Quantcast
Channel: Blog Adianiez
Viewing all 1120 articles
Browse latest View live
↧

Basque Burnt Cheesecake | Sekali adun, terus menjadi mengikut citarasa sendiri...

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜ƒ
salam sejahtera...

amat happy pagi ni. amat indah pagi ni.Β 
sebab sarapan cheesecake 😍 ha ha ha ha...
bukan calang-calang cheesecake tau, cheesecake buatan sendiri.
rasanya sedap sgt, tercapailah KPI tekak sendiri. saya kan peminat cheesecake.

Basque Burnt Cheesecake | Sekali adun, terus menjadi mengikut citarasa sendiri...
rupa takde. rasa cenggini πŸ‘πŸ‘πŸ‘.

Basque Burnt Cheesecake | Sekali adun, terus menjadi mengikut citarasa sendiri...
tepi dan atas tak brape nak burnt. mata dah ngantuk sgt mlm td πŸ˜„.

biasa tgk b.b.c ni bulat, kan? gojes, kan?
kali ni, saya persembahkan b.b.c versi petak πŸ˜„.Β 
bahan nak buat b.b.c semua complete, sesaat sebelum nak mengadun creaam cheese, baru nak cek loyang.
ha ha ha ha loyang bulat semua kecik naw naw naw.
tu yg menjadik versi petak.

resepi?
alahai, resepi google jer pun. youtube. blog. fb.
then, saya pun tgk apa resepi yg bahannya mudah nak dpt, cara pun senang. saya pun try an error sendiri la.
olahan bahan tu ikut rasa hati πŸ˜„.

RESEPI :Β Basque Burnt Cheesecake
500g cream cheese philadelphia
200g whipping cream emborg
150g gula castor
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
20 tepung gandum

cara yg simple :
  1. cream cheese mesti dah lembut ye. mix kan hingga gebu.
  2. masukkan gula castor dan mix lagi hingga gula cair dan adunan lebih gebu.
  3. masukkan telur satu-persatu. mix perlahan-lahan agar adunan tu mencair dan cantik.
  4. tepung pula dimasukkan, gaul rata.
  5. barulah dimasukkan whipping cream dan esen vanilla. ni kacau perlahan biar dia sebati je. jgn mix, nanti whipping cream tu problem.
  6. SIAP adunan. sila bakar dlm oven suhu 200 darjah celcius selama 70 minit. bergantung kepada oven jugak ni. kena faham oven sendiri.

Basque Burnt Cheesecake | Sekali adun, terus menjadi mengikut citarasa sendiri...

ada juga baker yg buat b.b.c ni dgn blender or food processor.
masukkan semua bahan and on the blender. zasss lagi cepat!
tapi saya nak ler manfaatkan hand mixer saya tu kan. blender bekerja keras utk masak harian.
kasik la dia peluang berehat.

puas hati saya. sgt puas!
hingga bawak bekal b.b.cΒ ke ofis utk breakfast. aduhai... abis diet!
bila makan sendiri, bahan-bahan tu memang saya beli yg bagus. cream cheese philadelphia tu memang recommended.
lain-lain jenama boleh je, like tatura. tu yg paling glamer la kan.
lepas ni maybe saya nak try dgn tatura, berbeza jauh tak rasa sedapnya.

b.b.c ni if beli 1 whole kek tu, tak kurang RM70.
1 slice saya pernah beli RM8. sgt sedap, teringat-ingat sampai sekarang!
sgt sedap sehingga tak terasa membayar 1 slice RM8.Β 
bahannya pun tak murah. cream cheese dan whipping cream jer dah lebih RM30.Β 
nak best, buat sendiri. puas makan uolls!

yes yes yes yes...
apa yg tertangguh nak buat weekend lepas, dah pun terlaksana.
anak-anak pun happy.
mr.asben pun kata sedap.
alhamdulillah... legaaaaa...

😌😌😌
↧

Catuan Air Di Melaka | Bila bekalan air tiada di hujung minggu...

$
0
0
assalamualaikum 😊
salam sejahtera...

jam di laptop ni now tepat 11.11 mlm.
anak-anak dah tido. mata saya lom ngantuk 😳. di tv, takde plak yg menarik perhatian...
timbul la idea few minutes ago utk menaip di ruang blog. kalau ada rezeki korang karang, saya blogwalking lah ye...

hari ni tak ke mana. kemas rumah. masak. lipat baju segunung πŸ˜„.
yesssss tiada lagi gunung-gunung baju di rumah saya. yahooooo...
selain tu. kopek bawang putih, bawang merah dan blend halus. ready to masak anytime.
ada plak stok cili merah seplastik. saya blend separa halus jugak and masuk dlm tupperware.
senang nanti nak masak-masak.

seantero Malaya dah tau yg Melaka sekarang dah masuk bulan ke-2 mencatu air rakyatnya.
empangan dah kurang air. kemarau!!!
pokok-pokok pun dah byk yg kering, layu, tak bermaya...
hujan oh hujan... di manakah kau hujan?
lama sgt dah ni bumi Melaka tak lencun disimbah hujan lebat. rinduuuuuuuu...

Catuan Air Di Melaka | Bila bekalan air tiada di hujung minggu...
di singki dapur, baru tadi saya keluarkan tong air ni.
siap-siap letak pesanan - AIR UNTUK CUCI TANGAN SAHAJA!

bukannya apa, anak-anak dah biasa nampak tong ni utk minum air, ada karang diorang tadah dlm cawan and minum plak πŸ˜†. naya!!!
sebelum ni tak terasa sgt bila takde air kat rumah sebab catuan air berlaku hanya di hari bekerja.
esok, Ahad oii, takde air plak πŸ˜’.

Catuan Air Di Melaka | Bila bekalan air tiada di hujung minggu...
mesej dari grup taman perumahan...

Catuan Air Di Melaka | Bila bekalan air tiada di hujung minggu...
ni jadual rasmi yg dikeluarkan oleh SAMB.
next week sabtu plak takde air 😁😁😁. saya plan dah nak ajak mr.asben naik KL, rumah kakak.

Catuan Air Di Melaka | Bila bekalan air tiada di hujung minggu...
ni tong-tong air di 3 tandas dlm rumah saya ni.
ni dah standby dah dari hari pertama takde air.

air suam pun saya da siap-siap isi dlm botol. separuh da masukkan dlm peti ais.
kadang-kadang anak-anak ni nak air sejuk. sebelum ni diorang da terbiasa dgn cuckoo tu jer.
air suam. air sejuk. air panas. tekan jer button...
ni bila air di pili takde, cuckoo pun abis la air dlm tank nyer kan. hu hu hu hu hu... terpaksa korek balik botol tupperware dlm kotak, isi air berbotol-botol.

bila bekalan air takde time hujung minggu ni, pada saya - sgt sukar!!!
maklumlah kan. bila hari cuti ni, aktiviti di rumah penuh.
sarapan pagi.
minum pagi.
makan tghari.
minum ptg.
makan mlm.
masak-memasak non-stop. singki tu 24 jam basah je. hu hu hu hu hu hu...
kami pun kalau mandi, memang tak kurang 30 minit dlm bilik air tu. terutama Ijat, siap menyanyi-nyanyi, menari-nari bawah shower air hujan tu πŸ˜„.

bila takde air, korang ghase???!! πŸ˜–πŸ˜– Β  Β  πŸ˜”
saya da plan dah. esok lepas subuh terus nak masak. sebab air akan start takde kul 10 pagi, kan.
buat sarapan sekaligus lauk membawa ke mlm.
baju dah siap cuci dah tadi. so esok just sidai jer lah...

pe pun, kena redha... sabar...
terkenang dulu time blaja masters di UKM, subjek International Development Law, saya blajar tentang SDGs (Sustainable Development Goals - United Nations).

Sustainable Development Goals United Nations

one of the goals is πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘† number 7 - CLEAN WATER AND SATNITATION.
semua org ada akses kepada air bersih. masih ada negara yg rakyatnya dinafikan akses kepada sumber air bersih.
tiada air!!! ni menjurus kepada tidak sihat, penularan wabak penyakit kerana tidak bersih!
salah satu contoh la...
negara kita ni majoriti dah ada akses kepada sumber air yg persih. sistem perpaipan yg baik.
still ada tempat yg sgt pedalaman yg masih menggunakan sumber air perigi, air sungai... tapi tak la byk kot kan. pokok pangkalnya is ADA AIR.
masa depan???
dah la bumi kita da semakin panas. tempat tadahan hujan dah gondol dek pembangunan. hujan dah jarang-jarang πŸ˜”πŸ˜”.

aduhai...

tu yg tak la marah di atas keputusan kerajaan Melaka utk melaksanakan catuan air ni. faham. sedar. tahu...
moga langkah ini akan memberikan kesan yg signifikan kepada keadaan di Melaka ni.
jgn la keadaan bertambah teruk, ya Allah. permudahkanlah...

ok la...

sampai tu jer la borak-borak di tgh mlm ni.
saya nak gi jengah dapur jap lah. mana le tahu ada perkara-perkara yg boleh saya buat di tgh mlm ni.
alang-alang mata tak ngantuk lagi kan.

bye.
have a great Sunday uolls...
↧
↧

Ikrar PT3 | Kejayaan milik kak Nurin Nazihah :)

$
0
0
assalamualaikum.
😊 salam sejahtera semua...

Isnin dah pun menjelma. alhamdulillah...
a fresh new week. a fresh new energy. in shaa Allah πŸ˜ƒ.
and hari ni hari pertama Ujian 1 utk kak Nurin. ke arah PT3.
moga A la semua result kak Nurin. aminnnn...
nampak kesungguhan dia baca buku. sepanjang hujung minggu kejap kejap je dia rest kan diri bermesra dgn adik-adiknya.
other than that, dia terperap dlm bilik...

tu yg nak share cerita.
Jumaat lepas, ada majlis di sekolah kak Nurin utk anak-anak Form 3 dan Form 5.
majlis diberi nama "Bai'ah Imtiyaz & Jawahir Mumtazat PT3, SPM".
anak-anak ada angkat ikrar ke arah komitmen belajar utk keputusan exam yg cemerlang.

Ikrar PT3 | Kejayaan milik kak Nurin Nazihah  :)

saya tiba awal di sekolah kak Nurin. dlm jam 1.30 da berjumpa.
sempat lunch dgn dia di pondok bawah pokok. beli nasi lemak dan kuew teow goreng. air mineral.
then, solat zuhur. kul 2 ptg saya dah pun berada dlm dewan. antara yg pertama juga la...

