assalamualaikum & salam sejahtera semua 😊
salam dihulur di pagi Rabu nan indah. alhamdulillah sebab kita-kita ni masih lagi sihat dan segak berdiri di atas muka bumi Tuhan. tu la tu, dek kerana tu, saya nak kongsi gajet terbaru kak Nurin. da lama da dia request calculator casio pink ni. dicadangkan oleh cikgu Add Maths nya waktu PKP ari tu. hanya minggu lepas baru dpt saya tunaikan permintaan dia.
pembelian di Shopee. calculator casio original. ada warranty. elok kegunaannya. diterima dgn selamat dan sempurna. amat happy kak Nurin bila saya serahkan gajet pink ni 😃. katanya, ini boleh la dia guna hingga masuk universiti nanti. in shaa Allah, kakak. jaga la pinky ni dgn baik.
slim and sexy!
puas hati dgn produk ni. cantik penampilannya. slim and tak berat. saya beli siap-siap dgn pink pouch. boleh pilih pouch gaya mana yg kita nak di Shopee. lain pilihan, lain harga.
Seller : Bro Ann
harga mahal. tapi kalau boleh digunakan bertahun-tahun, apa nak disesalkan. bila kak Nurin da request, terasa segan plak tak bagi. kita suruh dia belajar sungguh-sungguh, tapi permintaan dia kita tak tunaikan. tak sesuai 😅...
boleh la risik-risik utk anak-anak pompuan. hadiah hari jadi yg ohsem ni.
👌😊😊
