Quantcast
Channel: Blog Adianiez
Viewing all 1120 articles
Browse latest View live
↧

Susun Atur & Deko | Bilik Anak-Anak Dara

$
0
0
assalamualaikum...
salam sejahtera πŸ˜‰.

tgh mlm tadi, sehingga la pagi ni, alhamdulillah bumi Melaka hujan.
sejuk!!!
sementara nak proceed dgn solat Dhuha ni, ada la ruang dan peluang bercinta dgn blog jap...
septg semlm, sempatlah blogwalking. alhamdulillah... rindu blogging sebenarnya!
tu lah, masa yg sgt cemburu dgn saya πŸ˜€ hi hi hi hi...

kan dah kata da pindah rumah baru.
alhamdulillah... now, first, nak share bilik anak-anak dara.
bilik diorang berdua ni antara tempat yg pertama complete.
memang saya & mr.asben spend time utk fikirkan yg terbaik utk diorang berdua.
al-maklum lah, diorang dah besar.
deko mesti simple dan memenuhi citarasa diorang.
and alhamdulillah... both of them senang hati dgn semuanya. tinggal lagi, kerajinan mengemas diorang tu kena dipertingkatkan πŸ˜€.
mostly semua d.i.y.
kabinet baju.
kabinet buku. sampai rumah gigih mr.asben memasang nyer.
rod langsir pasang sendiri.
wallpaper tempek sendiri juga laki bini πŸ˜….
gambar ni semua di ambil siang semlm.
sebelum ni bersepah, cuti sekolah kan... tak dpt ler nak snap gambo.
ni pun tak la kemas sgt. biasa-biasa jer... tak nak anak-anak terlalu stress bab mengemas.
kemas sampah pun dah ok πŸ‘Œ.

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
katil = queen size πŸ˜€. tidak lagi double decker.

saya yg buat keputusan utk anak-anak πŸ‘‰ tidur berdua, tidak lagi katil double decker.
considering kak Nurin di asrama. weekend saje di rumah.
it will be nice if both of them tidur bersama bila weekend / cuti sekolah.
then, in shaa Allah, next year Syuhada pun bakal ke asrama, lagi la perlu mereka dekat bersama bila balik rumah 😍😍😍.
tidur berpelukan. bercerita sama-sama sebelum tidur. berebut-rebut kawasan πŸ˜€πŸ˜†. kongsi selimut...

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
saya sediakan 2 unit of Ikea Mulig Clothes Bar (RM19.90) &
1 unit Ikea MALM Chest of 6 drawers (RM599.00) (1 drawer for Izzat 😍)

mulig bar tu at first hanya 1.
then, saya dapati mcm tak sesuai plak bila baju-baju biasa bergantung dgn baju-baju sekolah di tempat yg sama!
anak-anak tiada masalah. tapi di mata saya mcm semcm jer πŸ˜•. i dun like πŸ‘Ž.
maka, akhirnya terpaksa kerah mr.asben fixed another mulig bar. yeszaaa...
sib baik la memang borong byk mulig bar. alhamdulillah...

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
ruang solek kakak-kakak, maintain guna organizer @ jewellery box ni.
beli di lazada dulu kala and details ada dlm ENTRY ni.
tabung telur SSPN ada jugak sebagai hiasan 😍.

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
cermin mickey mouse MR.DIY. pilihan kak Nurin.

al-kisah cermin muka utk bilik kakak-kakak.
saya nak belikan cermin besar bingkai putih utk diorang, ala-ala cermin Ikea NISSEDAL size 65x65.
matching dgn kabinet & mulig bar tu lah kan.
masih tak berjumpa! tak kuasa lah nak gi Ikea semata-mata utk cermin kan. tak berbaloi lah plak.
time shopping brg kat MR.DIY, kak Nurin terjumpa cermin mickey mouse ni.
dia berkenan! murah kata nyer πŸ˜€.
dia diskus dgn Syuhada, both of them setuju nak beli cermin kecik ni jer utk bilik diorang.
terbaik!!!

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
ni plak ruang meja tulis kakak-kakak. simple.
memang dari awal saya dah aim nak style mejaΒ wall-mounted drop leaf table ni.tak nak makan ruang byk dlm bilik ni.again another konsep berkongsi saya nak terapkan kat kakak-kakak.details pernah saya share dlmΒ ENTRYΒ ni.

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara

saya copy paste details kesemua brg Ikea yg saya beli utk ruang menulis kakak-kakak :
  1. BJURSTA wall-mounted drop leaf table - RM179.00
  2. TERTIAL lampu kerja - RM49.90
  3. EKBY LAIVA shelf - RM9.90
  4. EKBY VALTER bracket - RM8.00
  5. VAGGIS noticeboard - RM19.90
Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
lampu kerja ni pun saya da lama target nak beli.
sebab ia sgt praktikal dan tak makan ruang yg byk di atas meja belajar.
and..... pink!!!

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
inilah kejadiannya mlm tadi.
kerusi tu adalah kerusi belajar diorang yg lama 😊. hadiah Atok Uwan dulu kala.
kerusi tu pun boleh dilipat πŸ‘.
Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
tetingkat berlaci ni bukan dibeli, hadiah cabutan bertuah family day ofis mr.asben dulu kala.
dimanfaatkan sebagai rak buku anak-anak bertiga.
ada 3 slot. ada 3 anak. masing-masing la punyer slot ye...
bahagian bawah ada 2 laci, lom fix kan lagi. lom siap kemas lagi buku-buku diorang ni.

lastly, dinding...
wallpaper KAISON je. segulung dulu saya beli RM19.90.
utk 2 dinding ni. 3 gulung masing-masing. ada berlebih lagi wallpaper nyer.
gigih la saya dan mr.asben menampal. seingat saya, 2-3 hari juga kami berdua menampal ni πŸ˜….
masih lagi konsep kaler pink ha ha ha ha ha...

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
bunga-bunga dan jalur-jalur...

rod langsir dan langsir?
semua beli di AEON Bandaraya Melaka dulu kala. harga nyer tak ingat πŸ˜….
boleh refer ENTRY lama ni utk rod langsir extendable ni. murah. mudah.Β 
rumah saya semua guna rod ni. seragam πŸ˜…πŸ˜„πŸ˜„.

setakat ni tu jer lah.
tiada perancangan nak deko lebih-lebih.
nak meminimakan kesemuanya. mudah kemas.
aman damai jer mata memandang 😊😊😊.
sila-sila la drop komen kalau-kalau boleh ditambahbaik.
saya sudi mempertimbangkannya πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ.
↧

"Ini Bilik Ijat"

$
0
0
assalamualaikum 😊
salam sejahtera...
selamat pagi.

bersiaran di blog awal pagi skit.
lepas ni ada tugasan penting nak diselesaikan.
terasa tak complete plak if tak pamerkan wajah teruna bongsu ni di laman blog.

"Ini Bilik Ijat"

mlm tadi. buat homework πŸ˜„.
lokasinya adalah di meja makan.
memang dari awal, sebelum pindah rumah lagi dulu, Β da inform anak bertuah ni, buat keje sekolah dan ulangkaji di meja makan.
selesa.
kipas atas kepala.
lampu terang-benderang.
lagipun dia sorang aje utk saya hadap. ok la...

"Ini Bilik Ijat"

Izzat ada biliknya.
namun, sekarang memang dia belum lagi masuk bilik secara rasmi.
bilik tu sekadar letak brg mainannya saje.
dan dijadikan bilik tetamu.
minggu ni, mak mertua (nenek Ijat) dok bilik tu. tetamu pertama rumah baru kami ni 😊.

dia da bahasakan bilik tu sebagai "bilik Ijat".
tapi bila kita suruh dia tidur dlm bilik tu, dia tak nak πŸ˜„.
"abis tu, bila Ijat nak tidur dlm bilik Ijat sendiri?"
jawapan dia, "tunggu la Ijat 10 thn...". hadoilah πŸ˜† Β πŸ˜…πŸ˜…...
hmmmm masih lagi tidur bwk ketiak ibu hi hi hi hi...
sib baik katil ibu ayah king size tau anak oii...

😏

ruang tamu.
ruang tv.
ruang makan.
dapur.
masih lagi lom final susun atur & dekorasinya.
yg asas je setakat ni.
mood nak kemas or deko tak dtg la minggu ni πŸ˜“ πŸ˜”πŸ˜”.
nanti-nanti lah kan...
akhir bulan ni, nak gi melawat daiso, MR. DIY dan romantika.
cuci mata... cuci poket πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….
↧
↧

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira

$
0
0
assalamualaikum 😍

salam dihulur di Syawal ke-9.
hi hi hi πŸ˜… dah ptg Syawal ke-9 pun dah...Β 
tapi, baru la sempat nak up gambar 1 Syawal.

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira
with the πŸ’™ of my life...

"SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR & BATIN"

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira
πŸ’š Β πŸ’šπŸ’š tema hijau thn ni πŸ’šπŸ’š Β πŸ’š

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira
bersama Abah & Emak

thn ni turn beraya di Melaka dulu.
alhamdulillah Abah & Emak masih sihat utk beraya dgn kami.
dan thn ni, kami 5 beradik beraya bersama. meriah!
5 anak.
4 menantu.
9 cucu.
dah sgt menggegarkan rumah Abah & Emak πŸ˜€.

seperti biasa, pepagi raya wajib ada sessi photoshoot gambar keluarga.
tapi tu saya kongsi citer di next ENTRY ye 😊.
selepas solat sunat Aidilfitri, kami sekeluarga ke rumah sepupu Abah, Busu Elan & Mak Long Simah, di sebelah pantai.
kampung abah.Β 
wajib ke sini. sarapan raya di rumah Busu. ziarah wajib ke rumah Mak Long Simah.

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira
tunggu turn nak ngap! πŸ˜†

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira
wajib amik gambar dgn Busu Elan tersayang...

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira
ketupat. kari itik. ayam masak merah. rendang daging πŸ˜πŸ˜‹.

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira
Ijat makan ketupai (ketupat πŸ˜‚) dgn ayam masak merah...

perut sudah kenyang, anak-anak dah panas bontot nak ke pantai.
bukan anak-anak jer, ibu-ibu pun sekali sama tak sbar nak photoshoot tepi pantai.
pantai kampung saya ni sudah bertahun-tahun begini, tanpa pasir! batu-batu penghadang hakisan je.
dulu kala, waktu saya sebaya Izzat, nun saujana mata memandang pantai panjang memutih di sini.
kini πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’.
pembangunan demi pembangunan di klebang dan banda hilir. laut ditambak demi menarik pelancong dalam & luar negara.
kehidupan di sini binasa πŸ˜“.

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira
Izzat tak dpt nak ditangkap agar dpt bergambar sekali.
berlari-lari dia dgn sepupu-sepupu yg lain hu hu h hu...

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira
bersama adik pompuan. partner in crime dari kecik 😍.

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira

Selamat Hari Raya | 1 Syawal Yang Riang Gembira

ada time limit utk kami santai-santai di sini.
nak ziarah Nenek (emak kpd Emak saya) dan Pak Long (abang kpd Abah saya).
ni 2 org tua yg wajib diziarahi oleh Abah & Emak saya tiap kali raya pertama.
selagi ada org tua kan 😌😌😌.

orait.
bersambung kisah di next entry πŸ‘Œ.
↧

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !

$
0
0
assalamualaikum... salam sejahtera.

bersambung lagi kisah di 1 Syawal.
hari ni dah 14 Syawal, kan πŸ˜ƒ. masih boleh beraya sakan, ziarah-menziarahi.
hmmmmm lepas dah peluh-peluh ketiak photoshoot di tepi pantai, lekas-lekas kerah anak-anak balik rumah Atok Uwan.
balik rumah sebab nak pack brg skit-skit, nak balik kampung Uwan plak, ziarah moyang mereka.
tak tido sana pun, tapi mengenangkan bakal beraya sampai ke ptg, kena la juga pack brg anak-anak, sepersalinan baju, bakul susu, ... dan sebagainya.

menjadi kewajipan kami, bergambar keluarga di ruang tamu.
dan kali ni, latarbelakang kami tukar.
berlatarbelakangkan tingkap & langsir gojes Emak πŸ˜„.

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
pertama, Atok Uwan dan cucu-cucu tahun ni.
team merah (Pak Lang), team hijau (Ibu @ Mak Andak) dan team biru (Mak Usu).
tak cukup lagi 2 org cucu (Mak Ngah), beraya di perantauan.

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
cucu-cucu stay di tempat masing-masing.
anak-anak & menantu-menantu masuk di baris belakang 😍.

then, ada sessi bergambar famili by famili.
pelbagai ragam anak-anak... aduhai.
then snap gambar, nak kena tgk dulu satu-persatu.
takut-takut ada yg lelap mata lah, tak pandang kamera lah, garu-garu kepala lah πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ Β πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†...
yg paling stress ialah Abah & Emak lah. sebab diorang berdua la subjek utama gambar semua ni.

paling best, time kami adik-beradik nak bergambar dgn Abah & Emak, tetiba anak di perantauan call la plak h aha ha ha ha...
lama la plak tu Abah berborak hu hu hu hu...
kami-kami sabar jer lah, sambil gelak-gelak suka ria.
abg ipar sulung, snap la gambar-gambar candid. semuanya menarik giler 😍.

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
candid...

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
lagi candid...

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
da tak candid. pak lang plak masih tak ready πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….
masih angan-angan la plak...

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
yahooooo... jadik la jugak ni. janji nampak muka memasing 😘.

apa penting nyer ye bergambar formal begini?
mungkin ada org tidak anggap ini adalah penting. cukuplah sekadar bergambar secara candid di mana-mana, kan...
bagi kami, ini adalah kenangan tiap kali Aidilfitri & Aidil'adha.
it is satu-satunya hari di mana kami adik-beradik berkumpul dan berpakaian formal lengkap.
terutama anak-anak. bukan mudahkan nak bagi diorang pakai baju melayu & baju kurung lengkap selengkap-lengkapnya.

kat tempat lain, kami sibuk bergambar la jugak.
tapi kekadang tak complete! πŸ˜ƒ and aneka gaya dan aksi dlm satu gambar.
tu memori sejenis yg lain...

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
sempat la saya grab kanak-kanak riang bertiga ni dan bergambar sama-sama.
dari kiri - Amir (bongsu Pak Lang), Izzat (bongsu saya) dan bertudung biru is Ain (bongsu Mak Usu).
aduhai. team bertiga ni memang bikin gegar rumah batu Atok Uwan πŸ˜„ Β πŸ˜… Β πŸ˜†.
berlari ke sana. berlari ke sini. melompat. tiarap. merangkak. telentang.
Atok nyer dok lah bebel, "... peninglah kepala Atok!!!".
ada diorang kesah bila Atok membebel??? tak langsung!!!

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !
Pak Uda, adik bongsu 😍.

indahnya Aidilfitri boleh dipamerkan bila hati kita gembira & bahagia.
para ibu ayah mungkin tak la excited sgt, kan. tapi kita wujudkan excited tu di wajah utk beri kegembiraan buat anak-anak.
tak boleh la nak komen, "hari raya ni masa ibu kecik-kecik dulu lebih meriah tau".
do not compare!
itu zaman kita. kita adalah mereka. kita adalah kanak-kanak.
takkan sama rasa kita di umur 10 thn berbanding rasa kita di umur 40 thn, kan?

biar mereka bergembira dgn cara mereka, di zaman mereka.
jgn kita terapkan "zaman awak sekarang dah tak seronok". kesiankan mereka...

Photoshoot Keluarga Hj. Md. Hanafiah | Kecoh !Β ni selagi lagi Pak Long diorang amik gambar candid.
semuanya dgn gajet!!!

ini zaman mereka.
setelah mereka penat melompat, berlari, tiarap, telentang...
setelah mereka kenyang dan hilang haus, tetap mereka berbalik kpd televisyen & gajet.
on air-cond suhu 21 darjah celcius dan lepak sama-sama main games or tonton utube.
be happy, parents. at least kita masih dpt lihat diorang bergelak ketawa bertepuk tampar sambil main games tu kan.
masih depan mata kita.
masih dlm jangkauan pemantauan kita πŸ’œ.

orait.
tu jer coretan saya pagi ni.
fikiran ni dah throwback last weekend.
kami sekali lagi beraya berkumpul adik-beradik di KL.
nanti next next entry ye. sesungguhnya saya akan jadi super duper happy bila bersama Abah, Emak & adik-beradik 😌😌😌.

πŸ‘‹πŸ‘‹
↧

Susun Atur & Deko | Kotak Lama Di Beri Rupa Baru

$
0
0
assalamualaikum. salam sejahtera.

dari pagi, suasana di luar mendung saje.
cahaya matahari skit-skit menjengah bumi 😌.
raba-raba baju-baju yg saya sidai sejak awal pagi tadi, hmmmm sejuk.
saya sgt suka bila angkat baju, baju itu hangat πŸ˜…. tapi takpe la. kering tetap kering.

tghari tadi, rehat sebentar dari study, mengkreatifkan diri dgn buat makeover skit kat kotak-kotak yg byk di dlm stor.
at first, nak sisih je. semak la plak selepas byk brg da dikemas.
tapi, Jumaat lepas, timbul plak idea bernas ni.

Susun Atur & Deko | Kotak Lama Di Beri Rupa Baru
kotak.
gunting.
wallpaper (jenis sticker) KAISON.

amat mudah beli guna wallpaper jenis stiker ni.
tak perlukan gam ataupun selotep.
kebetulan, saya memang simpan lebihan wallpaper. takde satu pun yg saya buang, selepas settle pasang di dinding-dinding berkenaan.
sayang nak buang!!!
hasilnya, selamat la kotak-kotak A4 lama ni dibalut oleh saya πŸ˜‰  😊😊.

Susun Atur & Deko | Kotak Lama Di Beri Rupa Baru

Susun Atur & Deko | Kotak Lama Di Beri Rupa Baru
kotak ni utk digunakan di bilik kakak-kakak πŸ˜ƒ.
utk diletakkan stok alatulis mereka 3 beradik.
kotak lama ni sudah lunyai! hi hi hi hi...

