoboiBoy The Movie 2 | Done Tonton 9.8.2019 & Menyumbang Kepada Kutipan RM9.9 Juta

BoboiBoy The Movie 2 | Done Tonton 9.8.2019 & Menyumbang Kepada Kutipan RM9.9 Juta


kami tak inform Ijat bahawa kami nak tonton BoboiBoy.
kami kelentong dia kononnya nak tgk citer lumba kereta.
dia frust lah jugak time tu, "kenapa kita tgk citer lumba kereta, bu. kita sepatutnya tgk BoboiBoy tau"...
kami-kami diam kan aje πŸ˜„.
sehinggalah masuk panggung. sehinggalah citer BoboiBoy start.Β 
Ijat ckp kat saya masa tu,"ibu ni penipu lah. kata nak tgk citer lumba kereta. ibu penipu".
hmmmmmm penipu pun penipu lah, Ijat. janji awak happy. sungguh concentrate dia tgk wayang meskipun sebelum tu dlm kereta, dah mengadu ngantuk.

Retak'ka...
Hang Kasa...
yang paling comel tahap maksima πŸ‘‰ Pipi Zola 😍.
BoboiBoy The Movie 2 | Done Tonton 9.8.2019 & Menyumbang Kepada Kutipan RM9.9 Juta


Retak'ka memburu BoboiBoy bagi mendapatkan kuasa elementalnya kembali.
Retak'ka mahu kembali berkuasa di seluruh galaksi.
maka, BoboiBoy and the geng berusahalah dan bertarung dgn Retak'ka.
Papa Zola is so cute lah. watak yg sgt menghidupkan citer BoboiBoy ni tau. love him so much.

BoboiBoy The Movie 2 | Done Tonton 9.8.2019 & Menyumbang Kepada Kutipan RM9.9 Juta
8.8.2019 - 12.8.2019

best!
seronok!
idea baru yg sgt fresh. korang mesti bwk anak-anak tgk.
much better than Upin Ipin Siamang Tunggal.
kami gi tonton Upin Ipin Siamang Tunggal, tapi saya tak sempat corat-coret dlm blog.
masa tu takde masa utk blogging πŸ˜….
sgt cantik citer tu. colourful. lagu-lagu sedap. tapi bagi saya idea ni tak fresh.
guna balik idea lagenda melayu dulu kala. diubahsuai cerita sesuai dgn suasana Upin Ipin.
predictable. takde wow factor sgt pada diri saya la.
but, Boboiboy always buat saya berkata "wow!".
penuh dgn aksi. lawak pulak tu. kanak-kanak yg menonton semua tergelak besar.
termasuklah Ijat. gelak besar terbahak-bahak πŸ˜† Β  πŸ˜„πŸ˜„.

korang wajiblah bwk anak-anak nonton movie ni. berbaloi...
bukan anak-anak kecil je happy, kakak abang nyer pun pasti rasa puas!
recommended pada skala 10/10.
πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
↧

Al-Quran Al-Karim Untuk Muslimah | Sofia : Mushaf Waqaf & Ibtida' serta Tajwid Berwarna

$
0
0
assalamualaikum 😊
selamat pagi.

hari ni saya sgt excited nak update blog.
hari ni saya terasa sgt perlu share info πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.
hadiah yg selamat saya terima pada ptg Selasa. sgt suka. sgt bahagia...

Al-Quran Al-Karim Untuk Muslimah | Sofia : Mushaf Waqaf & Ibtida' serta Tajwid Berwarna
senaskhah al-Quran utk Muslimah πŸ’š.

Al-Quran Al-Karim Untuk Muslimah | Sofia : Mushaf Waqaf & Ibtida' serta Tajwid Berwarna
Al-Quran Al-Karim Untuk Muslimah | Sofia : Mushaf Waqaf & Ibtida' serta Tajwid Berwarna
hadiah kerana menjadi Top Commentors utk Julai 2019 di www.mamapipie.com.

Al-Quran Al-Karim Untuk Muslimah | Sofia : Mushaf Waqaf & Ibtida' serta Tajwid Berwarna
letak di ofis. di atas meja. yg mudah dilihat. agar mudah ingat utk membacanya.
bukan utk dipamerkan or hiasan. mahu istiqomah dlm membacanya. in shaa Allah.
7 hari seminggu. 5 hari bekerja. sesuai diletakkan di ofis.
lepas solat Zohor & Asar. moga saya dpt khatam al-Quran lagi thn ni. aminnn...

pucuk di cita, ulam mendatang.
sememangnya dah niat dlm hati nak cari senaskhah al-Quran baru utk diletakkan di ofis.
di rumah dah ada.
bila ada free time di ofis, dpt lah saya membelek dan membaca al-Quran.
maklumlah, di rumah sesungguhnya kurang dpt bermesra dgn al-Quran πŸ˜”.
rutin seorang isteri dan ibu, jejak kaki sampai rumah je, terus meluru ke dapur.Β 
then, cek homework anak-anak. ulangkaji serba-sedikit.
... tidur.
aduhai. sungguh singkat waktu ni dirasakan.

Al-Quran Al-Karim Untuk Muslimah | Sofia : Mushaf Waqaf & Ibtida' serta Tajwid Berwarna
sgt la indah, purple lagi uolls 😍...


bukan senaskhah al-Quran yg biasa.
ia berserta dgn nota-nota tajwid, waqaf dan ibtida'.

ada potongan ayat yg di'highlight'kan dgn warna hijau dan pink.
utk permudahkan kita utk mewaqafkan bacaan dan memulakan bacaan semula.
yes lah. kekadang ayat itu panjang, nafas tak panjang nak meneruskan pembacaan.
perlu waqaf. tapi, tak boleh ye waqaf sebarangan.

Al-Quran Al-Karim Untuk Muslimah | Sofia : Mushaf Waqaf & Ibtida' serta Tajwid Berwarna

sgt memudahkan, kan? saya sgt suka.
sebelum ni ilmu saya cetek. bila mengaji, perkara ni lah yg saya nak tahu.

waqaf : dari segi bahasa bermaksud 'menahan'. secara ringkasnya, ia bermaksud memberhentikan bacaan al-Auran dengan sekali nafas atas sebab-sebab tertentu.
ibtida' : dari sudut bahasa bermaksud 'memulakan'. bermaksud memulakan bacaan al-Quran hanya pada kalimah yg tidak merosakkan pengertian dan susunan makna kalimah atau ayat.

waqaf terbahagi kpd 4 bahagian utama pula :
  1. waqaf Intizhari - menunggu.
  2. waqaf Ikhtibari - memberi keterangan.
  3. waqaf Idh-thirari - darurat.
  4. waqaf Ikhtiyari - memilih.
Al-Quran Al-Karim Untuk Muslimah | Sofia : Mushaf Waqaf & Ibtida' serta Tajwid Berwarna

Al-Quran Al-Karim Untuk Muslimah | Sofia : Mushaf Waqaf & Ibtida' serta Tajwid Berwarna
dpt la saya mengulangkaji semula. selain daripada tajwid, ada byk tanda baca dlm al-Quran yg perlu kita tahu dan mahirkan.
pernah belajar dulu kala, ingat tu memang la ingat. tapi, kadang-kadang lupa...


