assalamualaikum Rrai & friends 😃
tips / nasihat utk ibu mengandung?
mengandung ni adalah moment paling best dlm diari sorang ibu tau.
dari start tahu mengandung, mabuk-mabuk laut 2-3 bulan pertama hingga la dpt rasa baby dlm perut tu sedang bersilat kuntau!
pertama sekali, apapun permasalahan time mengandung, kena sabar dan sabar dan sabar.
time mabuk tu, apapun tak boleh nak buat. nak bercakap pun rasa loya. lampu terang sgt pun rasa nak muntah. ada tu, suami lalu pun rasa nak muntah 😄.
maka, bersabar... tahu la memang tak boleh nak telan apapun ke dlm tekak, tapi cuba utk makan jugak. demi utk anak dlm perut, demi utk tenaga diri sendiri.
kedua, bila da sihat tu, makan la makanan yg sihat. boleh kot google apa makanan tu. baik utk diri sendiri. baik utk baby. secara jelasnya, makan la byk sayur hijau, buah-buahan... minum air suam. di samping jaga pregnancy tu, otomatik jaga kecantikan jugak kan. biar perut memboyot, tapi muka berseri-seri aje. tapi, jgn la over sgt makan nyer. jaga jugak nafsu tu 😆. berbalik kpd tips pertama, bersabar ye hi hi hi hi...
ketiga, jgn culas gi check-up kat klinik. ni amat penting. minum lah air gula tu walaupun ia sgt seksa. sgt faham. segelas tu rasanya mcm sejug aje kena minum, kan... sabar. sabar. sabar. apapun nasihat misi or doktor, sila la jgn bangkang. ikut nasihat. tak tahu, tanya jelas-jelas. akan pantau tekanan darah kita, berat badan kita, sakit-sakit lain yg mungkin ada trigger, check pergerakan baby... penting oii semua ni. lelebih anak pertama, lagi lah kita kena ceduk sebyk mana info dari pegawai perubatan.
lastly, selamat bersalin dgn selamat lah...
👌