Ikrar PT3 | Kejayaan milik kak Nurin Nazihah  :)

Ikrar PT3 | Kejayaan milik kak Nurin Nazihah  :)
bersama puteri sulung kebanggaan keluarga πŸ’œ.

Ikrar PT3 | Kejayaan milik kak Nurin Nazihah  :)
sebelum majlis bai'ah, ada slot motivasi keibubapaan bersama kaunselor jemputan.

as usual, ada la skit sessi air mata di antara ibu ayah dan anak-anak.
sessi yg singkat tapi amat bermakna. love it. dpt la saya dan kak Nurin masa "bersama" seketika.
sempat la bisik kat dia, "5 bulan akan dtg, kakak work hard skit ye. end of the year, enjoy!".

aduhai anak...
tabah la ye.
tak mudah bila menuntut ilmu dan ingin berjaya.
byk benda nak kena korbankan... ibu ayah will support u all the way. in shaa Allah 😌😌    😍...

😌😌😌
↧

Wanted: A New Blog List for March-July 2020

$
0
0
assalamualaikum 😊
... salam sejahtera.

Wanted: A New Blog List for March-July 2020

join segmen by Anis.
dah lama x join any segmen. ada free time ni hah, join satu 😌.

sukar nak kata pe favourite food saya, Anis.
now semua yg anak-anak nak, saya sediakan... saya belikan...
dan saya ni tak le cerewet sgt bab makan.
western. eastern. chinese food. indian food. makanan kat Hatyai semua saya makan, janji halalan toiyibban.

πŸ˜‹Β  Β πŸ˜‹Β  Β πŸ˜‹
↧

BEEHA MENCARI BLOGLIST BARU

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera 😊
join another segmen pagi ni.

BEEHA MENCARI BLOGLIST BARU

today last day!!!
sib baik sempat.
Beeha, please count me in 😎.
↧
↧

Kotex Facial Cleansing Brush | Untuk anak-anak dara cuci muka

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera πŸ˜€.

happy.
alhamdulillah.
dari mlm td, lebih kurang jam 9 mlm, Durian Tunggal hujan lebat. hingga ke subuh td.
now, few minutes lagi nak azan Zuhur,di Bukit Baru pun hujan. masih hujan dari pagi 😍😍😍.
lega la pokok-pokok di Melaka ni.
hujan seharian. dpt la diorang kembali segar bugar.

ptg ni, nak share satu gajet kecantikan terbaru utk anak-anak dara saya πŸ‘‡Β Β Facial Cleansing Brush.
da lama mencari utk diorang. utk tambah mutu dan keunggulan kepada rangkaian cuci muka diorang.
saya guna facial brush mahal skit la, mary kay skinvigorate cleansing brush πŸ˜ƒ.
muka dah berumur, kena up skit lah kan dari anak-anak haha ha ha ha...
elok sgt kalau guna cleansing brush time cuci muka. rata. bersih hingga ke dlm. muka pun segar...

Kotex Facial Cleansing Brush | Untuk anak-anak dara cuci muka

Kotex Facial Cleansing Brush | Untuk anak-anak dara cuci muka
comel, kan 😍. sorang satu... hijau & pink - ikut pilihan memasing.

Kotex Facial Cleansing Brush | Untuk anak-anak dara cuci muka

tak beli pun. free je beli kotex pad πŸ˜‰.
bukan brg free yg sebarangan tau. brg yg berkualiti.
bulunya lembut. tak menyakitkan kulit muka. nice jer...

why saya beri these cleansing brushes kpd anak-anak dara?
sesungguhnya lebih baik cuci muka guna this brush dari guna tgn kan.
yes la, saya tahu, sebab saya dah lebih 2 thn guna mary kay skinvigorate cleansing brush.
lebih bersih.
terutama di tepi-tepi hidung tu. jerawat sgt suka di persekitaran hidung tu πŸ˜“ hu hu hu...

Kotex Facial Cleansing Brush | Untuk anak-anak dara cuci muka
elok kan?

hujung bulan ni, shopping brg rumah, if ada lagi kotex pad free cleansing brush ni, saya nak beli lagi.
tak rugi pun. kotex pad tu memang pakai.
cleansing brush tu pun pakai. berbaloi!

😏
kotex ni bagus. brg free nyer always bermutu dan praktikal.
terbaik kotex!
πŸ‘πŸ‘
↧

Parcel Delivery Ikea Hanya RM15 Hingga 1 Mac | Amat berbaloi untuk saya!

$
0
0
assalamualaikum...
salam sejahtera semua 😏

salam 1 Rejab buat semua Muslim readers 😌😌😌.
moga mulai hari ni, kita mula istiqomah dlm amal ibadah.
waktu utk berubah.
waktu utk melatih diri ke arah lebih baik. in shaa Allah...

3 hari bekerja tak masuk ofis, pagi ni, laju jari-jemari ni cek email, cek website jabatan, cek and cek everything.
clear kan semua a.s.a.p.
bila kerja hakiki saya ni melibatkan website kursus jabatan, bermaksud tidak boleh delay apapun.
ia kena bergerak secara terus tak kira la saya masuk atau tak masuk ofis.
dari phone boleh je. cuma, ada beberapa dokumen nak kena prepare dulu utk upload masuk sistem kan.
yg tu, kena masuk ofis. dok depan desktop 😳 menaip la keje nyerrrr πŸ˜„.
now, kul 11 pagi, baru la dpt buat regangan otot, releks jap. semua dah settle buat masa ni. alhamdulillah... tiada keje tertunggak dah.

nak share info πŸ‘‡. moga beri manfaat la kan...
semlm dah pun trima parcel from Ikea. πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ happy tak terhingga!
bila barang da dpt, baru la saya berani nak share.
kebetulan masih ada time utk korang juga shopping online di Ikea mcm saya.
online tau.
dan delivery hanya RM15. ok kan πŸ˜…. bagi saya yg berada di Melaka ni amat la berbaloi.
dari kos petrol & tol nak ke sana. breakfast dulu. then lunch kat sana. ntah2 lajak ke dinner πŸ˜†.
lebih RM15 selalunya semua tu.

Parcel Delivery Ikea Hanya RM15 | Amat berbaloi untuk saya!
normal charge adalah RM25.
RM15 ni hanya dari 13.1.2020 hingga 1.3.2020 ye.

Parcel Delivery Ikea Hanya RM15 | Amat berbaloi untuk saya!
dengan syarat πŸ‘‰ brg kita semua tu mesti kurang dari 24kg dengan panjang setiap item tu kurang dari 1.6m.

Parcel Delivery Ikea Hanya RM15 | Amat berbaloi untuk saya!
kalau pembelian korang capai RM500, dpt plak buat instalment 6 / 12 bulan bila bayar guna kad kredit 😎.

Parcel Delivery Ikea Hanya RM15 | Amat berbaloi untuk saya!
tadaaaaaaaaaaa...

Parcel Delivery Ikea Hanya RM15 | Amat berbaloi untuk saya!
gembira dgn semua brg yg saya terima.
malam tadi dah unboxing semuanya dah... later, saya share ye gambarnya.

takde pe pun yg penting sebenarnya nak saya beli.
brg2 kecil melengkapkan keperluan rumahtangga.
  1. MOSSLANDA - ni plan nak letak di dining hall, berdekatan dgn soket plug 3 pin. ni port utk caj telefon. so, ada mosslanda ni terlekat di dinding, akan lebih mudah la letak phone.
  2. BERGENES - ni stand utk phone & tablet. saya beli 3. mudah bila travel. memasing ada memasing punya phone stand. RM4.90, ok la. phone stand saya sekarang di ofis pun RM5 beli di Family Store.
  3. PARKLA - utk saya letakkan toto kat rumah. dulu, rumah lama, ada almari khas di bilik belakang. now, konsep rumah saya adalah minimalis, less almari. maka, dah pun jumpa beg khas utk toto. dan seragam πŸ‘.
  4. ALKALISK - bateri alkali. ni mr.asben yg kirim. buat stok kat rumah.
  5. SKUBB - ni hanging storage dgn 6 compartments. ni memang da sgt lama saya nak beli! tapi tu la. takde peluang nak menjengah ikea Cheras. again, rumah saya less almari. more to open wardrobe - byk bergantung. so, ni la dia aksesori yg sesuai.
  6. PLURING - clothes cover transparent. ni pun saya beli mengganti cloth covers yg lama-lama. uniform saya, blazers saya dan mr.asben and few baju-baju perlu ada cover. and this sgt menyelesaikan masalah saya. transparent white. sgt cantik.
πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

ada yg berkeinginan?


klik klik klik la ye website ikea. gaji pun dah masuk kan ✌.
↧

'Kegilaan' Terbaru | Bayam Brazil : Demi nak pulihkan penyakit anemia anak

$
0
0
assalamualaikum....
dan salam sejahtera πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ.

semoga semua readers sihat sebaiknya.
now Malaysia dah naik ranking berkaitan penularan COVID-19. Allahu πŸ˜”.
berkat bulan Rejab ni, sama2 la kita umat Islam berdoa agar sentiasa dipelihara dari penyakit berjangkit ni.
sesungguhnya semua dlm tgn Allah. aminnnn...
lebih seminggu juga blog kecil ni tidak ber'update'.
kesibukan melanda empunya blog di office mahupun di rumah πŸ˜€.
ni pun short update jer lah.
demi mengisi kekosongan...

'Kegilaan' Terbaru | Bayam Brazil : Demi nak pulihkan penyakit anemia anak
bayam brazil yg sedia utk ditanam semula.
moga menjadi lah ye.

sekarang, selain dari saya suka replant rose jepun, bayam brazil pun dah menjadi 'kegilaan' saya. replant and replant and replant.
ptg semlm dah replant kali ketiga.
1-2 pokok tak muai sgt. kami di rumah memang makan bayam brazil ni semangkuk penuh.
anak-anak semua saya paksa makan.
masak as sayur campur or dijadikan ulam begitu saje.
memang menyeringai lah anak-anak bila kena makan ia secara raw gitu kan πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….Β 

lebih la saya menjadi taksub dgn sayur-sayur ni ialah bila last few weeks, Syuhada, anak kedua saya tu disahkan anemia yg kritikalπŸ˜”. aduhai...
so now, before next check up on 23.3.2020, saya menjadi doktor part time kat rumah.
sediakan makanan yg berkhasiat utk dia. kerahan makan ubat πŸ˜„.

anemia ni adalah satu penyakit kurang darah di mana sel darah merah (hb = hemoglobin) di paras tidak normal!
dulu saya memang ada problem hb less than 9 setiap kali pregnant. the lowest pernah pergi was 7 πŸ˜”. alhamdulillah tiada masalah dgn kandungan di waktu tu.
pada 21.2.2020 ari tu, Syuhada dihantar ke GH Melaka bila klinik cek hb dia = 4.6😳.
dari KK Durian Tunggal, di hantar ke GH Melaka menaiki ambulans tau. tak dibenarkan ibu bapa menghantarnya. immediately la kata nyer.