Susun Atur & Deko | Kotak Lama Di Beri Rupa Baru
nampak tak tu πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘† matching dgn dinding, kan πŸ˜ƒπŸ˜ƒ hi hi hi...

tu la dia hasilnya Jumaat lepas.
cuma belum diisi brg. weekend lepas kakak-kakak tak free sebab kami gi beraya ke KL.
so, tangguh la mengemas alatulis masuk dlm kotak.

siang tadi, terasa stress dgn assignment, terus terfikir nak releks kan minda dgn balut 2 kotak lagi.
kali ni, gunakan wallpaper dinding rumah lama.
ada berbaki skit lagi wallpaper tu. so, now is the right time utk abiskan riwayat wallpaper ni.

memang saya nakkan kotak yg proper utk simpan brg2 baking - cup roti, cup muffin, cup dadih, etc.
dulu, di rumah lama, brg2 ni semua saya letak dlm tupperware besar.
now, tupperware tu da ada benda nak diisi. maka, amat bermanfaat la kotak2 A4 ni.
alhamdulillah...

Susun Atur & Deko | Kotak Lama Di Beri Rupa Baru
hi hi hi carpet pun dah tukar baru 😍😍😍

Susun Atur & Deko | Kotak Lama Di Beri Rupa Baru

Susun Atur & Deko | Kotak Lama Di Beri Rupa Baru

Susun Atur & Deko | Kotak Lama Di Beri Rupa Baru

esok nak membalut lagi 1 kotak kecik gitu.
baru terjumpa kat dlm bilik belakang kejap tadi.
semcm satu terapi plak buat semua ni. korang cuba try.
memang perasaan nyer sgt best. buat penghilang stress 😊.
dari bahan-bahan sediada, kita recycle setiap satu tu. terasa mcm kelahiran semula πŸ˜ƒ.

πŸ‘‹πŸ‘‹
↧
↧

Weekend Syawal Kedua | Ke Cheras & Kajang

$
0
0
assalamualaikum 😊 salam sejahtera.
Syawal ke-15.
alhamdulillah.
persekitaran masih aman dan damai.
sekarang, jam 11.30 pagi, cuaca di luar pintu rumah sgt nyaman dan skit-skit matahari dah melimpahkan sinarannya.
berharap panas hingga ke lewat ptg la, masih lagi ada baju bersidai πŸ˜† hi hi hi...
semlm seharian mendung aje kan.

wajib mengabadikan cerita raya di blog.
indahnya raya ni is apabila kita ziarah-menziarahi.
ke sana dan ke mari. keutamaan diberikan kpd rumah adik-beradik la.
meskipun awal-awal Syawal tu dah bersama, wajib bagi kami gathering semula di rumah masing-masing.
kali ni, saya naik ke Cheras dan Kajang.
kebetulan 3 adik-beradik perempuan saya semua rumah di sana, dekat-dekat di antara satu sama lain.
saya sorang tercampak di kampung halaman, Melaka.

seperti biasa, saya sekeluarga jejak langkah ke Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dulu.
rumah kakak kedua, Mak Ngah kpd anak-anak.
naik KL, memang rumah Mak Ngah la kami tumpang bermlm. sebab Abah & Emak dok sini, dgn kakak kedua.
bermlm. breakfast dan lunch di rumah Mak Ngah 😊. tu la cara beraya rumah Mak Ngah.
tghari nyer, kakak saya buat rendang itik. aduhai 😍😍😍. terbaik πŸ‘.
setiap tahun, kakak saya ni pasti buat open house utk adik-beradiknya dan adik-beradik abg ipar.
and, setiap tahun la kakak akan tanya weekend mana yg saya free. so that saya sekeluarga dpt join diorang di Cheras.
tapi thn ni, saya yg cadangkan kat dia, tak perlu open house.
biasanya adik-beradik berkumpul di rumah dia dan makan, thn ni saya nak ajak kakak saya ni ke rumah adik-beradik yg lain 😌😌😌.
kita beraya dari rumah ke rumah jer. tukar style.
nasib saya baik, kakak dan adik-beradik yg lain setuju.

settle je solat Asar, saya dan Mak Ngah terus menuju ke rumah adik perempuan saya, Mak UsuΒ di Saujana Impian.
kakak sulung saya pun dah ada situ. best la... sampai-sampai je kami da riuh dah.
dihidangkan dgn mee kari yg ohsem. 2 mangkuk jugak la saya makan πŸ˜….
then, ngap ngap kuih raya dan kerepek. and aktiviti berborak diteruskan tanpa henti, sehingga la berkumandangnya azan Maghrib.

Weekend Syawal Kedua | Ke Cheras & Kajang
cantik sudut rumah adik saya ni.Β 
kerusi antik. meja antik. wallpaper berbunga kecil...
dari kiri - anak sulung kakak kedua saya, Emak (dipangku mak ialah Izzat & Ain) dan kakak kedua saya.

Weekend Syawal Kedua | Ke Cheras & Kajang
biarkan dulu para bapa dan Atok makan dulu. kami bergambar.
ni la adik pompuan saya.

Weekend Syawal Kedua | Ke Cheras & Kajang
ada plak meja kayu antik. ni kepunyaan abah, adik manfaatkan di rumahnya.

Weekend Syawal Kedua | Ke Cheras & Kajang
ramai-ramai !!! πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Weekend Syawal Kedua | Ke Cheras & Kajang
cucu-cucu Atok...

selepas solat Maghrib, kami ramai-ramai gerak ke Saujana Damai, Kajang.
rumah kakak sulung, Mak LongΒ kpd anak-anak.
dihidangkan pula dgn aneka kek yg Mak Long buat sendiri, as always sedap!!!
nasi ayam, ayam panggang marveles dan buah tembikai.

Weekend Syawal Kedua | Ke Cheras & Kajang

Weekend Syawal Kedua | Ke Cheras & Kajang

Weekend Syawal Kedua | Ke Cheras & Kajang

Weekend Syawal Kedua | Ke Cheras & Kajang
yg belakang Abah tu, bertudung hitam, kakak sulung saya πŸ’š.
yg takde dlm gambar ialah abang saya la. jauh nun di UUM, Sintok.
dia memang sukar la nak join program weekend dgn kami.

Weekend Syawal Kedua | Ke Cheras & Kajang
dgn Emak pula πŸ’™πŸ’™πŸ’™...

da plan dah, ada rezeki dan dipanjangkan umur, 29 jun nanti diorang berkampung plak di rumah saya.
beraya ramai-ramai di Melaka pula la kan. wajib!
this weekend, saya nak beraya ke rumah abg-abg ipar plak.
selagi ada ruang dan peluang, time Aidilfitri la kami nak ziarah-menziarahi. waktu lain, most of the time semua busy.

πŸ˜‰πŸ˜‰ Β  πŸ‘‹πŸ‘‹
↧

Deko Ruang Makan | Cermin dan Frame Fridge Magnet

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera 😊😊😊.

selamat pagi Khamis.
mr.asben dan anak-anak da selamat kuar ke ofis / sekolah.
saya da sarapan quaker oat secawan.
alhamdulillah...

blogging jap.
sambil tgk tv.
jengah-jengah di luar, hmmmmm mcm nak hujan 😐.
tapi lom boleh pasti. karang nanti awan di tiup angin, lari la hujan di kawasan lain.

simple je citer ari ni.
nak citer pasal deko yg simple juga di ruang makan - paparan di dinding buat tetamu menjamu mata.
tak lebih. tak la kurang sgt, kan...
ruang pun terhad. tak nak terlalu sarat!
yg penting diri sendiri puas hati 😍.

Deko Ruang Makan | Cermin dan Frame Fridge Magnet
tadaaaaaaa...
  1. cermin NISSEDAL saiz 65cm x 150cm - RM199 (ikea)
  2. frame utk fridge magnet saiz 1' x 3' - RM55 each (beli online di sini)
  3. bunga gantung 2 tangkai - RM9 each (Nilai3)
cermin di meja makan.
tu memang kehendak saya sejak dulu kala.
at first, nak deko menggunakan cermin LOTS ikea. murah - RM30 satu set (4 cermin saiz30cm x 30cm).
byk sharing camne nak deko dgn cermin ni di fb.
tapi tu la. bab nak menampal LOTS ke dinding... tu yg buat saya tertangguh-tangguh.
then, pattern yg sesuai nak menyusun LOTS tu. yes, byk idea online boleh cedok. tapi sendiri tak pandai!
again, saya masih terasa mcm tak puas. saya bukan la pakar dlm bab deko-deko ni.
moreover, nak d.i.y plak kan.
karang jadik pelik plak kan πŸ˜†.
dek kerana tu semua, terus sambar jer la NISSEDAL ni. gantung dgn 2 paku - settle!

Deko Ruang Makan | Cermin dan Frame Fridge Magnet

Deko Ruang Makan | Cermin dan Frame Fridge Magnet

Deko Ruang Makan | Cermin dan Frame Fridge Magnet

bunga-bunga tu tak lekat permanent.
boleh ditarik keluar utk dicuci nanti. standard lah kan, habuk surely melekat punyer.

