assalamualaikum.
selamat pagi 😊
pagi pertama bekerja di tahun 2023. alhamdulillah, spt biasa semua berjalan lancar pagi ni. mr.Asben sihat. anak-anak sihat. cuma saya mesti sedikit sendu dgn selsema & batuk yg hampir baik, in shaa Allah.
mudah bila nak update blog, semua draf dalam folder dah siap bergambar. itu la kerjaan saya di rumah jika bosan. buka laptop dan edit gambar khas utk di upload dlm blog. ceritanya kemudian, bila ada masa, bila ada peluang.
[ ini sambungan dari entri yg lepas 👉 Kopi Tenggek Tanjung Piai ]
throwback jalan-jalan kami ke Johor. selesai makan-makan di Kopi Tenggek, kami terus naik highway gerak balik Melaka. namun demikian, dipertengahan journey, kami masuk ke Ayer Itam. menuju ke Kluang 😄.
orang Kluang, saya abadikan mahkota ni di blog ye.
hujan pulak petang tu. lencun bandar Kluang! kami terus ke kedai yang legend, The Original Kluang Rail Coffee KTM. kami tiba di situ selepas jam 4 petang. hati berbelah bahagi nak teruskan makan ataupun tidak di situ sebab ramai orang. line nak masuk makan, panjang! yg sedang makan di dalam, ramai juga. dok fikir sempat ke tak ni jejak masuk sebelum jam 5.30 petang. sebab cafe ni tutup jam 6 petang.
namun, sebab da sampai, parking pun helok cantik depan cafe, mr.Asben dan saya bergilir beratur. sempatlah saya snap-snap gambar persekitaran. menarik. cafe di stesen keretapi lama. masih ada lagi kesan rel keretapi di situ.
the oldest railway kopitiam in Malaysia.
we were here!
roti sambal.
laksa johor.
tapi dgn mee kuning ye.
sebab spageti da abis 😒.
nasib baik gravy nya sedap! dimaafkan.
roti kaya mentega.
soto.
in shaa Allah lepas ni, kami turun ke Johor, pasti akan singgah lagi. signature dishes di sini byk yang tak dpt rasa. wajiblah merasa, kan. tak puas hati tak dpt!
ia bukanlah kepada makanannya, tapi lebih kepada suasana dan kelainan tempat. makanan tu di mana pun sama je. but berada di kopitiam stesen keretapi yg senior di Malaysia. since 1930-an, adalah satu nikmat 😍.
selesai makan, tayar pun bergolek and kali ni terus ke rumah. takde lagi stop mana-mana. perjalanan balik pun elok saje. takde trafik jem. solat maghrib di rumah saje hari tu.
😉
