assalamualaikum 😃
salam sejahtera semua. selamat pagi Ahad.
hadirnya saya di sini pagi ni, taip-taip sambil tonton movie korea, 20th Century Girl. movie lama. cuma bila berlegar-legar di TikTok, menarik perhatian utk saya tonton. nice. cerita cinta budak-budak remaja. santai.
ingin tampal di memori blog tentang aktiviti riadah saya Isnin lepas. amat menggembirakan bila Abg Ipar saya dari Subang, suami isteri, dtg rumah bermalam. semata-mata mereka ingin merasa hiking di Bukit Beruang. setelah dipengaruhi oleh mr.Asben lah ni 😄.
at first, saya surrender lah, tak nak ikut. sebab tak mampu! memang tak bersedia mental and fizikal. mau nyer nanti muntah la, mabuk la, pitam la... tapi tu la, demi nak menambah keseronokan, saya dan anak-anak pompuan join la jugak pagi Isnin tu.
tiga dara pengitan 💛
dari kiri, Nurin, Sara & Syuhada.
Sara, the only daughter Abg Ipar saya.
so, mereka bertiga di bff la jika berjumpa.
😃 ha ha ha nampak tak, sesiap bawak mat camping.
kasut ni yg telah bersama saya bertahun-tahun.
tu la hari terakhir dia berkhidmat.
tapak da koyak! 😓
betapa relax nyer anak dara bertiga ni kan.
kebetulan cuaca di atas tak panas, matahari dilindungi awan.
ramai pendaki lain yg juga rehat melepaskan lelah di atas tu.
kami je yg lepak-lepak tanpa hiking ha ha ah ha...
saujana mata memandang 💜
tapi separuh jer la.
takut giler nak naik sampai atas sana tu.
takut-takut turun nanti nak kena panggil bomba 😆.
yes. jadik laaaa...
daddy and son 👍
dari kiri, Pak Long, Izzat dan ayah Izzat 👍
yes. another pic Izzat bersama Mak Long 😃
dah Izzat plak nak mencuba setelah dia dpt tahu ibu berjaya naik dan turun 😄😆
chewah!
lebih kurang jam 12.20 tengah hari, kami-kami pun gerak turun. kami ikut jalan tar. saje saje nak delay masa, walk slowly. borak. gelak. have fun together. dalam kepala masing-masing da berputar berfikir nak lunch kat mana. anak-anak dara request tempat air-cond 😄. hiking tak seberapa, permintaan bulan bintang! ha ha ha ha...
it was a great morning. alhamdulillah.
