assalamualaikum & salam sejahtera...
hari ni sungguh indah. Jumaat. hari terakhir 2021. hujan gerimis di Melaka sejak pagi. amat indah! π
clichΓ© la bila nak bercakap topik AZAM TAHUN BARU. lama da saya takde kaitkan tahun baru dan azam. dek kerana dulu kala, dok la buat list. at the end of the year (Disember), hampir semua tak buat pon π...
tahun 2020 dan 2021 ni kita sedunia diuji dgn pandemik covid-19. kehilangan kebebasan. kehilangan pendapatan. kehilangan pekerjaan. kehilangan orang tersayang π. pelbagai dugaan Allah beri kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. sesungguhnya diuji kerana Allah sayang. kena terima hakikat tu, redha!
hari ini, ramai-ramai kita menadah tangan dan berdoa, "pulihkanlah dunia, tempat tinggal kita ni, dari aneka bencana, malapetaka dan penyakit yang berbahaya. ya Allah, kekalkanlah kita semua dalam iman yg teguh dalam apa juga dugaan dan cabaran yang akan datang. matikanlah kita dlm keadaan khusnul khotimah..."
dunia da semakin uzur π. namun, masih ada peluang utk kita semua peliharanya dgn semua kudrat yg ada, kan. demi anak cucu kita yg akan datang. in shaa Allah.
akhir tahun 2021, saya bertemu aktiviti baru dan jatuh cinta - family camping. sehingga Jun 2022, saya da plan 4 family camping, 3 daripadanya saya da pun buat reservation (with payment) dgn campsite. 1 daripada 4 plan family camping tu, bukan dgn anak-anak saya je tau, dgn semua adik-beradik saya π. berjaya meracuni kakak dan abang saya utk join berkhemah tepi sungai. in shaa Allah...
terima kasih TH.
sehingga 2021, kita masih hanya tanggung RM9,980 seorang.
meskipun kos tunaikan haji meningkat kepada RM25,000 seorang.
awal pagi tadi da berjaya transfer sejumlah amaun lagi. legaaaaa, biar lebih dari cukup, barulah tidak kelam kabut bila tiba waktu... in syaa Allah, da boleh da pergi sekiranya pada bila-bila masa nama kami terpilih. tak perlu risau pape dah. korang daftarlah THiJARI sebab boleh transfer dari bank ke TH tanpa sebarang caj. terbaik! samada utk akaun kita sendiri mahupun kepada akaun suami dan anak-anak. boleh cek baki dgn mudah juga. semua di hujung jari.
niatnya utk LHDN declaration thn ni nak buat next month. receipts semua da compile. zakat. sspn. selesai dah semuanya. dpt refund awal, alhamdulillah π.
![]()
...go with the flow.
...be relaxed and accept a situation, rather than trying to alter or control it.
segalanya di tgn Allah. relax... acceptance tu penting, redha. setiap yg kita buat, buat sehabis baik. prepare for the worst. sebab tak sentiasa nasib menyebelahi kita.
Selamat Tahun Baru 2022 semua π
