Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1120

Majlis di pejabat yang havoc | PEWAKAS AKMAL dan reunion U.B.T

assalamualaikum & selamat pagi.

Sabtu. sambil goreng cekodok, tgn ni laju menaip nak update blog 😄. takkan nak dok godek-godek cekodok dlm kuali tu kan. manfaatkan masa gitewww. yes, pagi ni gorengkan anak-anak cekodok bawang, cicah dgn sos cili LIFE. diorang masih ada dlm bilik memasing. cuti, so diorang bermalas-malasan dulu la atas katil. normally dlm jam 10 karang baru la 3 beradik tu berkumpul di meja makan, sarapan sama-sama.

mesin basuh pula da round 3 tu. mesin basuh 7kg, kecik aje. baju byk plak tu. takde niat nak menyidai pun, tgk ramalan cuaca, Melaka hujan ptg ni. so, karang, da settle sarapan, nak gi dobi layan diri keringkan baju. tghari, lipat depan tv in shaa Allah. sebab mlm ni nak naik Bangi, so nak le kemas-kemas pe patut dulu dlm rumah ni kan 😅.

berbalik kepada tajuk di atas, nak kongsi skit story kerja saya. dek kerana saya ni kerja sebagai penguatkuasa yang beruniform, tak brape byk la gambar kerja boleh dikongsi. uniform tu, mcm tak brape cantik kita kongsi di laman sosial. so, bila semlm petang ada majlis berjimba-jimba berpakaian casual, terasa ok pulak nak kongsi di blog.


majlis Hi-Tea Bersama Pengerusi Persatuan Wanita Kastam (PEWAKAS) AKMAL yg baharu, Pn.Raizam, Pengarah AKMAL. bila pengarah kami wanita, automatik beliau menjadi pengerusi kami la. maka, semalam kami meraikan beliau yang baru je menjadi Pengarah AKMAL pada bulan Oktober yang lepas.

saya bersama bos baru, Pn.Raizam 😊

gambar famili PEWAKAS AKMAL 💜

sekaligus majlis ni meraikan birthday ahli dari April hingga Disember 2022 ni. sebelum ni tak dpt nak mengadakan majlis sebegini dek kerana penjarakan sosial dan penularan covid-19. now, alhamdulillah, sudah boleh kembali normal. baru la dpt menganjurkan majlis sosial sebegini meriah.

alamak! candid by photographer lah 😄

ni dia geng U.B.T (nama secret kami 😄)...
kami ni dulu bekerja sebumbung.
kini tak lagi, semua da berpindah ke unit yg lain.
tu yg bila berjumpa, wajib reunion!





ha ha ha tak cukup dalam ofis, kat laman luar pun jadik jugak posing bergambar 😄. selagi la enjin kereta tak start utk balik rumah, galak bergambar semua nya.

kawan gelak ramai, kawan nangis takde 😓😔.
indahnya percaturan Allah, saya dpt sahabat sepejabat yang best. lelebih bersama mereka-mereka 6 - 7 orang dlm gambar atas tu. we shared a lot especially tentang hal-hal pejabat. standard la, dlm serumpun tu, tak semuanya ok. so kami-kami ni sekepala, gelak sama-sama and bila ada hal tak best, pun share sama-sama. kami lain pangkat namun bila bersosial, kami ketepikan pangkat di bahu. bila bekerja, kami hormat satu sama lain.

and not limited to environment ofis saje, hal keluarga pun kami kongsi setakat mana yg boleh la. kisah anak terutamanya. memasing da tau da pe'el anak memasing, da mcm anak sendiri! alhamdulillah...

bekerja memang stress!
semua org stress. dgn due dates. dgn documents. dgn perangai manusia! hu hu hu hu... apa yg penting, apa yg diamanahkan kita buat, wajib buat. so bila berjumpa dgn geng sekepala, berborak gelak ketawa, stress tu hilang la sekejap. beban di kepala berkurangan la sekejap. rasa indah sgt dunia ni bila langsung tak fikir pasal kerja.

tu je la coretan saya.
mengabadikan gambar bersama kawan-kawan baik.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1120

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes