assalamualaikum & salam sejahtera.
Ahad. hari ni seharian lagi di rumah, urusan biasa-biasa. goreng mee kuning utk sarapan pagi. cukup untuk makan tghari. then, kelmarin beli pisang, harum semerbak dan cukup ranum utk dibuat cekodok. maka, terhasil la semangkuk besar cekodok pisang yg rangup di luar tapi lembut di dalam.
nasi? setakat sekarang, nasi putih dah pun masak. bersedia utk dijadikan nasi goreng cili padi untuk makan malam π. bila dok rumah saje, lambat rasa lapar tu datang. belum termasuk lagi minum air manis, makan ice cream, makan biskut raya (masih belum habis, aidiladha pun dah nak menjelma π) dan kekacang. hu hu hu hu makan dan makan... dan mak
nak berkongsi kisah buah-buahan tempatan yg landing elok di rumah saya 1-2 hari ni. terasa nikmat sgt. apa yg terbayang di mata, dpt dirasa. alhamdulillah.
3 biji buah durian kampung yang sgt sedap π
buah durian kahwin jenis D88. isi yg tebal.
sgt sedap, rasanya lemak bersusu gitu π
ini pula buah durian kahwin jenis udang merah.
rasa yg ohsem. puas hati makan.
then, semalam pagi, ofisment mr.asben hantar seikat rambutan. wah πππ rezeki buah lagi, free pula tu. nice la kan.
buah rambutan pemberian ofismet mr.asben.
π
mr.asben siap-siap buka kulit, tersedia dlm peti ais gini π
berjalan-jalan di pekan, beli brg dapur, ternampak pulaΒ buah cempedak di tepi jalan. aduhai, nafsu nak makan cempedak goreng dok tertangguh-tangguh berminggu-minggu. langsung tak jumpa org jual buah cempedak or cempedak goreng. hmmmmm beli la sebiji.
20 ulas buah cempedak ready untuk digoreng.
beli sebiji buah cempedak, RM22 (2kg+).
dpt la 20 ulas. berharap dpt lebih π.
cempedak goreng ready utk dimakan.
puas hati. gembira.
gambar mangga dan pisang tak dpt nak tempek di sini. ni memang sentiasa ada je kat rumah. senang beli sebab kedai dedekat rumah ni sentiasa menjualnya. cuma kali ni, mangga yg dibeli kurang manis. tawar.Β
indah sgt bila musim buah. instead of makan nasi, lauk, kita boleh tukar dgn makan buah-buahan atau hidangan berasaskan buah. mengenyangkan juga. yes la, semangkuk cempedak goreng, sepinggan buah mangga, semangkuk lagi cekodok pisang. wah wah wah...
alhamdulillah... π