Al-Quran Al-Karim Untuk Muslimah | Sofia : Mushaf Waqaf & Ibtida' serta Tajwid Berwarna
buku yg memuatkan surah Yasin & al-Kahfi lengkap dengan terjemahan, tajwid dan perihal waqaf & ibtida' juga.
amalan yg baik diamalkan di hari Jumaat. buku yg mudah dibawa. praktikal.

terdapat penerangan di awalnya yg memberikan kita ilmu tambahan.

alhamdulillah. ini paling saya suka.
dlm buku ni juga, bahagian akhir terdapat Al-Ma'thurat. terbaik.

nikmat yg mana lagi yg perlu saya dustakan?
hadiah yg amat bermakna buat saya. gembira rasa hati.
terima kasih www.mamapipie.com. saya sgt puas hati dgn hadiah ni πŸ’™πŸ’™πŸ’™.

mana nak beli? πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
utk diri sendiri.
utk dihadiahkan kepada suami / isteri dan anak-anak.
utk dihadiahkan kepada bff.
cenderahati utk ofismet yg nak bersara atau di hari kelahirannya...

Al-Quran Al-Karim Untuk Muslimah | Sofia : Mushaf Waqaf & Ibtida' serta Tajwid Berwarna
Karangkraf Mall Online

Al-Quran Al-Karim Untuk Muslimah | Sofia : Mushaf Waqaf & Ibtida' serta Tajwid Berwarna

😌😌😌
↧
↧

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway

$
0
0
assalamualaikum Shu.
aida join πŸ˜ƒ.


blogger yg lom join - jom 😎.

↧

Segmen | Giveaway UP Traffic by Madam Caramel

$
0
0
assalamualaikum MC and friends πŸ˜ƒ,
aida join giveaway...

Segmen | Giveaway UP Traffic by Madam Caramel

↧

Blogger Challenge No 15 | Five things you hope to have in your future

$
0
0
assalamualaikum 😊

kita ni sentiasa byk kehendak, kemahuan, keperluan dari semasa ke semasa.
semua akan tertakluk kepada masa dan waktu, kecukupan kewangan dan kestabilan pekerjaan.
secara asasnya, no money no talk kan.
pe yg nak diimpikan sekiranya hidup tak stabil.

as at now, boleh dikatakan perjalanan hidup saya adalah ok πŸ‘Œ perfect.
  1. kereta milik sayaΒ βœ”
  2. kereta milik mr.asben βœ”
  3. rumah milik mr.asben βœ”
  4. rumah milik saya βœ”
  5. makan cukupΒ βœ”
  6. pakai cukupΒ βœ”
  7. savings pendidikan anak2 & savings hari tuaΒ βœ” (boleh la dikatakan on track)
  8. nak jalan-jalan cari makan. nak holiday βœ” (anytime)
  9. kami sekeluarga πŸ‘‰ sihat walafiatΒ βœ” sempurna akal βœ” sempurna fizikalΒ βœ”

moga Allah buka pintu rezeki kami seluas-luasnya, kurniakan rezeki yg halal dan berkat. nikmat beragama, kesihatan dan akal yg sempurna sentiasa. jauh dari malapetaka, kemalangan dan segala penyakit. aminnn...

but, utk menjawab challenge ni, ni lah dia 5 perkara tu :

1.Β anak-anak saya dapat grad Universiti dgn cemerlang, Anugerah Dekan di peringkat Ijazah. ni step wajib bagi kehidupan mereka yg stabil.

2. before saya dan mr.asben berumur 50 thn, kami dapatjemputan menunaikan haji 😌. moga jemputan itu kami dpt sewaktu kami masih sihat 100% dgn kecukupan wang yg saya target.

3.Β pada tarikh saya dan mr.asben pencen wajib, kami dapatfree 100% from hutang. semua jenis hutang. mempunyai freedom of life tanpa apa-apa cagaran.Β 

4. moga saya dan mr.asben dapat menjejakkan kaki, holiday sama-sama, berdua-duaan or bersama anak-anak, ke luar negara, seluruh pelusuk dunia. ni takde la target masa. anytime from now 😌😌😌.

5. yg last ni is apa yg saya nak tapi bukan utk kepuasan diri saya sendiri. ia adalah utk kepuasan anak-anak saya bertiga & abah emak saya. moga abah emak saya panjang umur & sihat dan dapat lihat dgn mata mereka sendiri anak-anak saya grad di peringkat Ijazah. sesungguhnya, bagi abah saya, pelajaran is always no 1 in life. kalau call dia, berckp dgn cucu-cucu, dia akan tanya tentang sekolah dan exam. kalau kami tak dpt nak balik kampung atas sebab cucu-cucunya tuisyen or sekolah, abah akan ok. so, masuk Universiti and lulus adalah hadiah teristimewa utk Atok Uwan 😌😌😌.

Blogger Challenge No 15 | Five things you hope to have in your future
😊😊😊
aminnnn ya Rabbal alamin...

Blogger Challenge No 15 | Five things you hope to have in your future

↧

Kacang Pool Haji, Medan Selera Bomba, Larkin | Kini Di Ayer Keroh, Melaka

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜ƒ

cuti sekolah hampir-hampir ke penghujung.
dah ptg Jumaat dah ni.
bagi yg baru nak fikir mana nak gi, meh la dtg ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
yes, meskipun penuh dgn traffic lights πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ, Melaka ni penuh dgn tempat yg menarik.
selain dari berjalan-jalan tgk pemandangan, bangunan bersejarah or masuk ke Zoo Melaka, korang pasti takkan lapar sebab byk tempat makan best di Melaka.

tu yg nak share.
dah ada dah kat Melaka, tak perlu turun ke JB dah πŸ‘‰Β Kacang Pool Haji, Medan Selera Bomba, Larkin dah ada cawangan di Medan Selera Ayer Keroh.
lama dah. few months ago.
kami pun dah gi berkali-kali 😍.

Kacang Pool Haji, Medan Selera Bomba, Larkin | Kini Di Ayer Keroh, Melaka
RM6.00

Kacang Pool Haji, Medan Selera Bomba, Larkin | Kini Di Ayer Keroh, Melaka
Izzat bergambar di banner utama, ada gambar owner Kacang Pool Haji, Makpol Kairon.

Kacang Pool Haji, Medan Selera Bomba, Larkin | Kini Di Ayer Keroh, Melaka
Medan Selera Ayer Keroh
(berhadapan dengan kilang MAMEE)

Kacang Pool Haji, Medan Selera Bomba, Larkin | Kini Di Ayer Keroh, Melaka
tapaw pun boleh πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ.

kacang pool ni simple je.
kuah nyer tu πŸ‘‰ kacang pool, skit daging cincang, perahkan skit air limau kasturi.
ada hirisan bawang besar dan cili hijau πŸ˜‹. then ada telur goyang di atasnya.
campur-campur semua. sebatikan. kacau bagi rata-rata.
then, cicah dgn roti bakar tu. fullamak, terbaik lah...

bagi saya sedap. puas hati. ok la compare dgn kacang pool yg ada di sekitar Melaka ni.
ada yg kata, JB lagi sedap.
ntah la. bagi saya, yg ada dekat dan depan mata ni yg sedap πŸ‘.

