Quantcast
Channel: Blog Adianiez
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1120

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...

$
0
0
assalamualaikum & salam sejahtera 😊

Isnin, seharian cuaca mendung... tapi nyaman 😍 tak panas. hujan sekejap di belah pagi tadi. selepas tengahari membawa ke sekarang, hanya mendung. alhamdulillah... tapi tu la. bila nyaman, dah masalah mata plak yg datang. mengantuk ya Allah, tak boleh tahan 😴. maka, marilah kita berceloteh di blog. kongsi kisah hujung minggu lepas.

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...

ye. kami bbq di tepi halaman rumah. hari Jumaat tengahari, terus beli tempat utk bbq dan peralatannya. Sabtu pagi ke Mydin beli peha ayam, kambing dan sosej. kita-kita aje, berlima beranak. maka, tak la byk nak dipanggang. just nak isi masa lapang di hujung minggu bersama-sama. ini semua adalah idea bernas dari mr.asben 💙.

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...
mestilah ada pelakon utama iaitu ibu dan ayah 😄.
selepas tu si ibu hanya dok pantau dari dalam rumah aje...

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...
ayah dan anak-anak dara yang menjayakan proses memanggang hingga ke akhir 👍.

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...
keledek manis dan ubi kentang 😋.

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...

BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...
abaikan ye rambut Ijat yang serabai.
berpeluh-peluh tu! anak aktif, tak boleh dok diam seminit 😅.

di situ kami memanggang, di situ juga kami makan anak-beranak. tepi sliding door rumah. nasib baiklah cuaca petang Sabtu tu tak panas dan berangin. tak payah bertungkus-lumus nak mengipas arang agar membakar, angin semula jadi dah ada membantu memudahkan proses bbq. bbq di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje, selesa...

Izzat tidak brape membantu. 
tapi dia la yang memeriahkan suasana. berlari ke sana, berlari ke sini. then jadi anak suruhan, "Ijat, tolong ambik tisu...""Ijat, tolong ambik cawan...""Ijat, tolong....""Ijat, tolong...."😆

seronok. sangat seronok!
bila kita stucked at home ni, pelbagai usaha untuk rasa excited di rumah sendiri, kan. ni la first time kami bbq di tepi halaman ni. halaman rumah pun da sempurna sebagaimana yang diimpikan. maka, aktiviti menyeronokkan ni akan kerap dibuat lah... next in shaa Allah nak tambah 2-3 ekor ikan cencaru, udang dan sotong besar-besar. then buat air asam cili padi! pasti best punyer lah.

👌

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1120

Latest Images

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


EASY COME, EASY GO


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Love with Heart Breaking Quotes


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pocoyo para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT



Latest Images