Quantcast
Channel: Blog Adianiez
Viewing all 1120 articles
Browse latest View live
↧

Wantan / Dumpling Ayam | Resipi mudah dan sedap dimakan secara santai

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera 😊

hari Ahad nan indah. banyak plan weekend ni berjalan dgn sempurna, semua berkaitan dgn rumah. kebetulan awning tepi rumah baru saje siap Rabu lepas. then pokok-pokok da lama tak dibelai, dikembur-kembur tanahnya dan dibuang rumput liar. susunatur laman da plan semula 😏. replant bayam brazil 3 pasu. kini, bersiaran dari Seremban, rumah mak mertua πŸ˜‰.Β 

nak berkongsi salah satu resipi yang sempat saya cuba waktu PKP ari tu. tak berpeluang nak coretkan di blog ni. kebetulan nak clearkan image di gallery phone, baru teringat. ada la cerita baru di blog ni hari ni. cerita kisah dapur la, masak-memasak.

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai
versi kukus dan menggunakan kulit dumpling.

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai
versi digoreng rangup menggunakan kulit wantan.

banyak masa terluang.Β 
negera dilanda pandemik covid-19 masa tu. seluruh negara diperintahkan duduk rumah dan bekerja dari rumah. maka, semua ibu-ibu sedunia ambil peluang utk asah skill masak-memasak. apa-apa yang sebelumnya hanya impian, waktu PKP tu la semua keluarkan resipi terpendam. oleh kerana byk masa, saya memang beli 2 jenis kulit - kulit dumpling dan kulit wantan. ternyata guna kulit wantan lebih ok dari kulit dumpling. mudah. cepat. kemas.

resepi inti wantan / dumpling ayam saya sama.Β 
saya ni sejenis yang nak mudah. satu inti boleh dipelbagaikan.tak rugi bahan, kan πŸ˜…. kebanyakan resipi menggunakan udang. πŸ˜’ memandangkan saya dan mr.asben tak boleh makan udang, saya gantikan dengan isi ketam. rata-rata resipi inti ni sama aje. semua bahan gaul-gaulkan aje.
  1. ayam cincang - 200g
  2. isi ketam - 1 paket kecil (hiris halus)
  3. bawang putih - 2-3 ulas (tumbuk halus)
  4. carrot - 1/2 batang (potong dadu)
  5. daun bawang - hiris halus
  6. tepung jagung - 2 sudu besar
  7. sos tiram - 1 sudu besar
  8. 1 kiub ayam
  9. minyak bijan - renjis-renjis aje skit
Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai
gaul rata-rata.
aroma minyak bijan tu nyaman sekali 😍.

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai
cuba buat pattern siput ni, follow YouTube.
menjadi pula. gunakan air je sebagai pelekat.
goreng dengan minyak yg panas. hasilnya ohsem πŸ‘.

inti dah siap. lepak la depan tv menyimpul wantan goreng tu. lama membuatnya tapi tak perasan masa berlalu begitu saje. santai-santai depan tv kan... goreng sedikit, selebihnya masukkan dlm tupperware, simpan dalam peti ais. kemudian bila nak makan, goreng lagi panas-panas. baru best cicah dengan sos thai.

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai

kebetulan, few days sebelum PKP mac yg lepas, saya baru je beli pengukus Trio yg ohsem. apa lagi, memang bergasak la test mengukus pelbagai makanan. salah satunya ialah dumpling ayam tu. kukus selama 7-10 minit, siap. boleh dimakan begitu saje.

Wantan / Dumpling Ayam | Resepi mudah dan sedap dimakan secara santai
then, buat sup kosong, jadikan sup wantan 😍.

sedang menaip kisah wantan / dumpling ayam ni, terliur plak hi hi hi hi... bahan-bahan mudah aje tu. best jugak kalau repeat weekend akan datang nanti πŸ‘Œ. ada juga save resipi sup wantan, nanti boleh tiruvasi πŸ˜€. pasti syok.

sudi la kongsi di kotak komen, kalau-kalau la ada tips utk tambah sedap makan wantan / dumpling ni. apa yg saya kongsi di sini, cara biasa yang agak standard perkongsian netizen di pelbagai grup masakan. ni pun da sedap, intinya cukup rasa. makan 3-4 biji pun dah kenyang, alhamdulillah 😌.
↧

Happy Birthday To Me | Surprise !!!

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera,

pagi tadi, kembang jiwa saya 😊. speechless bila tiba-tiba dapat surprise from mr.asben jambangan coklat kegemaran beserta 3 kuntum mawar merah yang harum baunya 😌😍. terharu. teruja!

Happy Birthday To Me | Surprise !!!

Happy Birthday To Me | Surprise !!!
coklat kegemaran πŸ’—

ini bebetul surprise! unexpected!
birthday saya adalah pada esok hari - 31.10.2020 - ulangtahun ke 24 (terbalik! πŸ˜†). da plan dah, saya yang ajak mr.asben nak gi makan kat satu tempat ni. kebetulan esok sabtu, kan. kami memang celebrate cara gi makan-makan dgn anak-anak. sebab kami beri hadiah kat satu sama lain tak kira tarikh pun, rasa nak bagi, bagi jer la. kebetulan, last few months memang mr.asben da belikan saya jam tangan g shock.

Happy Birthday To Me | Surprise !!!
ini la dia.Β 
amik gambar dari website g shock je ye 😎.
sekarang ni pakai jam tangan lain...
warna coklat memang favourite colour saya.Β 
sayang jam ni.Β 
first time pakai jam tangan besar.
sebelum ni jam tangan saya jenis gegirl-gegirl je.

Happy Birthday To Me | Surprise !!!

Happy Birthday To Me | Surprise !!!
thank you, husband. i love you too 😌.




↧
↧

Balik Kampung | Rindu pantai dan laut...

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera...

rindunya nak balik kampung πŸ’—.

Balik Kampung | Rindu pantai dan laut di Pengkalan Balak, Melaka

bila orang tua kita uzur, memang wajib dok dgn anak-anak.
dah kerap kongsi cerita di blog ni, rumah abah emak saya dekat dengan pantai, nun area Pengkalan Balak sana tu. rumah mak-mak sedara sebelah abah memang tepi pantai je. tapi rumah abah emak kosong, diorang memang da tetap dok dengan kakak di Bangi. sebulan sekali, dulu la, abah emak balik la kampung, tgk rumah.

cuma sekarang, da semakin jarang abah emak balik rumah kampung. dgn PKPnya. adik lelaki bongsu pun da masuk belajar semula, takde siapa yg boleh jadi driver abah emak. yang lain semua bekerja, sukar la abah emak nak balik kampung lama-lama. ni ntah bila la rumah abah emak kembali meriah... rinduuuuunya! anak-anak la paling gembira kalau kita inform diorang, "jom balik rumah Atok Uwan". diorang tertunggu-tunggu bila saatnya balik rumah Atok Uwan.Β 

holiday sepetang di tepi laut 😊.
so kalau kami adik-beradik balik rumah abah emak ramai-ramai, mesti plan satu slot untuk lepak tepi laut. terutama Izzat dan Ain, anak saudara saya. kakak-kakak tak la excited nak mandi laut, diorang just suka lepak borak-borak tepi pantai, usik-usik pasir dan sesekali celup kaki hingga ke lutut kat ombak yang hempas pantai...

Balik Kampung | Rindu pantai dan laut di Pengkalan Balak, Melaka
kak Nurin dengan tikarnya πŸ˜„

Balik Kampung | Rindu pantai dan laut di Pengkalan Balak, Melaka

Balik Kampung | Rindu pantai dan laut di Pengkalan Balak, Melaka

Balik Kampung | Rindu pantai dan laut di Pengkalan Balak, Melaka

Balik Kampung | Rindu pantai dan laut di Pengkalan Balak, Melaka
Izzat, Ain dan Amrina je la yang lencun habis mandi laut!

Balik Kampung | Rindu pantai dan laut di Pengkalan Balak, Melaka
bukan setakat bergelumang lencun dgn air laut, habis berguling disaluti pasir!

Balik Kampung | Rindu pantai dan laut di Pengkalan Balak, Melaka
Izzat sungguh gembira la dpt berguling atas pasir dengan bebas πŸ˜†

kini, Bangi sedang PKPB. kami tak boleh naik sana, diorang pun tak boleh nak balik kampung. lama la kosong rumah abah emak tu. moga cepatlah reda penularan covid-19 ni. dapat diorang balik kampung and kami gegak-gempitakan rumah abah emak sekali lagi.

kalau anak-anak di tepi pantai, main pasir main ombak... kami mak-mak di bahagian atas skit la. takde plak gambar nak dikongsikan. lepak kat bawah pokok, dok atas tikar. order la dari kedai berdekatan kepok lekor goreng, pisang goreng, coconut shake, teh tarik dan lain-lain πŸ˜„. memang amat terkenal pantai Pengkalan Balak ni, tak pernah tak ramai. terutama musim cuti sekolah. kedai makan pun banyak sepanjang jalan, sediakan je duit utk membayar. mcm-mcm makanan ada dijual πŸ˜‹.

mesti berborak la kami mak-mak hal-hal berkaitan sambil tgk-tgk kan anak-anak. releks kan minda tgk laut nan luas. kadang-kadang berangin sepoi-sepoi bahasa, best la. ada time nya, langsung takde angin yg bertiup, panas la jugak! hinggalah saat matahari hampir terbenam di hujung nun sana. barulah masing-masing turun ke pantai dan kerah anak-anak naik ke darat.

rindu!
boleh aje kami balik kampung sekeluarga berlima. namun, jejak sana nanti terus rasa rinduuuuu dgn abah emak dan famili yang lain hu hu hu hu hu 😞. 

bertabahlah...
↧

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera 😊

hujan pagi ni. sejuk nyaman. tidak brape lebat, renyai-renyai saje... alhamdulillah.

nak berkongsi cerita tentang air kotak Farm Fresh. sesekali beli untuk anak-anak, sorang 2 kotak. ikut la suka masing-masing. kak Nurin minat perisa mixed berries. Syuhada pula berkenan perisa strawberries. Izzat tetap dgn pilihan hatinya iaitu coklat. saya cuba sekotak perisa cafe latte. πŸ˜– tak sedap! hu hu hu hu... tak kena dgn tekak kafein saya. lom habis lagi, ada lagi baki dlm peti ais. tak dpt nak habiskan sekotak tu mlm tadi.

tekak saya la, mungkin bagi org lain, ok. so, kena la cuba dulu. baru tau sedap ke tak πŸ˜ƒ. yang lain semua sedap. recommended utk dijadikan buah tangan utk anak-anak di petang hari bila balik keje. sure anak-anak excited 😊.

