Quantcast
Channel: Blog Adianiez
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1120

Resipi Kek Coklat Mudah | Aktiviti hujung minggu dengan anak-anak

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera...

hari ni nak kongsi tentang aktiviti hujung minggu (2-3 minggu lepas) dgn kak Nurin dan Syuhada. kami buat kek coklat. sebenarnya, da lama diorang berzikir di telinga saya ni utk buat kek coklat. "hmmm bukan ibu tak nak buat, tapi bahan tak cukup anak-anak oii..."

maka, pergi shopping barang dapur, grab sebungkus serbuk koko. itu la yg terus menjadik buat kek coklat ni. resepi saya cilok aje dari YouTube Buat Orang Lapo. cari yang paling senang. bahan yang paling simple.

Resipi Kek Coklat Mudah | Aktiviti hujung minggu dengan anak-anak
hah gitewwww 😋

before borak lebih panjang, saya share kan resepinya ye. if nak videonya, search dalam YouTube Buat Orang Lapo resepi Kek Coklat Lembap Kukus (Sukatan Cawan). tu antara YouTube channel yg saya suka rujuk utk resepi.

bahan-bahan :
  • 3/4 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan minyak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan air panas
cara-cara :
  1. gula dan telur dipukul hingga kembang.
  2. masukkan garam, soda bikarbonat, esen vanilla, minyak dan susu pekat manis. pukul hingga adunan sebati.
  3. ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau rata-rata.
  4. masukkan air panas dan kacau rata sekali lagi. bila adunan da cantik sebati, boleh dah bakar atau kukus.

Resipi Kek Coklat Mudah | Aktiviti hujung minggu dengan anak-anak
😍 ginilah adunannya ye.
masukkanlah dalam bekas yang bersesuaian.

kukus - 40 minit.
tapi saya bakar - suhu 170 selama 1 jam.

ibu jadik mandor.
tu la untungnya ada 2 anak dara. sorang tukang sukat. sorang tukang godak 😄. ibu bantu aje, ajar cara nak sukat guna cawan dan sudu penyukat. Ijat pun join sekali, tukang sibuk! dia nak juga pegang whisk tu, tidak dibenarkan. tak pepasal karang adunan turun ke lantai. jgn buat keje ibu lebih la, Ijat oii...

da siap dah kek coklat ni, anak-anak nak juga versi kek coklat yang ada topping coklat berkilat tu. aduhai. cooking coklat takde. tak kuasa la plak nak keluar membelinya. maka, saya pun modify la resepi topping dari kek milo yang lepas.

topping coklat :
masakkan semua bahan di bawah ni atas dapur hingga ia cantik berkilat.
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan air panas
  • 2-3 sudu mentega
Resipi Kek Coklat Mudah | Aktiviti hujung minggu dengan anak-anak
seboleh-boleh anak-anak nak tuang semua topping coklat.
hampir nak melimpah dari pinggan!

hmmmm tercungap-cungap masing-masing nak habiskan sepotong kek coklat. sedap. tak brape manis. but ia sgt berat! 😆 abis lari kalori diet ha ha ah ha...

[ SILA BACA JUGA : Resepi Mudah Kek Milo ]

Resipi Kek Coklat Mudah | Aktiviti hujung minggu dengan anak-anak

makan sendiri-sendiri. so tak brape la nak kisah rupa parasnya tu. janji menjadik kek coklat. alhamdulillah... jgn la nak dibandingkan dgn kek dlm YouTube Buat Orang Lapo tu. dia tu dah memang-memang rajin masak 😆. cantik molek aje keknya. tak la senget mcm kek di atas tu ye ha ha ha ha...

...ok bye!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1120