assalamualaikum...
hari ni di rumah, saya ditemani oleh Izzat. selsema batuk plak dia.
maka, dicutikan sekolah bagi memberi ubat on time.
rimas saya kalau Izzat selsema! hadoi... selekeh jadik nyer anak bertuah tu.
pagi ni nak share la satu tempat makan tengahari asam pedas kat melaka ni.
melaka and asam pedas memang sinonim, kan.
maka, muncul la satu lagi kedai makan iaitu Asam Pedas Pak Man, Taman Melaka Perdana, Bukit Katil, Melaka.
baru tak baru la kedai makan ni. mungkin baru sebab saya baru gi sekali 😃.
memang ramai kalau tengahari. penuh sesaje kalau kami lalu sini.
nasib baik mudah untuk parking. sebab ia di kawasan kedai yg baru. jalanraya nyer pun luas.
menu kami hari tu semua asam pedas la kan.
asam pedas ikan pari, ikan tenggiri dan asam pedas tetel.
standard la set dgn nasi, timu dan telur asin.
sedap?
bagi saya, ok la. sedap. menepati apakah itu asam pedas. menjadik lah...
ada rasa masam nyer. kuah tak cair...
kami makan hingga licin lah tengahari tu 😃. lapar sgt kot ha ha ha...
we can never compare kedai ni punyer lauk dan kedai yg lagi satu. diorang ada resepi masing-masing.
sedangkan asam pedas johor dan melaka, resepi nyer berbeza, kan?
jangan tak tahu, asam pedas johor dan asam pedas muar pun ada beza...
pastu, jangan la compare dgn asam pedas mak kita 😆. lagi la haruuuuu...
a must try la kalau korang holiday ke melaka. 16 mac nanti da start cuti sekolah. jom le jalan-jalan melaka << klik link tu utk tahu pasal makan-makan di melaka ye. skit lebih kurang lah.
mudah aje nak cari Asam Pedas Pak Man, google maps aje.
trafik lights nak ke jasin dan ozana, bukit katil, memang da boleh nampak dah kedai makan ni. memang tepi jalan.
👌👌