'Kegilaan' Terbaru | Bayam Brazil : Demi nak pulihkan penyakit anemia anak

selain dari bayam brazil, saya usaha jugak la yg lain - tomato. pisang. kacang panjang. kacang buncis. susu. hati ayam. kurma. kismis.
hingga nak meleleh la air mata Syuhada bila mana dia dipaksa makan semua di atas πŸ˜„ ha ha ha ha...
saya amalkan yg mudah-mudah je.
doakan Syuhada ok ok ye. tak perlu la dia nak kena lalui proses pemindahan darah nanti on 23.3.2020. keputusannya lebih baik ari 4.6 tu.

ok. done satu entry hari ni.
kata nyer short update. panjang berjela gak ni πŸ˜†.
tu la. bila dah mula menaip di blog, mana boleh skit skit kan. masa bukan senang nak carik.

till then, πŸ’— bye for now.
↧

7 Best Pizzas In Kuala Lumpur That You Can't Miss

$
0
0
assalamualaikum...
πŸ˜ƒ salam sejahtera.

pagi-pagi yg menjemput rezeki ni, nak kongsi cerita tentang pizza.
pizza. all time favourites rakyat Malaysia kan 😍.
tak perlu dah nak ke Itali la... Malaysia ni dah sangat popular dah pizza ala Itali ni.
yg paling familiar la, meniti di bibir kita adalah seperti Pizza Hut dan Dominos Pizza.
ni paling mendapat tempat di hati kita.

tapi...
nak cerita kat orang-orang Lembah Klang & Selangor, sangat la beruntung.
terdapat banyak restoran pizza yg ohsem! ... pizza dibakar dalam oven kayu πŸ˜ƒ.

1. Patty & Pie, Petaling Jaya

FoodPanda Malaysia Delivery
toppings yg pelbagai. macam nak order semua dalam satu masa! πŸ˜ƒ

FoodPanda Malaysia Delivery

pizza?
burger?
cheese?
πŸ˜‹ just name it. ajak kawan-kawan melepak, makan-makan lepas kerja. perfect πŸ‘Œ.


2. WOP (Wood-Fired Oven Pizza), Shah Alam

FoodPanda Malaysia Delivery

nampak tak betapa tradisionalnya proses bakar pizza tu?
omputeh kata, the smoky flavour yg buat satu-satu pizza tu extraordinaty sedap 😍.


3. Fahrenheit 600 - Solaris Dutamas


satu lagi tempat best ☝. doh pizza yang diuli sendiri. toppings yg pelbagai.
coffee?
yes, available here. kopi dan pizza is wow!
boleh juga order pasta, burger or tacos. yummy!


4. Enorme Italian Restaurant, Petaling Jaya

FoodPanda Malaysia Delivery
jiwa Asia sangat kan bila ada telur separuh masak tu di tengah 😍.

'enorme' bermaksud enormous atau sesuatu yg amat besar!
yes, amat besar - pizza berdiameter 21"😲.
ada juga saiz kecil dan besar. terpulang kepada selera masing-masing.

FoodPanda Malaysia Delivery


5. Ciccio Bar Pizzeria, Bukit BintangΒ 

FoodPanda Malaysia Delivery

satu lagi tempat makan pizza yang dapat 5 bintang dari kebanyakan yg dah datang makan.
di Bukit Bintang.
aduh aduh aduh... memang boleh rambang mata nak order pizza apa, kan 😍.


6. Sassorosso, Lorong Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur

FoodPanda Malaysia Delivery

saya sgt teringin nak berada di tepi brick oven tu dan ambil pizza dari dalam.
nak rasa bahang kesedapannya di situ jugak! ala-ala zaman batu dulu kala πŸ˜„.
mostly restoran pizza mesti ada this kind of oven which akan menarik perhatian pencinta pizza.
bila dah cinta, kita surely nak rasa yg perfect, kan. orang KL, sila la menjengah ye...


7. Proof APW, Wilayah Persekutuan

FoodPanda Malaysia Delivery

wood fired oven ni one thing la saya boleh imagine... bau harum pizza tu the moment kita melangkah masuk ke restoran.
wah..... nikmat mana la yang nak kita dustakan di saat tu, kan.
masih boleh menghidu harumnya... boleh merasa enaknya...

😎😎😎

so, camne?
terasa nak makan pizza dah?

πŸ˜€ jgn risau. kesemuanya mungkin pada bila-bila masa di mana-mana - pizza delivery!
yes, standard la, bila tiba-tiba terasa lapar di tgh mlm atau di petang hari kat office tu, pizza la yang kerap jadi pilihan, kan.
order satu, boleh makan ramai-ramai dengan gembira.
satu keping seorang, kegembiraan dikongsi sama-sama.
trustedΒ - FoodPanda Malaysia Delivery la.
one thing, gunaΒ pizza deliveryΒ yang ni, sangat convenient nak pilih restoran pizza yang bagus.Β 
for Muslim, check status halalnya. tu wajib!
listed restoran yang terbaik saje. ni untuk menjamin yg kita puas makan apa yang kita tempah.
moreover, FoodPanda Malaysia Delivery, konsep tempahan yg mudah, pembayarannya pun selamat.
kita tunggu saje di muka pintu 😎.

zaman sekarang is zaman wajib jimat masa.
jangan buang masa driving here and there, terutama di KL.
saya tahu sangatlah. kalau ada assignments di KL, sangatlah mengelak nak pergi.
biarlah bersarang di Melaka ni hah, trafik lights jer lah yg berderet πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„. tapi takpe, sanggup! ha ha ah ha...

πŸ‘ŒΒ  Β 

πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ
↧
↧

Politik | Kabinet yang ada sinar...

$
0
0
assalamualaikum 😊
17 Rejab hari ni. bulan penuh mlm tadi kat rumah saya.
Syaaban is coming... in shaa Allah.

dan peristiwa penting dalam negara kita adalah - tertubuhnya Kabinet Malaysia bwh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
siapa pernah sangka bhw TSMY yg akan lead kabinet Malaysia sehingga PRU akan datang?Β 
politik...
semuanya mungkin, kan. di luar jangkaan.

Politik | Kabinet yang ada sinar...

saya berminat nak tulis tentang ni pagi ni adalah sebab saya nampak 'sinar'.
sinar bagi memartabatkan semula syiar Islam di bumi Malaysia. memperkuatkan benteng bangsa Melayu. memperketatkan perpaduan kaum di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.
ini pendapat peribadi saya la ye 😊.
bila kita bekerjasama, saling hormat-menghormati dan bersemangan kenegaraan, negara akan aman.
suara majoriti mesti dihormati.
raja berdaulat. jgn diketepikan. tu la simboliknya negara kita ada institusi beraja.

menteri lain saya tak brape la nak komen panjang.
tu dia - Menteri Kewangan. menerajui jabatan saya mencari rezeki.
background kewangan yg bagus. pengalaman di dalam bidangnya yg tak boleh nak disangkal lagi.
moga boleh membawa negara ke satu tempat yg selamat. memacu ekonomi negara ke satu tahap yg terbaik, kan...

di saat ekonomi dunia sedang merudum teruk ni, tetap kita mesti ada semangat.
usaha mesti kena ada meskipun dijangkakan ada recession yg teruk 1-2 tahun akan dtg.
sesungguhnya Malaysia ada rekod yg bagus menangani recession, kan.
maka dgn Menteri Kewangan yg baru ni, pasti ada sinar.

ok. sekian.
hal politik ni tak boleh nak taip perkataan lelebih πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.
↧

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

$
0
0
assalamualaikum πŸ˜€ salam sejahtera.

last 2 weekends saya sefamili ni ke kelantan, stay 1 mlm di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Putih.
last minute plan. kebetulan kak Nurin takde kelas tambahan on Sabtu. alhamdulillah.
mr.asben ada keje di Kelantan.
kami semua temanlah. maka. mr.asben kena belanja kami dok hotel yg ohsem la kan 😍.

resort ni di tepi pantai Bisikan Bayu.
pantai yang panjang, luas dan indah...
buat kami yg dtg dari sebelah barat Malaysia, memang sgt menghargai kecantikan pantai di pantai timur ni.
tak sama...
tak serupa...
sape tau kenapa, tau jer la kan 😎.

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort
dah lama berhajat nak stay sini. akhirnya mendpt 😎. best!

hotel bersih. luas. indah.
kebetulan kami dtg menginap di musim bukan cuti sekolah or cuti umum, memang lengang la kawasan persekitaran.
boleh la snap gambar sesuka hati πŸ˜ƒ.

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

sampai kat luar je dah terasa bahagia. lom lagi masuk ke bilik kami nak bermalam.
ok ke?
kurang ok ke? πŸ˜’
bertolak dari Melaka sebelum subuh, tiba di resort dlm jam 2 ptg, hmmmm memang semua nak melurus jer la kan.
Izzat dah excited nak swimming!

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort


Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort
Izzat excited bila tgk bilik mandi boleh dilihat dari ruang tidur πŸ˜€.
"Syuhada mandi, Ijat boleh tgk ha ha ha ha ha ha". bukan main besar gelak dia time tu, menyakat kakak-kakak.
bila saya tutup je bidai, πŸ˜‚ menjerit diorang 3 beradik.

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort
kesemua bilik-bilik di resort ni mempunyai view yg indah dan menyamankan.
yes. kedudukan resort ni kat di lagoon πŸ‘‡.

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort
kedudukan Tok Aman Bali Beach Resort (satellite view) πŸ‘† dapat mana-mana bilik, pasti dapat view yang sangat ohsem.

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

nice kan view dari bilik. aman. tenang. memang sgt sesuai utk kami yg ke mari nak bertenang.
tidak bising dgn bunyi-bunyi yang tidak sepatutnya.
sepi yang membahagiakan semua yg dok sini.
last minute reservation, saya direct di website resort - RM245 with 3 breakfasts.
πŸ‘Œ great offer.

the next morning, kami sarapan di cafe resort.
bayaran tambahan utk Syuhada RM28 dan Izzat RM14.
makanan yg sedap. ada nasi hujan panas dgn kari ayam yg sgt sedap! πŸ˜‹
juga cicah dgn cekodok.
wow! sarapan pagi yg mengenyangkan dan menyenangkan.
nak ke cafe pun sempat bergambar di sana sini ruang cantik resort πŸ˜„.

