assalamualaikum.
salam di petang hari Selasa 💛.
hari ni balik lewat. beberapa minit nak jam 6 petang, baru boleh gerak balik 😊. ada ruang, ada peluang ni, menaip la skit di laman blog. kebetulan memang ada 3-4 entri boleh di publish on the spot. sesiap dah tempek gambar. cuma nak kena buat cerita la.
selepas kami menjelajah Taman Negara Tanjung Piai, saksikan sendiri fenomena air pasang besar, perut lapar! hmmmm tau dah mana nak menjamu selera. satu tempat yg nampak menarik - Kopi Tenggek Tanjung Piai.
gitu 😍
ni baru betul coffee coffee. kopi kampung. samada kopi o kaw atau kopi susu. style ia ditenggekkan tu, istimewa dan menarik.
we were here 😎
ada dijual aneka masakan goreng-goreng. ada karipap. ada otak-otak. then ada tempat jualan set kopi tenggek, otak-otak frozen dan byk lagi.
on the way balik, kami dihidangkan dengan perjalanan yg aman. dihamparkan dengan pemandangan yang indah belaka. saujana mata memandang. sempat berhenti di Pekan Nenas, beli 4 botol air nenas fresh. fresh tanpa pengawet. fresh tanpa gula. terbaik!
it was a great afternoon. kami happy 💙.
good bye Pontian.
semoga berjumpa lagi.