😍😍😍

Deko Ruang Makan | Cermin dan Frame Fridge Magnet

πŸ‘‹πŸ‘‹
↧

Deko Ruang Tamu | Tempat Menggantungkan Kunci

$
0
0
assalamualaikum...
selamat pagi.

bertemu Jumaat. alhamdulillah...
jgn lupa - berdikit-dikit membaca al-Kahfi 😊.
menjelang maghrib, selesai lah keseluruhan surah. in shaa Allah...
nak share 2 hadis sahih :

"Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Kaabah)." (Riwayat ad-Darimi)

"Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat yang berikutnya." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

in shaa Allah 😌😌😌.

pagi ni, nak share satu ruang kecil kat rumah saya ni. satu lagi projek d.i.y inspired by my mr.asben.
terasa nak share moga ia jadi manfaat pd sesape yg perlu.
skit-skit tatarias rumah yg baru diduduki ni. belum pun sebulan πŸ˜€.
sehari demi sehari, idea tu muncul lah kan. nak fikirkan sekaligus, memang tak lah.

rumah saya ni sederhana besarnya. pada saya, tak boleh over dgn deko di lantai or di dinding.
bakal nampak serabut. bila serabut, surely tak cantiklah kan.
terpaksa memilih tempat, sudut dan dinding yg strategi bagi menjemput keceriaan rumahtangga.

Deko Ruang Tamu | Tempat Letak Kunci

Deko Ruang Tamu | Tempat Letak Kunci

Deko Ruang Tamu | Tempat Letak Kunci

bunga yg dibeli di Nilai 3 weekend lepas. kecil. 3 tangkai. cucuk saje ke dlm pasu.
mudah nanti nak keluarkan dan cuci. pasti habuk suka nak singgah kan πŸ˜….
mahu melangkah masuk ke rumah kecil saya, jambangan bunga ros ni lah bakal menyambut tetamu.
agar tetamu senyum bila melihatnya dan aura positif terus berlegar di rumah saya sepanjang masa. in shaa Allah...

esok-esok bosan, ganti la dgn jambangan bunga yg lain pula, kan...
pasu tu adalah salah satu hadiah perkahwinan saya 15 thn yg lepas 😍.
di simpan rapi. sebab suka kan corak daun-daunnya tu.

Deko Ruang Tamu | Tempat Letak Kunci
bebetul di atas jambangan ros tu, melekaplah 3 kotak hiasan.
beli di Aeon, Ayer Keroh. namun, terlupa brape harganya πŸ˜…. tak melebihi RM30.

kotak hiasan simple ni, pilihan my mr.asben juga.
dia kalau berjalan di mana-mana, fikirannya akan berfikir tentang deko & susun atur rumah.
apa yg praktikal?
apa yg mudah?
apa yg murah πŸ˜† Β tapi cantik lah kan...

Deko Ruang Tamu | Tempat Letak Kunci
kebetulan, ada perhiasan Allah dan Muhammad ni.
sedang elok je menghiasi 3 kotak hiasan ni. alhamdulillah...
ni adalah hadiah daripada jiran sewaktu family day kami dulu kala.

Deko Ruang Tamu | Tempat Letak Kunci

menjadi kewajipan utk ada tempat gantung kunci.
kunci kereta, kunci motor dan kunci rumah. yg harian saje di sini. lain-lain kunci utama di simpan di tempat yg lebih selamat.
mcm biasa, mencari dari satu kedai ke satu kedai.
pelbagai gaya. pelbagai corak. pelbagai idea utk tempat gantung kunci.
english style. kampung style. moden style... sediakan aje duitnya.
kami mencari yg tak begitu besar yg bakal overshadow 3 kotak hiasan di atas.

3 kotak perhiasan tu telah diletakkan di dinding terlebih dahulu.
kerana tidak ingin menjadikan main switch box itu terkontang-kanting keseorangan di situ.
maka, bila ada kotak-kotak perhiasan tu, terasa cantik dan matching sgt semuanya...

muncul la idea bernas dari mr.asben.
beli cangkuk skru kecil-kecil di Mr.DIY dan hanya skru kan di salah satu kotak itu.
then, gantunglah kunci.

Deko Ruang Tamu | Tempat Menggantungkan Kunci


Deko Ruang Tamu | Tempat Letak Kunci
tadaaaaaaaaaa...

satu cangkuk mampu menggantung 2 kunci.
sebab cangkuk tu kecil comel jer kan, more than 2 kunci, tak cantik lah segugus kat situ.
moreover, cangkuk tu pun berwarna gold.
sgt la matching dgn perhiasan Allah dan Muhammad tu. alhamdulillah. i was very happy the moment mr.asben siap skrukan cangkuk-cangkuk tu πŸ˜€.

korang rasa, ok tak?
😊😊😊
↧

Master's Journey | Tamat Sudah Perjalanan Ke Bangi

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜ƒ.
salam sejahtera.

izzat dah pun tidur.
kak Syuhada pun da tidur. esok start ujian UPSR kali ke-4 utk thn ni. paper BM.
dah kepenatan dah menghafal contoh-contoh karangan.
terasa nak update blog sebelum masuk tidur mlm ni πŸ˜€. sebab hari ni termasuk dlm lipatan sejarah hidup saya.
hari terakhir selaku seorang pelajar 😎.

seawal 6 pagi hari ni, selesai solat subuh, saya da gerak ke UKM, Bangi.
exam jam 9 pagi.
amik kira perjalanan dari Melaka - Bangi melalui highway PLUS, yg tak disangka-sangka trafiknya, wajiblah bergegas keluar rumah.Β 
jam 7.30 pagi dah tiba di UNIKEB, sarapan sepinggan nasi lemak dan segelas nescafe o suam.
nescafe o tak abis pun, manissssss πŸ˜– hu hu hu hu...
jam 8.15 pagi, lepak di salah satu meja dlm library. on laptop, santai-santai ulangkaji.

Master's Journey | Tamat Sudah Perjalanan Ke Bangi

aman damai dlm library pagi ni.
sebab exam kami ni sebenarnya antara paper-paper yg terakhir.
mostly da settle dah exam, undergrad and postgrad. dah start cuti semester.
if not, walaupun masih awal pagi, da mcm semut mengerumuni gula, library akan busy dan bunyi tapak kasut ketak ketuk ketak ketuk akan berterusan bersambung-sambungan πŸ˜ƒ, student masuk ke dlm library.

selesai sudah proses pengajian saya di UKM, Bangi.
selesai sudah melalui pahit getir bagi memastikan LL.M (Master of Laws) dpt ku genggam.
tak mudah.
tak begitu sukar.
belajar di usia hampir-hampir 'emas' kan πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„, so not so easy lah.

contohnya, exam pagi ni - International Economy Law.
baca. baca. baca. faham. hafal.
buka jer kertas soalan. ada 4 soalan, wajib jawab 2 membawa kpd 40 markah.
20 minit yg pertama - berfikir. sedaya upaya memuntahkan semula apa yg ada di otak.
diconteng-conteng di atas kertas soalan beberapa points yg penting bagi setiap soalan.
nak menjurus kpd hanya 2 soalan yg wajib dijawab.
πŸ˜–πŸ˜–πŸ˜–
peritnya ketika itu.
sedia maklum bahawa gaya cerita LL.M ni tak semudah perjalanan LL.B (Bachelor of Laws) dulu kala.
bukan sekadar menjawab - definition, principle, concept.... number 1, number 2,...
a big no lah...
soalannya general. sendiri fikir topic apa yg berkaitan. selit dgn isu semasa sedunia.
World Trade Organization (WTO).
Trump.
IMF.
China - US war.
Brexit.
Trade liberalization.
MFN. National treatment.
Tariff.

Master's Journey | Tamat Sudah Perjalanan Ke Bangi
a bundle of notes. tapi WTO je ni. satu topik jer...
topik lain simpan dulu πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.

punya la besar dan byk nak dijawab di atas kertas.
menggigil jari jemari ni nak menulis.
diberikan pula hanya 2 jam 15 minit πŸ˜–πŸ˜– tak sempat!!!

demi nak mencapai standard LL.M dan tahap pemikiran lecturer, byk nak citer dlm masa 2 jam 15 minit tu.
apakan daya, masa amat mencemburui kita kan time exam.
sempat la jugak menghabiskan ayat terakhir di saat-saat terakhir πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.

bukan hari ni jer gitu sebenarnya.
setiap kali exam πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ ada 8 paper jumlah kesemuanya subjek yg saya amik selamat 4 semester ni.
nampak sikit kan?
8 subjek jer???
hmmmmm sib baik 8 subjek jer tau. kalau lebih, kena extend lagi 1 - 2 semester lah jawapannya hi hi hi hi hi...

tapi, apa yg membuatkan kesukaran, keperitan, kesusahan semua tu berbaloi???
kotak ilmu pengetahuan saya membesar berkali-kali ganda dari dulu.
byk sudut ilmu yg telah membina kotak ilmu pengetahuan menjadi semakin besar dan luas.
yes lah.
abis je LL.B dulu kala (2002), terus bekerja.
selepas 13 thn baru sambung LL.M.
bila bekerja, kita akan hanya tertumpu kpd apa tugasan kita secara spesifik.
perundangan yg hanya dikelilingi kita, berkaitan dgn kerja.
attending classes di usia 40-an ni. pengalaman kerja lebih dari 16 thn.
gitu gini gitu gini... sgt la beri pendedahan yg luas bagi meneruskan perkhidmatan yg berbaki lagi 19 thn.