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort
my πŸ’šπŸ’šπŸ’š

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort
kesayangan kakak πŸ’™πŸ’™πŸ’™

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort
ha ha ha ha bagi la peluang sesekali ibu posing kat buaian gantung ni πŸ˜„.

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort
berlatarbelakangkan swimming pool yg luas πŸ‘.

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort
ehem ehem 😍

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort
Β Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti ke Kelantan | Tok Aman Bali Beach Resort

kali ni kami ke kelantan memang stay di hotel saje.
takde ke mana-mana pun. just enjoy jalan-jalan sekitar hotel.
sebelum-sebelum ni, saya akan hanya stay di holiday villa hotel, kota bharu. sebab dlm kepala sibuk lah nak shopping kat wakaf che yeh πŸ˜„.
musim-musim Covid-19 ni, tak nak la shopping shopping. ikat diri dari shopping!!!

so, tok aman bali beach resort ni memang sgt tepat dgn apa yang saya plan.
lepak dlm area resort pun sgt puas hati!

πŸ˜ƒπŸ˜ƒ πŸ‘ŒπŸ‘Œ
... to be continued - Part 2.
↧

Hari Ke-2 Malaysia Berehat | Perintah Kawalan Pergerakan 18-31 Mac 2020

$
0
0
assalamualaikum 😌

apa khabar semua?
hampir tamat hari ke-2 kita dlm Perintah Kawalan Pergerakan.
SILA DUDUK DI RUMAH - rayuan PM kita mlm semlm, kan.
sayu mendengar...
umpama nasihat dari seorang abah bagi saya.
betapa degil la kebanyakan anak-anak abah.
yg sibuk beli secara panic!
yg sibuk nak balik kampung.
yg sibuk lah nak minta izin keluar negeri dgn polis.
aduhai Malaysian...

Hari Ke-2 Malaysia Berehat | Perintah Kawalan Pergerakan 18-31 Mac 2020

Hari Ke-2 Malaysia Berehat | Perintah Kawalan Pergerakan 18-31 Mac 2020

hari ni pula, Menteri Pertahanan dah pun announced utk minta bantuan askar, kalau-kalau sukar sgt nak kawal Malaysian.
saya setuju.
sebab askar ni agak bagus dlm bab ni. mereka garang. mereka mesti dpt perangi org-org yg degil ni.

and ada lagi 4,000 org yg join tabligh masih belum tampil utk buat saringan covid-19 ni.
Allahu Akbar. tolong lah tampil.
tgk la muka isteri dan anak-anak. tgk la muka ibu ayah. tgk la muka anak-anak saudara.
tampil lah.
kalau positif, ada rawatannya dan dah ada pun yg pulih dan balik rumah. in shaa Allah... tampil lah!

bekerja dari rumahπŸ˜€.
saya dan mr.asben sama-sama bekerja dari rumah sehingga 31.3.2020 kelak. in shaa Allah.
bekerja kah kami? πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
seharusnyalah kan. kami menunggu arahan dari semasa ke semasa dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
dok di rumah. pastikan telefon on sepanjang masa.

anak-anak cuti sekolahπŸ˜€.
time saya menaip ni pun, Izzat dan Syuhada ada kat belakang ni hah.
kak Nurin dlm bilik. ntah apa la yg dibuatnya.
diorang ok je. happy.
minggu ni saya takde ganggu sgt hidup diorang. but dah pun informed them clearly, "next week ada jadual belajar..."
πŸ˜…  😊😊

memasak & catuan airπŸ˜“.
Melaka masih dlm fasa catuan air. selang sehari la kami dpt menikmati air sepenuhnya.
seksa!
bertambah plak di dlm kawalan pergerakan ni kan. memasak utk seisi keluarga. di larang keluar rumah.
aduhai, seksa!
contohnya, hari ni (19.3.2020), air takde. sebelum jam 10.00 pagi tadi, berposak la saya buat sarapan merangkap makanan tghari.
jam 10.30 pagi gitu, air pun kering di paip sinki. bertabahlah rakyat Melaka. berkorban demi masa depan.

... akhir kata di mlm ni, moga ikhtiar kita semua dok rumah, dpt la mengurangkan penularan covid-19 ni.
moga pihak berwajib dpt menumpukan perhatian kepada kes-kes sedia ada dan mencari 4000 org tabligh yg belum lagi tampil buat saringan.
jgn kita-kita ni ingkar dan menyukarkan lagi kerja-kerja pihak berwajib.

😌 Β πŸ‘  😌
↧

COVID 19 | Langkah-langkah selepas membeli barang

$
0
0
assalamualaikum 😌.
selamat petang...

hari ke-5 Malaysia berehat - Perintah Kawalan Pergerakan 18 - 31 Mac 2020.
hari ke-5 juga la saya setia duduk di rumah, keluar sekadar di laman rumah.
baru 5 minit yg lepas, saya melepaskan mr.asben keluar. ke Mydin MITC.
berat nak melepaskan dia keluar. risau!!!
kita tak tahu sape yg positif, sape yg negatif! ramai yg merahsiakan. ramai yg menafikan.
sehingga menyebabkan beberapa pegawai di KKM beberapa hospital dijangkiti πŸ˜“.

pagi tadi, disahkan kematian mangsa covid 19 yg ke-9.
seorang doktor pakar di Perlis. hmmmmmm marah juga baca kisah arwah ni.
namun, apakan daya. semua di tgn Allah. Allah jua yg menentukannya...
moga keluarga arwah tabah...

saya nak kongsi langkah-langkah selepas membeli barang, balik rumah je πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ ni la dia yg kita kena lakukan.

COVID 19  | Langkah-langkah selepas membeli barang

  1. buka topeng muka, masukkan dlm plastik dan buang ke dalam tong sampah.
  2. jgn sentuh ahli keluarga!!!
  3. terus ke tandas - buka pakaian, rendam dlm air sabun serta-merta.
  4. mandi. sabun seluruh anggota badan.
barulah boleh bersosial semula dgn ahli keluarga.
kita mampu mengekang penularan covid 19 ni. in shaa Allah.

yg kelakar bila baca timeline fb hari ni, kisah para suami yg salah beli barang dapurπŸ˜†.
suruh beli 5 brg, dibawanya balik 15 brg.
disuruh beli halia, dibawanya balik lengkuas la, kunyit la.
disuruh beli daun kucai, dibawanya balik daun sup.
sehingga kan ada plak πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.

COVID 19  | Langkah-langkah selepas membeli barang
Panduan Membeli Barangan Asas Dapur bagi Kaum Lelaki πŸ‘†
sabar jer lah ha ha ha ha haΒ πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.
siap-siap ada gitu. aduhai...
takpe la kan. mostly lelaki zaman sekarang pandai beli barang. jgn la risau para isteri.
cuma sesekali tu tersilap hi hi... dimaafkan.

apa yg penting, diorang sampai je rumah, terus ingatkan diorang utk buat 4 perkara di atas.
demi kita, demi anak-anak dan demi org lain.

πŸ˜‰ bye!

↧
↧

Kebun Mini | Beginilah cara mudah tanam semula bayam brazil

$
0
0
assalamualaikum...
salam sejahtera.

blog kecil ni bersiaran lagi hari ni. alhamdulillah. hari ke-6 Malaysia Berehat 😌.
keluarga saya, emak abah, mak mertua, adik-beradik ipar duai, anak-anak buah, masih lagi sihat semuanya. terhindar dari dijangkiti covid 19.
meskipun kami semua berpisah jauh, tidak berjumpa sehingga detik waktu yg diizinkan, kami semua masih lagi mengambil tahu perihal masing-masing.

semoga dunia kita ni cepat pulih dan terhindah 100% daripada si jahat bernama covid 19 ini.
in shaa Allah...

awal pagi tadi, saya keluar rumah jam 7 pagi, bawa Syuhada ke GH Melaka. amik darah je.
tapi, risau hati ni. resah sgt sebelum nak bergerak keluar rumah! tahu jer la kan kenapa.
namun, kena pergi jugak. dah call pihak hospital Jumaat (pagi) lepas. respon mereka, "kami masih lagi beroperasi seperti biasa...".
maka, tawakal kepada Allah.
apapun, dgn izinNya, kan... kami usaha utk kekal jauh dari covid 19 dan apapun malapetaka.
jam 9 pagi tadi kami dah tiba rumah semula. memang cepat la sebab amik darah je. legaaaa...

dan, yg lebih penting, doakan keputusan darah Syuhada ok, normal. sebab, Khamis (petang) nanti barulah appointment dgn doktor pakar.

ok ok ok... sudah sudah perihal covid 19.
kecintaan ku terhadap bayam brazil - ENTRY YG LAMA, kali ni nak share la cara simple replant bayam brazil.

Kebun Mini | Beginilah cara mudah tanam semula bayam brazil
makan begitu saje - ulam. sambal sardin πŸ˜‹

Kebun Mini | Beginilah cara mudah tanam semula bayam brazil
again, 2-3 lauk, ulam tetap bayam brazil.

Kebun Mini | Beginilah cara mudah tanam semula bayam brazil
simple.
tumiskan bawang putih. titiskan sos tiram.
masukkan cendawan tiram dan goreng seketika. tutup api.
masukkan bayam brazil yang telah dibersihkan. siap!

tak sukar mana pun nak replant bayam brazil. namun... namun... nak kena tgk tangan jugak tau.
tak bebetul pun tak jadik.
semua atas niat Β ha ha ha ha ha...

Kebun Mini | Beginilah cara mudah tanam semula bayam brazil
da jadi kebiasaan, ulam / sayur saya akan rendam kejap dgn air garam.
few minutes only. kalau-kalau ada ulat...

Kebun Mini | Beginilah cara mudah tanam semula bayam brazil
batang bayam brazil yg telah saya kotaikan daun-daunnya.
tinggalkan tunas-tunas kecil.
dan dari sebatang ni, saya kerat kepada 3 keratan.

Kebun Mini | Beginilah cara mudah tanam semula bayam brazil
rendam skit, sekadar bahagian bawah keratan tu cecah air.
2 mlm je saya rendam ni.