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan

saya panggil air kotak aje. tapi kena la tahu yang air kotak farm fresh ni ada jenis susu segar dan yogurt. sebelum beli tu, kena la tgk label kan. lain rasanya. lain nikmatnya 😍.

susu segar ada 5 varieties la, susu penuh krim, susu rendah lemak, perisa coklat, cafe latte dan susu kurma. as for yogurt, ada perisa asli, mixed berries, strawberries dan mangga

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan
made from 100% fresh milk πŸ‘

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan
produk Malaysia ye πŸ‘ tiada curiga bila minumnya.

boleh rujuk di website Farm Fresh utk maklumat lanjut. di bawah ni saya screenshot beberapa maklumat penting utk perkongsian.

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan

maklumat yang saya baca, susu segar farm fresh ni dihasilkan di ladang dan terus ready untuk dijual dalam masa 48 jam. susu segar tu disejukkan dan dihantar ke kilang utk diproses. susu akan dipasteur dan dibotolkan dan terus dihantar ke kedai.

saya kerap guna susu full cream utk memasak, terutama masakan western. bila masuk susu full cream, rasa lemak-lemaknya tu memang terbaik! before this memang menggunakan jenama Dutch Lady. tercetus idea untuk tukar kepada jenama Farm Fresh pula lepas ni, in shaa Allah. kena tunggu semangat r.a.j.i.n muncul kembali πŸ˜†πŸ˜€ baru nak masak-masak western. kebetulan kedai berdekatan dgn rumah memang ada peti ais khas menjual susu dan yogurt Farm Fresh. alhamdulillah πŸ‘.

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan
susu full cream Farm Fresh πŸ‘

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan
yogurt Farm Fresh.
yogurt pun banyak digunakan dalam masakan melayu, kan.

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan
ni ilustrasi dari website Farm Fresh.
maka, kita boleh fikirkan sendiri la - mana yang lebih baik?

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan

Susu Segar & Yogurt Farm Fresh | Produk Malaysia yang sedap dan wajib dibanggakan

sebagai orang Malaysia, wajiblah kita sokong dan beli produk kita. kata nyer nak bantu ekonomi negara πŸ‘ πŸ˜‰. ini la masanya.

↧

Makanan Sunnah Dari Olive House | Terbaik untuk diamalkan agar kekal sihat, cantik dan gembira selalu

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera πŸ˜ƒ

hujan yang amat lebat pagi ni di Melaka. driving ke sekolah anak-anak, suasana sungguh gelap berbanding hari-hari lain. kilat dan guruh silih berganti. Izzat mengulang surah Al-Fatihah 3-4 kali bilaΒ  dia terkejut time kilat dan guruh berdentum di langit πŸ˜†. aduhai anak soleh hi hi hi...

26.10.2020 ari tu, saya MC. hu hu hu bacaan tekanan darah amatlah tak bagus. doktor pun terkejut sebab rekod saya sebelum ni kat klinik tu amat bagus. doktor terkejut, saya jadi speechless.

saya : saya ni kena makan ubat darah tinggi ke?
doktor : hmmmm... (dia tgk komputer)... tak payah ni. tgk umur, muda lagi ni (πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€ muda la sgt!). berat badan pun ok. puan kerja mana ye, stress ke?
saya : dekat sini je, kastam. takde stress pun. ok ok je. cuma sekarang saya uzur, so badan memang sakit-sakit.
doktor : oh mungkin sebab tu la kot...

dipendekkan cerita, doktor kasi saya ponstan je agar lega sakit kepala. siap berpesan, jaga makan, amik vitamin yang sesuai dan byk kan bersenam. disuruhnya saya beli mesin ukur tekanan darah tu agar boleh pantau tekanan darah sendiri di rumah, lebih baik katanya.

itu la hari ni nak kongsi tentang barang yg saya baru beli last week. a set of makanan sunnah dari Olive House iaitu minyak zaitun (olive oil), cuka tin, pati delima dan jus delima. saya tak menjual ye.Β saya tukang beli aje. ni saya nak kongsi pengalaman after 4 days consume dari segi rasa. efek nyer definitely la lom nampak kan, baru 4 hari. and nak citer la kenapa saya pilih 4 produk ni berbanding byk produk makanan kesihatan yang lain. moga beri manfaat la kat semua yg membaca.

Makanan Sunnah Dari Olive House | Terbaik untuk diamalkan agar kekal sihat, cantik dan gembira selalu

Makanan Sunnah Dari Olive House | Terbaik untuk diamalkan agar kekal sihat, cantik dan gembira selalu
makanan untuk kesihatan yang baru landing di rumah saya Isnin lepas.

reward diri sempena birthday diri sendiri.
beli dari kawan sama-sama belajar di UIA dulu kala. bergerak aktif sebagai ejen Olive House sejak 2 - 3 tahun lepas. so, memang sgt familiar dgn produk Olive House ni. cuma, now baru tergerak hati nak mengamalkannya. ini berpunca dari badan yang semakin menunjukkan ke arah tak sihat. cepat letih. cepat mengantuk. lutut da longgar πŸ˜“. sendiri seram sebab takut penyakit kronik singgah! doktor pulak memang nasihat utk mula makan vitamin, kan...

maka, sempena birthday sabtu lepas, teruslah reward diri sendiri dgn set dari Olive House ni πŸ‘. keempat-empat produk ni bernilai RM280+. tapi bukan la amalkan sorang diri semua ni hi hi hi hi... makan dan amalkan bersama mr.asben dan anak-anak. in shaa Allah.

Makanan Sunnah Dari Olive House | Terbaik untuk diamalkan agar kekal sihat, cantik dan gembira selalu
Olivie Plus extra virgin olive oil - RM119.90

aduhai πŸ˜– terus-terang saya inform, first time saya makan sesudu besar, sampai aje olive oil tu atas lidah, terus riak muka saya berubah! dah la masa tu kak Nurin ada bersama saya. dia gelakkan saya kaw kaw punyer! πŸ˜• anak bertuah betul lah kan... rasanya memang tak sedap! rasa mcm saya nak termuntah. baunya pun tak menyelerakan. ni comment ikhlas dari hati ye πŸ˜†, siapa yang menjual ni, jgn la marah saya.

tapi tu la, dek kerana khasiat olive oil ni yang semua orang tahu kan, hmmmm dah masuk hari ke-4 saya makan sesudu pagi dan sesudu malam, sebelum tidur. pejam mata. baca bismillah. tarik nafas and terus ngap! pastu diam-diam je sekejap πŸ˜–.

faedah amalkan makan olive oil.
olive oil ni adalah sejenis lemak sihat dengan kehadiran antioksidan yang membantu melindungi kita daripada oksidasi / penyakit dan membantu menghalang penyakit dari terus jadik teruk :
  1. meningkatkan kolestrol baik (HDL) dan menurunkan kolestrol jahat (LDL)
  2. menurunkan gula dalam darah
  3. membantu menstabilkan sistem hormon - senggugut, keputihan dan period yang tidak teratur
  4. melembap dan melembutkan kulit and awet muda
  5. membantu masalah kulit - ekzema dan gatal-gatal
  6. melancarkan tekanan darah
  7. melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan
  8. meningkatkan fungsi otak
  9. menjaga kesihatan jantung
  10. memberi tenaga dan rasa kenyang yang panjang
  11. mengatasi gastrik
semua tu la yang buatkan saya nak start amalkan makan olive oil ni setia hari. rasa yang tak sedap tu, kita pejam mata je la kan. ubat jarang yang nak rasa sedap πŸ˜†.

Makanan Sunnah Dari Olive House | Terbaik untuk diamalkan agar kekal sihat, cantik dan gembira selalu
Sari Cuka Teen (Fig Vinegar) - RM44.90

cuka teen ni sebenarnya, kawan saya yang recommend. time tu la baru saya google for more informations. harga pun tak mahal. teruslah decide utk beli. byk faedahnya and lain dari olive oil. menarik. kebetulan, antara azam sempena birthday ke 42 ialah nak eat clean dan bersenam serba-sedikit setiap hari. bila kawan kata ni baik utk detox, hmmmm onz aje la sebotol 😊.

antara faedah cuka teen ni yang saya rasa ada kena-mengena dengan saya :
  1. membuang darah kotor dan melancarkan pengaliran darah
  2. melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid)
  3. elokkan proses pencernaan makanan dalam perut
  4. melancarkan pergerakan usus
  5. merawat masalah kerongkok, kahak dan batuk yang berpanjangan
  6. memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
  7. mengimbangi tahap asid-alkali dalam badan dan mengeluarkan lebihan garam
  8. membakar kalori dengan cepat
  9. membuang toksin
  10. merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata dan telinga
bab bakar kalori dengan cepat tu paling saya suka πŸ˜€. nak bersenam pun takde time. jom la amalkan makan cuka tin 2 kali sehari. saya akan makan 1 sudu besar cuka tin dan air sejuk 200ml. campurkan juga dengan 1 sudu besar pati delima. pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. πŸ‘ best! kecuali bila weekend, saya akan minum selepas makan tengahari. kasik up bacaan kalori yang dibakar hi hi hi hi... in shaa Allah.

rasa cuka teen ni masak dan sedikit pedas. tapi sedap! saya suka rasanya tu. cuka kan, jgn la expect kesedapan yang melampau πŸ˜€.

Makanan Sunnah Dari Olive House | Terbaik untuk diamalkan agar kekal sihat, cantik dan gembira selalu
Pati Delima RM52.90

pati delima ni merupakan jus delima yang direbus menjadi pekat, 100% organik tanpa sebarang perasa, gula dan warna tambahan. proses rebusan ni la yang menjadikan jus delima tu pekat dan jadi pati delima. dikatakan antioksidanya da berkurang berbanding dengan jus delima.

kenapa saya nak cuba pati delima ni? sehari 2 kali saya minum bersama dengan cuka teen. ia boleh merawat sengal-sengal badan, sakit pinggan dan lutut. serta lain-lain yang berkaitan la. yes. ni la yg saya perlukan sekarang. badan memang kurang sihat dari dulu kala (time muda-muda belia dulu kan). especially tang pinggang dan lutut, very bad! πŸ˜”

Makanan Sunnah Dari Olive House | Terbaik untuk diamalkan agar kekal sihat, cantik dan gembira selalu
Jus Delima - RM69.90

khasiat jus delima ni tak perlu kot saya share in details. semua dah tau la buah delima ni memang baik diamalkan seharian. buah delima ni byk zat dan ada yg kata ia lebih baik dari anggur merah. sedang molek la kita amalkan. serasa saya, bukan Olive House je ada jual jus atau pati delima, terdapat beberapa brand lain. yang penting, bahannya, bukan brand nyer kan. then ditambah dengan halal yang diperakui JAKIM. boleh la kita amalkan. jus delima ni sedap la. takde komen negatif dari saya. saya suka.

kalau korang nak maklumat lebih detail, boleh klik ke laman web Olive House di SINI dan di SINI. terbaik. situ juga la saya baca dan baca dan baca utk ilmu diri sendiri.

jgn kompromi dengan kesihatan.
sebulan belanja RM300 untuk kesihatan, apa la salahnya, kan. sekali makan kat Pizza Hut pun cecah RM100. inikan pula makanan utk kita sihat, bertenaga dan kulit cantik, in shaa Allah. tak kisahlah produk apa, brand apa, pada saya, da tiba masa kita peruntukan sejumlah duit utk ni. ada orang sesuai telan pil, ada orang sesuai minum cecair, terpulang. ikut kehendak badan. moga apa yang kita makan tu, sesuai dgn kita. in shaa Allah.