😊
↧
↧

Menu Makan Malam | Ikan Tenggiri Masak Tempoyak & Sambal Ikan Bilis Petai

$
0
0
assalamualaikum 😊

Sabtuday πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ.
lepak rumah je. gurau senda dgn anak-anak.
membelek kebun @ taman mini tepi rumah.
masak-masak.
kemas-kemas.
now, update blog jap 😏    😊😊.

alhamdulillah.
kenyang kami anak-beranak dinner mlm tadi tau.
ikan tenggiri masak tempoyak.
sambal ikan bilis.
2 lauk tu sebenarnya lauk brought forward dari kelmarin (Khamis) tau πŸ˜….
sekor ikan tenggiri, lebih dari sekilo beratnya, saya buat masak tempoyak.
ada lebih kurang 10 keping, sekor tu dipotong kecil-kecil kan.
2 lauk ni kami sekeluarga makan utk 2 kali dinner. jimat, kan?
puas hati.
kenyang.
just mlm tadi, saya tambah ayam goreng. tambah lauk Izzat. dia tak nak makan ikan.

Menu Makan Malam | Ikan Tenggiri Masak Tempoyak & Sambal Ikan Bilis Petai

first time saya buat masak tempoyak ni.
kebetulan, kampung adik ipar, durian keluarganya menjadi-jadi thn ni, alhamdulillah.
dari membazir, diorang jadikan tempoyak. dpt lah saya 2 balang besar 😍.
apa lagi, terus la test buat masak tempoyak, ikan patin takde.
ikan tenggiri pun jadik lah...

resepi yg saya guna πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.
bahan-bahan:

  • ikan tenggiri
  • kunyit hidup - 2 -3 inci
  • cili padi - 20 biji (cili padi laman sendiri 😍😍😍)
  • secekak daun kesum (dari laman sendiri juga)
  • tempoyak 3-4 senduk
  • air 3-4 mangkuk (agak-agak lah ni ye, jgn cair sgt kuahnya)
  • garam secukup rasa
  • sekeping asam keping
cara-cara:
  1. kunyit hidup & cili padi πŸ‘‰ tumbuk halus. ada resepi gunakan beberapa cili merah juga ye. tumbuk halus sekaligus time ni. kebetulan saya takde stok cili merah πŸ˜…. next time kot boleh tambah dlm resepi.
  2. then, dlm lesung batu yg sama, masukkan tempoyak. lenyek-lenyekkan sekali dgn kunyit hidup & cili padi tadi.
  3. dlm periuk πŸ‘‰ masukkan bahan yg da dilenyek-lenyek tu dan air. saya masakkan sampai mendidih sekali. kepekatan tu agak-agak.
  4. masukkan ikan, daun kesum dan asam keping. secukup rasa semuanya. ada resepi masukkan bunga kantan. saya tak masukkan kali ni πŸ˜„.
  5. siap lah lauk ikan tenggiri masak tempoyak kita πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹...


rata-rata saya search, lebih kurang jer bahan dan caranya.
so ok ok la tu kan utk first timer mcm saya ni. org Melaka buat masak tempoyak πŸ˜… hi hi hi hi...

Menu Makan Malam | Ikan Tenggiri Masak Tempoyak & Sambal Ikan Bilis Petai
sambal ikan bilis petai πŸ˜‹.

menu kedua ni, tak perlu la share resepi. biasa jer kan...
takde ramuan rahsia.
saje je couple kan dgn masak tempoyak tu.
ada tempoyak. ada la kawan nyer si petai.

selepas ni, in shaa Allah, nak try buat sambal tempoyak budu.
pernah makan dulu sekali di Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu. sedap nyer lah...
terkenang-kenang!

πŸ‘‡ Β  πŸ‘‡ Β  πŸ‘‡

πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

mlm ni, saya nak buat nasi lemak + sambal ikan bilis + telur dadar + timun jepun πŸ‘.
lepas asar karang baru start masak.
πŸ‘ŒπŸ‘Œ
↧

SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST

$
0
0
assalamualaikum semua & Nieza 😊

SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST

kebetulan pagi ni, tak sempat nak update blog dgn citer panjang πŸ˜….
ada kerja.
seharian kot tak dpt nak buat karangan kat blog.
so, up la entry joining segmen / giveaway yg dah ada dlm draft folder.

jom join πŸ‘†. support πŸ’ͺ.
↧

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki

$
0
0
assalamualaikum 😊

pe khabar ari ni?
moga semuanya ok ye.
dlm grup wasap kelas Syuhada, seorang kawan Syuhada accident mlm kelmarin.
aduhai... dia dan kakaknya ok. namun mak nya masih belum sedarkan diri setakat update ptg semlm.
accident kereta. kakaknya yg memandu. ada gambar dikongsikan oleh ayah kawan Syuhada tu.
teruk! remuk habis bahagian depan kereta πŸ˜”.
moga semuanya ok la utk kawan Syuhada dan keluarganya.
few days lagi nak UPSR ni.Β 
bila memandu di jalan raya ni, apapun boleh terjadi.
kita yg cuai, gopoh dan tak hati-hati, kita yg teruk kalau pe pe jadi.
tapi, org lain cuai, gopoh dan gelojoh, kita juga yg teruk! aduhai...
just take care jer lah ye.
sabar... releks... on radio tu, nyanyi lah sorang-sorang kalau boring. tenangkan hati.

ok, settle bab tu.Β 
niat di hati nak kongsi deko dapur kecil saya pagi ni.
dah seminggu entri ni setia dok kat folder draft 😌, seharusnya saya publish pagi ni.
pada saya, dapur adalah jantung πŸ’rumah. tak kisah la kecil ke besar ke.
yg penting - ada sinki, ada dapur memasak, settle. yg lain-lain tu, optional.
bila dapur selesa, si ibu / si isteri akan happy. rasa excited nak masak (ye la tu, Aida πŸ˜„Β  πŸ˜†πŸ˜†)...
and ia berlaku kpd saya lah sekarang ni. sgt selesa dgn dapur kecil saya.
kedudukan sinki, dapur masak, mesin basuh and electrical items yg lain sgt strategik utk saya.
yes, mesin basuh saya sekaligus kat sebelah sinki πŸ˜….
tak cukup ruang nak buat ruang mendobi.
tiles dinding, tiles table top, rak letak barang-barang, mana nak letak apa, semuanya saya yg decide.Β 
happy!
now ni, da hampir 3 bulan pindah, still lagi menyusun. masih belum lagi confirm tempat letak brg πŸ˜„Β  πŸ˜†πŸ˜†.

yg paling confirm adalah ruang sinki ni.
tak boleh nak ubah-ubah dah. fixed! πŸ˜ƒ
slowly, lepas pindah hari tu, melengkapkan ruang sinki ni ikut keperluan.
tak beli sekaligus. sebab nak tgk kegunaan jugak kan dari sehari ke sehari.

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
pokok daun monstera ni saya beli di Romantika MITC - RM10.
ringan je. memang niat nak letakkan di sini. naikkan seri...

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
then, one of the penyangkut tu, saya buh wood plaque tu.
Romantika - RM5.50.
"COOKIES make the world a better place"...
betul lah tu kan. if not, takkan la bila time raya, kuih raya le yg utama dihidangkan...

