assalamualaikum & salam sejahtera 😊
throwback sekitar bulan Jun lepas. sebaik saje kehidupan kembali normal di era PKP, boleh merentas daerah / negeri, kami sekeluarga berjalan ke Kuala Pilah. mr.asben nak belanja makan pizza 😍. pizza bukan sebarang pizza, pizza kampung yang dibakar dlm dapur sabak, kayu api. rasa pizza kayu api yang original. time PKP tu la, lalu-lalang di timeline facebook mr.asben. itu yg membara dia ajak kami ke Kuala Pilah.
papan tanda yg simple di awal lorong masuk.
tak tau la sekarang ni, Oktober, dah upgrade ke papan tanda yg lebih cantik 😃.
sebelum kami ke sana, memang ada la search tentang Jemapoh Pizza Kayu Api ni. menarik ke tak? mudah ke nak ke sana? dipamerkan pulak dengan gambar-gambar pizza dia yg menjemput selera!!! hu hu hu PKP la pulak kan. camne la nak merentas dari Melaka ke Kuala Pilah tu hah. bersabar jer lah time tu.
perniagaan mereka pun meletops secara tak sengaja. ni dari pembacaan saya la sebab Jemapoh Pizza Kayu Api masuk surat khabar online. dek kerana PKP, mereka adik-beradik buat keputusan utk buat bisnes pizza secara kecil-kecilan. yes lah, semua terkandas di kampung dan terbatas untuk pergi ke mana-mana. carik duit dgn jual pizza, onz la kan.
tak disangka ianya viral merentas negeri! alhamdulillah...
masuk ke halaman Jemapoh Pizza Kayu Api.
hu hu hu ramai orang!
ada tercatit di situ :
- hari operasi : Rabu, Khamis, Sabtu & Ahad
- waktu perniagaan : 12 tghari hingga 6 petang
parking di luar premis ye. kami parking di jalan raya luar sana. sebab waktu kami sampai, di dalam penuh! maka, lebih mudah parking di luar sana. berjalanlah skit ke dalam.
dek kerana kereta park sgt jauh dari lokasi pizza ni, terpaksalah bawak anak-anak turun. ramai kan org! tapi kami dok sgt jauh dari org lain. at first saya sangkakan Jemapoh Pizza ni ada dine in. rupa-rupanya take away saje. aduh! ada sedikit rasa kecewa di situ sebab anak-anak da lapar 😀. sib baik la ada mineral water beberapa botol dlm kereta, diorang dok teguk air la dulu.
sampai kaunter, pilih pizza apa yang kita nak.
tulis nama dan no telefon.
bila pizza da siap, diorang akan call.
terbaik. tak perlu la menunggu di situ ramai-ramai.
harap maklum bahawa Jemapoh Pizza Kayu Api masa tu takde banyak perisa sejenis aje tapi ada pelbagai cara hidangan - biasa, extra cheese, extra toppings atau extra cheese dan toppings. hu hu hu malang bagi saya sebab kami tiba lewat petang, dpt merasa pizza biasa je. next time confirm nak order extra segalo!
saya setuju bila mereka hanya concentrate dgn satu perisa. memudahkan proses menjual dan pembeli pun mudah nak order. toppings - cendawan, cili benggala, nenas, sosej ayam, tomato, bawang, mozarella & cheddar cheese. ok kan 👍. standard lah tu pizza ala-ala homemade gitew. toppings wajib atas pizza.
dapur sabak yang menjadi perhatian ramai.
ada lagi beberapa kedai makan yg dikongsikan oleh ramai di YouTube. akhir bulan ni in shaa Allah, ada ruang dan peluang, ntah ntah kami jejak lagi ke Kuala Pilah. best 👍.
maka, kalau sesiapa berhajat ke Kuala Pilah beli pulut dakap ke, biskut tawar ke, boleh la lajak skit ke depan ke Jemapoh Pizza Kayu Api, beli pizza sekotak dua. anda pasti puas hati. kenyang tu confirm lah kan.
👍recommended👍