😌😌😌
amat bersyukur dgn kurniaan ni.
kesempatan yg Allah beri.
peluang keemasan.

kpd adik-adik (yg lebih muda dari saya lah) hi hi hi hi...
ada kesempatan, ada ruang, ada peluang... sambung belajar lah.
tak mudah.
atas kita.
kita yg buat ia jadi mudah, in shaa Allah.

πŸ˜‰ Β  πŸ‘‹πŸ‘‹

saya nak tempek gambar kenangan πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ sebagai penutup entri mlm ni.
tempat jatuh lagi kan dikenang, kan...

Master's Journey | Tamat Sudah Perjalanan Ke Bangi
nak masuk bangi, ada tol pulak lah hu hu hu hu...

Master's Journey | Tamat Sudah Perjalanan Ke Bangi
pagi ni, kebetulan pertama di barisan, di kala lampu trafik sedang merah.
sedang elok lah amik gambar ni πŸ˜€. gonna miss u, Bangi...

Master's Journey | Tamat Sudah Perjalanan Ke Bangi
lampu trafik nak masuk UKM.
hmmmmmm baru nak snap gambar ada masjid, lampu trafik tukar ijau la plak.

tu aje lah gambar yg nak sgt saya simpan dlm blog ni.
laluan wajib tiap kali nak gi kelas.
mengejar masa. kekadang trafik jem, da lambat gi kelas.
tapi most of the time, mengejar masa nak ke tandas!!!
driving dari Melaka, perjalanan more than 1 jam, kekadang nak terkucil πŸ˜….

πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
↧
↧

Selamat Lapor Diri | Kembali Bertugas Berkhidmat Untuk Negara

$
0
0
assalamualaikum 😊

apa khabar korang semua? moga ok ok la ye.
1 Zulkaedah.
4 Julai.
hari ke-4 di separuh tahun yg ke-2. alhamdulillah...
dan hari ke-4 saya kembali bekerja sbg seorang penjawat awam, setelah 2 thn bercuti belajar.
selamat lapor diri di Putrajaya.
selamat lapor diri di Melaka.
Isnin akan dtg, bakal lapor diri di tempat bertugas baru. di Melaka tercinta ni lah jugak...
semua berjalan lancar. semua bergerak dgn begitu cantik skali 😍.
semua bos dan semua officers di Putrajaya & Melaka sgt helpful.
terbaik πŸ‘πŸ‘πŸ‘.

Selamat Lapor Diri | Kembali Bertugas Berkhidmat Untuk Negara

bermula la kembali rutin-rutin keluar rumah pagi-pagi dan tiba rumah di lewat ptg.
bergegas masuk dapur prepare dinner utk mr.asben & anak-anak.
pung pang pung pang pung pang hinggalah 😴😴😴. 
pagi esoknya, sama-sama bergegas keluar rumah plak.
takde lagi la si Ibu melambai santai di muka pintu bila ayah & anak-anak keluar rumah pagi-pagi πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† ha ha ha ha...
hidup seorang ibu yg mencabar, tapi maintain seronok dan menarik.
setiap ketika itu kira. tiada skit masa pun utk dibazirkan.

and bila mula bekerja Isnin depan, saya da kena start bekerja sebaiknya.
ofis baru.
bos baru.
environment baru.
meskipun masih bawah jabatan yg sama 😊.
sgt penting utk tangkap perhatian pertama yg positif dari bos baru.

Selamat Lapor Diri | Kembali Bertugas Berkhidmat Untuk Negara

dlm apa jua yg kita lakukan, buat yg terbaik. jadi yg terbaik.
hanya utk rekod diri sendiri. penilaian & penghargaan dari org atasan adalah bonus.
lebih-lebih saya ni baru kembali dari belajar, saya menjangkakan mereka mempunyai expectation yg tinggi terhadap saya.
maka, saya kena bersedia. tak nak la buat expectation mereka tu meleset...

in shaa Allah.

hmmmm... blog ni akan kerap ber'update' tak ekk?
lom naik kerja, sendu πŸ˜„. dah naik keje nanti, lagi lah sendu kot ha ha ha ha...
mlm bakal concentrate dgn Syuhada, less than 2 months ke UPSR.
scheduled entry?
hmmmm...

orait lah.
jam kat laptop ni pun dah tunjuk kul 7.15 pagi.
masa dah time πŸ˜…πŸ˜…. perlu stop menaip di laman blog kecil ni.

...bye πŸ‘‹πŸ‘‹
↧

Door To Door Ebit Lew | Beranikah Anda?

$
0
0
assalamualaikum 😊

alhamdulillah. Melaka 2-3 hari ni, hujan renyai-renyai.
sejuk!
nyaman...
indah.

dlm pada memandang kosong kat luar tingkap tu hah, tetiba terkenangkan ulangan program Door To Door Ebit Lew yg baru saya tonton pepagi tadi.

Door To Door Ebit Lew | Beranikah Anda?

ustaz Ebit mendekati satu grup - golongan yg menjalankan hubungan sejenis dlm satu pusat karaoke di KL.
before ustaz Ebit masuk ke pusat karaoke tu, ada dia kata yg dia agak gabraπŸ˜….
yes. bersongkok & berjubah, tetiba ketuk pintu salah satu bilik di pusat karaoke. ko ghase???
takut ke tak takut?
we can never know what type of person yg ada dlm tu, kan... aduhai.

beranikah anda nak ketuk pintu tetiba gitu, kan?
namun, tu la namanya berdakwah. tak kira tempat.Β 
dan cara ustaz Ebit mendekati golongan tersebut, amat baik. gaya bahasa yg amat lembut.
bukan cara ustaz-ustaz. tapi masukkan diri dlm keadaan mereka.
menasihati tidak sgt menggunakan terma-terma agama. namun, menggunakan bahasa mereka.

bukan mudah kita nak buat org mengaku perkara paling buruk yg telah mereka lakukan.
bukan mudah kita nak korek rahsia org lain tanpa kenal sape mereka.
namun, program Door To Door Ebit Lew ni amat santai. mereka bercerita, ustaz nasihat, gelak ketawa dan akhirnya muhasabah diri.

ustaz Ebit mendekati mat-mat motor, mak nyah, remaja yg melepak...
satu usaha dakwah yg amat bagus. golongan yg benar-benar memerlukan nasihat dan pertolongan.
jgn berfikir bahawa berdakwah hanya bila diorang masuk ke masjid atau tempat-tempat ceramah.
bila ia dilakukan dgn paksaan, keikhlasan tu takde. masuk telinga kanan, keluar telinga kanan.
rugi!!!
dekati mereka di tempat mereka.
dalami hati mereka di suasana mereka.

πŸ‘πŸ‘πŸ‘

perkara sebegini amat bagus diikuti oleh semua org.
berdakwah ni tak semestinya dlm konteks agama, tapi dlm semua lapisan kehidupan.
antaranya, di antara bos dan anak buah di pejabat.
anak buah bermasalah, pertamanya bos perlu tahu apa masalah dia. jgn terus dimarahi, jgn terus diberikan surat tunjuk sebab atau digantung kerja. ni contoh jer lah πŸ˜….
berkomunikasi.
interaksi.
yg pasti dgn cara yg sgt efektif utk menyelesaikan masalah 😊😊😊.

tahniah ustaz Ebit Lew dan team Astro Oasis.
program ni harus diteruskan selamanya. berdakwah tanpa sempadan!

satu nasihat ustaz Ebit yg saya nak share di sini...
"apapun kita buat. siapapun kita. solat! jgn tak solat! itu tiang hidup kita sbg org Islam. itu akan hindar kita dari terus buat jahat. dan, lepas solat, jgn lupa doa. doa. doa."

πŸ‘Œ
↧

Starbucks | Cocoa Cappuccino + Hazelnut

$
0
0
assalamualaikum...
salam sejahtera 😊😊😊.
ari ni terlebih produktif plak.
3 entri πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.
sebab, terlanjur clear kan image dlm phone yg beribu tu, up terus lah dlm blog memana patut.

nak la bercerita.
Isnin lepas lapor diri di Putrajaya.
kebetulan adik bongsu, cuti semester. dia la jadi pemandu kereta bwk akak nyer ni ke Putrajaya.
agak lama la dia menunggu akak nyer ni hah.
separuh hari!!!
maka, akak nyer yg happy ni, belanja la adik kesayangannya apa yg adik nyer nak.
singgah Alamanda jap before berangkat balik Melaka. hamek ko... nak kopi stabak πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.
akak nyer ni dah le kolot, tak pandai nak order order kat kaunter stabak tu.
alang-alang si adik nak, marilah akak belanja sambil belajar-belajar tentang kopi stabak.