pantang dari minum air manis.
saya ni, dari Isnin, kurang sgt dah minum air manis, terutama nescafe kegemaran langsung tak minum. sekotak cafe latte Farm Fresh, then time meeting adalah minum setengah cawan teh o. 😊😊😊alhamdulillah. first time berjaya selama ini tau. makan pun saya da mula kurangkan, terutama malam. makan tu makan, cuma kuantiti dikurangkan. in shaa Allah. nak try hingga akhir bulan, nak gi klinik semula cek tekanan darah. 

esok da Sabtu, yahoooooo...Β 

have a nice weekend everyone πŸ˜ƒ.
↧
↧

Bekerja Dari Rumah | Sila kemas pejabat dan bawa pulang dokumen kerja yang penting

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera 😊

saya di ofis hari ni. giliran saya bekerja di pejabat 😊. dah ada list dah nak settle kan kerja dgn segera dan sempurna. nak kemas-kemas bilik. next, saya bakal bekerja, in shaa Allah, Selasa depan.

pertama sekali, saya berharap semua pembaca dlm keadaan yg sihat walafiat. dok rumah je ye. nikmatilah anugerah yg Allah kurniakan ni iaitu dok rumah. nanti-nanti bila dah wajib keluar bekerja semula, barulah rasa menyesal sebab time suh dok rumah, merayau. da naik keje, nak dok rumah pulak πŸ˜„.

dalam masa yang sama, sama-samalah kita semua berdoa dan terus berdoa agar bencana covid-19 ni diangkat oleh Allah dari muka bumi ini. agar semuanya kembali normal dan bahagia. kluster berendam di Melaka ni makin hari makin menakutkan!!! πŸ˜’ apa yang dikongsi oleh sumber yang boleh dipercayai jauh berbeza dgn data yang dibentangkan oleh KKM setiap petang. percaya kan data? atau percaya kan khabar angin? hmmmm ntah la. khabar angin tu beserta bukti bergambar di lokasi yang kita kenal, takkan tak percaya, kan? hmmmm ntah la...Β 

apa yang pasti, saya sgt berhati-hati. kebetulan, bermula hari ni, ofis saya sudah mula amalkan jadual kerja secara bergilir. selebihnya sudah pun bekerja dari rumah = work from home (WFH). maka, tidaklah sesekali nak keluar rumah or ofis tanpa hala tujuan. yang penting-penting saya.

kemas pejabat.
itu yang nak kongsi, amatlah penting utk kita kemas ofis. kita akan meninggalkan ofis lebih kurang 3-4 hari bekerja. maka, tinggalkanlah ofis dalam keadaan yang sempurna meskipun hanya 3-4 hari bekerja. masuk Sabtu & Ahad lagi, kan da lebih byk hari nyer...Β 
  • ada stok makanan (biskut, kurma, buah), sila la bawa balik rumah. sayang kalau ditinggalkan. esok-esok, bawak la stok yg baru.
  • cawan, sudu garfu, make sure cuci bersih dan masukkan dalam almari bertutup.
  • sampah-sarap πŸ˜† sila la buang. perfect timing utk kemas atas meja yg penuh dgn dokumen and rough papers ni hi hi hi hi...
  • telekung dan sejadah, bawak balik dan cuci.

Bekerja Dari Rumah | Sila kemas pejabat dan bawa pulang dokumen kerja yang penting
diari rasmi. al-Quran pun bawa balik (sebab senang nak sambung kat rumah).
dan satu fail yg aneka dokumen ada di dalamnya πŸ˜†.
dokumen lain dah siap-siap save anta ke google drive.

buat ringkasan tugas untuk WFH.
sementara masih di pejabat ni, buat ringkasan tugas utk WFH. tak le nanti, nak buat kerja, tersangkut sebab ada dokumen / data tertinggal kat ofis. siap-siap save apa patut. siap-siap print apa patut. sebab mesti ingat, waktu pejabat kita mesti boleh dihubungi perihal kerja. gagal dihubungi, dikira kita tidak bertugas.

bila bos tanya data, takkan la nak bagi jawapan, "alamak, ada kat desktop ofis". atau "selasa depan saya masuk ofis, saya email kat Puan la". oh, a big NO lah kan. mau mengamuk bos kita. tup tup arahan utk kita WFH terus dibatalkan. naya diri sendiri!!!

kebetulan, bos saya memang da buat senarai tugas kami-kami semasa WFH. so semua da sedia maklum tugas masing-masing, mudah la kan nak perincikan apa maklumat yang diperlukan.

Bekerja Dari Rumah | Sila kemas pejabat dan bawa pulang dokumen kerja yang penting

bermula la tugas ibu sebagai cikgu πŸ˜†.
pada saya, ibu kepada 3 orang anak yang bersekolah (ting. 3, ting. 1 dan darjah 2), WFH tidaklah aman. bermula jam 8 pagi hingga 3 petang, mesti memantau anak-anak homeschool. saya da pesan dgn diorang, waktu sekolah memang kena ngadap buku. nak rehat, tunggu weekend.

Izzat saya tidak risau. Syuhada saya akan pastikan dia faham semua silibus pelajaran ting. 1. Januari nanti terus proceed dgn pelajaran ting. 2. if tak master pelajaran ting.1, fengsanlah nak faham nanti! kak Nurin saya amat risau!!! PT3 tiada... penilaian akhir tahun tiada... ke manakah arah aliran utk kak Nurin di ting. 4 kelak? πŸ˜’ risau!

adakah saya ibu yang over berfikir?
berape bulan sangatlah anak-anak bersekolah, kan, thn ni. berapa dalamkah pemahaman mereka terhadap pelajaran pada tahun ni? tiada penilaian nak kita bersandar utk memastikan yang mereka boleh, mereka faham, mereka tahu... saya sendiri terkial-kial nak ajar mereka. geografi. rbt. asas sains komputer. bahasa arab. matematik.

adakah saya mampu utk complete kan silibus mereka dlm masa 4-6 minggu ni? mana kan nak settle kan keje hakiki. mana kan nak masak dan kemas rumah. nak pantau si kakak, then si adik-adik. batu ukuran yang mana kah saya nak guna utk buat summary nanti? πŸ˜”

Bekerja Dari Rumah | Sila kemas pejabat dan bawa pulang dokumen kerja yang penting

tapi itu la.Β 

apa yang telah diberikan ni, tetap semua ibu ayah kena hadapi. semua ni ada hikmah yang amat besar. saya percaya, ending nya pasti ok. hari tu dah kita lalui 3 bulan. ini hanya 1 bulan. ok ok jer lah kan.

nasib baiklah da ada ruang khas utk tuisyen dlm rumah πŸ˜„. desktop ada sebuah. printer pun berfungsi dgn baik. laptop pun ada. internet laju alhamdulillah...

good luck to us. to all parents and teachers semalaysia 😍.
↧

11.11 | Done shopping online

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera πŸ˜‰

πŸ˜„pantang la ada tarikh berganda, kan. mesti ada sales di mana-mana, online or offline. aduhai, dugaan sungguh! bukannya kita boleh buat-buat lupa ada sales. kat tv dok iklan. kat radio apatah lagi πŸ˜„. fb ads pun bukan main floating di mana-mana ruang fb kita. dugaan!

11.11 | Done shopping online

da belek-belek juga shopee & lazada semlm. hmmmmm... kalau ikutkan nafsu, klik klik masuk troli aje kan. memang ada yg murah! harganya tu amat la berbaloi. tapi tu la, di zaman kemelesetan ekonomi ni, tak boleh nak sesuka hati shopping yang tak perlu.

saya done shopping online.
tapi bukanlah semlm. dari awal bulan ari tu dah sukses membeli dah. lambat sangat nak tunggu hingga 11hb πŸ˜†. beli buku latihan Asas Sains Komputer (ASK) utk Syuhada. beli novel utk kak Nurin. dan beli tray cover.Β 

11.11 | Done shopping online

11.11 | Done shopping online
mesti semua familiar dgn tray kuning ni, kan.
kalau org jual roti or bombolini, sure letak dlm ni.
saya ada 3 tray kuning ni, mudah bila meroti kat rumah.
da lama mencari penutupnya di Mydin, Family Store, M. DIY,...
hmmmm di Shopee juga akhirnya πŸ˜ƒ selamat dpt 3 tray cover ni.

11.11 | Done shopping online
novel utk kak Nurin 😍.

11.11 | Done shopping online
buku ASK utk Syuhada πŸ‘.

alhamdulillah, semua da terima dgn selamat. yg penting-penting aje saya beli.Β 

kebetulan, mencari buku ASK utk Syuhada tu di kedai buku, tak jumpa. adik di Popular tu yang cadangkan agar saya beli di Shopee. sama juga dgn novel Matahari (Tere Liye), menunggu Big Bad Wolf takkan ada lagi. even di website BookXcess pun takde! Shopee ada rupanya 😍.

11.11 | Done shopping online
Bumi dan Bulan beli dulu di Big Bad Wolf.
Matahari not available masa tu.
once dah habis baca, Bumi dan Bulan, barulah kak Nurin inform yg tiga buku ni berkaitan.
hmmmm itu yg usaha cari utk kak Nurin.

maka, itu yg kalau ke kedai buku, hunting for Matahari. tidak berjumpa. setelah sekian lama, last week barulah kak Nurin kata, "ibu beli lah kat Shopee. Nurin rasa mesti ada...". hmmmm, baiklah. ibu ni bukan kaki novel πŸ˜†, mana le tahu kat Shopee ada jual novel.

maka, mulai sekarang ni nak kumpul dlm wishlist, apa nak shopping utk 12.12 kelak.Β 

wajiblah kita join kalau ada harga murah dan free delivery, kan πŸ˜„.
↧

Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera πŸ˜ƒ

petang-petang Jumaat ni, bekerja dari rumah = work from home (WFH) plak tu, aduhai mata ni mengantuk naw naw naw 😞😞😞. ikutkan hati, nak aje 😴 hu hu hu...

tapi tu la. rugi plak rasanya kalau tido. anak-anak ada ni hah sama-sama depan tv. on YouTube and layan telefilem-telefilem melayu lama-lama. al-maklumlah, jarang sgt hari-hari biasa dpt nonton tv tgk drama. hmmm sesama la kami petang Jumaat ni nonton semua telefilem. throwback gitew...

marilah update blog.

Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
ayam panggang Baker's Cottage perisa bbq.
sedap πŸ‘.

nak kongsi pasal Baker's Cottage ni. al-kisahnya, Jumaat 2 lepas sempat singgah ke Baker's Cottage, Taman Duyong Bestari yang baru je dibuka. kebetulan, on the way nak amik kak Nurin dari sekolah, memang lalu je are Duyong tu. rezeki anak-anak, ada plak offer Kombo Hebat ni.Β 

Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
ayam panggang sekor. nasi ayam 2 pek.
tat telur 4 ketul. paf (inti kaya, ayam & sardin).
coca cola 1 botol besar.

Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
semua ni RM29.90.
jimat lah dlm RM4-RM6. alhamdulillah...

Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
tat telur Portugis yang sedap πŸ‘.

Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
sempatlah snap menu ni kat meja kaunter.
ok sgt la kan - kek 2 potong RM9.90.
besar juga potongan keknya 😍.

alhamdulillah. saya da jatuh cinta dengan ayam panggang Baker's Cottage ni. harga yang murah. kalau beli dia aje, hanya RM11.90. ok la kan. tempat lain, ayam panggang gini dah berharga RM20+ 😣. baik perisa bbq ni, atau blackpepper, dedua sedap. ayam panggangnya tak kering. esok lusa pun plan nak beli sekor.

best la sebab kalau bekerja saya akan ke Baker's Cottage Duyong. tapi, bila WFH ni, dok rumah, tak boleh la ke Duyong yg jauh tu. kena la gi ke Baker's Cottage Alor Gajah. tak la kempunan nak makan ayam panggang sedap ni 😍.
Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
lokasi di Taman Duyong Bestari, Duyong.

Kombo Hebat Baker's Cottage | Kenyangkan keluarga kita dengan set lengkap ayam panggang berharga RM29.90
ni plak lokasi kat Alor Gajah πŸ‘Œ.

benda baik, memang le wajib kongsi πŸ‘Β  😌.

esok Sabtu, then Ahad. anak-anak bebas dari task sekolah online. saya dan mr.asben bebas dari kerja pejabat. yeszaaaaa... bebas! πŸ˜„

selamat berhujung minggu utk semua. stay home! jgn plak plan nak berjalan ke sana ke mari. si covid-19 tu ada di mana-mana tau. bahaya!Β 
↧

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera πŸ˜‰

Sabtu pertama dlm PKPB. pagi-pagi naik motor dgn mr.asben, sarapan berdua di warong tepi jalan. tapaw kan anak-anak roti canai. duduk di kawasan kampung, keadaan memang sgt santai. aman...Β 

da plan dah dlm kepala, ari ni nak kemas dan susun atur beberapa area kat rumah ni. tak la bersepah, cuma, nak kemaskini susun aturnya. before this dok plan, tapi masa nak execute tu takde.Β 

maka, sampai aje rumah lepas sarapan, start dah saya dan anak-anak dok la kemas sana, kemas sini, tukar susun atur barang kat beberapa tempat. termasuklah cek balik stok-stok make-up, krim, bedak... ada tak yg dah expired tapi lom guna!!! mesti dihukum buang πŸ˜–. tu la tu, dok beli dan beli dan beli, akhirnya gitu aje expired... sedih! splastik dah settle buang.Β 

then lewat ptg tadi, berdua dgn mr.asben, kemas laman. alihkan pasu. susun atur pasu. jengah anak-anak pokok kacang panjang renek, tomato, ulam raja. esok pagi bersambung kemas laman. sebab dah nak azan maghrib.

hasil berkemas dan susun atur pertamaπŸ‘‡.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!
komputer & printer.
ada side table - utk menulis ketika kelas online πŸ‘.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!
tepi meja komputer tu, beg baju yg berisi buku kak Nurin.

bila umum penutupan sekolah, semua buku di locker sekolah wajib di bawa balik, kan. tu la dia sebeg buku-buku dia. biarkan aje dlm beg tu agar senang dia nak cari πŸ˜„. kak Nurin dan Syuhada memang ada sessi kelas secara Google Meet. itu yg siapkan ruang atas tu utk kemudahan diorang. ari ni la baru saya sempat kemas-kemas selepas 1 minggu diorang homeschool. alhamdulillah...

done kemas ruang komputer. lap memana patut. baru selesa mata saya ni tgk tempat ni. almari buku sebelah tu pun kak Nurin da selamat kemas dan susun atur. situ semua buku-buku cerita, novel dan komik diorang bertiga. byk komik kat situ, dari zaman kakak-kakak kecik hingga la sekarang. kak Nurin memang berulang baca komik-komik tu. now, Izzat pun da suka baca komik 😍.

hasil yang keduaπŸ‘‰Β tentu-tentunya jemur karpet. vacuum dan lap lantai. saya memang tak mop lantai, saya prefer lap lantai. sebab tak semua lantai yg perlu dibersihkan lepas di vacuum. so, beberapa area lantai, saya akan ambil masa untuk lap. slowly hingga puas hati.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!
ari ni settle 2 karpet kecik ni dulu.

hasil yang ketigaπŸ‘‡.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!
ni ruang mr.asben.Β 
al-Quran. tafsir al-Quran.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!
dari byk dokumen, da sisih satu-persatu, tinggal la ini aje 😊.

susun atur fail-fail, album dan dokumen penting. sebelum disusun atur, isi kandungan setiap satu dikemaskini dan sisihkan semua yang tak perlu dah. dpt la terus lengkapkan fail LHDN 😏 hi hi hi... kebetulan, rak Ikea Burhult ni baru je dipasang 1-2 bulan lepas. 

bab susun atur fail ini la yang ambil masa saya, belek satu-persatu. terbelek plak dokumen-dokumen lama, tetiba tersingkap memori lama 😍hi hi hi hi... sambil kemas, sambil la bercerita dengan anak-anak kisah slip SPM, kisah testimonial di matrikulasi UIA dulu, dokumen called to the Bar tahun 2003 dulu...

hasil keempat yang paling melegakanπŸ‘‡.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!
selimut-selimut semua dah cuci.Β 
kumpul semua masuk dlm box. satu kan mereka di satu tempat.
toto dan tilam semua susun di ruang atas.
ntah bila tetamu akan dtg bertandang ke rumah.
sementara tu, semua dok diam di sini ye πŸ˜ƒ.

Sabtu | Berkemas. Susun atur. Buang sawang!

alhamdulillah.Β 
lega la skit bila semua di atas da settle. boleh tidur dgn lena mlm ni...
↧
↧

Pintu Koboi Dapur | Senangnya hati bila dah siap, privasi dapat dikawal

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera πŸ˜€

salam dihulur di tghari Ahad nan indah. cuaca sejak pagi memang cantik, matahari menyinar terik. kalaulah ada aktiviti yang nak diselesaikan hari ni, cantik sgt la πŸ‘.

hari ni, skit lagi projek mengemas bakal dijayakan. in shaa Allah. sementara tunggu peluh di badan ni kering, lepak bawah kipas sambil-sambil update blog. nak kongsi tentang pintu koboi di antara dapur dan ruang makan di rumah ni. da lama plan nak buat, tapi dek kerana PKP ari tu, tertangguh. a week before PKPB kali ni, siap, alhamdulillah. mujur lah πŸ˜….

saya panggil ia pintu koboi je la.Β 
tak pasti nama khasnya apa. kalau tahu, harap dpt la share di kotak komen ye. saya da fikirkan cara utk memisahkan ruang dapur dan ruang makan. niat di hati, nak menjaga aurat la sebab rumah saya tak besar, dari ruang tamu hadapan boleh je nampak dapur memasak. di awalnya, terfikir utk pasang langsir or bidai yang bersesuaian. tapi tak terjumpa yg berkenan di hati. online or offline, merata mencari.

Pintu Koboi Dapur | Senangnya hati bila dah siap, privasi dapat dikawal
πŸ’›πŸ’›πŸ’›

at the end, Allah turunkan ilham, lalu plak gambar pintu koboi yang diidamkan di Pinterest one day... and terus berkenan di hati! apa lagi, terus save and send image tu kontraktor. gitu gini kautim. saya nak ia diperbuat dari kayu (dlm kes ni kayu balau kalau tak silap saya), warna coklat klasik dan ada berukir di bahagian atas. pintunya panjang, kiranya dari ruang hadapan hanya nampak area buku lali ke bawah je.

Pintu Koboi Dapur | Senangnya hati bila dah siap, privasi dapat dikawal
ukiran minima di pintu koboi dapur saya 😍.

harga dan kontraktornya.
survey di facebook, rata-rata pintu koboi berharga antara RM300 - RM450, tanpa engsel dan upah pemasangan. aduhai! tapi, syukur alhamdulillah, dgn En. Nazmi, pintu koboi saya ni all in hanya berharga RM300. ok la kan.

Pintu Koboi Dapur | Senangnya hati bila dah siap, privasi dapat dikawal
sukakan setiap perincian yg En.Nazmi persembahkan 😍.

tapi, saya tak jamin org lain dapat ye harga ni. disebabkan pintu koboi ni adalah projek kayu ke-4 saya tempah dgn En. Nazmi di rumah ni. kalau diikutkan, dari nilai projek ke-3 dan ke-4, rasa-rasa pintu ni saya dapat free 😍. maka, saya amatlah recommend En.Nazmi ni, boleh klik klik fb beliau πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.

Pintu Koboi Dapur | Senangnya hati bila dah siap, privasi dapat dikawal
bila klik, e'eh gambar projek ke-3 rumah saya di fb beliau πŸ˜ƒ.
facebook : Porch Kayu
no. telefon : 016-2874245 (Nazmi)

jiran tetangga saya pun da ada yg tempah dgn En.Nazmi selepas tgk hasil di rumah saya. alhamdulillah, kongsi rezeki secara tak langsung.

pengalaman selepas adanya pintu koboi nak masuk / keluar dapur.
  1. susah! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ dulu kala nak masuk /Β  keluar selamba je. terutama nak angkat mangkuk lauk ke ruang makan. now, kena buka pintu. most of the time, kalau kedua-dua tgn ada mangkuk lauk, saya buka pintu koboi ni secara mengundur πŸ˜„. tapi dah terbiasa, ok ok je dah skang.
  2. Ijat takut nak ke dapur! πŸ˜† terutama malam. before this, kalau dia nak minum air dari cuckoo, dia berlari je ke dapur. now, siang hari kekadang ok kekadang tak, ikut la mood takut dia ha ha ah ha... malam, wajib berteman. meskipun dia sampai je nak capai suis lampu, still dia dlm ketakutan.
engsel pintu tu berbunyi ye. tak menjadi susah bagi saya. ok je. pintu bilik tu pun lama-lama berbunyi jugak, kan...

Pintu Koboi Dapur | Senangnya hati bila dah siap, privasi dapat dikawal
ikut kesukaan kita, gaya pintu koboi dapur mana yang disukai, kan 😍.

byk pilihan ada kalau kita klik klik di laman google. tak sukar nak survey harga sebab most of the image akan ada link utk dihubungi. ikut kesesuaian ruang rumah kita dari segi warna, jenis kayu, jenis tertutup ataupun ada ukiran yang berlubang dan besar or kecik pintunya.

ada yg terinspirasi tak? πŸ˜„
↧

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera πŸ˜ƒ

kali ni nak kongsi satu tempat makan di Melaka.Β 
ni adalah entry throwback sebab kami ke sana pada 4.10.2020 yg lepas. now only baru sempat nak up dlm blog ni. berkurun lama entri ni dlm draft folder!

