assalamualaikum & salam sejahtera 😎
nasi lemak. nasi goreng. lontong nasi. roti canai banjir. roti canai telur bawang. mee kari. soto nasi.
standard la tu sarapan saya. lebih-lebih lagi bila dulu bekerja, selepas hantar anak-anak ke sekolah, saya mesti berhenti di gerai utk bungkus makanan utk sarapan. saya sejenis yg malas nak keluar utk sarapan. kalau da masuk ofis, kaki ni berat nak melangkah keluar.
kocak nescafe segelas. on desktop. cek diari apa tugasan seharian ni. barulah buka bungkusan sarapan tadi. releks makan sorang diri dlm bilik pejabat. most of the time, sambil makan, sambil tonton anything relevant di Netflix 😄.
di rumah, lebih sebulan dah PKP 3.0, da kebosanan dgn jenis sarapan Melayu ha ha ha ah ha... ke kedai, terus beli 2 pek daging burger Ramly. 1 pek besar roti burger. cheese keping.
terlupa pula nak beli salad atau kubis! hu hu hu...
hanya ada bawang dan tomato aje la.
roti da siap, terus diletakkan daging burger dan di atasnya sekeping cheese. saya sapukan mayonis, sos blackpepper dan sos cili. disusunkan pula hirisan bawang dan tomato. sekali, ditamatkan dengan letak telur goreng dan roti burger sebagai penutup.
siap utk dimakan sekeluarga. rupa nampak biasa je kan, tapi rasanya ada ummpphhh! hingga anak minta lagi la 😄. mengenyangkan. kalau ada salad ni lagi best. lagi gabungan tu mantop!
esok pagi sarapan bakal jadi istimewa.
ketupat. lemang. rendang daging (minta-minta la jadik!), ayam masak merah, kuah kacang. hari raya Aidiladha 2021. tak dpt balik kampung, tapi menu raya tu tetap akan ada dihidangkan atas meja setiap rumah, kan 😊. ketupat da sedang dimasak dlm pressure cooker tu. sebelah ptg nanti baru nak buat rendang daging dan kuah kacang.
hari ni hari Arafah. hari istimewa. bykkan berdoa ye 😌.