Starbucks | Cocoa Cappuccino + Hazelnut
mine : hot cocoa capppuccino with additional flavour - hazelnut 😍.
adik's : java chip.

sgt betul lah pilihan saya.
sedap nyer lah - cocoa cappuccino, ada flavour hazelnut. alhamdulillah...
pahit nyer. manis nyer. harum nyer. complete!!!
puas rasa hati membayar kopi sedap gini 😍.

😎 Β πŸ‘
↧

Housewarming | Adik-Beradik Datang Beraya

$
0
0
😊😊😊
assalamualaikum...

baru ada kesempatan nak up cerita raya.
final weekend di bulan Syawal ari tu, jemputlah adik-beradik saya dtg rumah.
housewarming gitu.
adik-beradik mr.asben & mak mertua dah pun dtg awal-awal Syawal ari tu.
now, turn my famili plak.

saya memang tak buat open house utk kawan-kawan or saudara-mara. tahun2 akan dtg, in shaa Allah.
sebab, diri sendiri lom lagi sesuai dgn rumah πŸ˜…. baru pindah sebelum raya kan.
byk lagi yg belum berkemas. tapi, wajib buat satu hari open house utk adik-beradik saya.
kami memang suka berkumpul ramai-ramai sekaligus.
set time. set date. jadik πŸ‘ŒπŸ‘.

seriously, 2 malam emak, abah & adik-beradik saya lepak rumah, gambar tak byk saya snap!
Jumaat, 28 jun, malam, semua da sampai.
maka, gitu gini kekecohan dan riuh-rendah kat rumah bermula Sabtu pagi.
ramai-ramai breakfast. aneka makanan.

dlm jam 9 pagi, saya da start meroti. mengadun lebih kurang 1kg tepung.
sesuatu yg wajiblah kan buat roti utk my big famili ni. terlupa juga snap gambar roti πŸ˜†.
sebabnya, tghari tu kami ramai-ramai ke Pulau Sebang, makcik buat kenduri doa selamat.
dipendekkan cerita, kami ramai-ramai gerak ke Pulau Sebang tghari Sabtu tu dan tiba balik rumah saya lewat ptg.
terus saya & kakak-kakak masuk dapur - prepare utk majlis hari jadi Qurratul Ain, anak buah bongsu.

Open House Hari Raya | Adik-Beradik Datang Beraya
anak bongsu melayan abah minum ptg 😍.
ada kuih raya. ada roti raya πŸ˜‚ Β πŸ˜‚ Β πŸ˜‚.

rumah saya sederhana besarnya. adalah skit tanah di tepi.
ruang di luar ni, mr.asben letakkan meja & kerusi - letak kuih raya & roti.
ptg tu, di sini lah abah, mr.asben, abg2 ipar & adik ipar saya lepak berborak.

Open House Hari Raya | Adik-Beradik Datang Beraya

Open House Hari Raya | Adik-Beradik Datang Beraya
Open House Hari Raya | Adik-Beradik Datang Beraya
kuah laksa nyonya dan side dishes nyer 😊.

laksa nyonya ni saya yg prepare.
then, adik ipar masak sup tulang kambing.
ada juga mihun goreng singapore. nasi goreng. serba sedikit la lauk kami mlm tu.

Open House Hari Raya | Adik-Beradik Datang Beraya
kek red velvet cheese.
ni air tangan kakak sulung saya. paling sedap dlm dunia!

Open House Hari Raya | Adik-Beradik Datang Beraya

Open House Hari Raya | Adik-Beradik Datang Beraya
amboi muka Izzat πŸ˜€πŸ˜€.

simple celebration.
yg penting semua ahli keluarga ada 😍.
anak-anak pun happy to the maksima.
2 hari bersama-sama, main bersama, tido bersama, yg kekecik tu mandi pun bersama πŸ˜„.

Ahad tu, semua bersurai dgn happy.
sedih rasa hati bila diorang nak balik. rumah kembali sepi.

😌😌😌
↧
↧

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tidak Kerap Tonton TV Macam Kami

$
0
0
assalamualaikum 😌.
selamat pagi Sabtu.
yes, weekend bermula lagi πŸ˜ƒ. happy!
time bersama anak-anak. lepak rumah. releks kan minda...
pagi nan indah. pagi ni sarapan nasi lemak.
emak abah ada ni hah kat rumah saya. sementara Faiz, adik bongsu cuti semester, dpt la emak abah berjalan balik Melaka.
ada pemandu, kan...
bila adik dah masuk campus, kembali bersarang la emak abah di KL nun.
sedang tonton tv tadi, terus snap gambo ruang tvπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡. terasa nak share plak pasal NJOI.
just nak share agar ia beri manfaat kpd sesiapa.
kat rumah saya, ada 2 ruang tv - atas & bawah.
tv ruang atas, adalah smart tv. kami gunakan juga android box.Β 
ruang atas khas utk menonton movies dan tempat Izzat melayan YouTube.

maka di ruang bawah, ruang tamu utama, sememangnya memang memerlukan siaran tv.
dari awal kami tak nak langgan Astro byr bulanan. tak nak dah terikat lagi!
dok fikir samada nak masukkan NJOI atau MYTV. sekali byr jer, utk selamanya.
channel memang tak byk. sesuai sgt dgn kami yg tak brape layan tv.
more to movies and YouTube je.
dibandingkan NJOI dan MYTV, better NJOI. lebih byk channel.
saya memang boleh la nak bandingkan, sebab rumah emak abah di kampung - satu NJOI dan satu lagi MYTV. sgt tahu la kan.

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tak Kerap Tonton TV Macam Kami

begitu begini begitu begini... akhirnya kami putuskan utk amik NJOI - RM405.
NJOI adalah tv satelit percuma daripada Astro. abis tu, RM405 tu apende nyer? 😳 apa yg percuma???!
πŸ‘‰ Β RM405 tu adalah untuk set lengkap :
  • dekoder NJOI (warranty nyer 1 tahun)
  • piring NJOI
  • kabel hdmi
  • ada smartcard NJOI juga
  • kabel nak pasang piring 15m
  • remote control
  • all in la dgn kos pasang & pengaktifan NJOI
πŸ‘‰ Β NJOI ni adalah :
  • percuma - tiada bayaran bulanan
  • tiada kontrak (tidak terikat) - seumur hidup la gamaknya selagi tak rosak πŸ˜…

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tak Kerap Tonton TV Macam Kami
ni Β siaran tv yg ada.
ok la tu. lumayan dah semua channel tu. ada siaran radio jugak tau. lagi la ok πŸ‘.

saya kerap klik channel TV3, Astro Prima, Astro Oasis, NJOI dan Hello.
ada kalanya klik juga TV Al-Hijrah dan Astro Awani.
terasa sgt ok. and berharap moga bertahan selamanya lah dekoder NJOI ku tersayang itu πŸ˜€.
kebetulan saya memang lebih suka kan Astro Prima dari Astro Ria.
di Ria, byk program berpaksikan hiburan & artis. Astro Prima ni, ada la jugak pasal artis.
tapi more to rancangan masak-memasak. program bual bicara. drama pun ada juga yg menarik.
then, korang cuba layan channel Hello. menarik tau.
ada citer korea (Oh!K), ada few kartun from Astro Ceria & Cartoon Network, ada movie, ada juga program dari channel TLC, National Geography, ...

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tak Kerap Tonton TV Macam Kami

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tak Kerap Tonton TV Macam Kami

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tak Kerap Tonton TV Macam Kami
alihkan kotak, tinggal la dekoder NJOI yg cute ni je.
tak la semak!

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tak Kerap Tonton TV Macam Kami
saya sejenis yg takkan tanggalkan plastik cover tu πŸ˜….
biarkan selagi ia melekat di situ.Β 
NJOI ni beri juga peluang if kita nak melanggan channels yg lain.
kena klik channel 200 dan beli channel.
beli prabayar NJOI - RM5, RM10 atau RM20. ada senarai harganya πŸ‘‡πŸ‘‡.

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tidak Kerap Tonton TV Macam Kami
saya tak pasti samada ni adalah updated price or not ye.
kena call Astro for further clarifications.

setakat ni, saya dpt free view Pek Aneka. rasanya for 15 days.
Pek Aneka - Warna, Naura, Citra, Animal Geography Wild & Animal Planet.
disebabkan sementara, saya tak klik pun channel ni πŸ˜…. elak masalah 'ketagih' nanti hu hu hu hu...

dipendekkan cerita, saya memang sesuai sgt lah dgn NJOI ni.
daripada nak ikat diri dgn Astro bayar bulan-bulan. channel nyer pun lebih kurang.
tetap jer ada program berulang-ulang sampai boleh dihafal jalan cerita πŸ˜†.
kalau nak tgk drama, now, kat YouTube pun da boleh tgk, kan... kalau teringin lah.
tidak semestinya la nak langgan channels yg berkenaan.