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
then, di sebelah kiri sinki, bebetul sebelah cuckoo, satu lagi wood plaque.
Romantika - RM3.90.
"TEA is always a GOOD IDEA"πŸ˜‹
al-maklumlah, now anak-anak dara saya buat air sendiri kan, terutama air teh seteko.
memang saya keluar arahan jer lah utk diorang buat. minum ptg dgn kuih (jika ada kuih la πŸ˜„).
so, bila diorang tgh amik air panas tu, nampak wood plaque tu, ada la rasa positif dlm hati diorang πŸ˜† ha ha ha ha ha...

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
ni bukanlah ke arah deko sgt, more to sink organizer.
saya beli di Mr.D.I.Y - RM2.++. tak mahal.
shopee & lazada pun ada rasanya, pernah la ternampak πŸ˜….
sgt suka sebab ia tak amik space atas table top. dan ia berlubang, air tos ke bawah tu.

tu jer lah semua deko kecil di sinki.
nak letak lelebih, mcm tak sesuai plak kan.
ok, meh saya tunjuk skit ruang sinki saya dulu kala,Β sebelum penuh mcm sekarang niπŸ˜„Β  Β πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
ni gambar saya snap sebaik saje table top kecil saya ni siap kontraktor buat.
belum berkemas lagi masa ni... berhabuk!!!

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
sinki besar pilihan. saya suka.
beli di HomePro - RM400+.

sekarang ni, jgn harap la kosong ruang sinki tu πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ.
kiri kanan atas bawah penuh dah hu hu hu hu... segan plak nak snap gambar keseluruhan.
tak payah la ye ha ha ha ha...
snap sipi-sipi jer lah. karang tong sampah cute enterframe dlm blog, tak lawa plak πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.

lastly, saya share ye mana saya beli rak melekat kat dinding, letak pokok daun monstera πŸ‘†πŸ‘†.
refer gambar pertama dlm entry ni ye...
mana ler tau ada yg berkenan & mencari.

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
Aluminium Kitchen Rack 60cm - image from Shopee.
memang saya beli di Shopee - RM17 (lom masuk kos pos).
ok la... ringan. senang pasang. ada tempat sidai kain lap, tu yg best...

itu aje la sharing saya pagi ni.
moga beri manfaat kpd sesape yg memerlukan.
sebarang komen pembina sgt2 dialu-alukan.
πŸ‘ŒπŸ‘Œ
↧

Manfaat Membaca Ayatul Kursi

$
0
0
assalamualaikum 😊😊😊

salam di hulur di hari Jumaat.
moga semua amalan kita pada hari ini mendapat pahala.
Jumaat kan. byk perkara sunat dan penuh barokah kita boleh lakukan πŸ˜‰.



nak share info πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡. sharing dari group whatsapp.

manfaat dari membaca Ayatul Kursi :

πŸ’œ1. Bacalah saat meninggalkan rumah anda, dan 70,000 malaikat akan melindungi anda dan seisi rumah.Β 

πŸ’œ2. Bacalah saat memasuki rumah anda, dan kemiskinan tidak akan masuk ke rumah anda.

πŸ’œ3. Bacalah setelah berwudhu dan anda dapat naik 70 darjat di sisi Allah SWT.

πŸ’œ4. Bacalah sebelum tidur dan 1 Malaikat akan melindungi anda sepanjang malam.

πŸ’œ5. Bacalah setelah solat fardu, dan satu-satunya yang dapat memisahkan anda dari syurga adalah kematian.


Manfaat Membaca Ayatul Kursi




jangan lupa juga πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ :

πŸ’šAstarghfirullah 3x

πŸ’šHasbunallahu wa nikmal wakeel 7x



alhamdulillah.
marilah kita menjadikan amalan membaca ayatul kursi sebagaimana disyorkan.
↧
↧

Slot Akasia TV3 | Kau Yang Pertama

$
0
0
assalamualaikum 😊

korang layan tak drama ni - Kau Yang Pertama, tv3, 7 mlm ?
hi hi hi kontroversi sgt kat masa drama tv3 ni πŸ˜….
saya terlayan tanpa sengaja lah citer ni.
7 - 8 mlm tu tak dpt nak tgk bersungguh-sungguh. jeling-jeling jer lah...
berkejaran dengan masak nyer, makan mlm nyer, solat nyer...

maka, the next day, bebila free, saya akan tonton semula di youtube.
so far so good lah kualiti di youtube tu. selesa. meskipun diganggu juga dgn sedikit iklan online πŸ˜’.
kenapa saya layan drama ni?
  1. saya boleh hadamkan hero (Fikry Ibrahim) & heroinnya (Farah Nabilah). sesuai di mata saya. teringat-ingat citer Ngok Ngek lakonan diorang berdua few months ago πŸ˜…. ada 2 drama yg sekarang ni sedang ditayangkan, hero nyer Em*a M***bong. langsung tak boleh nak tgk lah meskipun hero nyer hero pujaan hati saya πŸ˜“. just cannot go further.
  2. suka sgt dgn elly mazlein!!!! dok tunggu je scene yg ada elly mazlein πŸ˜ƒ. terbaiklah lakonan dia di mata saya. menghiburkan hi hi hi hi...


Slot Akasia TV3 | Kau Yang Pertama

saya sgt suka drama yg santai gini.
more to kelakar, lawak-lawak romantik... org jahat, tak le jahat sgt.
kalau over romantik, kekadang saya geli-geleman nak menontonnya.
kalau drama yg serius, tapi bercirikan kekeluargaan. membawa kita kpd aura positif, orait...

lagipun, sometimes saya menonton drama ni dgn anak-anak, kan.
faham jer lah kan.Β 
tak nak la kita terapkan perkara-perkara tahyul, romance romance ni. tak brape cantik utk perkembangan diorang 😏.

kisahnya...
farhan (owner butik baju) bertunang dgn ameera (model). dah nak nikah, few minutes nak nikah... malang tak berbau. tak jadik! ameera mengandung! πŸ˜’
rose ni plak buat internship kat butik farhan. mcm la berlaku kan time diorang bekerja sama-sama tu.Β 
dipendekkan cerita, sepupu rose, si aya, ternampaklah rose ni berjalan berdua dgn farhan di KL. diorang nak gi meeting jer pun. farhan kan bos kpd rose. tapi, aya tu ingat si rose ni buat keje tak elok di KL. abislah dia cerita kat mak dia kat kampung!
mak sedara rose ni amatlah tak baik dgn famili rose. pe lagi, dok la mengata anak sedara sendiri hingga mak rose ni jadi tak senang hati πŸ˜”.
begitu begini... mak rose terus minta farhan kawin dgn ros. farhan setuju 😍.
diorang ni kiranya bercinta lepas kawin ler gamak nyer.

elly mazlein tu designer butik farhan. watak dia dlm drama ni is kak Zaza.
time rose buat internship, rose menyewa la di rumah kak zaza ni.
saya sgt suka cara kak zaza ni 😍😍😍.
cara dia bercakap. penuh gaya yg comel. watak dia kakak-kakak sgt tau.
πŸ˜„πŸ˜„ dah le baik sgt. sungguh support dan caring terhadap rose tu.