Cafe Markisa di Kem Lambaian Danau, Kampung Chin Chin, Jasin ni baru je lagi dibuka sekitar bulan Jun 2020. baru beberapa bulan. masa kami gi tu, waktu operasinya hanya sehingga 6.30 ptg. now, bermula dari 22.10.2020 ari tu, Cafe Markisa ni dah buka dari 11 pagi hingga 10 mlm. sudah pun mula hidangkan dgn pelbagai western food dan pizza yang dibakar dgn dapur kayu api 😱😍. wah da semakin berkembang menu di situ. terbaik!

wow! abis PKPB ni in shaa Allah nak ke sana utk kali kedua.Β 
kali pertama kami pergi ari tu, kami dah rasa ia bukanlah kali yg terakhir. ada byk lagi lauk yg kami nak cuba. tempat yang best dan mendamaikan. agak jauh juga la nak ke sana dari rumah. tapi, bila makan sedap, kepenatan tadi tu pun hilang... pinggan-pinggan kami semuanya licin bersih. alhamdulillah.Β 

Cafe Markisa ni kami dapat tahu dari rakan sekerja mr.asben. tak lengah-lengah, the next day tu terus diajak nyer kami-kami ke sanaπŸ‘. konsep cafe ni simple. kalau dulu buka hanya dari jam 11.00 pagi hingga 6.30 ptg, mereka hidangkan makanan panas. gayanya ala-ala kedai tomyam la. tapi cafe ni hidangkan masakan melayu tau - patin masak tempoyak, ikan baung masak lemak cili api, daging salai, asam pedas tetel dan ada set kambing grill. sekarang ni, da sampai dinner time, aneka menu western ditambah, semakin bagus la kan. boleh penuhi selera semua orang...

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik
itu dia Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin.

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik
kami ambil meja besar sebab menu yg kami order 'besar-besar'πŸ˜ƒ

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik
covid-19 di mana-mana!
jgn lupa scan MySejahtera di mana-mana!

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik
saya peratikan anak-anak dara saya meronda di titi...

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik
lega hati ni bila diorang da selamat balik sini πŸ˜†

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik
anak bujang ni berjalan kat titi juga, tapi dgn ayahnya la...
biarkan dia sorang, mahunya berlari atas titi 😣 scary nak dibayangkan!

tu la aktiviti kami sementara tunggu apa yg di order - bergambar sana sini, ronda sekitar Cafe Markisa 😍. suasana ptg tu amat best tau. dok tepi tasik. angin sepoi-sepoi bahasa. kami berlima pun amat senang hati, gelak ketawa berborak... it was really nice. nicer bila makanan satu-persatu dihidangkan di atas meja.

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik
menu dan hargaπŸ‘†

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik
sambal belacan & telur dadar

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik
ikan siakap masak lemak cili api.
kuah pekat lemak berkrim.Β 
ada plak hirisan kacang botol yg rangup 😍.

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik
ikan kembung masak asam pedas.
nampak tak kepekatan kuahnya?
sebagai org Melaka + Johor, saya sgt puas hati dgn asam pedas ni.

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik
sayur of the day πŸ‘

semua lauk-pauknya mengena di deria rasa. ikannya pun sgt la besar dan fresh! sedap πŸ˜‹.cukup garam gulanya. cukup asamnya. tahap kepedasannya pun seperti yang dijangka. kami menikmati hidangan dgn penuh rasa gembira dan puas. berebut-rebut nak cubit isi ikan dengan anak-anak. Izzat pun makan habis nasi sepinggan.

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik
jgn risau, ada di google map πŸ‘ 😊

Cafe Markisa, Kem Lambaian Danau, Jasin | Makanan sedap dalam suasana damai di tepi tasik

nanti-nanti, tiada lagi halangan rentas negeri, boleh la semua di luar Melaka datang mencuba makanan di sini ye. saya rekomen sgt2. tempatnya agak jauh dari bandar Melaka, namun, just nikmatilah perjalanan ikut jalan kampung di sekitar Melaka ni. kenali Melaka adalah kenali Malaysia, kan πŸ˜ƒπŸ˜.
↧

Panas... Hujan lebat dan banjir!

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera...

petang Jumaat...Β 
di rumah saje sepanjang hari. bekerja di rumah (WFH) kan. dilarang berada di luar kawasan. mesti sentiasa alert dengan phone - arahan dari pejabat mesti kena respon on the spot.

pagi tadi sempat la bersenam bersihkan laman. baja pokok-pokok sayur dan pokok-pokok bunga. kemas pasu-pasu, buang-buang daun kering. sib baik laman kecik, kalau besar, tak la mampu nak maintain πŸ˜„.

Panas... Hujan lebat dan banjir!
elok panas cuaca dari pagi 😍

jengah ke luar tingkap. sepi... dok kampung, tak la sibuk dengan bunyi kenderaan.Β  langit cerah indah.
tapi tu la, panas zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. tiba-tiba hujan lebat teramat. mcm semalam la. lepas waktu isyak gitu, hujan lebat selebat-lebatnya! guruh berdentum-dentum. angin kuat! kami releks releks je la.

bangkit subuh pagi tadi, buka wasap. ya Allah 😱 pekan Durian Tunggal banjir!!! beberapa kampung berdekatan pun banjir.

Panas... Hujan lebat dan banjir!
air sungai da separas dengan jalan raya!

Panas... Hujan lebat dan banjir!
pekan Durian Tunggal digenangi air πŸ˜₯

mengerikan! Allahu Akbar...Β 
itu yg takut perkara yang sama terjadi lagi mlm ni. kesian pada beberapa kampung yang terjejas. Kampung Bukit Balai, Bukit Tambun... dan sekitarnya. rumah kami ni di kawasan yg tinggi. in shaa Allah tidaklah terkesan. tapi, sentiasa berhati-hati sebab kalau nak terjadi, kun fayakun, terjadi juga kan. tak boleh la tidur lena sgt sekarang ni hu hu hu hu...

petang-petang ni, da siap masak dah ari ni utk dinner, jap lagi lepas solat Asar, boleh la blogwalking.
  • tomyam ayam
  • sambal sotong
  • sambal belacan nenas
blogwalking sementara tunggu mr.Asben tiba rumah. giliran dia bekerja hari ni.
πŸ‘Œ bye for now...
↧

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera πŸ˜‰

hari Sabtu nan sejuk!
dari lebih kurang jam 11 pagi tadi, cuaca keliling dah kelabu, then slowly hujang turun and terus-menerus lebat hingga sekarang (hampir jam 8 malam). nyaman... feeeeeling goodΒ  la skit mlm ni nak tido πŸ‘. tak perlu on air-cond.

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
amboi amboi amboi korang berdua...
melurus ye kat pool...

nak kongsi aktiviti Izzat dan Syuhada pagi-pagi tadi. hmmmmm... akibat Izzat ternampak pool gitu di rumah jiran, berhari-hari dia berzikir di telinga saya dan mr.Asben utk belikan dia pool gitu. aduhai... saya malas nak layankan. informed Izzat, "covid-19, mana boleh keluar shopping di kedai?"

respon Izzat, "shopping kan Shopee aje. ibu kan selalu shopping kat Shopee. nanti dia terus anta kat rumah kita."

alamak alamakπŸ˜† pecah sudah rahsia shopping ibu selama ni. tak ku sangka aku diperhatikan oleh anak bujang 8 tahun ni tau hu hu hu hu πŸ˜…....

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
anak yang kegembiraan dpt pool!

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik

ptg semlm, lepas keje, gigihlah mr.Asben mencari pool plastik ni kat Tesco. excited abis la Izzat bila ayah balik kerja, da nampak dah bungkusan besar pool dia. tersipu-sipu segan. dia tak terkata. excited! gigih lagi la di mlm hari, ayah nyer mengepam pool plastik ni.Β 

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
tadaaaaa... inilah dia inflatable swimming pool Izzat.
tak pepasal tgh mlm ada pool ni kat ruang tamu.
aduhai... πŸ˜„

itu yg pagi-pagi Sabtu suasana rumah da meriah. seperti biasa, Sabtu pagi saya dan mr.Asben akan dating makan-makan di luar. tapaw kan apa-apa makanan utk anak-anak bertiga. tiba je rumah, Izzat da menunggu dah utk isi air dalam pool nya.

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
pagi Sabtu. awan berat tu hah...Β 
memang hujan pun sepanjang hari.

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
mr.Asben mesin rumput...

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
...dan saya memantau Izzat yang berada dlm pool.
air belum penuh tapi dia da ada dlm pool. camne ? hu hu hu hu...

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
Izzat keboringan swimming sorang diri.
nasib baik la kak Syuhada sedia teman Izzat πŸ˜„.

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
chewah... ala-ala pancuran air di Bayou Lagoon lah ni πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.
sebenarnya guna paip air aje kuang kuang kuang...

πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† jgn terkejut ye... akhirnya saya pun join Izzat berendam dalam pool. aduhai... Syuhada da masuk dalam, bersihkan diri. saya pula da settle semai biji benih dlm beberapa pasu kecil. hujan turun dengan lebatnya. terbantut la proses saya dan mr.Asben nak bersihkan laman. nasib baiklah sempat potong rumput karpet.

sedang saya mengerah Izzat untuk masuk dlm rumah, Izzat ajak saya celup-celup kaki dlm pool dia. apa dia ingat ni pool kat hotel, ibu boleh dok kat tepi tu celup-celup kaki. mahu kempis la pool awak ni Izzat oii kalau ibu duduk kat tebing nyer tu πŸ˜„πŸ˜‚πŸ˜‚. 60kg ni anak oii ha ha ah ah ha...

tapi tu la, dlm hati ni terus terlintas, masuk je la pool Izzat ni, test...

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
hah gitewwwww...
hampir 30 minit juga la si ibu berendam dgn si bujang.

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik
ibu yang happy...
si bujang triple happy lah!

dah terfikir dah dlm kepala saya ni, best jugak kalau dlmΒ inflatable swimming pool Izzat ni saya berendam air susu ke, ala-ala mandi bunga ke... mcm kat spa 😍. sure badan sihat. tapi tu la, mahu nya dgn Izzat sekali mandi susu nanti πŸ˜† kah kah kah...

utamakan keselamatan.
meskipunΒ inflatable swimming pool Izzat ni tak la besar mana dan tak brape dalam, tetap saya pantau dia! sedangkan dalam baldi pun ada kanak-kanak yang lepas, inikan pula pool mcm ni, kan. ada time tu Izzat extra excited, melompat-lompat dan terjun ala-ala nak menyelam, cecepat saya tinggikan suara dari jauh. bagi amaran kat dia agar tak ulang cara yang merbahaya tu. kena ingatkan dia yg kolam tu tak la besar utk dia melompat-lompat menjunamkan kepala.

😣 dlm minda saya ni always fikirkan benda-benda buruk yang mungkin terjadi. minta-mint dijauhkan oleh Allah. dlm pada bersuka ria tu, kena jugak berhati-hati mengutamakan keselamatan, kan.