Kebun Mini | Beginilah cara mudah tanam semula bayam brazil
tadaaaaaaa... tu nampak tak akar-akar yg telahpun keluar dari keratan?
happy me!!!

then, sediakanlah medium utk nak tanam keratan bayam brazil tu.
ni pun semua ilmu saya kutip dari kawan-kawan. tak la ilmu tu dtg sendiri-sendiri je.
saya ni tak byk pengalaman berkebun hi hi hi hi...
tanah dan pasu yg saya guna - beli di Eco je.

Kebun Mini | Beginilah cara mudah tanam semula bayam brazil
ni replant fasa pertama...

kalau dilihat di pasu-pasu saya tu ada dicucukkan dgn lidi sate.
TIPS : itu bagi mengelakkan si kucing melepaskan najisnya! 😁
ni pernah terjadi tau! sebab tu la dulu kala bayam brazil saya tak menjadik!!!
so far, semua pasu saya cucukkan lidi sate gitu, tak la ada najis kucing lagi. alhamdulillah.

... fasa seterusnya, kini dah ada rak khas di tepi pagar.
sememangnya khas utk bayam brazil dan ros jepun.

another TIPS, ni dari pengalaman sendiri. bayam brazil ni lebih sihat cantik hijau bila medium tanah tu lembab. cepat ia akan naik membiak.
ada sepasu saya tu lambat, bantut dan daunnya tak molek! kan da lama Melaka kemarau. kalau setakat disiram sekali sehari, tak menjadik sgt.
jadik tu jadik. tapi tak brape menjadik!

alhamdulillah. beberapa kali dpt makan, terasa sgt puas hati.
dari sepasu kecil, jadi berpasu-pasu dah. best!
dimakan begitu saje atau dimasak.

πŸ‘Œ perfect!
↧

Kawalan Pergerakan | Gotong-royong bersihkan halaman rumah

$
0
0
😊 assalamualaikum & salam sejahtera...

hari ke-6 dlm Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal berakhir beberapa jam lagi.
esok hari ke-7.
setiap hari kini, semakin meningkat naik data positif covid 19 dan kematian akibat covid 19.
sedih hati ni. sayu... bercampur risau!
bertabahlah kita semua yg rakyat Malaysia. teruskan berdoa dan tawakal.

nak la throwback aktiviti utama kami sekeluarga Sabtu & Ahad lepas.
Rabu hingga Jumaat tu tak buat apa-apa pun tau πŸ˜…. satu mcm punyer blurrrrr...
pagi Sabtu tu, mr.asben dah sinsing lengan, capai cangkul. saya menjengah je dari tingkap.
saya kurang sihat sikit pagi Sabtu tu. sakit bulanan perempuan πŸ˜›, tak dpt la membantu.
lebih 3 bulan la halaman saya tidak berkemas. takde masa. takde peluang. cuaca panas!
alhamdulillah, PKP ni dah pun beri masa utk kami gotong-royong bersihkan halaman rumah.

Kawalan Pergerakan | Gotong-royong bersihkan halaman rumah
anak-anak berdua ni turun padang bantu ayah.
kak Nurin ada tugasan menggosok baju dlm rumah πŸ˜€.

Kawalan Pergerakan | Gotong-royong bersihkan halaman rumah

Kawalan Pergerakan | Gotong-royong bersihkan halaman rumah
dlm jam 3 ptg, Sabtu tu, hujan lebat!
complete dgn angin kencang, guruh berdentam-dentum dan kilat sabung-menyabung πŸ˜‘.
syukurlah gotong-royong selesai di sebelah pagi. nyaman jer bila tgk halaman rumah dah bersih.

niat di hati, kemudian nanti nak tanam rumput karpet.
cuma, niat tu ditangguhkan dek kerana musim kemarau yg melanda Melaka beberapa bulan.
sedia maklumlah kan, once dah tanam rumput karpet, penjagaan awalnya penting.
air yg cukup. disiram 2 kali sehari. pembajaan.
dah la tak hujan di Melaka sebelum ni. air plak dicatu πŸ˜“.
itu yg membataskan niat kami utk teruskan plan tanam rumput karpet tu.
in shaa Allah kemudian la.
kalau boleh sebelum Aidilfitri kelak. provided musim kemarau di Melaka berakhir la.

tak murah nak tanam rumput karpet ni. utk halaman kecil saya ni, da pun survey.
perkhidmatan pembersihan, korek tanah sedia ada, meracun dan melapis dgn pasir. then baru tanam rumput karpet - RM1100 tak kurang.
kena lihat plak rumput karpet jenis apa - rumput lembu? rumput mutiara? rumput jepun? 😁
hu hu hu hu hu have not decided yet.

baik la. sampai sini jer coretan mlm ni. need to go. nak lipat baju hu hu hu hu...
esok saya ada misi utk mengemas kabinet dapur.
nak susun. nak atur. sebelum ni, lepas masak, letak jer mana nak. tutup pintu kabinet πŸ˜†.
bila buka, mak aii!!! 😲 Β  😱 Β  πŸ˜† sabar jer lah sape yg melihat.

πŸ˜‰
↧

23.03.2020 | Situasi Terkini Covid 19 di Malaysia

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera 😊.
moga semua yg membaca ni sihat walafiat.
kita sama-sama angkat tangan dan berdoa agar Allah segera nyahkan virus covid 19 ni dari muka bumi. aminnn...
saya nak share situasi terkini covid 10 di negara kita dlm blog ni. utk diri sendiri.
Allahu Akbar, sayunya lah bila data tu semakin hari semakin meningkat.
moga semua yg menghadapi kematian ahli keluarga akibat covid 19 ni tabah.
kita sedia maklumkan bahawa kematian akibat covid 19 ni adalah kematian yg sepi πŸ˜”.
tak dpt melihat.
tak dpt bersama.
tak dpt mencium / memeluk utk terakhir kali... πŸ˜”  😭😭

23.03.2020 | Situasi Terkini Covid 19 di Malaysia
teruskanlah mendengar perintah kerajaan yang bertungkus-lumus nak menyelamatkan kita.
kasihanilah mereka-mereka di barisan hadapan yang bersengkang mata ikhtiar demi kehidupan kita.

23.03.2020 | Situasi Terkini Covid 19 di Malaysia

23.03.2020 | Situasi Terkini Covid 19 di Malaysia

23.03.2020 | Situasi Terkini Covid 19 di Malaysia

23.03.2020 | Situasi Terkini Covid 19 di Malaysia

23.03.2020 | Situasi Terkini Covid 19 di Malaysia
lihatlah ranking negara kita yang kian menaik 😳.

masih ada yg berdegil! masih ada yg tak dgr cakap!
kita masih boleh tgk pe'el diorang-diorang ni di video yg dirakam dan dikongsi di fb.
Allahu Akbar, kebalkah mereka dgn covid 19?
kebalkah ahli keluarga mereka dgn covid 19?
jgn kata kita takut covid 19 lebih dari takut Allah! jgn kata gitu! malas nak elaborate.
yg pasti, usaha menjaga kesihatan dan mendgr kata pemerintah adalah satu tuntutan agama juga.
tu kena ingat!!!
dari kluster tabligh, saya reserved my further comments πŸ˜”.
di awalnya, saya juga kuat condemned mereka kerana lambat hadir ke hospital.
saya kutuk mereka kerana tidak dgr perintah kerajaan. namun, now dah byk penjelasan di media sosial.
saya faham.
saya boleh fikir dgn rasional. saya tarikbalik kutukan saya semua tu.

23.03.2020 | Situasi Terkini Covid 19 di Malaysia
6 daripada 14 kematian adalah jemaah tabligh / dari kluster jemaah tabligh.
dakwah mereka terhenti sudah di muka bumi. dakwah mereka untuk kita semua... 😭😭😭
moga mereka ditempatkan di kalangan orang yg beriman.

23.03.2020 | Situasi Terkini Covid 19 di Malaysia
sama-sama kita doakan agar 57 yg di dalam icu ni kembali pulih dan boleh dirawat di wad biasa.
in shaa Allah...

akhir sekali, sebagaimana yg disiarkan, jgn kita lupa bahawa 159 org pesakit covid 19 ini telah sihat dan dibenarkan balik rumah.
alhamdulillah...
kalau dikira-kira la, lebih 10% telah diselamatkan oleh pasukan KKM. terbaik πŸ‘.
moga lebih ramai lagi yg bakal sihat dan balik rumah hari ni. aminnnnnn...

hari ni, separuh dah perjalanan kita dlm situasi Perintah Kawalan Pergerakan ni.
jom sama-sama kita kerjasama utk #StayHome #DudukRumah agar semua ini dpt diakhiri segera.
semua boleh kembali bekerja seperti biasa.
anak-anak boleh ke sekolah dgn riang gembira.

in shaa Allah...
↧

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera...
pagi ke-10 dalam Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia (PKP).
pagi ke-10 juga la kita berkurung dlm rumah sebagaimana yg diarahkan oleh kerajaan.
korang berkurung tak?
atau korang tergolong dlm warganegara yg degil? πŸ˜„ hi hi hi hi...
moga semua kita adalah warganegara yg bertanggungjawab.
ada daerah dah totally lockdown, kan. hmmmmm... maka, amik pengajaran ye.

beralih arah la ye dari PKP.
jom layan gambar-gambar holiday saya ari tu.
sambungan dari Part 1. baru pagi ni berkesempatan upload beberapa gambar lagi...
sebagaimana yg dah saya inform di Part 1, kami ke sana sebab mr.asben ada tugasan di Kelantan.
kami follow @ teman la kan.
memang target Tok Aman Bali Beach Resort ni sebab nak dok hotel semata-mata 2 hari 1 mlm ni.
takde niat nak merayap ke mana-mana lain.
and yes.. pilihan saya tepat!
Tok Aman Bali Beach Resort ialah lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak sebab diorang pun sama-sama teruja dgn persekitaran hotel yg tidak membosankan πŸ˜ƒ.

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak
view dari luar (depan) bilik kami. buka je pintu, nah! ini la view ohsemnya 😌😌😌.

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak
kalau la a group of people datang, samada ia adalah family day, open day or any other occasions, sgt la sesuai lokasi ni utk berkumpul.

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak
anakanda da siap-siap dah nak enjoy berenang... dah le tak ramai org. swimming pool besar!!!

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak
πŸ˜† selipar jepun biru hijau ni hotel punyer, ada sepasang ni lah dlm bilik. ntah kenapa lain-lain kaler, lain-lain saiz.

