assalamualaikum 😌
lewat mlm baru dpt bersiaran.
siang hari kurang sihat plak. tetiba sakit kepala menyerang dari lepas subuh.
seharian rehat kan diri... releks tanpa gajet, tv pun tak on.
tadi, anak-anak ada rumah, tak boleh dah la releks baring-baring.
kena spend masa utk diorang. tgk kan beg. tgk kan keje skola. hingga la diorang lelapkan mata.
dgn diorang, tetiba sakit kepala hilang jap 😃. alhamdulillah...
baling belakang ke 24.12.2018. last minute punyer planning, sekeluarga naik Bukit Broga.
anak-anak buah semua ikut.
first time saya sampai dan naik Bukit Broga ni. lama dah mr.asben ajak.
akhirnya... sukses kami sekeluarga menawan Bukit Broga dari jam 7.30 pagi hingga 11 pagi.
saya hanya sukses sampai di Puncak Tinjau Kedua di ketinggian 1150 kaki atas paras laut.
sgt mencabar lah naik Bukit Broga ni. sgt berbeza dgn Bukit Beruang tu hah. menyesal pun ada 😆.
itu yg langkah pendakian terhenti di Puncak Tinjau Kedua jer.
naik mendaki tu dah satu hal.
nak turun pun seksa!!! licin. kasut saya sgt tak sesuai. dah le lutut dah loose 😆. ya Allah, byk nyer dugaan hari tu.
Syuhada pun tak brape sihat. sian dia... tapi kuat semangat naik turun Bukit Broga dek sepupu-sepupu.
Izzat sgt laju. dia depan sekali, mr.asben pun tak terkejar!
dia, Amrina & Ain. ini 3 org anak kecil berumur masing-masing 7 thn, 8 thn dan 4 thn sgt laju!!!
diorang ikut yg lain berjaya menawan puncak Bukit Broga. bangga jugak lah kan...
orait. layan gambar yg byk & captions nyer ye 👇👇👇...
baru tiba. semangat 💪💪💪.
Pak Uda memang suka curi amik gambar kakaknya yg gemoks tu 😅.
ni tempat parking, ladang kelapa sawit. seawal 7.30 pagi kami dah start berjalan.
saya & An, adik pompuan ku yg tersayang...
jurukamera was Pak Uda. dia belakang sekali.
bahagian belakang semua mak-mak pak-pak.
anak-anak kecil semua kat depan. laju-laju diorang!!!
my mr.asben 💜💜💜💜💜. Puncak Tinjau Pertama (880 kaki atas aras laut) 👍.
memperkenalkan kenit-kenit yg berjaya menawan Bukit Broga.
baju biru = semua kenal la kan, Izzat the Soleh Boy.
baju pink di depan = Ain (4 thn).
girl baju oren di belakang Izzat = Amrina (8 thn).
baju merah yg sado = Muhammad (10 thn).
bergambar plak dgn anak buah sulung, Dr. Najla & Muhammad.

anak-anak lepak di Puncak Tinjau Pertama, kecuali Syuhada, tiada dlm gambar.
Syuhada tidak sihat. lambat skit sampai ke atas ni.
Syuhada bersama Mak Usu An nyer... slowly naik ke atas berbekalkan sebotol 100plus.
saujana mata memandang dari Puncak Tinjau Pertama...
Syuhada darling ❤❤❤
Syuhada yg kuat 💪.
Laila, my ofismet 😀.
tak disangka, Laila & Nadia berdua, surprise kan saya.
terjumpa diorang berdua kat Bukit Broga.
agak lama kami rest di Puncak Tinjau Pertama ni.
dgn Syuhada yg tak sihat. saya pun tak brape fit pagi tu. lama sgt dah tak exercise, kan...
ramai da org naik masa tu. lebih kurang kul 8.40 pagi da masa tu.
da rest secukupnya, kami gerak naik lagi.
nak naik ke Puncak Tinjau Kedua ni da start susahnya lah bagi saya.
bagi mr.asben yg dah biasa naik gunung, ni celah gigi jer ni. naik turun naik turun biasa jer.
saya ni hah, hadoi lah... keluar peluh jantan!!!
rasa mcm nak pitam pun hado!
walaupun rasa nak pitam, bila org ajak bergambar, ku sorok kan perasaan nak pitam tu 😆😆😆.
boleh kan terjumpa dgn dua org ofismet kesayanganku ni.