masalahnya... konfliknya...
πŸ‘‰mummy farhan mcm tak berkenan dgn rose. dipandangnya rose dan mak rose mcm sengkek je!
πŸ‘‰ameera masih nakkan farhan.
πŸ‘‰mak sedara rose tu hah, tak puas hati la bila rose & famili dah senang. farhan settle kan hutang arwah abah mertuanya one shot.
... dan tak tau lagi lah pe lagi masalah yg bakal ada dlm drama ni.
ni baru settle 9 episod. ada lagi 19 episod mendatang... sure ada lah kan yg nak gugat rumahtangga diorang.

tak la nak recommend sgt drama ni.
tapi, if nak layan, boleh layan start sekarang.
jalan ceritanya baru nak bermula...Β 

lakonan hero dan heroin drama ni sgt santai.
diorang mcm dah ada chemistry di antara satu sama lain.
tak janggal bila bergurau. nampak sgt serasi. tak menyakitkan mata kita melihatnya πŸ˜„.
yes lah. pernah berlakon sama drama Ngok Ngek tu kan.
lebih kurang sama je watak diorang dlm drama ni - pasangan bercinta lepas kawin.
paling cute, panggilan si isteri kpd suaminya, "abang bos..." ha ha ha ha ha πŸ˜„...
πŸ˜‰πŸ˜‰
↧

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...

$
0
0
assalamualaikum 😊

pe tu OCD?
korang ingat tak Mama Zila?
meh i refresh memori uolls πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...
ni la isteri papa zola.
mama kpd pipi zola...
cantik!!!

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...
tapi....

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...
kerana sumpahan OCD nyer...

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...
.... bertukar!!!

memang kelakar tgk episod mama zila ni.
tak boleh la nampak benda bersepah, tak berkemas!
sehinggakan habis bangunan semuanya mama zila bagi sama rata πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.Β 
kereta disusunnya ikut warna, parking lurus-lurus. aduhai.
nasib baik la at the end boboiboy dpt settle kan masalah raksasa mama zila tu.

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...
sharing dari laman fb Public Health Malaysia πŸ‘.

bila nampak image tu shared by kawan2, terfikir plak utk baca more about OCD.
sebab, most of the time, ramai yg refer OCD kat org lain yg cerewetΒ atau perfectionist.
ni kena bersih.
situ kena tersusun.
kena susun ikut warna, tinggi, tebal...
semua brg kena ada tempatnya.
semua kena seragam.
"dia ni OCD lah ni!"
πŸ˜„

contoh pertama
emak saya.Β 
memang tak boleh tolerate dgn kencing/berak cucu.
cucu dlm kes ni referring to cucu yg bawah umur 7-8 thn la.
now, mak saya ada cucu kecik gini seramai 4 org.
mak takkan senang hati if cucu-cucu dia masuk tandas, kecik / berak sendiri, tanpa seliaan.
mak saya sanggup tinggal keje dia masa tu utk attend cucu dia kencing/berak.
then, mak akan cek seluar cucunya.
tak basah! tapi ada bau. terus mak akan tukar seluar baru πŸ˜„.
OCD kah?

contoh kedua
bos pertama saya di JB.
utk masukkan dokumen ke dlm fail.
melubangkan dokumen tu wajib di hujung sebelah kiri, atas.
lubang mesti 1" dari atas dan 1" dari kiri. barulah semua dokumen tersusun elok dlm fail.
tak lah terburai-burai.
tu satu lah contoh. ada byk yg lain.
memang bos ni digeruni oleh anak-anak buah πŸ˜ƒ.
OCD kah?


setelah saya dpt info dari fb πŸ‘†, jelas sekali diorang ni bukan OCD.
so apakah sifat mereka tu?
adakah mereka ni obsessive-compulsive personality disoder (OCPD)?
bila baca and baca and baca... OCPD ni plak saya jumpa.


Obsessive-compulsive personality disoder (OCPD)sejenis kecelaruan personaliti yang amat mementingkan ketelitian, kesempurnaan serta keinginan untuk mengawal persekitaran serta hubungan.

seseorang tu mesti ada 4 ciri di bawah ni utk dikatakan diorang adalah OCPD :
  • sgt fokus tentang perincian, peraturan, senarai dan susunan sehinggakan terlepas pandang kepada objektif utama dalam sesuatu aktiviti.
  • terlalu berusaha untuk mencapai kesempurnaan sehingga lambat menyiapkan sesuatu tugasa.
  • terlalu mementingkan pekerjaan dan produktiviti sehinggakan mengabaikan masa untuk diri sendiri, keluarga atau teman-teman.
  • sukar utk membahagiakan tugas kepada orang lain kerana bimbang orang lain tidak mampu mencapai tahap yang kita inginkan.
  • terlampau berpegang kepada moral dan etika serta patuh kepada peraturan tanpa pengecualian.
  • sukar utk membuang barangan yang tidak lagi digunakan kerana memikirkan bahawa ia mungking berguna di suatu hari nanti.
  • sukar utk membelanjakan wang utk diri sendiri atau org lain kerana bimbang wang tersebut diperlukan di masa hadapan.
  • tidak fleksibel.

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...

jika mempunyai 1-2 ciri πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†, bukanOCPD ye.
kalau ada pun OCPD, pada saya ia bukanlah kronik selagi ia tidak menyusahkan diri sendiri dan org sekeliling.
mungkin ia dpt membantu meningkatkan taraf kehidupan kita dan org sekeliling. sebab ciri-ciri tu semua ada sudut positifnya, kan.


so, OCD tu apa??!!
Obsessive-compulsive disorder (OCD)masalah mental di mana seseorang individu memiliki perasaan, idea, sensasi, tingkahlaku dan pemikiran yang berulang-ulang tanpa diingini dan tidak terkawal. ia mempunya 2 komponen iaitu obsesif (pemikiran) dan kompulsif (tindakan).

dalam bahasa biasa, saya rasa ia seperti penyakit was-was!
mereka yg OCD ni biasanya mempunyai perasaan garu-ragu terhadap sesuatu sehingga mereka melakukan tindakan yang sama berulang-ulang kali.

obsessive (pemikiran) : pemikiran yg tidak rasional, imej / idea yang berulang, tidak diingini serta mendatangkan rasa resah pada diri.
compulsive (tindakan) : desakan untuk melakukan sesuatu yang akan meringankan rasa tidak selesa akibat pemikiran obsessive.

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...

contoh :
  1. mencuci tangan lebih dari 100 kali sehingga tangan menjadi merah dan bengkak.
  2. memeriksa kunci rumah, membuka dan mengunci selama setengah jam setiap hari.
  3. memperbetulkan kedudukan kereta di parkir berulang kali selama 1 jam.
  4. mengambil wudhu' berulang kali kerana menganggap ia masih belum sempurna.

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...

few images yg saya rasa nice to share and explain everything.
secara dasar je lah.
utk kita kenal OCD atau OCPD.

maka, apa yg saya faham dari semua ni adalah, menjadi kesempurnaan (perfectionist) bukanlah berpenyakit OCPD.
nak kan kekemasan, keseragaman dan kesempurnyaa bukan satu penyakit yg harus dirawat ye.
normal πŸ˜ƒ.
if ia serius, sebagaimana memenuhi ciri-ciri OCPD dan OCD, maka, perlu la ke hospital berjumpa doktor psikiatrik.
ia boleh dirawat.
cegah sebelum parah...


