Quantcast
Channel: Blog Adianiez
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1120

Isomil Plus | Izzat Baby Soya

$
0
0
assalamualaikum 😌
selamat pagi. selamat sejahtera korang...
sedang depan tv ni. tonton Natrah @ Astro Ria. best citer ni, sedih...involved skit topik politik & kenegaraan. sesuai la sebab Ogos ni kan bulan kemerdekaan.

nak borak-borak santai aje kat blog Adianiez ni. tiada yg serius sgt 😊. citer tentang Izzat.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
nak cerita pasal Izzat dan susunya.

dlm blog, so far saya takde bercerita tentang susu anak-anak.
sebab takde rasa utk bercerita tentangnya 😄.
kak Nurin & Syuhada dulu kala, minum susu Dutch Lady.
kalau tak silap hingga umur diorang 8-9 tahun. punya la addicted to susu botol 😃.
tak nak minum guna cawan. maintain minum susu guna botol. saya layankan aje. takde pantang larang. saya takde halangan.
utk Izzat. 
anak bongsu boy ni, special terlebih. bukanlah special sebab ibu ayah terlebih byk duit ke, Ijat terlebih kasih syg ke, apa ke...
sebabnya, Izzat dari baby ada masalah 😔.
at first, minum susu lembu, ok. saya tak ingat susu apa.
then, Izzat kerap berak. memula berak yg normal. lama-kelamaan menjadi berak yg tak brape normal.
bukan tu aje, senang sgt dpt ruam lampin. bukat sikit-sikit tau!
hingga melecet. merah melelas 😓. guna cream prescribed by doktor la.
then rasanya, ada cerita di blog yg Izzat kerap demam masa kecik. hampir setiap bulan kami ke klinik. hadoi lah...
injection imunisasi Izzat pun terlebih dari yg biasa, saya amik extra di klinik swasta. rotavirus & pneumococcal. hah gitu lah kot ejaan nyer.
so, sememangnya doktor ada bagi 2-3 sample susu lembu. utk masalah terlebih kerap berak Izzat tu.

dipendekkan cerita, share problem ni dgn kakak saya. 
suka nak inform kat sini, kakak saya doktor pakar 😌. yes, we have a doctor in the house.
Isomil Plus - cadangan kakak. dia bukan sebarang-sebarang bagi cadangan. dia pakar dlm bidangnya dan kebetulan, Muhammad, anak dia pun ada problem berak-berak ni selepas genap umur 2 thn.

at first, Izzat reject susu ni. tak sedap😅. baunya pun tak sedap!!!
lom lagi bab berak, mak aii! busuk nyer taik Izzat ha ha ha ha ha...
slowly, dia minum la... baru umur 2 thn kan masa tu, kena la jugak bagi susu, selain dari makan. minta tolong cikgu di taska utk bantu paksa Izzat minum.
nak tgk kesesuaian dia kan...

alhamdulillah, dgn kuasa Allah, Izzat tak lagi ada masalah berak-berak and ruam lampin dia berkurangan sehari demi sehari.
maka, saya proceed dgn Isomil Plus sejak tu.
nasihat kakak saya, continue hingga Izzat hampir umur 3 thn. then, cuba tukar ke susu lembu.

dipendekkan cerita, tiap kali birthday Izzat - genap umur 2 thn, 3 thn, 4 thn dan latest tahun lepas birthday dia ke 5 thn - saya & mr.asben takkan lupa cuba tukarkan susu Izzat.
di usia genap 3 thn, after dia minum 2 botol susu lembu, terus dia cirit-birit selama 2-3 hari dgn teruk 😓. refer klinik pakar, doktor suruh kembali ke Isomil Plus.
then sama juga di usia Izzat 4 thn.
mesti korang bertanya, "ada try pediasure or susu kambing?".
ada la. sure. selain drpd rejection from Izzat sendiri, masalah kesihatan dia terjejas jugak.
mcm2 susu la kami beli 😀. try hard utk tukar susu Izzat tau bertahun-tahun.
selain daripada nakkan dia minum susu lembu, antara sebab nya ialah Isomil Plus sgt mahal!!!!
1 tin after ada diskaun, tak kurang RM65. harga ni pun jarang-jarang sgt ada. sebulan dlm 4-5 tin tau.
namun, tidak berjaya.
hingga ke hari ni Izzat masih minum susu Isomil. 
cuma tak kerap mcm kekecik dulu. weekdays, sehari 3 botol saje. weekends, baru lah 4-5 botol.
saya biasa belikan susu dutch lady kotak full cream.
utk buat sos bolognese. utk buat kuih. dan kakak-kakak memang suka minum susu kotak full cream ni. tapi Izzat tak berminat. dia sedut sekali je. then dia tak minat nak proceed habiskan sekotak tu tau.
aduhai 😀. cubaan Ibu gagal dan gagal dan gagal hi hi hi...

