assalamualaikum...
salam pagi sabtu 😊...
pe program korang ari ni? balik kampung? bwk anak-anak tido hotel?
jalan-jalan bandar cuci mata? atau ada plan nak gi shopping baju / kain utk aidilfitri nanti?
Syuhada ada program UPKK. program motivasi. separuh hari ni hingga tengahari. mr.asben follow Syuhada kerana ibu bapa dijemput hadir bersama.
Nurin pula, tak balik semlm. ada program sekolah, Cintai Rasul, dari ptg semlm hingga mlm ni.
lewat ptg nanti, tunggu la dia call. samada dia nak balik rumah atau tak weekend ni.
hu hu hu rinduuuuuu kak Nurin.
so pagi ni, ibu & Izzat aje di rumah. pagi tadi hujan. tak dpt nak kemas-kemas pasu bunga kat luar tu spt yg dirancang. so, lepak aje dgn Izzat tgk kartun.
ada la time skit update blog kecil ni.
baca balik komen di entry asam pedas ni, teringat la plak yg last Rabu masak asam pedas ayam.
sib baik ada snap gambo 😍.
as always, kalau saya share resepi, takde la sukatan yg spesifik. asalkan boleh aje cekut-cekut :
- bawang kecik, bawang putih, kunyit... blend halus.
- tumis semua tu sekali dgn secubit dua halba. meresik nanti baunya 😋. kalau mak saya, akan masukkan belacan tau. saya tak guna belacan.
- then masukkan ciliboh. saya guna 3 senduk ciliboh. mr.asben suka kuah pepekat skit. gorenglah hingga terbit minyak.
- masukkan semangkuk air asam jawa dan ayam. biar la ayam tu empuk sempurna.
- then, saya memang wajib masukkan bendi dan daun kesum. best!!! boleh la jugak masukkan terung. tapi saya kurang gemar. prefer bendi.
- lastly, perisa la dgn garam secukup rasa.
tu dia daun kesum... biasanya saya aje yg makan daun kesum ni.
tapi kali ni, syuhada pun dah berkenan nak makan.
daun kesum yg harum semerbak... wajib letak!
ada satu kali tu, saya ke satu kedai makan agak terkenal la kat taman kota laksamana.
memang dikatakan asam pedas situ sedap. kedai kecik aje di perkarangan rumah.
tgh pilih-pilih lauk, saya pun tgk tgk lah lauk satu persatu.
then, saya buka periuk, isinya tenggelam dek kuah asam pedas yg merah menyala. terkeluar la satu soalan dari mulut saya, "kak, ni asam pedas apa ni, asam pedas ayam ekk?".
akak tu pun terus la jwb dgn suara yg kuat, "eh, bukan lah dik. tenggiri. mana ada asam pedas ayam". siap gelak lagi kat saya 😀. saya tak reply pe pun. senyum simpul aje.
yes. jarang kot ada jual asam pedas ayam kat melaka ni.
tenggiri. kembung. pari. tetel. jenahak. ikan duri. tu la yg biasa-biasa kita jumpa.
asam pedas ayam ni memang mak biasa masak. makanan saya dari kecik. tak brape pelik la kot.
nanti nak tanya mak, asal mana ekk asam pedas ayam mak ni? hi hi hi...
asam pedas ayam ni pun masak ari tu atas permintaan Syuhada.
saya kalau blank nak masak pe next day, akan tanya la Syuhada and Nurin. saya ikutkan je cadangan diorang biasanya...
ok ler. sampai sini je coretan saya pagi ni.
harap korang happy ari ni ye... weekend adalah hari bersama famili kan.
till then, bye.