Rindukan Percutian | Izzat gembira sakan dapat kolam renang plastik

lewat petang tadi, saya dan mr.Asben keluar berdua ke kedai beli barang rumah, terus masuk drive thru Mekdi. beli set burgers, fries dan McCafe kegemaran, iced chocolate dan hot hazelnut latte untuk dinner kami mlm ni. alhamdulillah... holiday di rumah, gini la caranya hi hi hi hi πŸ˜„... rindu sgt nak bwk anak-anak bercuti. jalan-jalan cari makan. lepak-lepak sana-sini. dek kerana covid-19 ni, saya teragak-agak nak bwk diorang berjalan tak tentu selamat tempatnya. ingatkan nak ke Kelantan. hmmmm Kelantan plak da start PKPB πŸ˜”Β  Β πŸ˜’. si covid-19 ni tahu je mana-mana celah yg green zone, abis dijajahi nyer 😞.

esok?
yg pasti pagi-pagi Izzat da booking slot berendam...
saya nak repot pokok kobis. nak cabut rumput kat luar pagar tu skit.

apapun, moga baik-baik aje utk kami dan kita semua hari ni, esok dan selamanya.Β 
Aminnnnnn...
↧
↧

Hadiah Dari Blogger Dana

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera...

gembiranya hati saya minggu lepas, bila terima satu sampul surat warna putih. saya excited sebab da tau dah dari siapa dan apa yang bakal saya terima πŸ˜„.

Hadiah Dari Blogger Dana
giliran saya terima hadiah istimewa dari Dana.

Hadiah Dari Blogger Dana
tak lengah-lengah lagi, terus pakai.

Hadiah Dari Blogger Dana
cantik, kan?
tq mr.Asben sebab amik kan gambar ni.
manik-manik kecik tu mencari penyeri 😍.

tq so much, Dana. tambah aksesori mask extender akak 😊. nice! Syuhada dah berkenan juga kat mask extender butterfly tu tau, Dana hi hi hi hi... akak pakai dulu la kan, rugi kalau terus bagi dia. sesekali nanti, bagi Nurin or Syuhada pinjam πŸ˜†.

kita kena pasrah dgn keadaan sekarang. di mana kita berada, apa yg kita nak buat, dengan siapakah kita bersama - semua mesti patuh SOP normal baharu. sepanjang masa. setiap masa!
  1. bersihkan / cuci tangan dgn kerap dan sempurna.
  2. pakai mask (pelitup muka)
  3. jaga jarak di antara satu sama lain
paling penting, tak perlulah nak berjalan ke sana ke mari tanpa alasan yang munasabah. kalau dulu, setiap hujung minggu kita bawa anak-anak meronda pasar raya. window shopping kata nyerrrr kan. now, da tak boleh dah begitu tanpa sebab. hanya untuk beli brg keperluan. then kalau nak belanja anak-anak makan, terus menuju ke restoran yg dihajati.

maka, sentiasa ready dlm kereta dan bag tangan πŸ‘‡
  1. hand sanitizer
  2. wet tissue / tissue
  3. mask
  4. mask extender by Dana 😍😍😍
#kitajagakita with πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ.
↧

Slip Peperiksaan PMR 1993 dan SPM 1995 | Dokumen lama buat jiwa kita jadi muda semula...

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera 😊

hari ni nak taip-taip kisah throwback. berkaitrapat dengan entri mengemas rumah yang lepas, buka fail-fail lama untuk sisihkan apa yg patut. kemas sana, kemas sini... maka, terjumpalah khazanah yang tersimpan lama. dah time utk disisihkan... sebelum disisihkan buat selamanya, kita up dulu gambarnya dlm blog ni.

diakui, saya ni jenis sentimental. dokumen lama, gambar lama, saya memang sayang nak buang! dari saya remaja dulu kala hingga la sekarang. bila buka semula fail, berdesup semua kenangan lama keluar satu persatu. itu yg buat saya jadi gembira dan tersenyum sorang-sorang. otomatik jiwa ni jadik muda remaja semula... chewah!

Slip Peperiksaan PMR 1993 dan SPM 1995 | Dokumen lama buat jiwa kita jadi muda semula...
ni slip nak masuk dewan peperiksaan PMR 1993

alkisah, menengah rendah dulu kala, saya bersekolah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. 3 tahun merasa dok di sekolah berasrama penuh jauh dari abah & emak. berdikari 😊. masih kekal dalam ingatan surrounding STF yang tak pernah saya jejaki sejak tamat PMR. hanya tgk dari luar saje bila jalan-jalan ke JB. 3 tahun menjadi budak asrama penuh mengajar erti byk perkara. sebab tu lah saya tidak berminat menghantar anak-anak ke sekolah berasrama penuh, saya punyai alasan tersendiri 😊.

Slip Peperiksaan PMR 1993 dan SPM 1995 | Dokumen lama buat jiwa kita jadi muda semula...
slip keputusan PMR

alhamdulillah. berjaya dengan cemerlang. tapi, keputusan abah utk saya balik bersekolah di Melaka. alasan abah, di Melaka saya boleh attend tuisyen utk ke arah SPM. abah memang nak saya ambil aliran sains tulen. sedih hati masa tu sebab tak boleh proceed di STF. apa kan daya, bukan rezeki saya tamat sekolah menengah sebagai seorang SriKandi Tun Fatimah πŸ˜”.

balik ke Melaka, sambung sekolah di Sekolah Tinggi Perempuan Melaka. yes, berjaya menyelitkan diri masuk kelas 4 Sains 1. alhamdulillah... berjaya la bawak subjek sains tulen tu, meskipun paras-paras C4 or C5 aje ha ha ha ha πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€ tamat la 2 tahun di kelas Sains 1.

Slip Peperiksaan PMR 1993 dan SPM 1995 | Dokumen lama buat jiwa kita jadi muda semula...
ni slip nak masuk dewan peperiksaan SPM 1995

Slip Peperiksaan PMR 1993 dan SPM 1995 | Dokumen lama buat jiwa kita jadi muda semula...
dan ni slip keputusan SPM saya.

tapi tu la, teringat time amik slip keputusan SPM ni. datang dengan abah. abah tunggu kat kereta, luar pagar sekolah. hati ni berdebar hanya Allah yg Maha Tahu. saya ni tahap sederhana je. result ni la menentukan hala tuju hidup saya lepas ni. result ni juga la bakal menentukan ada atau tidak puting beliung oleh abah karang πŸ˜… 😣😣😣ha ha ha ah ha...Β 

bila terima je slip tu dari cikgu kat dalam dewan, terus tgk result 😲. sgt teruja! berlari selaju mungkin ke abah dari dalam dewan ke luar pagar dan terus tunjuk slip. apa lagi, peluk la abah. tapi tu la, result subjek sains tulen sederhana aje. antara tiga tu, saya paling bagus kat result subjek kimia. saya hanya berjaya takluki subjek-subjek teras.

abah saya, hadiah terindah adalah result peperiksaan la. yg lain, abah tak minat πŸ˜†. sehinggakan result masters saya hari tu pun, otomatik tunjuk kat abah. hadoi lah ha ha ha ha ha...

Slip Peperiksaan PMR 1993 dan SPM 1995 | Dokumen lama buat jiwa kita jadi muda semula...
tawaran masuk matrikulasi Undang-Undang, UIA.

surat ni pun rupanya ada dlm simpanan saya. aduh, memang throwback sgt-sgt. sayang nak sisihkan. mcm nak simpan semuanya. tapi tu la, nak ke mana pun kan kalau disimpan. sijil yg utama je saya simpan.

mesti ada yg ding dong dlm fikiran πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’ - "budak sains tulen... tapi apesal amik course sastera - Undang-Undang?"

secara ringkasnya, sekali lagi saya diarahkan oleh abah tersayang utk amik law. cita-cita saya sebenarnya adalah ke arah bidang arkitek. 2-3 hari sebelum result SPM 1995 keluar, abah terbaca dlm surat khabar tentang kelayakan utk amik law utk pelajar aliran sains, agregat mesti 12 atau kurang daripada itu. masa tu, saya releks aje la sebab tak brape yakin diri ni dpt agregat less than 12. dan sesungguhnya saya tak minat kot nak amik law 😣😣😣.

tapi tu lah, ni semua adalah impian abah, doa abah. saya la yang bakal jadi peguam dalam keluarga... abah nak semua profesion ada di kalangan anak-anaknya. potensi sebagai lawyer tu dia nampak kat saya la pulak kan. berbanding 6 anak yg lain hu hu hu hu... tu la sebab saya je amik course sastera, adik-beradik lain semua courses medic, accountancy dan engineering (ni majoriti = 4 orang).

sekian la corat-coret citer slip peperiksaan. kategori antik ni. kenangan antik-antik belaka. telah menjadi satu coretan memori yg amat manis dlm hidup saya.

kini... sedang membina impian utk anak-anak bertiga. sebab tu tekanan darah ni asyik naik aje, tiap hari jadik serigala jadian. tambahan pula diorang bersenang-lenang kat rumah, tak sekolah. the more la saya kena bertukar menjadi serigala 😠.

sekarang saya jadi tukang simpan sijil-sijil anak-anak plak. sorang 1 fail peribadi. bila buka tiap fail, diorang excited dan tanya, "ibu simpan ni... ibu simpan tu...". diorang tak tau ke yg ibu diorang ni memang kerani kat "muzium" dlm rumah tu. tiada apa yg tidak saya simpan buat kenangan πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€.

πŸ‘ŒπŸ˜‰

↧

Mendung tak bererti hujan, kan ?

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera πŸ˜‰

pagi Jumaat nan indah.
meskipun pagi-pagi tadi on the way ke ofis, awan berat dan kelabu memenuhi dada langit... kini, awam mendung tadi tu dah berarak pergi ntah ke mana. bandar Melaka cerah bila matahari menyerlahkan dirinya dgn bangga.

Mendung tak bererti hujan, kan ?
jam 7.30 pagi tadi 😳

saya teruja setiap kali pagi Jumaat menjelma. penghulu segala hari... hari yang berikutnya merupakan hari berehat di rumah dgn anak-anak, tanpa dok fikir perihal kerja di ofis. interesting. moreover, Izzat da bisik ke telinga saya mlm tadi, "hari Sabtu, Ijat nak berenang..."πŸ˜„

bersyukurlah dah ada kolam renang plastik tepi rumah ha ha ah ha... tak la Izzat dok bertanya, "bila kita nak gi Melaka Wonderland ni, swimming ?"

orait. got a few things to be settled here in the office.
semlm da settle bayar segala jenis bil-bil since dah hari gaji, kan. ringan skit la kepala ni bila hutang bulanan dah langsai.
so next Monday, masuk ofis dgn gembira tanpa apa-apa jenis tunggakan task πŸ‘Œ.

sambil-sambil tu, nak menyelit blogwalking. menziarahi kawan-kawan alam maya yang masih setia klik klik kembali ke blog kecil saya ni. happy la sebab now ada masa utk blogwalking beberapa blog kawan-kawan setiap hari. ada yg tak dpt tinggalkan komen, ada yg sempat membebel panjang di kotak komen πŸ˜€.