Laila & Nadia, team MakCikKepoh. i love u both lah ❤❤❤.
nampak tak Muhammad tu?
ni la antara laluan yg mengecutkan perut saya bila naik dan turun.
time nak turun, siap terduduk lagi!!! hadoi, sakit oii punggung 😓.
hah tu... saya yg sungguh excited da berjaya naik atas dgn seksa nyer 😆😆😆.
berjaya sampai ke Puncak Tinjau Kedua😀😀😀.
saya, Mak Usu An dan Syuhada terhenti langkah di Puncak Tinjau Kedua.
kami tak mampu dah nak naik lebih tinggi. memang rugi lah kan...
tapi tu la.
saya pasraaaaahhh... yg lain, terus naik ke puncak.
tahniah kak Nurin & Ayuni kerana berjaya sampai Puncak Tinjau Ketiga...
bertungkus-lumus nak naikkan kanak-kanak ni ke puncak.
memang outstanding lah tenaga kanak-kanak ni. kalau Ibu!
kanak-kanak sampai ke Puncak Bukit Broga.
punyer la happy memasing. ibu pun happy utk korang ❤❤❤.
dah naik... now nak kena turunkan plak kanak-kanak 😄.
sib baik ibu-ibu tak ikut naik. if not, dah jadik keje menurunkan ibu-ibu plak ha ha ha ha...
ibu-ibu tgh releks-releks bawah khemah kecik.
menghirup udara segar sambil membawang 😄😄😄.
dalam jam 10 pagi, baru lah diorang turun semula ke Puncak Tinjau Kedua.
kepenatan...
keletihan...
berpeluh diorang, dgn seluar & baju yg kotor.
tapi semua muka excited. terutama Izzat. masih lagi bertenaga!!!
ni lah khemah ohsem Pak Usu buatkan utk ibu-ibu berdua.
pacak 2 kayu. sangkut kat batu besar. lindung cahaya matahari.
bergambar laskopek before turun ke pangkal jalan...
Bukit Broga memang best utk uji ketahanan badan & mental. org2 mcm saya ni la.
cabaran pendakian yg pelbagai. rintangan yg mcm2.
lenkali kalau saya nak dtg mendaki lagi, kena 3-4 hari warm up diri dulu.
Bukit Broga ni tidak free ye mcm Bukit Beruang. ada bayaran.
saya tak pernah la naik bukit lain.
tak pasti kadar bayaran bukit-bukit riadah yg lain. yg nyata, Bukit Beruang free.
sebab di atas tu ada pencawang tnb. maka, pada saya ia semcm tanah hakmilik kerajaan la kan.
tiada la bayaran.
tempat parking kereta dan laluan nak naik ke Bukit Broga ni adalah tanah persendirian.
makanya, tuan tanah mengambil skit 'keuntungan' la. hasil tanah la katakan...
and tempat parking dan laluan nak masuk ke Bukit Broga melibatkan 2 tuan tanah. so, 2 kali bayar la.
time membyr tu, sempat la kami interview tukang kutip tu. baru la tau sebab musabab kena byr 2 kali 😅.
- bayaran parking kereta : RM1 seorang. dlm kereta ada 5 org, RM5 la bayarannya. agak tak logik, tapi tu la dia 😆😆😆. bayangkanlah kami byr brape hari tu hu hu hu hu...
- tandas (di tempat parking kereta) : RM2 seorang.
- laluan masuk ke Bukit Broga (sebelah atas skit dari tempat parking kereta) : RM1 seorang
sgt best, meskipun balik dari Bukit Broga ni, saya demam 2 hari 😂.
best sebab bersama famili. adik-beradik, anak buah, ipar duai...
sekian lama tak bersama-sama happy-happy gini, memang something yg menghilangkan stress.
sepagi kami riadah.
mlm tu, kami makan-makan sekeluarga. top up balik lelemak yg terurai di pagi harinya 😆.
👋👋