πŸ˜‰
↧

Giveaway Merdeka 2019

↧

Pesan Cikgu Kepada Ibu | Seminggu lagi nak UPSR

$
0
0
assalamualaikumΒ πŸ˜ƒ.
selamat pagi...
saya memang masuk ofis sebelum 7.30 pagi.
lepas anta anak-anak ke sekolah, terus ke ofis. masuk awal, balik ptg nanti pun awal, kan.
before masuk meeting, update blog jap lah... santai-santai.
ni la dia bila kerja hakiki dah merapat, tak sempat nak bersosial πŸ˜„.
mula lah blog tak ber hapdet nanti hu hu hu hu...

ni pun curi masa skit, buat penghilang stress jap. tapi tak dpt la nak spend masa byk...
copy paste je nasihat penting dariΒ Cikgu Mohamad HakimΒ ni.

πŸ‘‡ Β  Β  πŸ‘‡ Β  Β  πŸ‘‡

UPSR minggu depan sahaja lagi, apa yang kita sebagai ibu bapa perlu lakukan?

1. Bertenang, bertenang dan bertenang. Makan jangan tak makan pulak. Haha. (seriously, memang tak lalu makan, cikgu. tidur pun tak lena!)

2. Beli kelengkapan peperiksaan yang lengkap. Baju sekolah pakai sahaja yang lama, yang sedia ada. Ada keberkatan sendiri pada pakaian itu. (ni wajib disediakan semua baru. nak bagi anak semangat nak masuk dewan exam. bab pakaian tu, saya setuju. keberkatan dan sentimental value nyer tinggi!)

3. Semak alat tulis. Pastikan pensil kayu, pemadam, pengasah, pembaris dan protaktor ada. Pensil kayu wajib 2B. Pemadam, beli yang berkualiti. (ni lebih kurang sama mcm point (2) kan, cikgu? memang saya beli yg baru 😊)

Pesan Cikgu Kepada Ibu | Seminggu lagi nak UPSR


4. Pastikan anak kita tidak stress. Termasuk juga diri kita sebagai ibu bapa. Lepas kelas atau hari minggu, bawa lah anak bershopping dan makan makanan yang sedap-sedap. Berbual santai dengan mereka. Bina bonding sambil berikan mereka motivasi.Β (mulai hari ni, saya dah nak aman dgn Syuhada. ulangkaji santai-santai kat ruang makan. tak nak dah dok kat meja belajar dlm bilik dia tu... weekend nanti nak bwk dia gi tgk perbarisan hari kemerdekaan...)

5. Kurangkan marah pada mereka. Risau last-last minit ni mereka buat 'ceroi' pulak. Habis usaha mereka selama ini. Cuma pastikan mereka berada pada direction yang betul pun dah cukup. (yes. saya akan lead Syuhada ke arah yg benar... last minute round segala nota pendek yg ada 😏)

6. Tak perlu nak pecut sangat dah. Bagi saya sekarang adalah masa untuk santai-santai sahaja. Kukuhkan juga hafalan formula, sifir dan tunjuk nota-nota yang cikgu di sekolah dan saya kongsikan di FB.Β (baik, cikgu...)

7. Pesan pada anak-anak supaya jaga hati guru-guru di sekolah. Berbaki beberapa hari sahaja lagi ni, jangan lakukan perkara yang boleh membuatkan cikgu mengamuk dan mengeluarkan kata-kata yang negatif. Kata-kata itu satu doa.Β (yes. saya berniat nak carikan hadiah buat cikgu-cikgu Syuhada, utk diberikan pada 3.9.2019 nanti. saje nak beli hati cikgu agar memaafkan Syuhada πŸ˜”)

8. Berhubung dan ucapkan lah terima kasih pada guru-guru anak kalian. Semua guru termasuklah guru pra sekolah hingga guru Tahun 6. Lagi bagus jika berterima kasih pada mak cik kantin, mak cik cleaner, pak guard dan semua warga sekolah. Kan lebih baik jika lebih ramai yang mendoakan.Β (baik, cikgu...)

Pesan Cikgu Kepada Ibu | Seminggu lagi nak UPSR

9. Banyakkan berdoa dan berikan motivasi. Saat-saat akhir begini, memang anak-anak kalian perlukan kalian sebagai ibu bapa.Β (yes, saya sedar... saya akan merapat dgn Syuhada, sebagai ibu kembali. sebelum ni berbulan-bulan, watak saya mcm cikgu πŸ˜…Β  πŸ˜„πŸ˜„)

10. Jaga kesihatan dan emosi mereka.Β (penting ni kan...)

11. Simpan gadget anak-anak.Β (ni sejak bulan April saya da simpan phone Syuhada. tv pun Syuhada dah jarang-jarang tonton...)

12. Jaga solat dan banyakkan bersedekah.Β (baik, cikgu. nasihat yg perfect buat saya...)


sebagai ibu yg melalui tahun ke-5 anak exam besar, saya masih tak boleh nak avoid perasaan risau tu.
saya sejenis ibu yg exam-oriented.
sgt stress. Allah saje yg Maha Tahu debak debuk dlm hati saya ni.

hmmmm tahun depan kak Nurin PT3 plak πŸ˜“.
tahun 2021 saje saya berehat skit. boleh holiday sesuka hati.
weekend boleh berjalan cari makan di mana-mana saje.
tidak dibelenggu dgn kelas tambahan anak-anak di sekolah πŸ˜„.

alhamdulillah kerana anak-anak saya, kak Nurin & Syuhada merupakan murid yg ok.
cemerlang di hati saya selamanya... apa yg diorang beri pada saya at the end, pasti buat saya senyum lebar.
sempurna akal.Β 
sihat emosi. pe pun masalah, diorang ada kesah??!
nak exam pun mcm tak exam πŸ˜†πŸ˜„πŸ˜„ aduhai...
alhamdulillah...

πŸ’—πŸ’—πŸ’—anak-anak dara kuπŸ’—πŸ’—πŸ’—

↧
↧

Narinar Nanion Diffuser Series | Kenapa Kita Perlu Guna Diffuser?

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜ƒ

apa khabar?
pagi Jumaat nan indah lagi berseri.
moga semua yg kita nak buat hari ni, berhasil dgn jayanya πŸ’ͺ.

pagi ni saya nak share tentang keperluan menggunakan diffuser, secara khususnya πŸ‘‰ Narinar Nanion Diffuser ni.