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

ptg Sabtu tu memang puas la anak-anak mandi-manda di swimming pool besar.
org tak ramai. sgt puas hati!
dari jam 4 ptg hingga la lajak hampir jam 7 ptg. alhamdulillah...

mlm tu kami tak keluar makan, tapaw saje. mr.asben nak keluar bertugas jap kan.
lagipun, anak-anak kepenatan seharian dlm kereta dan sepetang mandi-manda πŸ˜ƒ.
lepak dinner dlm bilik hotel depan tv.
alhamdulillah...
dari hotel ke tempat makan, tak jauh pun. less than 10 minit.
byk kedai-kedai makan yg menyediakan masakan panas goreng-goreng. memang tak susah pun. sedap-sedap plak tu makanannya.

pagi-pagi esoknya, lepas subuh kami da bersiap-siap nak gi sarapan.
excited. sebab dah inform anak-anak dah, "hotel ni luas tau, kita kena jalan-jalan sekitar hotel dan ke pantai..."
diorang pun ok ok jer lah.

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak
sarapan yang sedap sgt! πŸ˜‹

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak
hotel ni tepi pantai. wajib terjah pantai... menikmati sinar mentari pagi 😎.

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

ini adalah Pantai Bisikan Bayu.
dia antara pantai yg menjadi tumpuan org ramai.
petang-petang, bermula dari sini hingga la ke sebalah sana tu, sgt ramai org - berkelah, mandi-manda, bermain layang-layang, membina istana pasir πŸ˜„πŸ˜.
seawal kul 8.30 pagi ni, masih kosong... saujana mata memandang nun jauh di sana...

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak
happy Muhammad Izzat berlari-lari sepanjang pantai 😊😊😊.

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

selesai je kami bercanda di tepian pantai, kami ke taman permainan pula.
si ibu pun sempat main buaian, tapi takde le gambar utk dipamerkan ye πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. malu!!!
gembira bila tgk anak-anak bertiga ni bergembira.
lama sgt tak berjalan jauh-jauh kan...Β 

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

begitu begini... jam 11 pagi, kami check out.
nak gi makan-makan sotong celup tepung plak ni kan.
and terus gerak ke Melaka tercinta...

Tok Aman Bali Beach Resort | Lokasi percutian menarik yang menggembirakan hati anak-anak

selamat tinggal...
nanti kami datang lagi.
↧
↧

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera...

mentari hari ke-12 dalam Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia (PKP) dah pun menyinari bumi.
alhamdulillah. moga semua yg membaca ni kekal sihat dan ceria duduk di rumah ye.
jgn lari! duduk rumah je.

pagi ni saya nak share 18 resepi juadah berbuka puasa yang sedap wajib di cuba.
kurang dari sebulan lagi bulan Ramadhan nak menjelma. aduhai 😌 seronoknya rasa...
bulan Sya'ban ni pun, ramai yg berpuasa sunat di samping para wanita puasa ganti πŸ˜….
maka, memandangkan tahun ni pasar / bazar Ramadhan kebanyakan negeri tak dibuka, maka, ni la dia 18 resepi juadah berbuka puasa yang sedap wajib di cuba.
semuanya mudah-mudah belaka. bahan-bahan yang ringkas.
boleh cuba ye. 18 resepi juadah berbuka puasa ni juga sesuai di makan untuk bersahur. confirm membangkitkan selera di subuh hari πŸ‘.

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba


#1 - Ayam Bakar Madu Simple Sedap
18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Bahan Perap Ayam Bakar MaduΒ 

10 kepak ayamΒ 
8 ulas bawang putih*Β 
2 sudu cili kisar*Β 
3 sudu sos cili*Β 
2 sudu cuka*Β 
1 sudu kecil garam*Β 
2 sudu gula merah*Β 
Set Italian Herbs Series - Oregano +Basil + Rosemary +ParsleyΒ 

Semua bahan bertanda (*) dikisar halusΒ 

Cara Masak Ayam Bakar MaduΒ 

1. Perap ayam bersama bahan kisar dan set Italian Herbs Series selama 1 jam atau lebih.Β 

2. Bakar dengan suhu 200c selama 40 minit.

Resepi Asal : Shalimar YusofΒ 

#2 - Ayam PercikΒ 

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam (terpulang nak potong kecil atau potong dua saja)
segenggam cili kering (di rebus) *
2 inci halia *
3 batang serai *
5 ulas bawang merah *
1 ulas bawang besar (merah) *
3 keping gula nise saiz kecil (boleh ganti dengan gula melaka)
1 kotak santan pekat
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air sekadar perlu

CARA-CARA :

1 - Rebus ayam hingga tahap separuh masak bersama sedikit garam. Setelah itu keluarkan dari air rebusan dan terus lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kalau tak nak rebus dan terus masak atas bara pun tak apa. Daku rebus dulu ni kes nak lebih cepat masak.Β 

2 - Sekarang, kisar semua bahan yang bertanda ( * ) dengan sedikit air.Β 

3 - Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau

4 - Masukkan gula nise bersama 1/3 santan dan 1/2 cawan air

5 - Teruskan menumis dengan api yang perlahan sehingga sebatiΒ 

6 - Masukkan gula dan garam secukup rasa berserta dengan baki lebihan santan pekat yang ada. Teruskan di masak sehingga kuah menjadi pekat (seperti gambar di atas)

7 - Bolehlah mula membakar dengan salutan kuah percik

Resepi Asal : Siti AwadahΒ 

#3 - RESEPI SIAKAP STIM LIMAU

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Ikan siakap – Ikut korang nak guna berapa ekorΒ 
Daun KetumbarΒ 
5-6 biji lada( nak pedas boleh letak lebih)Β 
4 Bawang putihΒ 
1 biji lemonΒ 
Sedikit garam dan gulaΒ 
Sedikit minyak untuk menumisΒ 

Cara buatnya :Β 

1. Blend bawang putih, lada kecil dan sedikit daun ketumbar.

2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend tu.Β 

3. Perasakan garam dan gula. Bila dah naik bau tu, masukkan ikan dan perahkan lemon dan letak beberapa hirisan lemon di atas ikan tu.Β 

4. Letak sedikit air dan tutup kuali sehingga ikan tu masak.

5. Hiaskan atas ikan tu dengan hirisan daun ketumbar…Siapppp Siap dihidangkan.

Resepi asal : Kisah Si Diary

#4 - Ayam Goreng Kicap MaduΒ 

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Bahan bahan ayam goreng kicap madu

6 ketul ayam
4 sdb madu
Kicap manis (ikut banyak nak letak - Mimi guna kicap Jalen)
Secubit garam

Cara menyediakan

1. Basuh ayam dengan bersih. Rebus ayam seketika. Bila air rebusan dah mendidih, angkat, tos dan ketepikan ayam.

2. Selepas itu masukkan madu, kicap dan garam ke atas ayam rebusan tadi. Gaul sebati.

3. Perapkan ayam dalam 10-15 minit.

4. Goreng ayam sehingga nampak garing kehitaman macam dalam gambar.

Resepi Asal : Mimi Azirah

#5- Sup FishballΒ 

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Segenggam ikan bilis segenggam dibasuhΒ 
Bawang putih 5 ulasΒ 
Bawang merah sebijiΒ 
HaliaΒ 
Fish cakeΒ 
Fish ballΒ 
Daun supΒ 
Daun bawangΒ 
GaramΒ 
GulaΒ 

Cara-cara:Β 

1. Rebus ikan bilis dalam 15minit (sambil potong bawang putih, merah dan halia). Rebus lagi lama lagi sedap.Β 

2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dipotong. Rebus dalam 15minit. (Sambil potong daun sup dan daun bawang).Β 

3. Masukkan fish ball dan fish cake. Tunggu 15minit. Sampai mendidih. Nak lama sikit pon boleh. Lagi sedap sup dia.Β 

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.Β 

5. Masukkan daun sup dan daun bawang. Masak dalam 5minit. *kalau nak letak carrot/sawi lagi sedap. Rasa manis sayur tu. Anak tak makan sayur. Buh lauk ni je la.

Resepi Asal : Marina BashahΒ 

#6- Ayam Goreng Kunyit Berlada

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

ayam kasi garam kunyitkan dan goreng.
bawang merah + bawang putih + cili merah + cili hijau kisar halus.
kacang panjang potong panjang-panjang sesedap mata memandang.
halia 2cm ketuk skit
asam keping

1. Firstly, bahan kisar tu dan halia ditumis. terbit minyak, lada garing cantik.
2. Secondly, masukkan terus ayam goreng tadi dan kacang panjang. gaul rata. tak perlu lama tau. karang terlebih masak plak kacang panjang!
3. Lastly, campakkan asam keping dan perisakan dgn garam dan gulaΒ 
SIAP!

byk mana bawang ke, cili ke... tu saya rasa bergantunglah kepada byk mana ayam kita ada. byk mana sambal yg kita nak. bebas. tak terikat sgt la dgn jumlah bahan. sesedap rasa, sesuka hati kita tukang masak

Resepi asal : AdianiezΒ 

#7- Resepi Kerabu Kaki Ayam

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Bahan - bahanΒ 

2 batang serai
1 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji bawang merah kecil
1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya * ( tak letak )
1 biji tomato
1 batang lobak merah kecil*
3 helai daun limau purut ( tak letak )
secekak daun ketumbar
2 biji limau nipis
Garam dan gula
2 sudu sos ikan
Sos tiram

Cara - CaraΒ 
1. Basuh kaki ayam sebersihnya.
2. Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan.
3. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.
4. Campurkan semua bahan. Gaulkan sebati.
5. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis.
6. Hidang segera.

#8 - Resepi Kerabu Pauh / Kerabu Pelam Muda

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Bahan - Bahan

3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar kerisik
garam secukup rasa
gula secukup rasa
2 tangkai lada burung dipotong serong
3/4 cawan santanΒ  yang diperah segar
3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya

Cara - Cara

1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut.ketepikan ( boleh guna mangga jenis lain ).
2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga lumat.
4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati.
5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.tabur lada burung yang dah dipotong.siap untuk dihidangkan.

NOTA:

1. Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.
2. Untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan..kalau boleh guna santan fresh yang diperah.

Resepi Asal Kerabu : Wani Sukarno

#9 - Peria Katak Goreng TelurΒ 

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Bahan-Bahan :

Peria Katak – 3 Biji
Bawang Merah + Putih – Tumbuk
Ikan Bilis – Option Kalau tak letak pun boleh
Cili Kering @ Cili Padi – Option pilihan sendiri samada guna cili kering @ cili padi. Kali ni saya gunakan cili kering yang telah diblender
Perasa
Telur – 1 biji

Cara-Cara :

Potong peria nipis-nipis kemudian rendam dengan air garam bagi mengurangkan rasa pahit.

