assalamualaikum...
ramadhan 17 dah ari ni... kejap je kan?
moga kita semua dipanjangkan umur hingga ke akhir ramadhan in shaa Allah.
bakal berjumpa dgn malam Lailatul Qadar...
seterusnya berhari raya dgn gembira. in shaa Allah...
selepas coti seminggu, hah ari ni kembali ke opis. hadoi lah, lemau i tell u!
rasa mcm sungguh M.A.L.A.S mau keje uolls.
tapi apakan daya...
so nak citer la pagi ni, susulan daripada ENTRI NI. maka, buat apa yg dikata...
jumaat mlm sabtu, terlaksana lah proses pembuatan biskut raya ~ cornflakes madu ❤.
dpt lah lebih kurang 250 cups of cornflakes madu yg best!
few years back saya ada buat. siap bagi kpd adik-beradik dan mak mertua adik-beradik tau uolls.
tu jer la setahun saya buat. pastu, nan hado 😄. tahun ni, sukses yahoooooo...
dibantu oleh anak-anak dara ~ nurin & syuhada.
dimeriahkan oleh anak bujang ~ izzat.
1. sila lah cairkan dulu 125 gram buttercup.
2. pastu masuk kan la secawan gula perang & secawan madu. kacau sebati cantik likat.
3. then, gaulkan bersama 550 gram nestle cornflakes.
kejadian nyer di dalam periuk...
4. sila lah bakar skit agar ia merangup dan melekat sesama sendiri.
suhu nyer saya kautim between 150'c - 180'c.
masa saya kautim bebetul 5 - 10 minit.
lain oven, lain kerenah! sempat la dlm tak lebih 20 cups ngireng!!! 😂
weekend akan dtg ni in shaa Allah nak buat lg. 250 cups tu x muai la nak bagi adik-beradik.
then, kita nak makan sendiri lagi, kan...
hajat nak buat biskut kacang peas masih tak berjaya la 😞. tepung kacang peas tak jumpa!
bahan lain semua ada. aduhai...
ok la uolls. nak bertafakur jap kat surau, sementara tunggu azan zuhur.
bye.