... ok bye for now! 😏
↧

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera 😊

Isnin, seharian cuaca mendung... tapi nyaman 😍 tak panas. hujan sekejap di belah pagi tadi. selepas tengahari membawa ke sekarang, hanya mendung. alhamdulillah... tapi tu la. bila nyaman, dah masalah mata plak yg datang. mengantuk ya Allah, tak boleh tahan 😴. maka, marilah kita berceloteh di blog. kongsi kisah hujung minggu lepas.

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...

ye. kami bbq di tepi halaman rumah. hari Jumaat tengahari, terus beli tempat utk bbq dan peralatannya. Sabtu pagi ke Mydin beli peha ayam, kambing dan sosej. kita-kita aje, berlima beranak. maka, tak la byk nak dipanggang. just nak isi masa lapang di hujung minggu bersama-sama. ini semua adalah idea bernas dari mr.asben πŸ’™.

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...
mestilah ada pelakon utama iaitu ibu dan ayah πŸ˜„.
selepas tu si ibu hanya dok pantau dari dalam rumah aje...

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...
ayah dan anak-anak dara yang menjayakan proses memanggang hingga ke akhir πŸ‘.

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...
keledek manis dan ubi kentang πŸ˜‹.

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...
abaikan ye rambut Ijat yang serabai.
berpeluh-peluh tu! anak aktif, tak boleh dok diam seminit πŸ˜….

di situ kami memanggang, di situ juga kami makan anak-beranak. tepi sliding door rumah. nasib baiklah cuaca petang Sabtu tu tak panas dan berangin. tak payah bertungkus-lumus nak mengipas arang agar membakar, angin semula jadi dah ada membantu memudahkan proses bbq. bbq di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje, selesa...

Izzat tidak brape membantu.Β 
tapi dia la yang memeriahkan suasana. berlari ke sana, berlari ke sini. then jadi anak suruhan, "Ijat, tolong ambik tisu...""Ijat, tolong ambik cawan...""Ijat, tolong....""Ijat, tolong...."πŸ˜†

seronok. sangat seronok!
bila kita stucked at home ni, pelbagai usaha untuk rasa excited di rumah sendiri, kan. ni la first time kami bbq di tepi halaman ni. halaman rumah pun da sempurna sebagaimana yang diimpikan. maka, aktiviti menyeronokkan ni akan kerap dibuat lah... next in shaa Allah nak tambah 2-3 ekor ikan cencaru, udang dan sotong besar-besar. then buat air asam cili padi! pasti best punyer lah.

πŸ‘Œ
↧
↧

2 gelang pink & 1 gelang biru | Kongsi kisah gelang lama...

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera semua...

semoga semua yg sedang membaca ni berada di bawah lindungan Allah sentiasa. kekal sihat dan ceria hendaknya. kalau ada yang kurang sihat, berdoalah agar segera pulih. sakit pening ni Allah kurniakan sebagai tanda Allah tu ingat kita 😊. jgn berhenti berdoa ye...

satu lagi harta karun yang saya berjaya belek semula bila berkemas hari tu. kisap slip peperiksaan dulu kala, da kongsi cerita kat ENTRI NI, sudilah klik and baca. now nak up entri gelang pink biru pulak.

2 gelang pink & 1 gelang biru | Kongsi kisah gelang lama...
ibu-ibu sure da dpt teka dah gelang apa πŸ˜„.

2 gelang pink & 1 gelang biru | Kongsi kisah gelang lama...
tadaaaaa...

bukan gelang covid-19 ye πŸ˜‚. gelang pink utk kelahiran anak perempuan dan gelang biru utk kelahiran anak lelaki. alhamdulillah... gelang ni memang tak boleh compare langsung dengan gelang emas pulut dakap ke, gelang emas pandora ke, gelang emas coco ke... gelang-gelang pink biru ni amat la tinggi nilainya.
  1. Nurin Nazihah : 23.2.2005 pada jam 9.20 mlm (saya berumur 27 tahun)
  2. Ain Syuhada : 17.1.2007 pada jam 4.11Β  petang (29 tahun)
  3. Muhammad Izzat : 28.7.2012 pada jam 7.38 pagi (34 tahun)
anugerah Allah untuk saya dan suami. amanah... ketiga-tiganya dilahirkan di Hospital Besar, Melaka dan secara normal. meh nak borak-borak 3 perkara berkaitrapat dengan gelang-gelang saya tu.


mengandung tak disangka ?
Syuhada. Nurin masih berumur setahun lebih. tidak meletakkan apa-apa syarat utk anak kedua. tapi, tak la dlm masa terdekat. demam berpanjangan. badan tak sihat. dan datang bulan seperti biasa!!! tup tup disahkan mengandung 5 minggu.
Nurin dan Izzat, memang nak sgt anak. dok kira hari. dok tanda kalendar. dok beli pregnancy test tiap bulan. merasa perasaan kecewa tu bila keluar 1 garisan je πŸ˜”.

pengalaman mengandung paling sukar ?
Izzat. mengandungkan dia pada umur 34 tahun amat mencabar. mengandung kali ni lah baru saya berkenalan dgn morning sickness. aduhai 😣, sebelum jam 10 pagi memang tak boleh buat kerja kat ofis. bila ptg hingga nak ke azan maghrib, dia dtg lagi. tahap mabuk yang bila bercakap pun rasa nak muntah.
sepanjang mengandung, 3 kali berlaku pendarahan. masuk je kandungan ke 7 bulan, sudah sukar utk berjalan 😣. kesakitan di pangkal rahim. bila complete je 36 minggu, pergerakan Izzat amat aktif. alhamdulillah. namun tahap kesihatan saya semakin menjunam. sakit badan. hB kurang daripada 7. memang bertahan aje la... 2 - 3 hari, kesakitan menjadi-jadi sehingga saya mengalirkan air mata πŸ˜”. namun, di waktu itu saya masih lagi keluar bekerja seperti biasa. sehinggalahΒ  2 jam sebelum melahirkan, petanda awal ialah keluar darah...
bila selamat melahirkan dan jelas kelihatan jantina baby - lelaki, seribu satu kegembiraan dan kelegaan bagi saya di pagi tu. sakit selama beberapa bulan tu terus hilang dari radar πŸ˜ƒ.

terasa seksa duduk di ward bersalin ?
Nurin. anak pertama dan kesukaran utk menyusukan awal-awal tu. bersalin kul 9 mlm. jam 12 tgh mlm masuk ward dan terus dpt baby. semalaman tak tidur sebab Nurin menangis saje, tidak berehat. diam bila menyusu. tapi tau la kan, memula tu kan susu tak banyak lagi.Β 
maka, keesokan paginya, bila misi ambik Nurin utk dimandikan, saya turun dari katil dan macam air hujan darah mengalir 😣. memang takde peluang la balik rumah hari tu sebab menjelang tghari, saya disahkan demam hu hu hu hu... tapi malam kedua, saya da bersedialah fizikal dan mental. paksa diri utk bersedia sebab tak nak dok lebih lama di hospital hi hi hi hi...


tiga pregnancy journey. tiga kelahiran. tiga waktu berpantang.
aneka rasa hati dan dugaan. end of it, adalah keindahan 😍  😌.

2 gelang pink & 1 gelang biru | Kongsi kisah gelang lama...

2 gelang pink & 1 gelang biru | Kongsi kisah gelang lama...

semoga ketiga-tiga buah hati pengarang jantung saya ni dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, kecerdikan, kefahaman dan kebaikan yang tiada berpenghujung oleh Allah s.w.t. tanpa diorang bertiga, sunyi sepilah hidup saya dan mr.Asben. memang la menyinga tiap ari, tu da kewajipan sebagai ibu kan mendidik anak dan menegur bila bersalah. namun di sudut hati saya paling dalam, kasih sayang sebanyak-banyaknya buat mereka.

teringin ke bergelang pink / biru lagi ?
πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† udah udah le kan. bagi peluang pada yang muda-mudi. umur baru je genap 42 tahun bulan Oktober lepas. maklumlah, bila da 40-an ni kalau mengandung, byk masalah dari tak bermasalah. takpe la... tapi, kalau tetiba Allah kurnia (kes termengandung la kan πŸ˜€), kecik tapak tangan, seluas lautan di dunia ni kami terima rezeki itu. tambah seri keluarga...

...ok babai!Β 
↧

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera 😊

setelah 18 bulan duduk rumah kecil di pinggir bandar ni, hari ni saya nak kongsi sepenuhnya perubahan halaman rumah. selama 18 bulan ni akhirnya kami dapat memuktamadkan semua yg kami nak buat utk halaman rumah kecil ni 😌.  moga ia beri inspirasi kpd sahabat yg memerlukan inspirasi. sesungguhnya, semua ni tak berlaku sekelip mata ataupun secara sekaligus ye. sedikit demi sedikit. kasik penuh tabung ayam, buat satu projek. kumpul lagi, kasik penuh lagi sekali tabung ayam, on satu lagi projek. now selesai sudah. alhamdulillah.

kongsi di laman blog ni utk dikenang satu hari nanti... ni kira part 1 la ye. akan bersambung dlm part part yg akan datang 😎. berkongsi di blog utk simpanan sendiri dan nak la jadi inspirasi kat org lain. bukan utk menunjuk-nunjuk ye. projek rumah kecik di pinggir bandar Melaka. 

keadaan asal halaman luar rumah saya πŸ‘‡
Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga

sebelum jumpa kaedah buat racun rumput organik, setiap 2 bulan upah sorang warganegara Rohingya utk mesin rumput. keluasan lama tepi saya ni hanya 13'. kecik saje, maka tak la sukar mana nak maintain. and cukup besar untuk kami realisasikan impian kat tepi ni.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
siap berhelmet keselamatan encik Rohingya tu πŸ‘.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
pandangan dari depan. lega pandangan mata bila da bersih.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
pandangan dari lorong belakang rumah.Β 
memang tidak bertembok.

dapat kunci rumah dari pemaju sekitarΒ Jun 2015Β dulu, pelbagai idea bermain di minda saya. nak buat lanskap ala-ala bali la, nak ada edible garden la, pokok bunga warna-warni la. nak konsep green la.
nak ada water fountain lah πŸ˜†. padahal laman sekangkang kera jer pon kan kah kah kah... impian menggunung tinggi! yg pastinya, saya dan mr.asben sama-sama setuju untuk :
  1. simenkan separuh dari laman tepi (bahagian belakang) dan dibumbungkan.
  2. pagar belakang diubah menjadi tembok batu.
  3. longkang kecil sepanjang laman ditutup dan diubah haluan utk laluan air dari bumbung.
  4. laman depan yg dibiarkan - ditanam dgn rumput karpet.
bila tabung ayam dah penuh, maka bermulalahΒ projek yang dirancangkan sedikit demi sedikit. pertama, simenkan laman belakang dan buat tembok belakang. bukanlah niat tak nak bertegur sapa dgn jiran belakang ye, hanya nakkan privasi πŸ˜€. al-maklumlah, lebih mudah menjaga aurat. bab keselamatan pun ye juga la.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
paling saya selesa ialah tembok belakang tu.
yes! privasi πŸ˜ŒπŸ‘.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
nampak tak depan tu? 😳😳😳
lalang lebih tinggi dari paras lutut tau. aduhai! 😩

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
dari pandangan lorong belakang rumah.
😍 paling saya suka kerana dah tak bog*l rumah saya.

bermula dari tu, perlahan-lahan la kami membuat perancangan memperindahkan lagi halaman rumah. di peringkat awal, ada dikongsi dalam entri yang lepas, berhadapan dgn sliding door, saya wujudkan taman mini. sayur skit, pokok bunga skit. tapi tu la, tanah rumah perumahan ni kan tanah keras, susah sungguh nak korek tanah untuk tanam pokok. pokok menjadi api tak la brape elok.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
sib baik ada anak bujang sorang rajin siram pokok πŸ˜„.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
tanah depan ni kami kosongkan je. takde idea yg datang lagi.
pemaju buat longkang kat laman rumah saya ni tak senonoh!
bengkang-bengkok. berlubang-lubang!