Tumis bawang yang telah ditumbuk bersama ikan bilis sampai garing kemudian masukkan cili kering @ cili padi. Tumis sampai cili masak. Kemudian masukkan Peria Katak dan pecahkan telur.

Kacau sekata dan masukkan baha perasa. Dah cukup masak angkat dan dihidangkan. Sedap di makan dengan nasi panas-panas.

Resepi Asal : Ummi ZarraΒ 

#10 Mee Kari

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Bahan-Bahan -1Β 
Minyak untuk menumis
1 biji awang merah dihiris - cik nani guna bawang besar yang sedang
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

Bahan-bahan - 2Β 
100 gram serbuk kari daging - dicairkan
1 Biji santan kelapa
5 biji buah tomato
10 biji telur

Bahan-bahan - 3
Fishcake - dihiris
Fishball - dibelah empat
Daging kembu dihiris
Daging ayam dihiris
Udang - dibuang kulit
Sotong - dihiris
Ubi Kentang - Option, tak letakpun tak apa
Sedikit garam

Bahan-bahan - 4
Mee kuning - dicelur
Sayur sawi - dicelurΒ 
Buah limau kasturi
Taugeh - dicelur
Tahu goreng - dihiris nipis
Lada Hijau / Lada merah - dihiris
Daun sup - dihiris
Bawang goreng

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Biarkan seketika dan masukkan bahan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga garing dan naik bau. Kebiasaanya Cik Nani akan ambil sedikit bawang hiris, bawang putih dan halia untuk ditumbuk halus dan dimasukkan bersama-sama bahan tumis yang ada.

2. Masukkan serbuk kari daging telah dicairkan. Kacau hingga sehingga garing.

3. Masukkan bahan-bahan 3 daging, ayam, udang sotong, fishcake, fish ball dan gaul rata. Pastikan bahan-bahan masak sepenuhnya. Kemudian masukkan santan renehkan hingga menggelegak. Pastikan santan segar dan Cik Nani suka gunakan santan yang diperah sendiri. Baru fresh santannya. Jika mahu masukkan uni kentang, potong kentang kecil dan masukkan sekali kedalam kuah kari. Kacau hingga bahan empok.Β 

4. Pecahkan telur didalam kuah kari tadi. Masukkan buah tomato. Biarkan mereneh dan kacau sebati. Selepas pecahkan telur, dinasihati jangan kacau terlalu kuat kerana ditakuti telur akan pecah didalam kuah. Kebiasan resepi akan menggunakan telur rebus, tetapi Cik Nani lebih suka pecahkan telur terus ke dalam kuah kari dan biarkan ianya sehingga masak.

5. Setelah semuanya siap dimasukkan, maka kuah kari siap dihidangkan!!..Jangan lupa rasa garamnya pula. Pastikan cukup garam diletakkan.

Resepi Asal : Cik Nani

#11 - Bihun Goreng SimpleΒ 

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Minyak (untuk menumis)Β 
Ayam/Udang/Sotong (goreng dulu kejap separuh masak. Ketepikan)Β 
Bawang Merah (potong-potong kecik)Β 
Bawang Putih (potong-potong kecik)Β 
Cili Kisar (1 sudu besar) (nak pedas, lebihkan)Β 
Sos Cili (1 - 2 sudu besar) Kicap (1- 2 sudu besar)Β 
GaramΒ 
GulaΒ 

1. Panaskan minyak dulu, bila minyak dah panas baru masukkan bawang merah, bawang putih.Β 

2. Goreng jap sampai tengok bawang dah agak layu atau masak.

3. Masukkan pula cili kisar. Biar sampai naik minyak / masak.

4. Bila cili dah masak,Β  masukkan pula sos cili, kicap, garam & gula. Rasa la jugak tengok okey ke idak..Kalau ada kurang mana-mana, boleh tambah apa yang patut.

5. Kalau rasa semua okey, boleh letak ayam/udang/sotong yg dah digoreng tadi. Gaul bagi sekata. kalau ada sayur, letak kan sekali.Β 

6. Dan diikuti dengan bihun..Gaul bagi sekata semua bahan tumisan dan bihun.. it's done...

Resepi asal : Fieza SaniΒ 

#12 Koay Teow Thng

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Bahan-bahan: (untuk 4-5 orang)

2 bungkus koay teow - seelok-elok jenis koay teow kecil/halus. Di celur dengan air panas sebelum di hidangkan.
2 belah dada ayam
1 bungkus kecil fishball - kalau suka boleh lebihkan
1 bungkus kecil fishcake - kalau suka boleh lebihkan
300 gram gula batu
10 cm halia
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk halus
Ajinamoto
Garam - secukup rasa
Gula
Minyak Masak
Bawang putih - 3 labu
Cili boh - 1 bungkus kecil
Daun bawang - di hiris halus
Taugeh - di celur

Sup Manis

Panaskan 3-4Β  liter air. Masukkan dada ayam, gula batu, halia, lada hitam yang di tumbuk halus, garam dan ajinamoto. Rebus sehingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian rasa sup. Jika sudah terasa gula & garam... bolehlah tutup api dan tos dada ayam.Β 
Dada ayam akan di racik/ potong halus dan di hidangkan dalam bekas lain.

Minyak Bawang Putih/ Bawang Putih Goreng

3 labu bawang putih di buang kulit dan di cicang halus. Panaskan minyak dengan api yang kecil. Goreng bawang putih sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Tips:
1. Untuk menyenangkan proses cincang bawang putih, boleh ketuk bawang sehingga pecah terlebih dahulu. Kemudian baru di cincang.
2. Ketika menggoreng, pastikan bawang sentiasa di kacau agar sekata.
3. Tutup api ketika bawang sudah berwarna kuning dan biarkan ia garing sendiri dalam minyak yang masih panas. Ini adalah agar bawang tidak hangit.

Sambal Sup

Panaskan 2 /3 sudu besar minyak. Masukkan cili boh. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit gula ( tak masukkan pun tidak apa) apabila sudah pecah minyak. Masak cili sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Dah siap. Dalam bekas hidngan akan ada:
1. Koay teow yang telah di celur
2. Ayam yang telah di racik
3. Fishball / fishcakes yang telah di potong
4. Taugeh yang telah di celur
5. Sambal sup
6. Minyak bawang putih
7. Daun Bawang

Resepi Asal : Yati ZulΒ 


#13 Bakso MudahΒ 

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Bahan-bahan

7-10 ketul bebola daging
2 potong fish cake(pilihan)
5-7 ketul fish ball(pilihan)
1 batang serai
1 atau 2 kiub pati sup lembu(jenama knorr)
3 biji bawang putih*
Sebiji bawang merah*
2 hiris halia*
Secubit lada hitam
Secubit garam(ikut rasa)
2-3 mangkuk air
Sayuran(terpulang kepada anda)

Mee/bihun dicelur atau direbus sehingga masak.

Tumbukkan bahan bertanda *

Bahan hiasan

Daun bawang
Daun sadri
Cili padi
Bawang goreng

Cara-cara

1. Tumis bahan tumbuk(bawang merah,bawang putih dan halia) sehingga naik bau.
2. Masukkan air, serai, bebola daging, fish ball, fish cake dan kiub pati sup.
3. Apabila sudah menggelegak masukkan lada hitam dan garam.
4. Akhir sekali masukkan sayuran.
5. Dah siap.

Resepi Asal : Khalisa HazrinaΒ 


#14 Kuay Teow Laksam

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba


Bahan-bahan:

3 paket kuay teowΒ 
1 kg ikan kembung atau sardin
2 cawan santan pekatΒ 
10 ulas bawang merahΒ 
2 ulas bawang putihΒ 
1 inci haliaΒ 
2 batang serai - ketukΒ 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam kepingΒ 
GaramΒ 
Gula secukup rasa.

Cara-cara:Β 

Ikan di rebus, asingkan tulang dan isinya. Ambil isinya di kisar bersama air rebusan. Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar lumat. Satukan semua bahan di atas termasuk serai yang di ketuk dan serbuk lada hitam.Β 

Masukkan juga santan dan asam keping. Masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Bahan sambal belacan:
  • Cili padi
  • Belacan
  • Garam
  • Gula
  • Cuka

Cara-cara:
Tumbuk atau kisar pun boleh. Selepas tu gaul sebati. Di makan bersama laksam untuk perisakan kuahnya.

Bahan ulam:Β 
  • Kacang panjangΒ 
  • Daun kesumΒ 
  • Timun batangΒ 
  • Bawang besar
  • Bunga kantan
  • Kubis

Cara-cara:Β 
Hiris halus kesemua sayuran iaitu kacang panjang, daun kesum, timun, bawang besar, bunga kantan dan kobis. Tabur atas hidangan bila nak makan. *Bukan kesemua sayur tu ada, mana yang sempat letak jelah

Resepi Asal : Noor Akma


#15 Sosej Telur HancurΒ 

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Bahan-bahan:

  1. Minyak masak (sedikit)
  2. Mentega
  3. Sosej
  4. Bawang merah (hiris)
  5. Cili padi
  6. Telur
  7. Sos cili

Cara Masak:

Masukkan minyak masak, mentega, hirisan bawang merah, cili padi, telur (pecahkan duluan ya), tumis sehingga nampak kekuningan dan akhir masukkan sosej dan sos cili. Jangan lupa perasa, garam, ajinomoto sedikit dan perencah maggie paling win.Β 

Resepi Asal : Yatie OwnerΒ 


#16 Telur BistikΒ 

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Bahan-bahan:

2 biji Telur
Bawang merah
Bawang putih
1 sudu cili paste
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
Sedikit isi ayam dipotong dadu
*mixed vege
* cili benggala potong nipis
Garam
Cukup rasa


Cara-cara :

1. Pecahkan telur dan pukul, masukkam garam dan sedikit cukup rasa. Goreng macam buat teloq dadar. Dah masak eloj angkat dan toskan and letak dalam pinggan.

2. Dalam kuali yang sama, tumis sedikit bawang merah dan bawang putih.

3. Masukkan cili paste, sos tiram, sos cili dan sos tomato dan tambahkan sedikit air.

4. Masukkan ayam and bagi nampak ayam dah masak sikit masukkan mixed vege /cili benggala. Aku sebab xda mixed vege.. So aku guna la cili benggala tu. Then masukkan balance bawang merah and bawang putih tadi.