πŸ‘ŒπŸ‘Œ
dlm sudut hati yg kecil ni, terasa rindu yg amat dgn channel AXN, DIVA, Lifetime, AFC, TLC.
namun, tu la...
tepuk dada, tanya selera πŸ˜‰.
↧

Skin Care Giveaway by Airah Syahirah

$
0
0
assalamualaikum 😊😊😊

Skin Care Giveaway by Airah Syahirah

jom join 😍.
πŸ‘†πŸ‘† hadiah menarik! πŸ‘†πŸ‘†
↧

Membaca | Izzat & Buku

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜€

bercerita tentang Izzat.
Izzat dah pun masuk setengah tahun yg ke-2 darjah 1.
dia ok gi skola. pagi-pagi tak pernah la ada drama sedih pilu tak nak ke skola πŸ˜„.
alhamdulillah, tu pun satu rezeki, kan. aman damai di pagi hari hi hi hi hi hi...

subjek paling Izzat suka, saya boleh peratikan yg Izzat suka Matematik.
mudah bagi dia faham.
mudah nak suruh dia buat homework Matematik😊.
setakat ni lah. moga berterusan la dia sukakan Matematik ni.
al-maklumlah, makin lama, makin tinggi aras belajar bagi anak-anak zaman sekarang.
bila dia suka, dia minat... mudah kita nak ajar, kan.
so far, takde la dgr ayat "Izzat tak suka subjek ...".
dia ok ok je bila buat homework. menyerah jer bila ada homework byk.
akan dibuatnya walaupun sampai ke tgh mlm. takut kena denda / marah dgn Muallim / Muallimah πŸ˜….

semua sedia maklum bhw Izzat bersekolah di skola rendah agama swasta, kan.
so waktu skola Izzat is from 7.30 pagi hingga 4 ptg.
pagi-pagi jadual Izzat akan bermula dgn hafazan surah-surah lazim.
selesai solat Dhuha, barulah bermula sessi pembelajaran subjek-subjek selari dgn silibus KSSR.
diselangi dengan subjek-subjek Kaffah (Fiqh Solat, Fiqh Taharah, Fiqh Syahadah dan beberapa lagi).
selesai sessi persekolahan jam 4 ptg, Izzat dan kawan-kawan berehat minum ptg, solat Asar, bacaan al-Mathurat.
jam 5 ptg barulah boleh balik rumah 😊.

πŸ˜€ seharian di skola. bila balik rumah, nampak keletihan yg memuncak di wajahnya.
alahai, kesian...
buat homework, jika ada. then terus Izzat 😴. takde la time nak ulangkaji hi hi hi... 
homework tu jer la ulangkaji nyer.

Membaca | Izzat & Buku
gambar lama...

skrol timeline fb, ternampak status saya bertarikh 18 Ramadhan lepas.
tergelak sendiri.
terusik memori 😍.

gambar di atas, Izzat, sofa dan buku Lawak Kampus.
Lawak Kampus tu kepunyaan kakak-kakak. Izzat baca.
biasa la anak-anak, lihat kakak-kakak dgn buku tebal tu, dia pun kepochi nak baca jugak kan.
so, saya biarkan je la.
Izzat pun dah lancar membaca. so, memang saya galakkan dia membaca apapun bahan bacaan yg bersesuaian 😊.

kelakar tgk gambar tu, konon-konon kepenatan baca buku.
tido dihempap buku πŸ˜„.
"buku Law ibu ada jugak setebal tu, tapi πŸ˜„ lom pernah la ibu ni tido dgn memeluk buku gitew, Ijat oii..."
gelagat anak-anak memang bikin kita senyum sorang-sorang kan...

keputusan exam pertghan thn Izzat ari tu, sederhana.
di tahap yg mesti ditambahbaik. di tahap yg belum begitu menguasai.
namun, saya berasa aman di hati.
πŸ‘‰ Β melihatkan Izzat yg happy-go-lucky jer time exam, tak ulangkaji.Β 
πŸ‘‰ Β melihat keputusan exam.Β 
πŸ‘‰ Β mengenangkan saya tak brape guide dia sebelum exam.Β 
so, overall, performance Izzat during exam adalah outstanding😍 πŸ‘.
saya tak guide Izzat hanya utk lihat how far dia boleh grab kesemua yg dia belajar di skola.
lebih mahu lihat dia berdikari dlm belajar πŸ‘Œ.

Membaca | Izzat & Buku
ni satu lagi screenshot dari fb timeline saya.
akan dikenang sehingga bila-bila.

tiada apa yg kita nak utk anak-anak selain dari diorang boleh hidup sendiri di masa depan tanpa menyusahkan org lain.
seimbang dunia & akhirat.
dpt keje yg elok, sempurna dan baik hala tujunya.

😌😌😌
↧

Review Drama Korea | Descendants of The Sun

$
0
0
assalamualaikum...

selamat sudah lapor diri di ofis baru pagi ni. alhamdulillah.
masih di Melaka.
tapi bertukar tempat saje πŸ˜€.
ada free time ni, moh le kita update blog. sementara keje belum terlalu menjemput kita, kan hi hi hi hi hi...

last few weeks, trending la jugak di laman carian - Song-Song couple bercerai.
saya not so lah follow. tapi bila klik google search di phone, terpapar la berita tentang diorang ni.
tu yg saya kata trending.
and saya not so lah fans drama korea ni. terjebak dgn Song-Song couple ni pun disebabkan kak Nurin.

yes, kak Nurin. pencinta drama & lagu korea tu lah 😟.
dia boleh dgr lagu korea sambil-sambil buat keje skola???!!!
hairan saya! saya bertanya, "awak faham ke lirik lagu korea tu, kak?".
jawapan ringkas kak Nurin, "Win tak la faham setiap perkataan. tapi Win tahulah lagu ni tentang apa...".
oic... saya just diam and angguk jer lah kan.
membayangkan diri saya sendiri mendengar lagu hindustan lah πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.

Review Drama Korea | Descendants of The Sun Song-Song Couple
ni la dia Song-Song couple yg kawin pada 2017.
wife : Song Hye-Kyo.
husband : Song Joong-Ki

saya tak gali la plak mereka ni berkahwin dek kerana cinta lokasi atau sebaliknya.
yg saya tahu, both of them memang pelakon utama drama Descendants of The Sun (DoTS) 2016.
memang cantiklah diorang berlakon bersama.
memang ngam lah 😍.
korang dah tgk DoTS?
if not, saya recommend utk spend masa dan layan...
jalan cerita yg ringan, mudah difahami, santai-santai saje lah...
tak tertumpu kpd percintaan semata-mata. menceritakan juga tentang hal kerja.
konflik dalam hati masing-masing. cinta? kerja? tanggungjawab? keutamaan?
saya ni telah diracuni oleh kak Nurin lah few months ago. time semester break kot kalau tak silap.
masa tu saya takde pe nak buat.
anak sulung kesayangan cadangkanlah drama ni utk saya layan 16 episod.
hmmmmm 2 hari back-to-back layan drama ni saje πŸ˜… hu hu hu hu...

mari kita mula bercerita tentang DoTS.

Review Drama Korea | Descendants of The Sun Song-Song Couple
pertama kali bertentang mata πŸ‘€ Β  πŸ‘€.

berjumpa kali pertama di hospital di mana Dr. Kang bekerja.
Kapten Yoo ke hospital demi nak mengesan phone kawannya yg dicopet.
phone tu di masa itu berada dlm simpanan Dr. Kang.
standard lah kan. kita kalau nak track phone, kita call je. cari di mana deringannya.
gitu la citer nyer - call punyer call, terus jumpa soulmate gitewwww! 😍😍😍

jatuh hati.
suka sama suka.
namun, sifat pekerjaan Kapten Yoo (tentera Korea Selatan), menjadikan couple ni tak dpt bersama.
doktor = selamatkan nyawa.
tentera = membunuh utk melindungi nyawa.
ni yg buat Dr. Kang separuh hati. gitu la lebih kurang. nak tau details, kena tonton la.
so mereka berpisah.

dipendekkan cerita, Kapten Yoo dihantar ke negara bergolak, Uruk. bertugas.
selepas beberapa bulan, Dr. Kang pula dihanta ke Uruk, bertugas sebagai pasukan perubatan.
πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ bertemu, bertentang mata di lapangan terbang.
Uruk ni adalah nama negara rekaan je. inspirasi nyer ialah Iraq.
lokasi penggambaran utk negara "Uruk" ni ialah di Greece.

Review Drama Korea | Descendants of The Sun Song-Song Couple
segak bergaya melangkah keluar dari kapal terbang 😎.
nak menjemput team Dr. Kang yang baru tiba dari Korea Selatan.

Review Drama Korea | Descendants of The Sun Song-Song Couple
"dia tak perasan aku kah?" mungkin la dlm hati Dr. Kang berkata kan πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.
"hensem nyer!!!" sambung Dr. Kang dlm hati.... ha ha ha ha ha...


Review Drama Korea | Descendants of The Sun Song-Song Couple
ni satu lagi scene yg sweet sgt! periuk api tipu rupanya πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.

Review Drama Korea | Descendants of The Sun Song-Song Couple

di Uruk lah mereka berdua rapat semula.
gempa bumi.
wabak penyakit.
kena culik.
pelbagai la kejadian yg membuatkan mereka kembali jatuh cinta. Β masing-masing mengakui perasaan masing-masing πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™.
very long story. sgt best follow setiap episode. camne diorang menahan perasaan dan akhirnya meluahkannya.
nice...

