Quantcast
Channel: Blog Adianiez
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1120

Pesanan Imam Al-Ghazali | Pegangan Hidup Yang Penting

$
0
0
assalamualaikum 😊
salam pagi Khamis.
jom mulakan hari dgn penuh semangat.
saya nak kongsi 👇👇👇. copy dari entri lama saya bertarikh 15.5.2009.
#10yearsChallenge.

❤❤❤            ❤❤❤

👉  Imam Ghazali =  APAKAH YANG PALING DEKAT DGN KITA DI DUNIA INI?
Murid 1 : Orang tua.
Murid 2 : Guru.
Murid 3 : Teman.
Murid 4 : Kaum Kerabat.
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Al-Imran : 185)".

👉  Imam Ghazali =  APAKAH YANG PALING JAUH DARI KITA DI DUNIA INI?
Murid 1 : Negeri Cina.
Murid 2 : Bulan.
Murid 3 : Matahari.
Murid 4 : Bintang-bintang.
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama".

👉  Imam Ghazali =  APAKAH YANG PALING BESAR DI DUNIA INI?
Murid 1 : Gunung.
Murid 2 : Matahari.
Murid 3 : Bumi.
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A'raf : 179). Maka, kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka".

👉  Imam Ghazali =  APAKAH YANG PALING BERAT DI DUNIA INI?
Murid 1 : Baja.
Murid 2 : Besi.
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Ahzab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-berebut menyanggupi permintaan Allah swt sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah".

👉  Imam Ghazali =  APAKAH YANG PALING RINGAN DI DUNIA INI?
Murid 1 : Kapas.
Murid 2 : Angin.
Murid 3 : Debu.
Murid 4 : Daun-daun.
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat".

👉  Imam Ghazali =  APAKAH YANG PALING DEKAT TAJAM SEKALI DI DUNIA INI?
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang.
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri".

❤       ❤   ❤❤❤❤❤   ❤❤❤          ❤❤❤   ❤❤❤❤❤   ❤       ❤

kurang dari 3 bulan dari sekarang, Ramadhan bakal tiba.
bakal bermula bulan-bulan terbaik dlm kalendar Islam.
dan gitu juga, bakal bermula waktu-waktu yg baik kiranya kita ni nak memperbaiki diri luar & dalam, kan.
aduhai. sgt laju masa berlalu, kan 😌 terasa tak cukup!
dah nak puasa hu hu hu hu... berbaki lagi puasa tak berganti ni!
😅😅😅

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1120

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.