5. Perasakan dengan garam atau cukup rasa. Kalau terlampau pekat boleh tambah air skit and biar sekali mendidih tutup api. Macam aku tak suka pekat sangat tak suka cair sangat. Biar in between.

6. Da siap kuah tadi curah la dekat atas telur yang goreng tadi. Dah siapΒ 

Resepi Asal : Alia Farhan


#17 Resepi Kek Pisang Coklat

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

Bahan-bahan:

10 biji pisang emas masak (saiz kecil) - dilenyek menggunakan garfu
1 1/2 cawan tepung gandum *
3/4 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh serbuk penaik *
4 biji telur
1 cawan gula kastor / gula perang - boleh tambah atau kurangkan, mengikut citarasa tahap Β  kemanisan masing-masing
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko
1 biji pisang dihiris nipis untuk hiasan

- Yang bertanda * perlu diayak bersama

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C.

2. Satukan gula kastor, telur, minyak jagung dan esen vanila dan pukul sehingga putih.

3. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.

4. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.

5. Masukkan serbuk coklat dan kacau lagi sehingga sebati.

6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak atau mentega atau dilapik dengan baking paper. Letakkan hirisan pisang emas pada permukaan atas adunan.

7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (suhu mengikut ketuhar masing-masing).

Sebaiknya potong kek setelah sejuk supaya dapat potongan yang cantik. Kalau nak makan panas-panas pun tak menjadi masalah. Mai pun suka makan kek panas-panas selepas siap dibakar.Β 

Resepi asal : Maisarah SidiΒ 


#18 Cucur KentangΒ 

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba


Bahan-bahan
250 gram tepung gandum
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 biji ubi kentang - kupas dan potong dadu kecilΒ 
Secekak daun kucai atau daun sup - potong pendek
1/2 sudu kecil garam
Secubit gula
200 ml air - lebih kurang
Sedikit air panas
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Satukan tepung gandum dengan daun sup (kinah guna daun sup sebab itu je ada kat rumah), kentang, gula dan garam.Β 

Gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau adunan tu sehingga rata.Β 

Kemudian masukkan sedikit air panas dan kacau adunan. Jangan kacau terlalu sebati supaya tepung tu tak tepu.Β 

Panaskan minyak dan pastikan ianya betul betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing. Jika mahu cantik, gunakan jari untuk masukkan adunan dalam kuali. Jika tidak, boleh juga gunakan sudu.Β 

Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan sambal cuka. Kebetulan dalam peti ais tu ada lebihan sos dimsum masa beli aritu. Cicah saje ler.Β 

Resepi Asal : Ape KinahΒ 



amacam? best-best kan semua πŸ˜‹ .18 resepi juadah berbuka puasa yang sedap wajib di cuba ni sangat la praktikal semuanya, kan?anak-anak pasti bakal menjilat jari lah...

selamat mencuba!
↧

Part 5 | Makan Tengahari di Restoran Farida Fatornee, Bangkok

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera semua...

ptg ni nak sambung kisah holiday ke Bangkok.
πŸ˜… cuti panjang, cerita pun panjang la kan, byk episod.Β 
kali ni episod ke 5 (part 5 bak kata omputeh). tang nak bagi abis update kat blog tu yg ntah bila hu hu hu hu...
tapi, bak kata org ramai, slow slow la kan.
janji ending nyer nanti, tamat juga kisah Bangkok ni. in shaa Allah...

setibanya di Bangkok semula dari Lop Buri, da tak boleh tahan lapar dah kami-kami.
dah tau dah tempat nak dituju -Β Restoran Farida Fatornee, Bangkok.
kami tahu restoran ni dari google. kedai makan Muslim berdekatan dgn hotel.

Part 5 | Makan Tengahari di Restoran Farida Fatornee, Bangkok
da sampai... yahooooooo!

Part 5 | Makan Tengahari di Restoran Farida Fatornee, Bangkok
...membelek menu yg ohsem!

Part 5 | Makan Tengahari di Restoran Farida Fatornee, Bangkok
air yg sedap semuanya.
pencuci mulut - pulut mangga yg ohsem! alhamdulillah...

makan di Bangkok ni boleh tahan mahal la jugak. semua di atas hampir 600 baht 😳.
tukaran wang asing antara RM dan baht kan dah mahal hu hu hu hu...
tapi tu la. dek kerana kesedapannya, harga tu agak berbaloi lah kan. Bangkok kot.

Part 5 | Makan Tengahari di Restoran Farida Fatornee, Bangkok

tu hah... berjalan kaki jer nanti nak balik hotel. beberapa minit je.
makanannya semua sedap. terutama makanan saya - nasi pad krapow. confirm masakan Thai πŸ˜‹.

Part 5 | Makan Tengahari di Restoran Farida Fatornee, Bangkok

makan and makan. solat jgn dilupa!
kami singgah solat jamak zuhur asar di Masjid Darul Aman, Bangkok ni.
buang air kecik / besar. cuci-cuci muka. melunjurkan kaki yg lenguh! alhamdulillah...
masjid yg bersih. luas dan selesa πŸ˜ŒπŸ‘.

πŸ˜€ next - Chao Phraya River πŸ‘.
↧

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

$
0
0
assalamualaikum & 😊 salam sejahtera...

genap sudah 14 hari kita dlm PKP, kan. selesai fasa pertama.
esok bermula la PKP fasa kedua. moga Malaysia cepat-cepat pulih dan sejahtera kembali.
adakah PKP ni bakal bersambung ke fasa ketiga?
ntah la kan. rumours! kena dgr next press conference PM kita.

and ada masa skit sepanjang pagi ni mengadap blog. edit mana-mana perlu. update mana-mana perlu 😌.
dpt la up kan sambung holiday ke Bangkok utk share dgn semua.
ke Bangkok kebetulan tiada agenda shopping. target kami berempat adalah berjalan-jalan.
yes la, saya holiday dgn anak-anak dara, diorang sungguh cepat dan aktif. mak dara sorang ni kena la follow rentak anak dara πŸ˜€.

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok
Sungai Chao Phraya, Bangkok.

Sungai Chao Phraya ni adalah tempat wajib singgah kalau dah jejak di bandar Bangkok.
rugi kalau tak singgah tau.
umpamanya, kalau korang dtg Melaka, mesti nak kena gi menyusuri Sungai Melaka, naikMelaka River Cruise. gitewwww!
siap promote Melaka tu hi hi hi hi...

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok
dari hotel kami, Patumwan House, ke sana hanya menaiki BTS. ke Sathorn Pier.
ikut Silom Line dari BTS National Stadium. sorang 40 baht. turun di BTS Saphan Taksin. 20 minit gitu perjalanannya.

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok
sempat mik gambar bersama-sama 😍😍.

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok
yes. to Sathorn Pier 😍.

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

ada byk jenis bot yg kita boleh pilih bagi menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok.
ada byk pakej ye. bot hop on hop off ada. tourists boat ada. bot biasa pun ada.
tapi tu la. pilih ikut selera masing-masing sebab ia melibatkan kos.
samada korang hanya nak menyusuri sungai atas boat dan tgk pemandangan sekeliling atau nak stop di stesen-stesen sepanjang sungai.
byk stesen yg boleh kita turun. tapi tu la, nak balik ke Sathorn Pier, kena beli tiket bot lagi.
byk stesen kita stop, byk la tiket bot nak kena beli.
maka, choose wisely. choose follow bajet sendiri la.
kami pilih bot biasa sebab da buat keputusan nak turun di satu stesen je. Wat Arun.

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok
alamak aiii! kelepet plak awning tudung iolls πŸ˜ƒ.

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok
bot kami.Β gambar kredit dari sini.

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok
dlm bot, ada guidelines utk kita nak stop di stesen yg mana.

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok
kami stop di sini saje - Wat Arun. gambar kredit dari sini.

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok
matahari tu hah = gojes! 😍

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

kami lepak sini dulu. nikmati suasana indah di sekeliling. ramai juga org stop di sini.
Wat Arun adalah satu kuil Buddha yg terkenal di Bangkok. senibinanya sungguh mengkagumkan!
namun, kami tidak masuk ke perkarangan kuil. tgk dari luar saje. lagipun, nak masuk ke temple adalah berbayar, bukan percuma ye.

satu la yg kami tak puas hati. maybe perkara yg sama saya komen di Part 1 of this Bangkok series.
customer service di sini amatlah tidak bagus. ibarat ayam bercakap dgn itik.
itik cuba utk memahami si ayam. namun ayam tidak mahu beri itik faham dgn baik.
waktu nak baik bot balik ke Sathorn Pier dari Wat Arun, Allahu Akbar, seksanya nak beratur.
ada 2 jeti kecil boleh naik bot. ada org yg jaga. tapi diorang bercakap dgn tone menjerit dlm bahasa Thai.
mostly yg ada situ bukan warga Thailand pun! dijeritnya kita ni mcm budak-budak!!! 😑😑😑
cuba la belajar cakap English. bahasa yg ramai boleh faham, kan. aduhai!

sebab, ada beberapa jenis tiket utk beberapa jenit bot yg bakal amik penumpang.
jeti pertama ke jeti kedua nak tunggu? yg dtg tu bot jenis apa utk penumpang yg mana?
kalau di Malaysia, cara gitu, memang dah viral dah video si penjual tiket! tiada rasa hormatΒ kepada pelancong luar negara.
then, bot berhenti sekejap. bukannya nak tgk penumpang dah naik ke belum.
few minutes, expect semua dah naik, zassss bot terus jalan! ada konduktor atas bot, tapi sama jugak, tiada rasa hormat!
melompat-lompat la penumpang dari jeti nak naik ke bot agar tak tertinggal πŸ˜“.
bukan kami saje. bukan bot kami saje. saya peratikan, bot-bot lain jugak, sama je pe'el customer service nyer.

tempat dah elok dan cantik.
org-org nyer plak bikin spoil!

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

Sungai Chao Phraya amat lebar. pembangunan pesat di sepanjang sungai.
boleh dilihat bahawa sungai ni bukan saje utk pelancongan, malah utk kehidupan seharian penduduk setempat dan lain-lain kegiatan industri.

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

Β Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

Part 6 | Seronoknya menyusuri Sungai Chao Phraya, Bangkok

dapat la kai menikmati sunset di Bangkok 😍.
pe pun kesulitan yg kami lalui, tetap kami hargai setiap minit berada di Bangkok ni.
mungkin dtg sini once in a lifetime, kan. wajiblah hargai semua tu...
indahnya bumi ciptaan Allah...

πŸ’š
↧
Viewing all 1120 articles
Browse latest View live