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
ruang longkang di sudut ni memang menggerunkan saya.
sangat tinggi. takut salah langkah, kebebum tersembam ke tanah!
kini dah berubah.

dipendekkan cerita, on kan projek extend dapur, tambah tiles di simen belakang serta tutup longkang sepanjang laman tu. saluran air kami ubah.
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ nampak lebih kemas dan selamat. konsep tangga. kalau nak duduk melepak di ptg hari pun ok. nak letak pasu utk hiasan pun ok πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
baru la selesa pandangan mata.
letak kerusi utk lepak petang hari...

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
pokok-pokok bunga ni berubah-ubah tempat.
ikut sedap mata saya la mana nak letak diorang ni πŸ˜ƒ.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga

halaman tepi ni da boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti keluarga dah. selesa dipandang mata. bahagian belakang tu boleh la jadi tempat minum petang, tempat bbq, tempat Ijat mandi kolamπŸ˜„, tempat memasak ke (dapur luar), sidai baju... bahagian depan yang sekarang dah berumput karpet, tambah seri halaman dengan warna hijau. petang-petang boleh la berkaki ayam pijak-pijak rumput.

berjalan berkaki ayam di kawasan berumput, kawasan rata atau pasir pantai, akan bantu beri kesihatan yang lebih baik kat badan kita seperti 😴tidur yang lebih lena, kurangkan rasa murung 😞, baik peredaran darah kat kaki dan hilangkan kesakitan otot πŸ˜ƒ. saya pernah tonton satu video oleh seorang Ustaz (maaf tak ingat siapa) bercakap pasal hal ini. ambil la masa dalam 15 - 20 minit, pagi-pagi, pijak rumput berkaki ayam.Β 

saya ingat fakta ni sebab waktu tu, emak mertua saya baru je baik dari pembedahan tulang pinggul. terjatuh dan tulang retak. masa tu memang suruh bibik bawak emak mertua saya berjalan berkaki ayam di halaman rumah.

Dekorasi Laman | Simenkan laman terbiar menjadi kawasan yang lebih bermanfaat untuk keluarga
elok pula ada sharing dari Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.
saya memang follower fb DMFK.
"JOM EARTHING BADAN dengan berjalan kaki ayam atas rumput."

nota penting : renovasi rumah saya (penambahan dapur, tembok belakang rumah, awning kayu dan simen di halaman rumah) terkandung dlm pelan arkitek dan telah diluluskan oleh PBT.

πŸ‘Œ bersambung di next entry - cat dinding luar rumah.

...bye!
↧

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera...

bersambung lagi la berkongsi cerita tentang rumah kecil saya di pinggir bandar Melaka. part 2😎. sedikit demi sedikit saya ubah demi utk merasa puas hati dan selesa berada di dalamnya. impian kecil yang hanya mampu direalisasikan bila tabung ayam penuh πŸ˜…. selagi tak berat tabung ayam, hmmmm dok diam-diam aje la tinjau ke luar.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
rumah kecil saya di pinggir bandar Melaka πŸ’™.

sebelum ni, saya bercerita tentang simenkan laman belakang dan buat tembok belakang rumah. kini, nak la kongsi kisah nak cat dinding luar rumah sekaligus dengan tembok pagar sekeliling rumah.
Β 
sejarahnya, rumah saya ni ada 2 tona warna - putih dan kelabu. kalau dilihat dari dekat, kualiti cat yg dipersembahkan oleh pemaju amat buruk! finishing mereka amat teruk! aduhai. sgt sakit mata kami melihat rumah sendiri dan rumah-rumah bersebelahan. dah ada dinding-dinding yg berkulat dan catnya mengelupas. ternyata pemaju menggunakan cat yg sangat rendah kualiti. rumah baru berusia 4 thn tapi cat dah mcm rumah 15 thn 😑. sememangnya dari awal kami dapat kunci, dah ada perancangan utk cat semula.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
warna asal .Β 
dari jauh begini πŸ‘, bila mendekat begitu πŸ‘Ž.

lama la juga survey warna cat luar rumah yang trending 2020. apa jenis cat luar rumah yang terbaik. jenis cat yang tahan cuaca panas hujan. mencari idea demi kepuasan hati yang berpanjangan. di peringkat awal, nak maintain warna putih dan kelabu. tapinya... pilih punya pilih, memang saya dan mr.asben tak boleh lari dari warna coklat - tona bumi. kami sependapat seia sekata πŸ’“.

gambar semasa rumah kecil saya ni sedang di makeover πŸ‘‡.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
yg diselubungkan dgn kanvas biru tu adalah pokok-pokok πŸ˜„.
diselubungkan agar memudahkan kerja-kerja mengecat.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
nak kena maklumkan bhw pagar berwarna putih πŸ‘† tidak termasuk dlm proses mengecat ni.
lain harga kalau nak cat bersama.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati

zaman sekarang tak sukar nak survey dan dapatkan quotation utk apa-apapun. kita tak perlu keluar dari rumah, hanya di phone. just taip kata kunci "cat luar rumah Melaka", zasss keluarkan maklumat-maklumat yang dikehendaki. saya menggunakan servis mengecat dari Paintwell Services (klik link utk terus ke fb mereka). recommended πŸ‘ servis terbaik. 3 - 4 bulan sebelum proses mengecat, saya dah pun byr deposit RM50 utk reserved harga .Β 

kesemuanya berjumlah RM4200. harap maklum ye bahawa inilah nilai yang paling rendah saya terima. nilai lain yang saya survey adalah RM4500 tapi tidak termasuk tembok pagar. kalau termasuk tembok pagar adalah melebihi RM6,000.

tapi tu la, bab harga ni tak boleh nak banding-bandingkan sgt. lain kontraktor, lain t&c nyer kan. cat mahal, mahal la. cat murah, murah la kan... terpulang kpd kita mana yang kita rasa selesa dan mampu. ikut juga tempat kot kan. harga Melaka lain, harga KL lain, harga Penang lain. kot la lain kan πŸ˜€.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
saya screenshot laman fb Paintwell Services

kod cat : 50YR 09/244 Red brick, 20YY 45/114 Obelisk, 30GY 76/017 N.B.C White
perincian : Membekal dan mengecat keseluruhan dinding dan siling luar rumah dengan 1 lapisan sealer dan 3 lapisan cat berwarna brand Dulux Weathershield.

pemilihan warna, jenis cat, penjagaan dan sebagainya, saya mengikut nasihat tukang cat la. dah kerja dia, kepakaran dia di situ, saya bersetujulah dgn pemilihan Dulux Weathershield yang disyorkan. begitu begini, apa yang penting ada warranty dan catnya elok dipandang mata.

πŸ‘‡Β  Β  πŸ‘‡Β  Β  πŸ‘‡
...sudah siap!




Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
siling turut sekali mendapat sentuhan dari Paintwell Services.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati
pandangan dari belakang rumah.
memang sgt puas hati 😍.

link tips cara utk cat dinding luar rumahπŸ‘‰ Paintwell Services by Raziq. kebetulan tips ni dirakam bila mengecat rumah saya. saya rumuskan dlm perkataan yg boleh dibaca ye :
  1. mesti guna waterjet bagi cat-cat lama yang da terkopek dan berkulat. kalau tidak dibuat, begitu, cat baru tidak akan melekat dgn baik.
  2. selepas da bersihkan dinding dengan waterjet, sebelum mengecat, wajib cat sealer. tanpa sealer, cat baru tidak akan tahan lama. cat akan mudah terkopek dalam masa 2-3 minggu selepas dicat. faktor cuaca, kejap panas, kejap hujan.
  3. bermulalah dengan cat siling.
  4. kemudian, penjuru dinding atau bingkai dinding. kalau ada wayar ke hape ke, cat sekali. mudah kemudian nak cat dinding dgn roller.
  5. da settle cat dinding, barulah cat bingkai / border tingkap dan pintu.
gitu la sedikit sebanyak perkongsian dari en.Raziq. kerja yang kemas. ikut jadual. selepas mengecat, seluruh rumah kita akan dibersihkan sebaik mungkin πŸ‘.

alhamdulillah 😊. 

penting ye untuk kita beri jiwa pada rumah dengan cat dinding luar rumah. baru terasa selesa melihat rumah sendiri. cat yang berkualiti. kemas. tiga warna iaitu putih, coklat terang dan coklat putih. ia adalah apa yg saya dan mr.asben bayangkan, inginkan, impikan. warna putih tu saya maintain utk bingkai tingkap dan sisi bumbung demi nak sewarnakan dengan pintu pagar utama, pintu-pintu dapur, grill sliding door & pintu masuk rumah sertaΒ  pagar di sekeliling rumah.

kenapa pilih warna coklat (tona bumi) ?
coklat memang warna kegemaran saya. dan kami rasa ia sesuai dengan konsep kayu. kayu? depan dan tepi rumah kami da siap ada awning kayu atap genting. ni kami da buat sebaik saje dpt kunci dulu kala. di halaman belakang pun kami letak impian nakkan awning kayu atap genting juga. ada juga impian nak letak sebuah gazebo di halaman. πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜πŸ˜πŸ˜ ha ha ha ha besar sungguh impian... in shaa Allah.
tu la yg confirm pilih warna coklat.

Cat Dinding Luar Rumah | Warna tona bumi dari Dulux Weathershield menjadi pilihan hati

moga perkongsian saya ni beri manfaat ye kepada semua. kongsi santai-santai saje...

nota pentingΒ : renovasi rumah (penambahan dapur, tembok belakang rumah, awning kayu dan simen di kawasan berumput) terkandung dlm pelan arkitek dan telahpun diluluskan oleh PBT.


πŸ‘Œ bersambung di next entry - kita cat sendirilah pagar-pagar warna putih.
↧
Viewing all 1120 articles
Browse latest View live