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
so, utk langkah berjimat cermat, saya selalu beli time offer.
normally akan dijual RM131.xx utk 2 tin.
kalau terjumpa aje offer ni, saya takkan toleh kiri kanan, sure akan grab 1 set.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
pembelian latest di Aeon, Ayer Keroh... ada plak free hooded towel.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
97% of moms agreed that Isomil Plus helps in managing their children's milk intolerance issues

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
The sign and symptoms of Milk Intolerance :Colic, Vomiting, Spit Up, Constipation, Diarrhea & Rashes

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
Soy is an excellent and natural source of important nutrients which are essential for growth and overall development. It is well known that soy provides a complete source of high quality dietary proteins. Soy milk formula is free of proteins found in cow's milk which can cause an allergic reaction in some young children.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
 ni la masanya bertin-tin stok kat rumah.
expired date is 2020. boleh la. tapi tak lama pun bertin-tin ni, sebulan abis lah 😅.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
bos kecik ni apa plak ye?
ok. sometimes, if takde offer murah berkembar, ada juga yg free 1 box susu.
harga sekitar RM75.xx setin.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
dlm tiap box ada 3 pek susu. jadik la. 1 pek dlm buat sebotol susu.

kalau korang baca-baca pasal Isomil Plus ni, lebih byk komen / pandangan negatif berbanding positif.
dikatakan bagi anak susu soya ni tak bagus.
wajib tukar ke susu lembu or susu kambing. byk efek negatif kalau lama anak minum susu soya ni.
yes. doktor pakar ada inform saya. kakak saya juga ada inform saya. saya tahu. saya sedar.
tapi, option apa saya ada jika sememangnya Izzat tak sesuai susu lain, Izzat tak boleh nak telan susu lain?
adakah perlu saya mansuhkan terus susu dari diari makanan harian Izzat dek kerana tak bagus susu soya tu?
pada saya, semua susu formula tak elok pun kalau nak dibandingkan dgn susu ibu.
tapi susu ibu is up to 2 years old. 4 years old? 5 years old? and now Izzat dah pun 6 years old.
apa option yg saya ada ketika anak saya minum susu lembu, the next hour, dia cirit-birit hingga melecet punggung dia 😔.
alhamdulillah...
setakat hari ni, tumbesaran Izzat normal. ketinggiannya, kekuatan tulangnya, gigi cantik bersih.
alhamdulillah.
saya tak dpt dah nak dukung dia. Allahu Akbar, semangat. kurus, tapi berat tulang! 😅
makan nasi, setiap hari dinner memang saya suap dia, tak kurang 2 pinggan. dlm perkataan lain, 4-5 senduk nasi.
kalau weekend, lunch & dinner = lebih 9 senduk nasi. kuat makan nasi.
di tadika, tak minum susu, tapi kenyang dgn hidangan sihat yg pihak tadika sediakan.

niatnya, menjelang Izzat naik darjah 1, sekiranya boleh, nak la tukar ke susu lembu jugak.
sebab nak dia kuat dan sihat. melangkah ke alam persekolahan yg lebih mencabar.
masih sedang fikirkan helah apa nak digunakan 😆😆.

ok la. panjang da entri ni hi hi hi...
idea mencurah-curah plak bila menaip hal anak-anak.
saya terbuka dgn komen negatif 😆, lelebih lagi positif tentang entri saya ni. saya alukan sebarang cadangan.
apapun, kita usaha mencuba, selebihnya adalah bergantung kpd keadaan dan kehendak Allah, kan.
ada ibu bapa di luar sana tu, diuji dgn anak yg sakit.
makan tu tak boleh.
makan ni tak boleh. ada yg anaknya langsung tak boleh makan / minum sendiri. Allahu Akbar.
dugaan saya, Izzat dan Isomil Plus ni adalah perkara paling kecik. sekecik habuk nak dibandingkan dgn dugaan ibu bapa tersebut.
saya bersyukur dgn nikmat yg saya ada ni... anak yg sihat, cergas, aktif, bising 😍.

😎 bye!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1120