assalamualaikum & salam sejahtera 😊
alhamdulillah. ada peluang byk hari ni nak update blog. hari kerja, tak berkesempatan langsung! dgn siapkan kerja ofis (WFH) dan anak-anak guna laptop sepenuhnya di sebelah pagi utk PdPR. apo nak dikatokan...
weekend baru la si ibu blogger ni dpt kemas-kemas blog dan gambar dlm gallery phone yg berlambak. tak berjalan ke mana-mana, PKP, gambar makanan aje la yg berderet-deret dlm phone 😄. and now nak share la yg saya da buat nasi kari kambing adabi. ni kali kedua. dulu kala time PKP 1.0. selepas tu, bukannya tak nak buat lagi, stok kari kambing adabi tu hah, ya Allah ya Rabbi, susah betul nak beli, asyik la takde stok di mana-mana. memang viral abis lah dia time tu.
ada je jual online, tapi harga ya Allah, mahal naw. lom lagi masuk kos penghantaran. tak logik naw naw harga dinaikkan sekali ganda.
tadaaaaaa... daging kambingnya yg selambak dlm 1 tin.
kentangnya pun cukup sedap.
makan begitu aje. tak perlu dah lauk sampingan.
hah gitewww...
sekali jumpa kat kedai, terus borong 5 tin.
kurang sikit RM50 harga 5 tin tu hu hu hu hu...
bahan tumis semua da layu wangi, masukkan 2 tin kari kambing adabi.
wah 😍 masa ni la yg naik bau kari sedap nyer lah!
- cuci bersih dan rendamkan 3 cawan beras basmati selama 15 minit (lebih kuranglah). ketepikan.
- mentega 3 sudu. cairkan utk tumis bahan tumisan nanti.
- tumiskan lah dulu rempah 4 sekawan. then masukkan 1 labu bawang holland yg da siap potong dadu. biar bawang tu layu.
- then, saya masukkan 2 biji tomato yg da siap potong dadu. gaul skit lebih kurang dgn bahan tumisan tadi.
- masukkan 2 tin kari kambing adabi dan setengah cawan susu cair. gaul rata dan biar ia mesra sehati sejiwa 😍.
- akhir sekali, perisa la skit dgn garam secubit rasa. siap dah kari kambing adabi kita. makan gitu aje pun sedap tau! tapi, lenkali la. ari ni nak masak nasi kari kambing hi hi hi..
- beras basmati tadi, toskan dan masukkan dlm periuk nasi.
- curahkan seperiuk kari kambing adabi tadi ke dalam periuk nasi. kacau agar beras dan kari pula mesra sehati sejiwa. tutup periuk nasi dan klik on.
- jgn lupa bersabar sehingga nasi kari kambing adabi kita masak ye. harum semerbak nanti dapur kita dgn wapnya 😍😍😍.
tadaaaaa...
da siap masak tu, kita karih-karih la dlm periuk tu.
agar nasi tu gaul sempurna sesama dia.
saya taburkan bawang goreng 😍.
senang aje. asyik nasi putih, kita tukar la menu jadik nasi kari kambing adabi plak. nyaman... cukup kami sekeluarga 5 beranak makan ni. sememangnya saya memang ada buat ayam masak merah. jadik la buat couple dgn nasi kari kambing adabi ni.
👌 terbaik!