Narinar Nanion Diffuser Series | Kenapa Kita Perlu Guna Diffuser?
ni 2 buahΒ Narinar Nanion DiffuserΒ saya.
satu di bilik saya, satu lagi di bilik anak-anak.
diffused di mlm hari...

bila kita gunakanΒ Narinar Nanion Diffuser, titiskan essential oil blend Narinar, ia adalah cara yang best dan berkesan untuk merasai aromaterapi kat rumah kita.
ia akan ubah sifat essential oil blend Narinar tu menjadi wap air yg akan tersebar ke seluruh kawasan.
melalui penyebaran udara, beberapa titis essential oil blend Narinar jer, dapat menyampaikan aromaterapi terapeutik di seluruh bilik sambil membersihkan udara dan mewujudkan persekitaran yang harum, nyaman, indah... feeling gooooood gitew 😍.

kadang-kadang, ada org guna lilin beraromaterapi utk sebarkan feeling aromaterapi.
terutama if nak buat surprise utk pasangan, kan πŸ˜„πŸ˜„. memang abis romantik lah...
so, ada byk medium yg kita boleh guna bagi nak sebarkan mood aromaterapi tu.
saya memang ada lilin kecil aromaterapi, bakar dan letak dlm balang ikea ala-ala lampu antik tu.
kemudian nanti saya share ekk.

so, yg latest, saya pilih utk guna Narinar Nanion DiffuserΒ ni.
beli satu pakej sekaligus dgnΒ essential oil blend Narinar.
sebelum ni pernah riki-riki 2 produk yg lain. tak beli sebab pada saya ak cost-effective.
then, ada juga riki-riki produk diffuser dan essential oil di kedai-kedai.
tak dpt yg bebetul meyakinkan saya.

Narinar Nanion Diffuser menyebarkan essential oil blend NarinarΒ sebagai wap halus di seluruh udara supaya mereka dapat diserap perlahan ke dalam tubuh melalui sistem pernafasan.Β 
aroma boleh menggesa sistem saraf untuk menghantar isyarat kepada sistem otak - bahagian yang yang menempatkan emosi dan ingatan.Β 
otak boleh bertindak balas dengan memulakan pelbagai fungsi fisiologi, seperti pelepasan hormon, pelepasan sakit atau rangsangan positif dalam mood.

Narinar Nanion Diffuser Series | Kenapa Kita Perlu Guna Diffuser?
tak susah...
masukkan air dlmΒ Narinar Nanion Diffuser, titiskan essential oil blend Narinar.
bersekali dgn Narinar Nanion Diffuser, ada disediakan pot air πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Narinar Nanion Diffuser Series | Kenapa Kita Perlu Guna Diffuser?

cara saya, lebih kurang 15 minit sebelum tidur, saya on Narinar Nanion Diffuser.
set 6 jam (boleh juga set 1 jam / 3 jam ye). Narinar Nanion DiffuserΒ dilengkapkan dengan auto-off. so, tak risau lah.
after 6 jam, akan off sendiri.
then, ada 7 lampu. secara otomatik kat bilik ada satu corner yg sgt cantik.
lampu berwarna dan rembesan wap air 😍😍😍.

Narinar Nanion Diffuser Series | Kenapa Kita Perlu Guna Diffuser?
complete set utk rumah saya 😍.

yes. ada byk cara kita nak rasa harmoni di rumah sendiri, kan...
setelah seharian bekerja.
anak-anak seharian bersekolah.
bila malam, tidur nak kena lena. tidur tu nak kena bermutu lah kan.
if not, esok hari nak menjalani seharian lagi... lama-kelamaan tu yg jadi tak brape nak betul keadaan.

maka, ni lah pelaburan-pelaburan kecil saya untuk kehidupan.
  • suplemen utk kesihatan seharian - makan.Β 
  • kebersihan rumah kita pastikan.
  • jaga pemakanan.Β 
  • jaga diet seharian.Β 
  • bersenam.
  • sesekali manjakan diri di spa - urut badan, facial muka...
  • tidur mlm, diffusedΒ  essential oil blend Narinar 😊😊😊.

wap air berserta essential oil blend Narinar akan meresap masuk ke dalam sel darah kita.
tidur lena. releks...
esok pagi rasa segar. in shaa Allah...

tapi korang, bukan la utk tidur je.
kat ofis pun ok. beri ketenangan time buat kerja.
guna la essential oil blend Narinar Claritie (fokus) atau Rose Love (tenang dan fokus).
next next entri, saya kongsi ye.
meaning, bukan saya utk famili or anak-anak je, bujang pun boleh je beli one set utk diri korang πŸ‘Œ.


πŸ‘‡Β  berminat?Β  πŸ‘‡
Narinar Nanion Diffuser Series | Kenapa Kita Perlu Guna Diffuser?
Narinar Nanion Diffuser Series | Kenapa Kita Perlu Guna Diffuser?
tak mahal. affordable.
utk 1 diffuser dan 4 essential oil blend Narinar.
byk jimatnya kalau beli set.
p/s : essential oil blend Narinar ni boleh juga digunakan direct ye. bukan jer dititis ke dlm diffuser. next entri, saya kongsi.
😍😍 klik πŸ‘‰ WhatsApp Aida βœ”
↧

Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi | Bayi Selesa, Ibu Ayah Gembira

$
0
0
assalamualaikum 😌

salam di pagi 3 Muharram 1441.
tahun baru dlm bulan-bulan Islam.
a fresh new year. in shaa Allah...

orait. nak citer. sambungan dari entry yg lepas tentang Narinar Nanion Diffuser.
baca. bila-bila masa depan, berminat, tau dah mana dan sape nak dicari, kan? 😊
kerana... dah ada diffuser, mesti lengkap dgn essential oil nyer.Β 

Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi | Bayi Selesa, Ibu Ayah Gembira
Β keutamaan pengguna / pembeli - halal?yes. JAKIM's Panel LaboratoryπŸ‘.

semua ibu ayah dan bakal ibu ayah da tahu bhw usia penting / kritikal anak adalah dlm 2-3 thn.
masa tu perkembangan berlaku dgn pesat, fizikal dan mental, contohnya penglihatan, percakapan, berjalan, gerak tubuh...
so, semua aspek memang ibu ayah akan amik berat. tiap ketika akan perati kan.
bila merangkaknya. bila tersenyum. berjalannya. bercakapnya πŸ˜„. semua dinantikan dgn penuh rasa happy. excited! lelebih anak pertama, kan...
and, bila anak sakit??!!! tau jer lah kan πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”. segala usaha akan dilakukan demi nak anak tu sihat.
saya dah melaluinya. saya tau betapa risaunya rasa hati ni...
then, anak-anak di usia gitu kecil, tak sesuai diberikan ubat terlalu byk, terutama ubat batuk & selsema. aduhai...
maka, rawatan alternatif adalah jalan lain yg ibu ayah mencari.

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡
Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi ni bukanlah ubat.
ini adalah set rawatan alternatif utk melegakan anak yg tidak sihat.

ia bukan utk dimakan! ia diamalkan melalui teknik terapi dari campuran essential oil dari bunga dan tumbuhan saje.
pada saya, ia elok dijadikan amalan seharian. bukan bila anak da tak sihat, barulah nak dirawat.
tu akan ambil masa lah...
dan ia tidak la menjanjikan anak kita akan sihat selamanya. tidak begitu.
namun, kekerapannya tu boleh dikurangkan agar anak kita dpt buat aktiviti dia dgn mudah.

ada 3 cara mengamalkan Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi :
  1. diffuser dgn Narinar Nanion Diffuser.
  2. titiskan dlm air mandian anak.
  3. urutan tubuh badan.
1 - Narinar Frankie

Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi | Bayi Selesa, Ibu Ayah Gembira
anak demam!!!
Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi | Bayi Selesa, Ibu Ayah Gembira
nama diberi dari bahan utama iaitu Frankincense (getah dari sejenis pokok berasal dari Timur Tengah). bahan lain πŸ‘‰ Lemon, Lavender, Peppermint & Olive carrier oil 😍

fungsi utama Narinar Frankie :
  1. essential oil blend Frankie ni boleh membantu menurunkan suhu badan. in shaa Allah...
  2. bantu melegakan pernafasan terutama bagi bayi dan juga kanak-kanak yg tak mampu keluarkan lendir / kahak sendiri. dgn terapi urutan bersekali dgn Narinar Frankie ni, pada titik tertentu di tubuh badan anak kita, melegakan dia segera...
  3. boleh melonggarkan kahak secara natural.
  4. lemon tu kaya dgn vit-C, surely dpt melegakan ketidakselesaan pernafasan.
mudah sgt, tak perlu bagi anak makan.
hanya diffused kan dgn Narinar Nanion Diffuser dlm bilik di mlm hari, time anak tido.
then, lepas mandi, slowly buat urutan di tubuh badan anak kita dgn Narinar Frankie.
skit di dada... skit di tapak kaki... 😌

Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi | Bayi Selesa, Ibu Ayah Gembira
nama lama Narinar Frankie adalah Narinar FT (Flu Therapy) 😊. 



2. Narinar Ellgrie
Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi | Bayi Selesa, Ibu Ayah Gembira
anak kembung perut, sembelit, perut tak sedap...
Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi | Bayi Selesa, Ibu Ayah Gembira
Lemongrass, Peppermint, Lemon, Ginger, Bidara (Sidr) & Aloe Vera carrier oil 😍

fungsi Ellgrie pula :

  1. ada bidara, halia, lemon dan aloe vera yg berkesan utk bantu legakan tak selesa perut anak. pencernaan anak pun ok, tak sembeli.
  2. then, aroma serai wangi memang kita tahu utk elak serangga, nyamuk...
Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi | Bayi Selesa, Ibu Ayah Gembira
nama lama is TT (Tummy Therapy).



3. Narinar Sidrie

Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi | Bayi Selesa, Ibu Ayah Gembira
anak tidur lena 😴
Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi | Bayi Selesa, Ibu Ayah Gembira
bidara (Sidr), Lavender, Chamomile, Sandalwood, Sweet Orange, Green Apple & Cucumber carrier oil 😍

last skali, Narinar Sidrie :
  1. aroma epal hijau dan bunga chamomile semestinya mampu beri ketenangan pada anak. bagi dia mood utk tidur, tanpa kepala dia dok fikir nak main πŸ˜….Β 
  2. minyak bidara plak dpt meningkatkan kualiti tidur kerana baunya sungguh menenangkan.
kat rumah is penting la kan kita urut tubuh badan anak dgn Narinar Sidrie.
agar dia nak tidur lena...
apatah lagi dlm kenderaan - bas, keretapi, naik kapal terbang. or naik kereta nak berjalan jauh!
kita bagi dia haruman Narinar Sidrie ni.
anak tak meragam, ibu ayah pun ok.

Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi | Bayi Selesa, Ibu Ayah Gembira
nama lama Sidrie adalah ST (Sleep Therapy).




Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi | Bayi Selesa, Ibu Ayah Gembira


tapi, sebenarnya, jgn limitkan umur anak hanya pada usia 2 thn dgn Narinar Set Terapi Lengkap ni.
seriously, saya diffused kan ketiga-tiga Frankie, Ellgrie dan Sidrie utk bilik saya & anak-anak saya hingga kini.
sedia maklumkan πŸ˜„ anak saya berumur 14, 12 dan 7 thn.
sihat perut.
jauh dari demam dan simptom-simptomnya.
tidur lena...
setelah seharian di sekolah, mlm adalah masa utk tidur lena, recharge for the next day 😎.
so, this 3 beradik are forever kena ada dlm keluarga.

patut milik set terapi ni. complete.
tanpa diffuser pun ia masih lagi boleh berfungsi bila digunakan ke dlm mandian anak atau bila membuat urutan di tubuh badan anak 😍.
😍😍 klik now πŸ‘‰Β WhatsApp Aida βœ”.
↧

UPSR | Permulaan Yang Perlu Cemerlang

$
0
0
assalamualaikum 😊
selamat ptg.

pagi tadi x dpt nak update blog.
pagi yg penuh air mata utk saya.
ntah la... thn ni terasa sgt sayu bila kenangkan Syuhada seat for UPSR.

as early as 7.00 pagi ni, kami berdua dah pun tiba di sekolah.
subuh yg sejuk, hujan gerimis. hujan rahmat mengiringi perjalanan anak-anak UPSR.
dlm perjalanan, dlm hati saya tak berhenti berdoa buat Syuhada.
awal pagi ni, sebelum anak-anak masuk ke dewan exam, ada berkumpul dan bacaan yassin bersama guru dan ibu ayah.
saya attend sorang, mewakili mr.asben, memandangkan mr.asben incaj of Izzat.

UPSR | Permulaan Yang Perlu Cemerlang

bila sessi doa selepas bacaan yassin... perasaan sebak menerpa ke jiwa saya.
Allahu Akbar 😌 sayunya lah doa itu. wajah Syuhada berlegar-legar di ruang mata saya.
dia kebetulan duduk di hujung sebelah kanan dewan perhimpunan ni.
berjujuran air mata saya turun ke pipi time doa tu. saya dah standby tisu hi hi hi hi hi...

hari ni paper BM.
berkali-kali saya pesan kat Syuhada, "paper BM ni mudah je, dik. tenangkan fikiran, luaskan minda, susun kata-kata dgn betul. korek idea. cantikkan bahasa. mudah... tiada formula adik kena hafal, tiada jadual adik nak kena hafal, tiada apa yg adik perlu risaukan... mudah..."
pesanan / nasihat nak beri Syuhada confident dan releks.
bila dikatakan susah, nanti dia masuk dewan dgn rasa stress, kan...
"bahasa Arab adik dpt A, takkan la BM adik susah nak dpt A, kan" senyum lebar Syuhada bila saya kata gitu πŸ˜„.

esok paper English plak.
kita redha je.
belajar, dah belajar.
hafal, dah hafal.
mlm ni again, arahan saya pada Syuhada, kul 10 tidur.
usaha dah. now, kita berdoa dan tawakal. serah kpd Allah...

"kalau lah adik baca blog Ibu ni, ni ada Bu nak ckp kat adik... yes, UPSR ni permulaan perjalanan adik. tak la beri impak besar sgt dlm kehidupan adik result UPSR ni, berbanding dgn result SPM nanti. tapi, adik tetap kena buat dgn baik agar kecemerlangan UPSR ni menjadi titik tolak kejayaan adik selepas daripada ni. bila bermula cemerlang, kita akan lebih yakin diri, rasa selesa nak maju ke depan dan kita akan sedar diri yg kita ni boleh buat... sebab tu Bu tak pandang UPSR ni sebagai remeh. penting!  mesti cemerlang ye... kakak sebagai contoh terbaik dan terdekat. adik tgk kakak, how confident she is now... 😊😊😊 u will be just like kakak... will always be 'anak kembar' Bu yg terbaik..."

utk semua friends yg anak pun sebaya Syuhada, saya doakan anak korang pun dpt buat yg terbaik.
in shaa Allah...
↧
Viewing all 1120 articles
Browse latest View live