assalamualaikum.
selamat pagi Sabtu semua 😊.
pagi ni, sebentar lagi kami sekeluarga akan bermusafir ke Pontian selama sehari. tak stay bermalam di sana, balik hari. hadiri perkahwinan anak kepada sepupu mr.Asben. balik kampung arwah mak mertua.
da siap karang, kami bercadang breakfast kat kedai aje. mana-mana kedai tepi jalan yang nampak wow 😋, kami stop lah. nak tinggalkan rumah seharian, malas lah nak kecah-kecah dapur.
entri ni just nak share few gambar sarapan kami weekend-weekend yang lepas. godek-godek phone, mcm menarik jugak tempek dlm blog. jadik bahan nak celoteh. lagipun, apa guna mik gambar if tak dikongsi, kan? 😄
sosej ayam cheese jumbo brand Saudi.
roti telur.
dimsum.
beli dimsum frozen dgn Muallim sekolah Izzat. beli 2 bungkus, kukus sedikit demi sedikit bila nak makan. ada 5 - 6 perisa dlm sebungkus dimsum frosen tu. best. puas hati. ada sekali sos cicah yg sgt sedap. 😄 sekeluarga minat dimsum, alhamdulillah.
weekend di rumah saje.
sejak september hingga kini, kami tak keluar berjalan sgt bila weekend. dlm territory Melaka saje. kak Nurin sedang exam trial SPM sekarang ni. sepanjang september hingga kini, weekend dia penuh dgn kelas tambahan di sekolah. so, itu la priority kami sekarang. sebagai ibu ayah, kena faham commitment anak sulung yg sorang ni.
sebab tu aneka frozen food saya beli memenuhi freezer berdiri saya tu. setiap laci penuh dgn makanan. dimsum, pau, karipap, sosej, roti canai, ayam gunting, donat, nugget... nanti top up bila da habis. bila-bila terasa bosan dok rumah, terutama time minum petang, mulalah saya selongkar freezer 😄. goreng pe patut. kukus pe patut.
frozen food Muslim.
zaman sekarang tak sukar dah nak cari makanan frozen keluaran syarikat Muslim. alhamdulillah. halalan toyyiban in shaa Allah. di pekan DT ni ada 1 kedai frozen Muslim. but normally kami shopping di An-Najah Frozen di Bukit Katil, kedai frozen under penyelia yg sama dgn sekolah Izzat. beli di An-Najah Frozen, sumbang sikit dana ke sekolah Izzat, SRITI An-Najah, Bukit Katil 😍. shopping dan bersedekah, in shaa Allah.
orait. di sini akhirnya entri ni. aida ni makan-makan aje keje nyer ye ha ha ha ha... till we meet again, bye for now ye readers / friends 😉.
