assalamualaikum 😃
lama da tak blogging di mlm hari.
ni hah. ada plak masa skit, sambil layan movie 'Dendam Pontianak'.
takut!
terkejut!
malas lah nak tgk hu hu hu hu...
biarkan anak-anak je yg layan. better ibu update blog 😛 hi hi hi hi...
nak la share cerita - mlm ni, yong tau foo for dinner.
kebetulan, dari mula cuti sekolah hari tu, abah & mak dok sini.
babysit Izzat yg berkhatan.
mak saya memang la peminat yong tau foo.
beli bahan di Family Store.
bebola ikan. bebola sayur. bebola ketam. 3 ikat sayur kangkung.
mudah je. buat sup ayam mcm biasa.
masukkan kesemua bahan di atas.
dan berangan lah sekejap seolah-olah mcm berniaga kat pasar mlm 😆.
celur 2 paket kuew teow.
petik cili padi. tumbuk halus. kicap cili padi wajib ada 😋.
yong tau foo boleh... kuew teow sup pun boleh 👌.
sayur kangkung yg paling wajib.
barulah yong tau foo ni complete. tanpanya, rasa kosong dan tak puas.
yong tau foo di Melaka bersup.
dpt tahu dari adik-beradik saya, di KL yong tau foo tanpa sup, kan. kering.
hmmmm mcm tak syok plak saya rasa yong tau foo tanpa sup.
di Melaka ada option - nak yong tau foo sup atau yong tau foo kering?sup akan diasingkan bila kita beli.
terpulanglah pada kita nanti bila balik rumah 👍 👍 👍.
ni bukan saya buat ye.
beli sos yong tau foo yg dah siap jer. taburkan bijan sebagai hiasan 😍.
yong tau foo ni memang saya suka makan sejak dari kecik dulu kala, sekitar tahun 80-an.
masih ingat, setiap hari Jumaat ada pasar mlm di taman perumahan saya.
saya dan adik perempuan, masa tu kami sekolah rendah lagi, sama-sama ke pasar mlm utk makan yong tau foo Makcik Zah.
Makcik Zah - jiran kami. lama dah lost contact dgn Makcik Zah.
bila kami menghampiri, cikzah dah tau dah. kami pilih la 5 ketul bebola kesukaan kami.
makan kat situ jugak, ada meja kecik disediakan. RM1 je masa tu tau.
yong tau foo ada sup.
😋 😋 😋 sedap!
semangkuk kami habiskan kat situ je. then, beli air, 1 cup 20 sen.
barulah kami berdua balik rumah 😌.
kenangan zaman kecik yg sgt menyeronokkan.
hingga kini, yong tau foo sgt sinonim dgn Macik Zah. memori indah...
😍😍😍