Review Drama Korea | Descendants of The Sun Song-Song Couple

Review Drama Korea | Descendants of The Sun Song-Song Couple

Review Drama Korea | Descendants of The Sun Song-Song Couple

orait.
di Uruk.
kembali ke Korea Selatan, mereka sambung bercinta. kira confirm lah ni kan.
once day, Kapten Yoo ditugaskan utk satu misi.
sedih! Kapten Yoo mati!

Review Drama Korea | Descendants of The Sun Song-Song Couple

Review Drama Korea | Descendants of The Sun Song-Song Couple

peminat drama ni surely dah tau dah what happened, kan.
yg belum tonton, baki cerita boleh la layan sendiri. nice. sedih.
the struggle.
rinduuuu...
rasa kehilangan...
weekend lepas, famili saya beraya di rumah.
anak buah saya sorang, sama la jugak peminat drama korea.
hmmmmm sebaik saje dicadangkan, selama 24 jam dia abiskan tgk DoTS ni.
sib baik la my mr.asben da siap2 download complete semua episod. back-to-back la dia melayan.
antara satu drama episod yg saya boleh tonton lagi dan lagi dan lagi.
nice.
sgt nice lah 😌😌😌.
itu la sedikit terkilan bila mana Song-Song couple ni disahkan bercerai baru-baru ni.
now sedang dlm proses penyelesaian bab harta sepencarian pulak.
hmmmmm... aduhai.

😊😊😊
↧
↧

Wordless Wednesday | Cari Objek Tersembunyi

↧

Rindu | Rumahku Syurgaku

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜ƒ

just nak berkongsi rasa....Β 
22 bulan tidak bekerja, masuk minggu ke-2 bekerja semula, aduhai, rindu kat rumah hi hi hi hi...
kehidupan sebagai tidak bekerja adalah best kot kan.
al-maklumlah, pertama kali tidak bekerja (tapi bergaji) sejak tamat belajar peringkat Ijazah dulu.
Allah murahkan rezeki, tamat je belajar terus dah bekerja, meskipun gaji pertama dulu hanya RM500 (chambering πŸ˜…).
tamat je chambering, bekerja sebagai peguam, gaji pertama adalah RM1,400+, belum tolak epf & socso πŸ˜…. ko ghase? tinggi la sgt gaji peguam ekk? ha ha ha ha...
pe pun, rezeki jgn ditolak.
pengalaman kita kena cari.
sikit-sikit, itu la dia ringgit-ringgit yg menyara hidup, masa tu baru nak kawin. alhamdulillah...

back to my home sweet home πŸ’—.
da sebulan setengah dah kot pindah rumah baru ni.
byk da citer.
still new.
still ada lokasi yg lom berkemas.
still dok fikir where to put. what to put. how to put.
aduhai...
if can setiap angle nak di touch up bagi perfect.

Rindu | Rumahku Syurgaku
view dari atas, bilik saya.

hujung nun adalah taman permainan anak-anak.
kerana ini adalah perumahan baru, tak ramai lagi anak-anak yg riadah di atas padang ni.
masih sepi...
di hujung sebelah sini, adalah tapak surau dan balai raya. ini kalau diikutkan dlm pelan pemaju lah.
sgt suka bila dpt tahu, lokasi surau adalah sgt hampir dgn rumah 😊.

diketahui bahawa dgn adanya surau, rumah tidak akan sunyi tiap kali azan berkumandang.
menjadi pusat berkumpulnya jiran-jiran bagi menunaikan solat.
maka, otomatik menjadi pusat memantapkan lagi semangat kejiranan dan bersosial. in shaa Allah.
yes. faktor depan rumah penuh dgn kenderaan yg parkir.
sementara, kan. bukan selamanya πŸ˜‰. begitu begini, kawasan luar rumah bukan milik kita.

lokasi rumah sebegini la dlm impian saya.
dan, alhamdulillah, Allah makbulkan.
apa lagi nikmat yg nak saya dustakan? cukuplah, rumah kecil di pinggir bandar Melaka.

ada org bertanya, "kenapa tak suka dok bandar?". kerana mereka tahu kami ada rumah di bandar Melaka.
jawapan kami, "bukan bandar, tapi tak jauh nak ke bandar...". simple. sebab kami takde sebab sebenarnya nape pilih lokasi pinggir bandar ni.
dlm pencarian rumah pada 6 thn lepas, kami concentrate on kedudukan penempatan rumah kami :
  1. bukan kawasan tragedi banjir (kemungkinan banjir tu sgt tipis sebab atas bukit)
  2. kawasan rumah yg tidak sesak (kawasan rumah kami yg lama sesak, penuh dgn rumah & pembangunan - telah mula banjir di beberapa kawasan berdekatan)
  3. mencari rumah yg ada laman tepi dgn harga yg munasabah pada waktu tu (dlm bandar, takkan dpt end lot house dgn harga less than RM250k).
dah rezeki semua kriteria tu kami jumpa di pinggir bandar Melaka 😊.
dan korang tahu lah kan, bandar Melaka setiap hujung minggu akan sesak padat ya Allah!!!
nak ke kiri, trafik jem.
nak ke kanan, trafik jem!
oh tidak πŸ˜•!

di sini. nak ke tol Ayer Keroh mudah.
nak ke tol Simpang Ampat pun, ok.
ke mitc, boleh guna 2 laluan. amik masa lebih kurang 10-20 minit, bergantung kpd warna traffic lights πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ hahahahaha...
nak ke pekan Alor Gajah dah dekat.
kalau nak lajak balik kampung, rumah mak, pun dah dekat. boleh singgah pekan Masjid Tanah.
ok ok la...
alhamdulillah...
Melaka pun tak le besar mana. sepelaung aje semuanya.


tu saje la nak citer-citer pagi ni.
kisah rumah kecil ku di pinggir bandar Melaka.
lain org, lain citarasa, lain pilihan dan kehendak hati.
bergantung kpd bilangan ahli keluarga, lokasi bekerja dan kemampuan dari segi wang ringgit.
sememangnya, ada impian nakkan yg lebih best. namun, sila la ukur kemampuan sendiri, kan.
dok kejar yg tu, yg lain keciciran nanti.

πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰
↧

Saya Kagumi Tun M | Masih Bertugas di Usia Emas

$
0
0
assalamualaikumΒ 

sepagi ni mendgr radio - ucapan utk Tun M.
his birthday yg ke 94 tahun.

Saya Kagumi Tun M | Masih Bertugas di Usia Emas

nak la juga letak citer ni di blog.
agar ada memori tentang this incredible man of Malaysia.

saya membesar dlm regim pemerintahan Tun M dulu hinggalah saya bekerja & berumahtangga.
along the way, selepas itu, 2 Perdana Menteri menjadi tunggak utama pentadbiran negara.
last year, Malaysia kembali ke pangkuan Tun M utk ditadbir, diperbaiki dan diletakkan ke satu tempat yg lebih tinggi.

saya bukan org politik.
saya bukan suka sgt dgr dan berckp tentang politik.
saya cuma boleh berckp dan beri pandangan dari kacamata saya sebagai seorang warganegara.
kita boleh lihat.
kita boleh nilai.
kita boleh bagi pendapat dari semua tu.
jgn dok fikir apa yg kita tak nampak dan di luar kuasa kita. biar org lain yg beri pendapat on that angle.

saya kagumi Tun M.
beliau berani.
beliau cerdik.
beliau ada aura.

yes. beliau ada kesilapan. silapkah beliau?
kita tak boleh komen. terlalu byk perkara yg kita, rakyat marhaen, tak boleh nak komen, kan.
di luar pengetahuan kita.
kita percaya, da dikira fitnah.
kita tak percaya, pun dikira fitnah kpd pihak yg ketiga.
same goes to issues yg ada sekarang against all the ex-Ministers.
biarlah mereka diadili seadilnya di mahkamah oleh pihak-pihak yg lebih arif.
dan kiranya tidak bersalah di mahkamah dunia, yg pasti, di hadapan Allah nanti, mereka tetap dihukum. kiranya mereka benar-benar bersalah...

pada saya, yg penting, hargai usaha Tun M dlm meletakkan Malaysia di persada dunia.
kita nak Malaysia kembali gemilang.
ekonomi kembali mantap. ringgit malaysia semakin baik dan rancak.
itu beri seribu satu nikmat kpd kita, rakyat marhaen.
kita support mana yg betul.
kita salurkan bantahan dgn cara yg baik sekiranya ia bertentangan dgn 'rule of law'.

saya kagumi semangat Tun M, dan isteri, masih lagi gigih bertugas demi negara.
kita da dok fikir dah, "nak pencen cepat, nak releks main dgn cucu-cucu".
namun, Tun M korbankan semua tu demi rakyat Malaysia.
siap-siap beliau pernah mengakui kesalahannya (ada satu iklan di tv 😭).
that spirit lah yg kita nak contohi. utk anak-anak kita contohi. jadikan inspirasi.

moga Tun M diberikan kesihatan yg baik.
pemikiran yg lebih tajam dlm mentadbir Malaysia dlm tempoh 1-2 thn ni.
terima kasih, Tun M.

😊
↧
Viewing all 1120 articles
Browse latest View live