assalamualaikum & salam sejahtera...
Sabtu petang yg mendamaikan. angin sepoi-sepoi bahasa. burung berkicauan, suasana yang ceria. sesekali bising bunyi kereta atau motor yang lalu-lalang depan rumah. ada meja jepun, bawa keluar laptop. duduk bersila dan update blog. blogwalking... relax.
Izzat dan itik-itiknya 😄.
ayah melayan Izzat main pistol air.
ibu di sebelah sini update blog 😃.
awan kapas berarak di dada langit.
cerah!
ada 3 ekor burung pipit di kabel elektrik.
lewat petang skit karang, baru ada lebih dari 3 ekor.
burung pulang petang 😀.
pagi tadi, dalam 2-3 jam, saya dan mr.asben keluar ke Mydin membeli barang dapur. penuh 1 troli, mencapai RM500 😁. stok 2-3 minggu. bukan hanya makanan. tissue, axion, sabun pencuci, kotex dan lain-lain keperluan asas rumah. kalau da masuk Mydin, faham-faham aje la, yg kurang perlu pun jadik perlu.
da tghari, on the way balik rumah, singgah mcD drive thru. bertuah la anak-anak bila ibu ayahnya keluar beli barang, dpt makan mcD. mereka da lama terperuk dlm rumah, tidak jejak ke luar pagar pun. reward la dgn makanan-makanan kesukaan mereka.
terselit sushi di situ 😍.
Isnin hingga Jumaat, sibuk dgn kerja-kerja (WFH) dan anak-anak PdPR. kelas anak-anak dari jam 8 pagi hingga hampir jam 4 petang! aduhai 😓. da sama ibu, ayah dan anak, seharian bersekolah dan bekerja. meskipun hanya dari rumah.
maka, weekend gini, dapat la saya berehat secara total, tak perlu alert dgn ringing dan notification phone. dok tepi rumah, peratikan anak berendam dalam swimming pool dan update blog. nikmat mana yang saya nak dustakan? alhamdulillah...
esok masih belum tahu apa nasib kita-kita. apa yg ada ni, kita nikmati. ntahkan sambung, ntahkan tidak PKP 3.0. kes masih lagi lebih 5000 hari ni.
bertabahlah ye kita semua.
ada dugaan. ada kesukaran. sabar... dan doa agar semua ni segera berakhir 😊.
